"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Disember 10, 2008

Museum Islam kelabu asap?

Usaha mengelirukan umat Islam berterusan sehingga ke akhir zaman.

Ramai yang masih jahil tentang usaha puak yahudi dan nasrani untuk mengalihkan perhatian umat Islam diseluruh dunia dengan simbol yang menyesatkan. Lihat sahaja Dome of Rock (kanan) dijaga dengan cantik, rapi dan berkilat, manakala Masjidil Aqsa (kiri) dibiarkan reput, tunggu masa hendak dirobohkan, hendak diganti dengan kuil yahudi.

Replika Dome of Rock yang begitu cantik dikatakan replika Masjid Al Aqsa di Museum Islam Sarawak.(accessed 10/12/2008). Bagaimana orang museum ISLAM buat kerja?

Akibat orang Islam tidak perihatin dan buta sejarah, ada pihak mengambil kesempatan menjalankan dakyah dan menyebarkan pengaruh agama mereka dengan halus. Apa guna mereka menggunakan kubah masjid tajaan yahudi & nasrani sebagai kalendar kalau tidak sebagai umpan untuk mengelirukan?
-----------------------------------------------------
Kalendar 2009 ini sedang tersebar di Selangor dikawasan parti Islam. Negeri yang dikuasai pakatan yang kononnya sibuk mempertahankan keadilan pelbagai pihak. Untuk makluman, adalah menjadi satu kesalahan di Malaysia menyebarkan dakyah agama lain ke atas umat Islam samada secara nyata atau terselindung-artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
Siapakah dalangnya dan pihak berkuasa-wajib buat apa?

Nampaknya diakhir2 ini kepentingan politik sudah melebihi kepentingan agama, atau mungkinkah agama diperkuda untuk kepentingan politik?

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger