Terima kasih kerana mengikuti perkembangan kisah Bangsa Melayu dalam blog yang tidak seberapa ini. Tidak lupa juga kepada yang menghantarkan input, samada melalui email atau pun terus ke ruangan komen. Walaupun ada yang tidak disiarkan bukanlah bermakna idea anda tidak dihargai, cuma ia banyak berkisar kepada soalan yang sudah diberi jawapannya.
Buat pengetahuan pembaca, cerita atau kisah yang dipaparkan didalam blog ini memerlukan sedikit pembacaan dan penghadaman dari segi jalan ceritanya. Ia tidak boleh terus ditelan, takut tercekik. Jadi adalah menjadi harapan supaya para pembaca sekalian dapat membuat kajian sendiri atau 'homework' dengan merujuk kepada blog sejarahnagarakedah.blogspot.com untuk mendapatkan detail setiap peristiwa dan logiknya, disamping untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang kerajaan Semenanjung Melaka sebelum kedatangan Ingris merampas Pulau Pinang dan menghapuskan Maharaja Islamnya ditanahair tercinta ini.
Jika para pembaca sudah pun mengikuti blog ini dari awal, bermakna sudah jelaslah perbezaan diantara bangsa SIAM dan THAI, Merong Mahawangsa itu seorang muslim, Empayar Ayuthia itu adalah sebuah empayar Islam, Kerajaan Melayu Melaka 1511 itu hanyalah kerajaan khayalan (bukan kerajaan langit), Taming Sari dah Hang Tuah tidak pernah bersua di zaman Patih Gajah Mada, Hikayat Hang Tuah tiada nama penulis, dan banyak lagi kisah-kisah dongeng yang jika dikaji akan memecahkan tembelang dan tipu daya penjajah dan konco-konconya. Kalau diperhatikan, hero-hero sejarah kita hari ini adalah replika kepada kisah barat seperti Excalibur, Three Musketeers dan sebagainya.
Seperti yang kita ketahui, kita telah kehilangan banyak bukti ketamadunan kerana dilenyapkan secara sistematik oleh Ingris. Mereka mengumpul semua bukti dan bahan bertulis lalu menenggelamkannya (dibakar) ditengah2 laut. Kenapa mereka bersusah payah mengumpul semua dokumentasi berbahasa Melayu tersebut? Kenapa perlu mereka menghantarnya ke England? Kenapa perlu mereka mengedit, menyalin dan mengarang semula sejarah bangsa kita mengikut versi mereka? Mengapa mereka memberi darjah kehormatan Bapa Persuratan Melayu Moden (The Father of modern Malay literature) kepada seorang Kalinga padahal dalam tulisannya mengutuk bangsa 'Melayu' secukup-cukupnya? Jika kita semak kembali buku sejarah moden kita, siapa pengarangnya? Mana pergi 'the authors of the old literatures'? (Memang semuanya telah dipadam dan digelapkan - dikaramkan. Itulah cara mereka menukar sejarah kita)
Setelah sedar akan semua itu, kita seharusnya mula memikirkan samada mahu terus ditipu oleh sejarah versi barat atau memecahkan rantai yang membelengu minda kita secara 'virtual' selama 500 tahun selama ini. Apakah halangan pertama yang perlu kita pecahkan? Tidak lain dan tidak bukan, kota A Famosa kota Portugis, tunggul yang menyekat sejarah Melayu dari keluar dari kepompong Kesultanan Melaka yang bertahan hanya 100 tahun.
Oleh itu, lihatlah sejarah kita dari sudut yang lebih luas, kerana kerajaan Islam yang dipimpin oleh Maharaja Islam dahulu sangat luas, meliputi sebahagian besar Asia Tenggara. Lihat sahajalah peta di atas. Biar apapun namanya, ia adalah kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam yang beradat Melayu seperti yang diamalkan oleh sultan-sultan kita hari ini. Empayar Islam Benua Siam Kedah namanya, kerajaan Orang Kita.
*peta diatas diambil dari sejarahnagarakedah.blogspot.com
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.