>En. Ibrahim Ismail, DSSA: disekitar pameran dan disidang akhbar.
Ada cerita bagus? Nanti menyusul...(updated)
Yang penting sekali, peminat sejarah dan para pengkaji akan berpeluang menggunakan kemudahan wi fi dan internet di Muzium Negara tidak lama lagi. "Usaha2 sedang di jalankan bagi tujuan tersebut," kata En Ibrahim Ismail, Ketua Pengarah Muzium Negara, kepada penulis sewaktu ditemubual.
Tidak rugi berkunjung ke Muzium Negara bersempena pameran ini. Banyak input buleh didapati, lebih-lebih lagi kepada anak-anak muda yang cintakan warisan bangsa.
Hanya satu kemusykilan penulis, kenapa senjata busur dan panah tidak di'highlite'kan dalam persenjataan tradisional? Apa rasionalnya?
Satu lagi, Melayu sebenarnya pun berpedang juga. Tidak le lekeh sangat. Tak tertahan keris kalau bertemu pedang. Satu libas satu tikam. Cuba bayangkan keris jumpa pedang Turki, pedang Arab, pedang Monggol, pedang Mughal, pedang Sabre Ingris, Katana Jepun. Ini semua pakaian kalvari yang menjadi nadi kekuatan doktrin perang empayar Islam zaman itu. Tidak layak untuk membina empayar tanpa kalvari dan angkatan pemanah yang kuat dan tersusun. Islam sendiri telah menggariskan strategi ini dalam kisah Rasullullah S.A.W dan para sahabat. Dalam kisah fantasi empayar melayu melaka, tentera melaka dikatakan tidak tersusun dan berterabur macam anak ayam kehilangan ibu, kononnya tentera Portugis tu la yang hebat. Betullah tu kerana tentera pemberontak memang tidak tersusun...
Secara logiknya, takkanlah senjata utama kalvari Empayar Melayu Melaka itu adalah keris? Lainlah kalau tujuannya untuk merendahkan kemampuan Empayar Melayu Fantasi yang memang menjadi agenda barat seperti yang 'terselit' dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Dan kita sendiri yang meng'iakan apa sahaja tulisan selian barat hanya kerana hendak mendaulatkan keris tapi secara tak langsung merendahkan tahap pemikiran orang zaman itu walaupun di alam fantasi.
Buktinya pedang dalam hal kerajaan benua Siam Islam:
"Maka pada zaman Raja Johor keturunan daripada anak cucu Sultan Iskandar itu diubah pula digelar mangkubumi itu Paduka Seri Maharaja. Maka pada bahasa Melayu bendahara itu panglima negeri. Pada segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya lambat pada adat Siam.
...Fasal alatan raja hendak kerajaan itu, pertama, pedang kerajaan enam bilah, emas syah sarungnya dan suasa satu dan yang empat itu mata-mata sahaja dan utar-utarnya empat,sama dengan pedang itu. Maka membawa pedang itu anak bendahara dan maharaja dan ia Temenggung dan Paduka Seri Maharaja Jalil dan juragan itu enam belas orang" (UUK, ms 36)
------------------------------------------------------
*Ikut kajian penulis secara makro dan global, ada dua cara berperang zaman itu. 1. Serangan terus ke Kota Pertahanan atau 2. Perjumpaan bala tentera di tempat yang telah ditetapkan umpamanya pertembungan English dan Scottish di medan Stirling, perang Medan Uhud & Badar, perang Wellington-Napoleon di Waterloo. Ini bermakna teknik persenjataan juga mestilah juga sesuai dan praktikal untuk diguna pakai. Perang gerilla belum lagi mendapat tempat diwaktu itu, walaupun mungkin ada secara kecil-kecilan (menggunakan sumpit?)
*Ikut kajian penulis secara makro dan global, ada dua cara berperang zaman itu. 1. Serangan terus ke Kota Pertahanan atau 2. Perjumpaan bala tentera di tempat yang telah ditetapkan umpamanya pertembungan English dan Scottish di medan Stirling, perang Medan Uhud & Badar, perang Wellington-Napoleon di Waterloo. Ini bermakna teknik persenjataan juga mestilah juga sesuai dan praktikal untuk diguna pakai. Perang gerilla belum lagi mendapat tempat diwaktu itu, walaupun mungkin ada secara kecil-kecilan (menggunakan sumpit?)
Jadi, tempat yang dinamakan Prang Besar yang terletak di kawasan Sepang berhampiran Kota Lukut itu mungkin adalah medan yang dipilih oleh kedua2 pihak yang berperang zaman itu. Tetapi antara siapa pula?
TMP, pameran ni bilakah berakhir adanya? Teringin juga hamba berkunjung kalau ada kesenggangan masa. Salah satu senjata melayu yang merbahya dan jarang-jarang dihighlightkan adalah cindai atau semutar... adaq tak di pamerkan?
BalasPadamPameran ini juga terbuka dan mengalu-alukan sesiapa yang ingin mempamerkan senjata tradisional peribadi yang ada dalam simpanan turun temurun.
BalasPadamSenjata tidak semestinya keris sahaja...mana tahu ada meriam katak ke, matchlock gun zaman Mugal ke, bawak aje dan boleh dipamerkan...
Tapi kalau kena kantoi bawak meriam, saya tidak bertanggungjawab.
4 purnama baru berakhir...