"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, November 30, 2008

Fikirkan: Keris itu adalah 'Merong Besi' ?

The Keris has Spoken.
Penulis mendapat banyak maklumbalas berkenaan sejarah bangsa Melayu dan asal keturunannya dari ramai pembaca budiman. Ada juga yang menelefon memberikan 'feedback'. Terima kasih yang tidak terhingga penulis ucapkan kepada semua yang telah menyumbang idea dan fikiran. Sesungguhnya ia amat membantu usaha penulis mencari jatidiri bangsa Melayu yang sebenar.

Dalam pada itu segala input yang diberikan akan dicross-check dengan material yang ada disamping merujuk kepada sejarah Raja Iskandar Zulkarnain, UUK, Merong Mahawangsa, Adat Istiadat Raja Siam (Melayu), SNK,tafsir, pengalaman dan adat dan budaya Melayu kita.

Baru-baru ini penulis menerima email dari seorang rakan, En. Salmi yang memberikan input yang cukup mantap berkenaan senjata keris. Senjata yang amat sinonim dengan orang Melayu, tetapi tidak diketahui asal-usulnya. Petikan ini membuktikannya:

"The keris has romance, tales of adventure, nobility and tradition. It is a distinct part of an island world culture. Every keris has a story. It is so commonly encountered, yet we do not know very much about it," says Kamaruddin Hassan, an avid keris collector. (www.thingsasian.com:30/11/2008)

Oleh itu sila amati pula petikan dibawah ini dan fikirkan logik, signifikan dan relevannya keris itu dengan kisah Raja Iskandar Zulkairnan, Merong Mahawangsa dan seterusnya ke mitos dan fantasi masyarakat Melayu hari ini:

12) Lastly the Malay ethnicity is also CONTINUING THE NAGA SNAKE CULT. For one example, The Malay ethnicity has a family ancestral sword called a "Keris" it is a wavy blade that is shaped to look much like a snake’s body. The handle of the sword is even designed to look like a serpant’s head which we call a "naga motif." The Keris is a symbol of our ancestors, it is said to be the reincarnation of our ancestors and a true Malay carries their family keris with them at all times and treats it as though it were a part of their body with it’s own life.

Tidak syak lagi, perhubungan itu memang ada, cuma dinafikan oleh sejarah yang telah digelapkan oleh puak-puak yang takut akan ketinggian tamadun dan intelektual bangsa Melayu yang berasal dari Siam yang sebenar memiliki Empayar Ayuthia. Ramai yang ingin menafikan hakikat KeSiaman Melayu itu. Siam itu adalah Islam bukan Thai Buddha! Dan sejarah membuktikan yang Maharaja Siam Islam memang berkeris!

Semakin dinafi, semakin timbul kebenaran dan keris adalah buktinya. Pengaruh keris itu memang telah tersebar luas ke Alam Melayu sejak beribu tahun dahulu. Sehinggakan orang kepulauan Jawa pun mempunyai keris sendiri. Itulah bukti yang kita berasal dari satu punca, kerana mempunyai identiti yang sama. Bukti itu selama ini ada pada kita, bukan pada sejarah pelabuhan Melaka akibat pelanduk menendang anjing raja.

Jika ada yang bertanya, kenapa keris tidak dipakai diParsi atau Rom? Ini kerana peristiwa Nyajuj wa Makjuj dan 'tembok besi' secara spesifiknya berlaku di Asia bukan di eropah ataupun negara timur tengah. Simbol naga laut juga tidak kedapatan di negara2 belah sana. (updated 13/01/2009 - Simbol Naga Laut ada di pakai di negara timur tengah, penulis sudah menemui buktinya)

Hakikatnya, badan keris yang berke-lok mengambil ilham daripada badan Merong(Naga) yang 'menghembuskan api' mencair besi. Bukan ilham dari badan ular yang bersifat khianat. (Pendapat penulis, surah Al-Khafi itu mempunyai maknanya yang tersendiri untuk umat Islam nusantara-Asia).

Diabadikan pula bentuk naga itu sebagai senjata, menjadi simbol sebuah bangsa yang tinggi lagi berdaulat. Disebatikan dalam jiwa raja-rajanya yang Islam. Diturunkan zaman berzaman sehinggalah kepada sultan-sultan kita yang sememangnya menjunjung adat. Sehingga tidak disedari, yang dijunjung itu adalah adat majlis Raja Iskandar Zulkarnain.

Melayu, sesungguhnya kamu bukan bangsa rendah dan picisan seperti yang dikarang-tipu oleh penjajah dan agen2 mereka. Sejarah realiti telah membuktikan bahawa asalmu dari bangsa yang berjiwa besar penakluk Timur dan Barat, merong-besi itu buktinya!

-------------------------------------------------------
*Foto 'keris dapur nogo sosro' dari Sunda (menggunakan Bahasa Sunda) ikhsan:

*Peranan keris amat istimewa di Alam Melayu. Naga (Melayu), Nogo(Sunda) atau Merong(Siam) itu selalunya didakap dan disisip kemas menjadi teman dan bukan hanya sebagai lambang atau logo seperti yang terdapat dimana2 bangsa lain.

*Diharap dengan sedikit input ini dapatlah mematahkan cubaan hendak menstereotaip keris dengan keganasan dan khianat, seperti yang dikata oleh puak orientalis: "(George) Orwellian-isation of the Malay world, physically and psychologically - the keris is a symbol of violence" (Azly Rahman Blog).

*Simbol keris itu membawa maksud yang sebenarnya lebih besar dari apa yang mereka sangka mereka tahu. Kisah dongeng Tuah dan Jebat adalah bertujuan meyimpangkan peranan keris dan mengotorkan lagi sejarah 'melayu' dengan kisah dengki khianat. Hari ini semua bangsa mengecam dan melabel Melayu suka berbunuhan atas cerita khayalan Tuah dan Jebat. Mat Salleh yang tidak tahu apa2 pun tumpang tui sekaki mengutuk melayu. (Mat Salleh lagi kuat khianatnya, kenapa mesti melayu sahaja yang kena?)

*Penulis yakin tukang karut Tuah dan Jebat khayalan pun tidak tahu kisah Merong ini melainkan meninggalkan Melayu dengan soalan bodoh, sehingga menjadi forum dan seminar - Tuah atau Jebatkah yang benar? (Takan Hang Tuah@Raja Narai@Tun Syaaban nak buat kerja tak senonoh tu?)

*Pengaruh senjata yang berunsur keris memang ada terdapat pada senjata2 dari negeri China (bukan China komunis atau hongkong).

*Keris itu adalah 'Merong Besi' bukan maksud dalam bahasa Siam.harap maklum.

*InsyaAllah, sama2lah kita berdoa agar bangsa yang digelar 'Simuw Ul Amir' ini mendapat tempatnya kembali...

7 comments:

  1. Saudara TMP,

    Ya benar, "Melayu" akan kembali menyinar dengan hebatnya..

    Tapi sedihnya Ketuanan Melayu yang dilaungkan oleh sesetengah pihak tapi jika ditanya apa yang tuannya..lantas segera berkata Melayu kaum pribumi..siapa kata Melayu kaum pribumi??

    Sila baca buku teks sejarah SEKOLAH MENENGAH..dalam buku teks itu ada mengatakan Melayu datang dari Yunan. Yunan tu dari mana ya..China bukan?

    Wahai pak - pak menteri..tolong lah..jangan bodohkan orang Melayu lagi..jangan tanamkan pemikiran orang Melayu ini lemah..kami hanya mahu sejarah kami diperbetulkan kami..percayalah kami akan bangkit lebih dahsyat dari apa yang pernah dilakukan oleh founding father kami Raja Merong Mahawangsa.

    Jika Raja Merong Mahawangsa datang membawa Panji Islam, Sultan Nai Long Jaafar mati dipijak ketika mempertahankan Panji tersebut dan telah kehilangannya selama 132 tahun ini, kami yakin Melayu yang telah kamu paksa kami terima konsep ini akan kembali membawa makna Melayu yang sebenarnya. Melayu yang kuat pegangan AGAMANYA, melayu yang lebih pandai MEMERINTAH dari yang dok menjerit KETUANAN MELAYU (tapi sebat berbilion ringgit orang Melayu Islam dikampung dapat apa), melayu yang pandai BERDAGANG dan melayu yang CINTAKAN NEGARANYA..

    Jadi jika benar kamu semua ikhlas mahu lihat Melayu hebat..tolong perbetulkan kembali sejarah "Melayu" ini..Dari Raja Merong Mahawangsa sehingganya wafatnya Sultan Nai Long Jaafar..

    p/s memang benar konsep melayu ini dipaksa pakai kerana malu nak mengaku melayu yang depa banggakan ini berasal dari YUNAN!!!!

    BalasPadam
  2. TMP,

    Semalam saya berbual dengan kaum kerabat diraja Kedah yang sekarang inilah..

    Saya sengaja bertanya siapa itu Cik Manjalara, Cik Sepacandara, Cik (Nai) Sofiah.

    Menyedihkan...Nai Sofiah atau Cik Sofiah dikatakan gundik dan Sultan Badlishah kalau nak kira bukan anak GAHARA.

    Untuk pengetahuan TMP, Manjalara dan Sepacandara ini keturunan Raja Thai..Manjalara cucu Raja Thai, Sepacandara anak kepada Raja Thai..

    Kerabat diraja yang saya bersembang baru - baru ini datang dari rumpun Sepacandara..

    Saya bertanyakan kepada mereka Manjalara dok pi lagi ka WAT kat Kanchut tu..dorang kata YA..

    Saya tanya lagi Manjalara ini masuk Islam ke tak..depa macam berat hati nak cakap tapi cakap jugak la..Masuk kot..

    Cicit kepada keturunan Sepacandara ini merupakan sahabat saya, dengan selambanya tanya..kenapa Sultan Abdul Hamid (tak layak rasa nak panggil sultan) ini yang saja popular..salah sorang waris Sepacandara kata dia tu keramat pi tgk kat Istana gambar dia ada macam dok hidup lagi..

    Sahabat saya ini sudah tau dengan penipuan sejarah yang dilakukan oleh Moyangnya sendiri setelah saya terangkan sejarah sebenarnya..

    Saya sempat tengok gambar Abdul Hamid masa mudanya..ya zaman mudanya jelas wajah beliau memang dahagakan kuasa..muka yang rakus..maaf tapi inilah hasil pemerhatian saya..

    Anak kepada Sepacandara ini (wanita tua berumur sudah 80an)berada dalam keadaan susah hati apabila saya mula bongkar sikit sejarah REALITI ini..terus dia buat buat lupa..

    Serangan harus diperhebatkan lagi..

    TMP, SNK (TOLONG UPDATE), Nai Long Kassim, naim-firdausi dan lain - lain tolong tingkatkan serangan..

    BalasPadam
  3. Salam isteri ketiga..hehe

    Entry kali ini memang dasyat. Berputar fikiran saya memikirkan kelogikkan pembuatan keris hasil ilham dari lenggokan naga.. Memang spesies reptilia badannya melenggok-lengok apabila menyusur perjalanan. Tapi saya tak rasa naga adalah reptilia..cuma saya saja memandai memanggil reptilia. Apapun..keris pusaka saya belum lagi di limaukan sehinggalah seruan jihad sabilillah kembali bergema,insya Allah. Tahniah TMP!!

    BalasPadam
  4. Kudos Herman.

    You did a good job, indeed! Awake Melayu people from their dream (nightmare actually).

    Movement for brand new yet real history is everyone's job. No problem for us to admit Malay from Yunnan, as long as the fact base on scientific or strong credentials arguments.

    Karl

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    Terimakasih kepada TMP (Herman), tak sangka keluar juga nama aku dalam blog ni ye...

    Perjuangan tetap diteruskan walaupun nampaknya SNK agak slow akhir-akhir ni.

    Apa-apa maklumat aku dapat akan disalurkan. Aku ada advantage sikit sebab masih faham bahasa Siam.

    Salmi

    BalasPadam
  6. salam.

    saya sedang buat research tentang keris terutamanya Taming Sari.
    ingin merungkai dimanakah taming sari..adekah yang disimpan oleh kerajaan Perak tersebut?
    besar lah hati saya sekiranya penulis dapat memberi sebarang input tentang ini.

    terima kasih.

    BalasPadam
  7. salam kembali.

    Blog yang saudara/i sedang baca ini lebih menjurus kepada sejarah realiti. Berlawanan dengan sejarah 'mainstream' yang kita pelajari disekolah dahulu.

    Berkenaan dengan Taming Sari, samada wujud atau tidak. Saya lebih suka mengatakan bahawa keris itu hanya khayalan semata. Tujuannya untuk melekakan umat Islam supaya bergantung kepada keris dan anasir tahyul kurafat yang tidak dapat diperjelaskan dengan akal fikiran yang waras.

    Bukan kita tidak wajib percaya pada alam ghaib, cuma jika terlampau bergantung sangat seperti Hang Tuah maka kita akan lebih berfantasi daripada berealiti. Ini lah yang dikehendaki sangat oleh puak orientalis barat.

    Jikan tuan/puan mengkaji keris, tentu sampai tahap ini tuan/puan sudah boleh membezakan keris simbol/lambang atau tanda kuasa dengan keris yang digunakan untuk pertempuran.

    Dan tuan/puan juga semestinya sudah arif tentang perbezaan keris yang asli ditempah mengikut ukuran-tujuan dan niat sipemakai dan tertakluk kepada 'Empu' nya. Keris juga tidak boleh dipindah milik sesuka hati seperti mana cerita Taming Sari berpindah milik dari Taming Sari - Hang Tuah dan ke Hang Jebat.

    Tuan tentu juga tahu bahawa pertempuran Taming Sari dan Hang Tuah itu tidak pernah berlaku kerana berlainan zaman. Ia sengaja diadakan untuk menyedapkan Hikayat Hang Tuah yang berfantasi seperti Excalibur King Arthur.


    Sekian.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger