Tempel sahaja dari wiki
Untuk kali ini penulis hanya tempelkan sahaja contoh Sejarah Melaka yang diambil daripada website wikipedia (dibawah nanti). Ini sebagai menunjuk bukti bahawa itulah sejarah yang kita guna pakai untuk mengisahkan kegemilangan bangsa kita. Persoalannya, adakah kita masih lagi mahu menerima pakai kisah Melaka itu walaupun banyak bukti terbaru menafikan kesahihan sejarahnya yang berasaskan dongeng rakyat?
Kita pun tahu, walaupun terdapat perdebatan pelbagai pihak dari golongan cerdik pandai mengenai kesahihan fakta-fakta yang berpandukan daripada wikipedia ini, ia bagaimanapun telah menjadi rujukan rasmi banyak pihak. Hari ini, bukan sedikit pelajar2 sekolah dan universiti satu dunia menggunakan wiki sebagai sumber rujukan ‘assigment’ mereka.
Bagi penulis, wikipedia akan menjadi sumber yang diiktiraf satu hari nanti. Jadi peranannya sebagai alat propaganda tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja. Perlu ada check and balance dalam hal ini, lebih lagi fakta2 itu berkait dengan maruah agama dan sejarah bangsa kita secara langsung. Kadangkala secara tidak sedar, sejarah songsang boleh merosak pegangan kita terhadap agama Islam.
Sejarah tahu-sumbat Parameswara A/L Melaka
Kita anak-anak merdeka hari ini memang sudah sedia maklum tentang kisah Melaka. Ia bagaikan sudah sebati dengan jiwa rakyat Malaysia. Asas kerajaan Malaysia pun diambil dari kisah Kesultanan Melayu Melaka. Terima kasih kepada Ingris dan agen2 penipu mereka kerana berjaya men-divert-kan sejarah sebenar kegemilangan umat Islam Tanah 'Melayu' dengan propaganda tahu-sumbat mereka. Kepala kita diputar sejak dari masa zaman sekolah lagi. Terpaksa pula hafal fakta palsu sebab nak lulus periksa. Kes naya...
Apa yang penulis kesalkan ialah, Sejarah Melaka ini secara langsung memutuskan kita, generasi Islam hari ini, dengan 'root' agama kita yang sebenar iaitu agama Islam. Tidak ada sedikit pun dalam sejarah Melaka bercerita tentang hukum syariat undang-undang walaupun Islam itu agama rasmi.
Cubalah bayangkan jika sejarah kita sejak awal lagi bercerita perkara sebenar tentang kegemilangan pemerintahan Khalifah (Maharaja) Islam 'Melayu', menjalankan pemerintahan yang adil berlandaskan syariat, berani berperang sabil menegakkan agama Allah; agak2nya bagaimanakah rupa bentuk bangsa Melayu dan mentaliti rakyat Malaysia hari ini? Adakah perlu lagi kita terjerit2 Ketuanan Melayu?
Apa yang kita tahu dan memang sengaja direka bagi melemahkan kita adalah, hampir kesemua kisah raja-raja kita bermasalah, samada dengan betina ataupun dituduh zalim. Tidak percaya, jangan marahkan penulis, cubalah pergi tengok wayang gambar filem melayu lama. Itu contoh paling nyata. Boleh jadi, mungkin itulah yang terlihat dan dikarang Munsyi Abdullah dalam The Malay Dilemmanya.
Sejarah Melaka banyak membuat cerita fitnah, mengatakan tok nenek kita buta huruf, tak tahu membaca, bengong, pemalas, pakai cawat, rumah atas pokok dan dipaksa pula kita percaya agama asal kita Hindu Buddha. Bangga pulak mereka, puak2 penipu sejarah ini dengan kerja2 memfitnah agama.
Dengar sini wahai sejarawan muslim Se Malaya..kalau buta huruf, tidak tahu baca JAWI macamana mereka hendak membaca Al-Quran? Tahukah lidah 'Melayu' telah dikurniakan Allah S.W.T dengan kefasihan untuk pelbagai bahasa? Sebagai bukti lagi, siapa yang selalu menang Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa kalau tidak orang dari Nusantara! Jadi propaganda buta huruf itu adalah karut, direka semata untuk merosak minda 'be-little', menggugat kepercayaan dan keyakinan umat Islam semenanjung tentang asal keturunan mereka yang bertamadun tinggi berlandaskan Islam.
Ini semua racun untuk melemahkan minda kita. Menyerapkan sifat 'inferior' kepada umat Islam. Sebab itulah kita merdeka dikatakan tidak berdarah kerana itulah sahaja caranya memadamkan api kebangkitan pejuang Islam yang bersemangat seperti Tok Janggut, Tok Ku Paloh dan sebagainya.
Maksudnya, dengan secara halus Ingris melembutkan hati2 anak muda supaya jangan jadikan mereka2 ini (pejuang sabil) sebagai mentor untuk berjuang. Tidak guna berperang, "kita merdeka ikut perlembagaan, tidak berdarah", antara maksud kata2 mereka, secara spesifiknya kata saudara Saadon Zubir ketua pemuda dulu. Maka sebab itulah T.A.R dinaikkan Ingris sebagai mentor menjadi contoh generasi muda (lebih2 lagi PERKEMBAR). Merdeka 'gentleman' katanya. Betul, merdeka ikut perlembagaan, tapi atas acuan siapa dan isi kandungnya pula merugikan siapa pada akhirnya?
Samada mereka lupa atau cuba menutup kenyataan yang bahawa tanah semenanjung ini pernah menjadi medan perang sabil antara yang terbesar melawan tentera salib dan majusi. Bangsa apakah yang menyertai perang itu? Berapa ramai korban syahid yang telah digelapkan sejarah mereka?
Berbeza juga dengan pembawaan Ahmad Boestamam yang mahukan merdeka secara radikal, kerana mentornya Chandra Bose dan pengaruh radikal pemuda Indonesia. "Merdeka dengan darah dalam API", katanya. Sudah cukup untuk membakar semangat, menggelegak darah, mengalirkan keringat jantan pejuang2 nasionalis berhaluan kiri.
(Penulis terpaksa cakap begini kerana melihatkan semakin hari semakin lemah suara pemuda Malaya, lebih lebih dengan sikap dan tindakan kurang ajar beberapa kerat Anak Muda yang tidak hormat kepada pemimpin negara. Penulis juga tidak setuju apabila sejarah kita mengambil punca teori evolutionis barat lebih2 lagi bab asal usul agama kita).
Orang politik guna sejarah untuk apa?
Yang paling terkesan dan suka sangat dengan sejarah Melayu Melaka ini adalah orang-orang politik yang sibuk dengan cerita Ketuanan Melayu. Boleh jadi itu saja modal yang mereka ada.
Pergi balik pusing mereka berbangga dengan sejarah kegemilangan Empayar Melayu Melaka yang bertahan hanya 110 tahun. Tapi mereka tidak tahu yang kita telah pun dibangangkan dengan kisah penjajahan 500 tahun!
Ada juga dari kalangan mereka ini menggunakan alasan 500 tahun itu untuk kepentingan survival politik mereka.
Bayangkan sebuah EMPAYAR yang berusia 110 tahun dikalahkan Portugis tidak sampai 10 hari (tiada fakta tepat)?
500 tahun terperangkap dalam fakta khayalan
Kenapa sampai 500 tahun? Kita sebenarnya tidak pernah dijajah secara fizikal sebegitu lama. Itu hanya putar belit oleh Ingris dalam silibus pelajaran sejarah yang jarumnya baru berumur 51 tahun.
Realitinya kita terperangkap selama 500 tahun dalam versi sejarah budak sekolah fantasi penjajah. Kita sepatutnya sudah bebas dan ada sejarah versi sendiri...
Ada juga yang mengatakan waktu itu (masa zaman pra-merdeka) belum ada banyak bahan bukti, dan rata2 'scholars' kita pun banyak 'made in England', jadi mestilah buku rujukan dan hasil tulisan pun pro England...
Baiklah hari ini sudah ada bukti dan penemuan baru. Sudah ramai juga 'scholars' baru 'made in Malaysia', kenapa masih mahu pakai cerita lama bila bukti baru ditemui?
Jadi pembaca budiman, sila baca dulu baik-baik cerita dibawah ini. Nanti kita analisis cerita ini kemudian dari sudut yang lebih global.
*Sebelum itu, PULAU PINANG sepatutnya dikembalikan semula kepada kerajaan KEDAH kerana Francis Light dan konco-konconya hanya menumpang disitu pada awalnya.Jangan cakap banyak...
-----------------------------------------------
Sedutan wikipedia accessed 05112008 (antara point penting dan karut yang perlukan 'assessment' semula. penulis ambil point penting je, nak tahu lebih - wiki):
Ringkasan riwayat empayar Melaka awal dan akhir (versi budak sekolah):
Menafikan Hak Ketuanan Islam:
Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan yang beragama Islam. Hal ini berubah pada tahun 1414 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Shah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih kurang satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka.
---------------------------------------------
Lain-lain sedutan yang berkait dengan peristiwa awal sebelum Melaka bernama Melaka (ini banyak dongeng, macam dongeng KONTRAK SOSIAL Demang Lebar Daun dan Sang Nila Utama):
Tanda Kerajaan Siam sudah lama bertapak:
Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi)di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.
Dari Sejarah Melayu se awal 1565?:
Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.
Dongeng Rakyat:
Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing burunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".
Menunjukkan kelemahan pertahanan kita:
Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.
* Pelanduk tendang anjing, Melaka yang dapat nama. Agak2 betulke kisah dongeng rakyat diatas?
Wahai umat Islam yang diberi nama Melayu Moden, jangan biarkan diri anda ditipu lagi.
salam TMP..
BalasPadamAlhamdulillah,setelah saya amat-amati kisah asal usul keturunan dan salsilah siam yang sebenarnya,saya telah memulakan langkah demi langkah bercerita dengan orang orang di kampung saya di n9. Melopong mulut mereka masing2 dengan fakta yang saya berikan..semuanya berasaskan dari blog tuan dan sejarah nagara kedah. Alahamdulillah..sememangnya mereka tidak tahu dan di pergulakan oleh 'gula-gula' british dan sekutunya. Tak kurang juga yang menangis..
Baru2 ini,saya telah mengkaji perkataan "SIAM". Apakah makna siam? Umum mengetahui didalam blog sejarah negara kedah di dalam bahagian komen ada menyatakan bahawasanya benua siam di beri gelaran 'sumu-ul-amir'. Maaf saya katakan..bahwa taarif bahasa arab ini salah!!
Saya telah membuat kajian demi kajian mengenai ungkapan 'sumu ul amir' ini. Bantahan demi bantahan serta tak kurang juga di perdebatkan lalu saya bersama seorang warga arab mesir yang sememangnya arif tentang bahasa ibunda arabnya akhirnya memberikan jawapannya. Maka dengan lafaz Bismillah, saya dan sahabat arab saya itu telah dapat merungkaikan maksud 'bangsa yang darjatnya mulia' di dalam bahasa arab tingginya berbunyi seperti ini 'SIMUW AL AMIR'. Ejaan simu itu bermula dengan huruf Sod. Bukannya sim.
Jadi..ada logik 100% pada perkataan 'simuw al amir' itu di pendekkan menjadi SIAM!! Sebagaimana HAMAS, PAS dan lain2. Saya merasakan ulama zaman dahulukala bijak memendekkan setiap perkataan agar senang di ingat. Lagipun ayat 'siam' itu bermaksud 'puasa' didalam bahasa melayu. Anda setuju TMP?
Taasub pada Allah
Solawat ke atas Nabi
lagi satu tuan TMP,
BalasPadamSaya berminat nak tahu..tentang raja di luak-luak daerah di negeri sembilan,TMP tahu tak suku apa yang sepatutnya memegang takhta dato undang luak di daerah Johol? Harap dapat berikan maklumat.
"Saya berminat nak tahu..tentang raja di luak-luak daerah di negeri sembilan,TMP tahu tak suku apa yang sepatutnya memegang takhta dato undang luak di daerah Johol? Harap dapat berikan maklumat"
BalasPadamMaaf Tuan, buat masa ni saya tak tahu.
Walaubagaimanapun, jika ada maklumat berkenaan dengan perkara N9 saya jumpa dimana2, maka insyaAllah akan saya kongsi bersama tuan.
Tapi suku biduanda tu yang saya tahu berasal dari golongan Jakun...(kena bukak balik buku lama).
Saya suspek ada logiknya sebab Jakun tu dalam bahasa siam bukanlah Orang Asli yang pakai cawat macam yang kita sangkakan...
Sama-samalah kita mencari...
"Maka dengan lafaz Bismillah, saya dan sahabat arab saya itu telah dapat merungkaikan maksud 'bangsa yang darjatnya mulia' di dalam bahasa arab tingginya berbunyi seperti ini 'SIMUW AL AMIR'. Ejaan simu itu bermula dengan huruf Sod. Bukannya sim. "
BalasPadamSIAM, satu nama yang cantik tapi dirosakkan oleh perangai tak bertamadun puak Thai. Sehingga kita pun turut menjauhkan diri dari dikaitkan dengan SIAM...punya dahsyat.
Tentu pihak SNK berterima kasih dengan usaha tuan merungkaikan maksud perkataan SIAM itu dengan ejaan JAWI yang lebih tepat.
Pengesahan tuan tentu dapat membantu berjuta pembaca seluruh dunia mendapat faham yang sebenar mengenai maksud SIAM ini.
Saya juga setuju dengan usaha gigih saudara yang sama2 berjuang untuk mengembalikan semula sejarah sebenar "Bangsa Yang Darjatnya Mulia"...
Satu sahaja soalan saya, jika SIAM itu gelaran, maka bangsa manakah yang dimaksudkan dengan 'bangsa yang darjatnya mulia itu"?
Salam..
BalasPadamSaya di fahamkan didalam komen TMP ada menyebut menyimpan buku tentang sejarah negeri sembilan keluaran tahun 60 an kalau tak silap. Memang benar ..suku jakun yang memegang tampuk pemerintahan. tapi kalaulah benar buku tu masih di tangan tuan,kalaulah tuan tak mahu hendak meng fotokopi kannya,tak mengapa jika TMP sekadar mencari dalam chapter yang ada di buku tersebut. Saya cuma ingin tahu..suku apakah yang sebenarnya berhak dan di rampas haknya dari memegang tampuk pemerintahan di daerah johol.tutup kisah ini.
Sambungan tentang ayat 'sumu ul amir' itu. Maaf..setelah kajian lebih mendalam di lakukan didapati sumu ul amir pun mempunyai satu maksud. Maksudnya ialah "DAULAT TUANKU"..harap maalum.
Satu sahaja soalan saya, jika SIAM itu gelaran, maka bangsa manakah yang dimaksudkan dengan 'bangsa yang darjatnya mulia itu"?
BalasPadamMaaf tuan,pendapat peribadi saya setelah membaca blog SNK,bangsa yang di maksudkan mungkin bangsa melayu tetapi mungkin secara lebih detail ketika masa itu,melayu belum mendapat gelaran maka ulamak dan cendiakawan islam nusantara dahulu memakai kependekkan SIAM sebagai penyatuan bangsa-bangsa yang ramai di asean ini,khususnya yang beragama Islam.Itu kefahaman saya.
Susunan nama2 penyandang Undang Johol:
BalasPadam1.Dato Sitiawan 1 - Perempuan 1723 -1747
2.Dato Rambut Panjang - Perempuan - 1747-1760
3.Dato Sitiawan II - Perempuan - 1760 - 1790
4.Dato Rambutan Jantan - Lelaki - 1790 - 1810
5.Dato Nuri - 1810 -1820
6.Dato Abu Bakar Gubah - 1820-1840
7.Dato Saeto (Eto) - 1840 - 1901
8.Dato Wan Omar - 1901 - 1918
9.Dato Kamat Hj Sulaiman -1818- 1947
10.Dato Abd Manap Tolok- 1947
Dalam buku ini ada disebut tentang perubahan kuasa, dengarkan:
Undang Ke 7 Dato Saeto (Eto)
Diakhir semasa beliau menjadi Undang telah berlaku peurbahan susunan mewarisi pusaka Undang. Gelaran Dato Rambutan Jantan telah dihapuskan oleh Dato Baginda Tan Mas.
Perubahan mewarisi pusaka Undang ini tidak mendapat dari mana2 pihak. Dengan persetujuan semua Dato2 lembaga dan orang2 Johol, waris Undang iaitu Waris Biduanda dari Perut Gemenchel bergeler2 dengan Waris Biduanda dari Perut Johol menyandang pusaka Undang Johol.
Mungkin disini kes itu berlaku;
Sa-chara kebetulan pula Dato Muda Pileh pada masa itu sangat dibenci oleh orang2 Johol kerana perangainya yang buas hingga membawakan ia di-pechat dan gelaran Dato Muda dihapuskan sama sekali. Sabagai gantinya ialah Dato Baginda Tan Mas seperti yang disebutkan pada mulanya tadi.
Lagi:
Perubahan siasah dalam N9 dan dalam Luak Johol banyak berlaku masa Dato ini (dato Saeto), saperti mengakui Al-Marhum Tuanku Muhammad Ibni Tuanku Antah menjadi Yang DiPertuan Besar N9 pada 19 April 1898, dan menerima Resident N9 yang pertama Martin Lister 1895-1897 dan banyak lagi perjanjian dan perubahan siasah negeri.
Dato Saeto meninggal dunia 1901, mati ditikam oleh saorang gila Samad Gila ketika sedang menghisap chandu dirumahnya Kampong Pasir.
rujukan:
Abdul Samad Idris, 1968, N9 dan Sejarahnya: edisi 1, Utusan Melayu, KL
Sambungan tentang ayat 'sumu ul amir' itu. . Maksudnya ialah "DAULAT TUANKU"..
BalasPadamIhya, yang ni best, sebab AMIR tu maksudnya Ketua - Pemerintah - Tuan.
Boleh jadi jika di tafsirkan Daulat Tuanku dalam bahasa panjangnya membawa kepada:
1.Tuanku bangsa yang berdarjat mulia2
2.Mulialah Tuanku.
Adakah Daulah Islamiah bermaksud Kemulian Islam?
Susunan nama2 penyandang Undang Johol:
BalasPadam1.Dato Sitiawan 1 - Perempuan 1723 -1747
2.Dato Rambut Panjang - Perempuan - 1747-1760
3.Dato Sitiawan II - Perempuan - 1760 - 1790
Saya dan suku saya hanya iktiraf yang tiga ini sahaja. Hairan bukan? Begini kisahnya..
Umum mengetahui negeri sembilan mempunyai 12 suku iaitu:
1.Suku Biduanda / Waris
2.Suku Batu Hampar
3.Suku Paya Kumbuh
4.Suku Mungkal
5.Suku Tiga Nenek
6.Suku Seri Melenggang
7.Suku Seri Lemak
8.Suku Batu Belang
9.Suku Tanah Datar
10.Suku Tiga Batu
11.Suku Anak Acheh
12.Suku Anak Melaka
Saya tergolong dalam suku seri melenggang atau nama asalnya di Tanah Minang sebagai Simalanggang yang bermaksud kalau tak silap saya sebagi Sejenis Padi atau kawasan yang penuh dengan Tanaman padi.Stop sini.
Secara Umum di luak Johol(daerah Johol) sekarang ini suku biduandalah nampaknya yang memegang tampuk kekuasaan di daerah johol. Kenapa saya bangkitkan hal ini? Bukannya gila kuasa..Kalaulah Jawatan Dato Undang ini tidakk bergaji sekali pun..saya dan suku saya tetap perjuangkan sehingga ke anak cucu kami bahawasanya kekuasaan Luak Johol adalah haq yang sebenar haq pada suku simalanggang!!
Kenapa? Itulah sebabnya kami hanya iktiraf 3 orang Dato' Undang yang di senaraikan di atas. Di Atas sebab tipu daya seorang suami ke atas isterinya,maka jawatan itu di tipu dengan cara yang tidak haq.
Kenapa saya katakan menipu?? Umum di malaysia yang mengkaji sejarah suku-suku ni n9,semuanya sedia maklum sesiapa yang ingin berumahtangga khususnya yang mempunyai suku keturunan,tidak boleh menikah jika sukunya sama. Contoh : seorang lelaki bersuku simalanggang tidak boleh bernikah dengan wanita yang sama suku dengannya.Ini kerana mereka mempunyai titisan darah yang sama nenek moyang.
Yang jadi persoalan yang selalu ditanya oleh anak2 muda di sini,kalau begitu gamaknya tak boleh menikah sesuku maka bolehlah kita menikah dengan anak Dato Undang yang sekarang sebab sukunya biduanda. Apa jawapannya?
NAK MAMPUIH APO!! Ini perkataan yang keluar dari mulut orang2 tua di sini. Bukan tidak boleh menikah dengan anak tok undang tapi masalahnya suku biduanda ini yaani suku tok undang luak johol telah di sumpah oleh Dato Sitiawan II - Perempuan - 1760 - 1790 yaani yg terakhir kerana penipuan suaminya. Kalaulah kita nak fikirkan logiknya,kalau berlainan suku pastilah boleh bernikah tapi lain pula jadinya.
Juga saya suka ingin menyebut bahawa di dalam kisah sejarah minangkabau ada menyebut tentang asal usul minang dan Raja pertama yang datang bersultan di tanah minang ialah Suri Maharajo Dirajo,anak bongsu dari Iskandar Zulkarnain. Dan dua saudaranya iaitu Sultan Maharajo Alif memerintah Rom dan Sultan Maharajo Dipang memerintah Benua cina. Suri Maharajo Dirajo ini datang ke tanah minang bersama empat pengiringnya yang dipanggil Kucing Siam,Harimau Campo,Anjing Mualim dan Kambing Hitam. Dan empat pengiringnya ini nama mereka di abadikan sebagai lambang di setiap Daerah di tanah minang. Amacam tuan TMP?? Saspen tak??
Daulah Islamiyyah bermaksud negara Islam yang mengamalkan Syariat sebagai panduan dan undang-undang.
BalasPadamSecara haqnya,mereka yang mengamalkan syariat didalam pemerintahan bernegara dianggap mulia oleh Allah s.w.t dan secara automatik memuliakan islam. Huh!..makin suspen..
Bab rajo Iskandar Zulkarnain ni...sapo namo ayah dan omak eh..bahaso minang gak ko?
BalasPadamSiam di anggap bangsa yang darjatnya mulia kerana Siam meletakkan Islam sebagai yang teratas. Tidak ada yang teratas darinya. Jadi..sangat patutlah di gelar bangsa yang darjatnya mulia kerana meletakkan Islam sebagai perundangan.
BalasPadamSomolenggang...
BalasPadam