Perhatian: Artikel ini ditulis dalam Bahasa Malaysia.
Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu. Meluas penggunaannya di Nusantara sebagai lingua franca. Dahulu tercatat namanya diantara lima bahasa yang paling ramai penuturnya di dunia disamping Bahasa Ingris, Arab, Perancis dan Mandarin. Malangnya hari ini peratusannya semakin berkurang.
Bahasa Melayu berkembang kerana sifatnya yang 'fleksible', mampu berdinamik bersama pengamalnya sejak zaman berzaman. Ia telah pun diuji dan dicabar penggunaannya dari pelbagai sudut ilmiah. Ini termasuklah keberkesanannya menyampaikan maksud dalam bidang ilmu Islam, ilmu undang-undang, ilmu perniagaan, ilmu alam, ilmu hisab, ilmu kaji hayat, ilmu siasah, ilmu pertukangan, ilmu timbang sukat, ilmu nahu, ilmu saraf, ilmu batin,ilmu silat, ilmu sastera, ilmu kaji bintang, ilmu persuratan dan pelbagai cabang ilmu lagi. Boleh dikatakan bahawa bahasa Melayu itu adalah bahasa serba boleh dan tidak pernah sekali membawa masalah kepada majoriti pengamalnya yang rata-rata penduduk kepulauan di Asia Tenggara.
Bahasa Melayu sebenarnya tiada kaitan langsung dengan Bangsa Melayu yang dikonsepkan oleh penjajah Ingris. Malahan bangsa Melayu-lah yang menumpang populariti bahasa Melayu yang telahpun dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat dunia barat dan eropah berkurun dulu.
Sehinggakan si Raffle sendiri melahirkan konsep Language Based Nation berdasarkan bahasa Melayu dalam usahanya mengkelaskan penduduk-penduduk di nusantara dalam tesis pengajian orientalisnya. Begitu juga dengan puak orientalis yang lain yang datang dengan pelbagai muslihat dan agenda untuk menghakis pengaruh Islam secara beransur-ansur dari jiwa orang timur (orient itu timurlah)
(Kita tidak boleh memandang sepi atau merendahkan usaha licik puak-puak orientalis ini. Penangannya amat hebat. Jika tidak masakan kita boleh terlepas sebuah pulau akibat sekeping surat...?)
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa yang melambangkan status pada waktu awal kedatangan eropah adalah sama dengan peranan bahasa Ingris hari ini. Umpamanya bahasa Melayu itu adalah ibarat pepatah Ingris yang berbunyi- 'Elevate your status'; tidak dianggap intelek bagi bangsa eropah yang bertandang ke nusantara tetapi tidak mahir berbahasa Melayu. Begitulah tingginya taraf bahasa Melayu pada ketika itu.
Hari ini bahasa Melayu dipandang rendah. Berlawanan sekali dengan sifatnya dahulu. Pada pandangan penulis, sebab utamanya, tidak lain dan tidak bukan kerana ikatannya dengan bangsa Melayu itu sendiri. Bangsa yang telah berjaya diperlemahkan dengan sejarah yang tipu dan palsu oleh penjajah.
Bahasa Melayu telah di 'checkmate' - dibelengu pergerakannya sebagai bahasa ilmu oleh kerana prestasi bangsa Melayu hari ini yang tidak kemana, baik diperingkat lokal atau mahupun global. Lihat sahaja usaha kucar-kacir yang dijalankan oleh pihak yang kononnya mewakili bangsa Melayu untuk memartabatkan bahasa Melayu. Setelah 50 tahun, sampai mana hasilnya?
Tergamakkah Melayu mengkhianati 'bahasa' yang telah memberikan nama kepadanya? Bukankah berbahasa Melayu itu adalah syarat untuk menjadi bangsa Melayu dalam konteks perlembagaan?
(Barangkali kemungkinan untuk pupus lebih besar tanpa bantuan penduduk Indonesia yang rata2nya bukan bangsa Melayu)
Seterusnya amat rumit untuk dijelaskan, tetapi bagi penulis, bahasa Melayu akan kembali segar berdaulat jika ia diasingkan pemilikannya dari mana-mana bangsa. Asalnya dahulu pun adalah bahasa universal, milik bersama bagi semua penduduk nusantara.
Oleh itu, jika kita sayang pada bahasa Melayu, mahu melihatnya kembali subur, segak dan bermaya, hanya satu, lepaskan ia dari ikatan kebangsaan yang sempit...
'Tidak bahasa Melayu hilang di dunia...'
Apa nak dikata.Bahasa Melayu musnah ditangan bangsanya sendiri.Satu sifat orang kita yang selalu berbangga dengan apa yang ada pada orang lain.Kalau nak dibandingkan,bahasa Jepun lebih susah dipelihara tapi orang Jepun sangat mementingkan penggunaan bahasa sendiri.Barulah boleh lahirkan tamadun sendiri yang akhirnya dibanggakan oleh dunia.Kita kena belajar dari orang Jepun dalam hal ni.Dalam usaha kita mecari kemajuan, bahasa kena bawa bersama; kalau terpaksa kendong, kendonglah kalau terpaksa heret, heretlah.
BalasPadamsifat berbangga dengan apa yang ada pada orang lain itu di tanam oleh penjajah. Orang Melayu hari ini tidak ada apa yang hendak dibanggakan lagi..ada empayar pun x lama...itu pun Ingris bagi can.
BalasPadamDepa siap prepare dan ejas satu sejarah khas untuk orang Melayu dan depa siap buat satu badan 'khas' untuk pertahankan sejarah Melayu tu...
Tapi sebenarnya ada banyak yang boleh dibanggakan, dengan syarat buang sejarah Melayu Melaka 1511 kembali kepada sejarah Realiti...itu sahaja caranya untuk memartabatkan kembali sebuah kisah bangsa yang hebat dinusantara ini...
Tak kenal maka tak cinta..
BalasPadamtak kenal sejarah REALITI maka jangan haraplah orang Melayu yang berbahasa Melayu nak jadi hebat balik mcm dulu..
Buatlah seminar sana sini, buat NGO satu Malaysia..tapi kalau sejarah REALITINYA tidak diberitahu jangan harap org Melayu khasnya yang beragama Islam nak bangun balik..
Saudara TMP,
BalasPadamada beberapa teman bertanyakan satu soalan..
Kenapa bangsa Melayu tidak wujud sedangkan Jawanya ada, Maduranya ada, Achehnya ada..sudah pasti bangsa Melayu wujud.
Saya hanya memberi satu jawapan yang mudah dengan memberi satu teori yang cukup mudah..
Kesultanan Turki Uthmaniyah..yang memerintah kesultanan tersebut sudah tentu dari bangsa yang ada di negara tersebut..tapi bahasa yang dipertuturkan adalah bahasa Arab..adakah adil untuk kita mengatakan turki itu Arab hanya kerana mereka berbahasa Arab..
Salahuddin Al-Ayubi berbangsa Kurdis tapi bertutur dalam bahasa Arab..kenapa beliau bertutur dalam bahasa Arab tidak dalam bahasa bangsanya..kerana bahasa Arab menjadi perantaraan untuk seluruh kesultanan - kesultanan Islam yang wujud di seluruh dunia..tak salah kalau kita katakan kemungkinan Sultan - sultan yang memerintah Dinasti Islam Ayuthia jika berurusan dengan kesultanan Islam yang lain bertutur dalam bahasa Arab..
Berbalik kepada isu bahasa Melayu..Semanjung Melaka (Siam : Marilah Berniaga) rata - rata penduduk asalnya berbahasa Melayu..adakah bahasa Melayu wujud dengan secara tiba - tiba? Tidak..semua orang tahu kita khasnya bangsa "Melayu" datangnya dari Yunan China yang datang berhijrah ke Semanjong Ma-La-Yoo ini..Siapakah founding Father kita..tidak lain tidak bukan RAJA MERONG MAHAWANGSA (SULTAN MAD ZAAFAR 1)..Allahyarham yang berketurunan Saiman sudah tentu bertutur dalam bahasa tersebut yakni bahasa Siam yang sebenarnya..
Jadi timbul persoalan..ahh kita bicara soal bahasa Melayu bukan bahasa Siam..
Baik, saya ambil satu contoh dalam loghat Kedah..maaf bunyinya agak kasar..Meghuah maknanya pergi membuang air besar..tapi generasi masa kini yang tinggal di kota negeri Kedah perkataan tersebut sudah tidak dipakai..perkataan berak digunakan..apa yang cuba saya sampaikan ialah untuk menunjukkan bahasa Siam juga telah melalui proses evolusi yang akhirnya menyebabkan bahasa Melayu ini wujud ditambah pula dengan pengaruh Parsi dan juga pengaruh dengan bangsa - bangsa lain yang datang berdagang di bumi Semanjung Marilah Berniaga (Melaka).
Timbul lagi persoalan..habis tu kenapa orang utara boleh berbahasa Siam kenapa tidak yang tinggal di Selatan..saya ambil contoh la..orang Kuala Lumpur..bagaimana mereka bertutur..SAYE NAK MAKAN NASI DI KEDAI MARIAM DI HUJUNG SANE..orang kedah..SAYA NAK PI MAKAN KAT HUJUNG TU..orang kelantan..KAWE NAK G MAKE KAT KEDAI HUJUNG NU..orang negeri Sembilan..DEN NAK POIE MAKAN KEK KODAI HUJUNG TU HA..
Perubahan bahasa itu pasti berlaku..Sultan - sultan yang bermaustatin di Ayuthia sudah pasti mereka memelihara bahasa Saiman atau Siam mereka itu kerana bahasa itu bahasa keturunan mereka..
Orang utara boleh bertutur bahasa Siam kerana Raja Merong Mahawangsa menubuhkan kerajaan pertama dalam sejarah Malaysia di Kedah..sudah pasti bahasa itu turut dipertahankan oleh mereka..tapi perubahan bahasa itu berlaku..sebagai contoh, lihat contoh yang saya berikan mengenai perkataan meghuah..
Jadi penjajah Thai dan British sedar, penduduk selatan yang tidak pandai bertutur bahasa Siam harus ditanamkan di dalam fikiran mereka Bahasa Melayu itu menunjukkan bangsa supaya mereka lupa akan kehebatan bangsa mereka yang sebenar..orang - orang di utara juga ditanamkan dalam pemikiran mereka..orang Siam itu Jahat..walhal mereka kebanyakkannya berasal dari dari bangsa Saiman yang datang dari Yunan..
Wallahualam..
p/s TMP dan para pembaca lain boleh mengkritik pendapat saya ini..
jadi apa yang saya cuba sampaikan adalah..
BalasPadamBahasa Melayu telah melalui proses evolusi yang cukup panjang tempohnya..kita wajib pertahankannya..Bahasa Melayu indah..lengkok bahasanya telah melalui proses evolusi beribu tahun lamanya..tapi sayangnya akibat terlalu mahu mengikut rentak tari Barat yang bertanggungjawap mengubah sejarah kita ini, kita sanggup memperkecilkan bahasa kita ini..
Aduhai, sedihnya..bahasa yang dahulunya telah menjadi bahasa perantaraan untuk semua bangsa telah dipaksa milik hanya untuk bangsa "Melayu".
p/s masih banyak yang terbuku dalam hati ini khasnya melibatkan Sultan - sultan kita ini..
Betul ke:
BalasPadamAdat bersanding kita pun dikata meniru agama lain?
Sultan dan raja duduk atas singgahsana (pelamin Raja Sehari) tu macam Raja Hindu ke?
Jangan stereotaip dan main cakap ikut sedap mulut, perkara ini akan disiasat.
Inilah contoh 'Melayu' yang menganggap semua adat kita meniru hak orang lain...
"Kenapa tak kaji amalan-amalan lain yang ada unsur Hindu seperti tepung tawar, bersanding, merenjis. Semua ini boleh dibahaskan...," kata Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin
BENUA INDIA DAHULU ADALAH MILIK EMPAYAR ISLAM MOGHUL...kita perlu lihat adakah segala yang datang dari India itu semua Hindu?
Abis bagaimana dengan adat istiadat bersanding Raja Mughal Islam...Hindu juga?
Raja Mughal India - Aurangzeb adalah antara yang paling cengei sekali bila masuk bab mempertahankan agama Islam...
"Kenapa bangsa Melayu tidak wujud sedangkan Jawanya ada, Maduranya ada, Achehnya ada..sudah pasti bangsa Melayu wujud"
BalasPadamTanya la balik...kenapa bangsa Mandarin (bahasa paling top didunia sekrang) dan bangsa Urdu tak wujud...
Dua-dua nuclear power nation.
Nak terang lagi, nah tambah satu lagi yahudi israel zionis - Hebrew.
BalasPadamSalam tuan TMP..
BalasPadamArtikel ini menarik.. tapi kalau bab nikah kahwin ni saya rasa ada benarnya Islam menegah meniru perbuatan yang haram. kalau bab bersanding,bagi saya privately saya tak setuju. Sebab bersanding di malaysia telah terpesong dari sunnah rosul. Saya tidak hairan kalau raja duduk di singgahsananya kerana memang seorang raja perlu duduk di singgahsana. Tapi kita sebagai umat islam amnya tak perlulah meniru raja kerana raja adalah raja. Istilah raja sehari mengambarkan bahawa pasangan pengantin tersebut dimuliakan seperti raja kerana pasangan tersebut memuliakan sunnah s.a.w untuk bernikah. Jadi perlulah di muliakan sehari sahaja. Itupun bergantung kemampuan keluarga pasangan. Ada yang habis di masjid atau pejabat kadi sahaja. Bergantung pada keberadaan.
Konteks pernikahan umat islam di malaysia dah lari jauh. Cuba TMp fikirkan..kalau sudah mahu bersanding,berapa kos pelamin? Mungkin ada pelamin yang murah atau sekadar duduk bersahaja di kerusi..namun cara itu tak mencukupi untuk menjadi 'raja sehari'.
Kita kalau boleh mahu lari dari imej meniru cara agama lain..tapi apakan daya kalau agama lain pula meniru cara kita?. Takpalah..biaq pi lah hindu nak buat cara bersanding dia..kita takda masalah. tapi kalau bab bersanding ini sebenarnya boleh di selesaikan. Caranya??
1. Buat pelamin dalam bilik pengantin..bersolek lah tebal-tebal. Pastikan hanya MAHRAM sahaja di benarkan masuk untuk melihat kecantikkan pengantin.
untuk pengetahuan tuan,sesudah ijab kabul,suami bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perlakuan isterinya sehingga ke akhir hayat mereka. Juga di dalam islam melarang isteri menunjukkan perhiasan yang nyata atau tidak nyata kepada bukan muhrim. Apabila persandingan terbuka berlaku,maka terjadilah penzahiran kecantikkan isteri untuk tatapan orang ramai. Maka inilah yang tidak kena pada sudut islam. Soal lain tidak apa-apa. Maka atas sebab inilah ISlam melarang..bukan bersanding tertutup tetapi cara terbuka seperti yang kita lihat majlis-majlis perkahwinan.
Maaf tuan..saya kurang pandai bab hukum tapi bersanding itu tidak salah cuma perlu kena dengan caranya.
Lagi satu tuan..
BalasPadamTuan ada menceritakan kalau tak silap sama ada SNK bahwa kota lukut di port dickson,n9 itu ialah asal kota melaka?
Baru2 ini saya menziarahi kota tersebut...Sungguh sayu melihat bekas runtuhan kota ini. Sempat saya sekeluarga sedekah al-fatihah kepada para syuhada yang memepertahankan kota melaka. saya juga banyak mengambil gambar-gambar khusus untuk tatapan tuan serta SNK. Tuan copy save saja gambar tu nanti di blog saya.
Pengalaman saya selama 2 jam di situ,saya merasakan kota ini adalah yang terbesar sekali di malaysia (maaf tuan,tak sempat nak ukur). Memang cukup besar. batu-batanya lebar..rasanya lebih 2000 kaki lebar. Kota tersebut terletak di atas bukit lukut,500 meter dari tanah peninggalan arwah nenek moyang saya. Bukit lukut adalah kawasan batu/tanah kerikil (berwarna merah) maka saya menganggap mereka yang membina kota di situ menggunakan batuan dan tanah di situ untuk membuat tembok kota,batu-bata dan sebagainya. kalau tuan senang..silalah melawat negeri sembilan..makan minum di taja,penginapan sendiri. hehe. Lagi satu,arwah datuk saya ada mengatakan bahawa daerah PRANG BESAR di sepang asalnya tempat berlakunya perang yang cukup besar di zaman dulu. Tapi saya lupa perang antara siapa. Rasa menyesal tak ambik tahu (padan muka aku). Sehinggalah saya mencintai blog SNk dan tak ketinggalan blog tuan menjadi "isteri kedua" saya.
Tuan..
Teruskan usaha menggali..saya sekeluarga tetap mendoakan tuan.Ameen Ya Robb...
1. bab kota lukut dan sejarah Prang Besar tu memang menarik minat saya. ada kelapangan esok kita jengah cerita sebenar kawasan situ.
BalasPadam2. bab bersanding tu - issue sebenar dia adalah untuk mempastikan sejarah - adakah ia amalan hindu atau tidak. kemungkinan ia bukan amalan hindu tapi amalan raja2 Mughal Islam...dan soalannya adakah amalan Raja Mughal ini berpaksikan ajaran Hindu? Mungkin tidak sebab mereka adalah campuran 2 bangsa iaitu Monggol dan Turki - dan orang hindu dan singh amat anti mereka ini. Bangsa Mughal inilah yang membina peradaban dan tamadun yang besar di Benua India dan pengaruhnya sampai ke semenanjung melalui perkahwinan dua raja empayar ini tadi.
Bagi orang Mughal, hindu ni x boleh dibagi can...baca sahaja sejarah mereka...(ini sejarah)
Dalam UUK ada menyebut bab raja sehari ini...sila refer balik UUK. Raja sehari bagi rakyat pun sudah disentuh dan termaktub dalam Undang-undang zaman dahulu...mestilah para ulama zaman itu sudah membincangkan masalah ini dengan terperinci...
bab samada ia mengikut sunah atau tidak itu sudah masuk bab lain. Kalau tidak kita kena soal la balik raja Mughal tu...kenapa dia x ikut sunah...
Cuma kita kena kaji 'hakikat' bersanding tu..apa motif sebenarnya...(orang kita ni suka buat fitnah)
tentang tajuk pembaziran pula..ini pun bab lain juga. Tuan badan sahaja yang boleh menjawabnya ni...
3. Madu tiga lah ni eh?
Kenapa agama sikh menyarankan para 'Khalsa'nya menyimpan rambut panjang, bergelang, berpedang, berseluar pendek, menyimpan sikat?
BalasPadamDan ia hanya disarankan pada kurun ke17 oleh gurunya yang (antara yang terakhir) Gobind..sebelum itu title 'Singh' tidak digunakan...
Ini semua ada kena mengena dengan Mughal...
Macam ni TMP,
BalasPadamyang dulu biar kita lepaskan..kita pegang kata Imam As-Syafie
"Jika kalian menjumpai fatwa yang lebih kuat dalilnya dari aku..segeralah kamu mengikutinya"
Bukan kita nak kata dia tu tak ikut sunnah..zaman tu dengan keadaan teknologi yang x brapa hebat sudah tentu sunnah ni boleh ditipu..
Sebagai contoh..sejarah kita nie..brapa lama kita kena tipu..
Benda - benda mcm ni jangan diperbesarkan..
Fokus utama kita bongkar habis - habisan sejarah kita nie..
Bab - bab agama nie..zaman sekarang hadis - hadis Rasulullah sedang disaring agar kesahihannya benar - benar sahih datang dari Nabi Muhammad s.a.w
macam dulu - dulu, apa - apa ja kena tengok tilik tarikh dulu..bukan apa kita nk tgk nasib baguih ka tak..kalau kena esok tak baguih haa pakat tak jadi la nak buat kerja tu..zaman dulu, zaman tok nenek saya dulu depa anggap benda tu tak salah siap kata benda ni ikut syarak..tapi lama - lama bila hadis telah ditapis dengan dipersetujui oleh semua pihak di seluruh dunia ni..perkara mcm tu boleh jatuh kepada perkara khurafat..
Jadi benda - benda mcm ni memang senantiasa berlaku..
Ya Raja Mughal memperjuangkan Islam..jasa mereka ini jangan dilupakan..tapi salah mereka ini pula jangan diungkit..cukup sekadar peringatan buat kita..mungkin pada zaman mereka perkara macam bersanding ni ikut sunnah..
Saya pegang kata - kata pejuang keadilan Said Zahari (seangkatan dengan Allahyarham Ahmad Boestamam)..sejarah perlu kita lihat kembali, pertama supaya kita mengenal dari mana kita datang, kedua agar kita bersemangat untuk menjejaki kehebatan sejarah yang terdahulu, dan yang keempat supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka dahulu dan bukannya mengikuti semua perilaku mereka pada waktu dahulu.
Jadi kita perlu bongkar abis -abisan dan serang abis - abisan blog yang mcm nie
www.sejarahnagarakedag.blogspot.com
blog ini mcm mempertahankan kerajaan BUDDHA THAI ini..
Satu soalan saya...adakah Raja Mughal juga mengamalkan YOGA?
BalasPadamkalau sejarahnya mengatakan YA...maka Ya lah...kalau tidak, tidaklah...
Bukan kerja sayalah hendak menghukum salah betul...
Fokus utamanya adalah sejarah realiti.
Jika ada dalam firmaN RASUL maka ya lah, jika disebut dlm al-Quran maka ya lah, di izzinkan Tuhan maka benar lah. Jika tiada dlm ketiga salasilah maka adanya dusta sesetengah kebenaran itu
BalasPadam