"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Jumaat, November 14, 2008

Fikirkan: Semenanjung Melaka 1782

Mana pergi Semenanjung Tanah Melayu? (Peta Perancis)

By 1795, Blumenbach added another race called 'Malay' which he considered to be a subcategory of both the Ethiopian and Mongoloid races
  • I wish to call it the Malay, because the majority of the men of this variety, especially those who inhabit the Indian islands close to the Malacca peninsula, as well as the Sandwich, the Society, and the Friendly Islanders, and also the Malambi of Madagascar down to the inhabitants of Easter Island, use the Malay idiom.[2]

Jika ada tulisan mengatakan 'Malayan Peninsula', penulis akan refer balik kepada 'peta lama' untuk memastikan fakta dan mendapatkan keputusan. Maklumat di Wiki boleh diedit maka ia akan mengurangkan integriti sesuatu fakta itu berbanding peta lama (bukan sumber British).

1782 - Francis Light belum masuk Pulau Pinang lagi.

--------------------------------------

"A sum of 565 names, 484 in America and 81 in Canada, of villages, towns, cities, mountains, lakes, rivers and etcetera, are etymologically Arabic, designated by locals long before the arrival of Columbus. Many of these names are in fact the same as names of Islamic places; Mecca in Indiana, Medina in Idaho, Medina in New York, Medina and Hazen in North Dakota, Medina in Ohio, Medina in Tennessee, Medina in Texas, Medina and Arva in Ontario, Mahomet in Illinois and Mona in Utah, are just a few noticeable names at the outset. A closer analysis of the names of native tribes will immediately reveal their Arabic etymological ancestry; Anasazi, Apache, Arawak, Arikana, Chavin, Cherokee, Cree, Hohokam, Hupa, Hopi, Makkah, Mohician, Mohawk, Nazca, Zulu, and Zuni are only a few."

Semua penduduk asal benua Amirika telah pun bernama, tetapi dikelaskan sebagai Red Indian oleh Columbus dan digelaran itu diguna pakai oleh 'scholars' hingga ke hari ini.

Jika begitu, adakah konsep Language Based Nation yang yang digunakan oleh Stamford untuk merangkumkan dan mengkelaskan semua kaum di Malaya yang terdiri daripada Melayu, Boyan, Banjar, Jawa, Rawa, Bugis, Acheh, Siam, Mendeleng, Bangkahulu, Patani, Batu Bara, Jambi, Riau, Minang, Arab, Keling dan lain-lain lagi sebagai satu bangsa Bangsa Melayu @ The Malay itu meniru idea Red Indian Columbus?

Mungkin betul juga, apa yang penulis pasti, tiada bangsa peribumi dinegara lain yang mempunyai keistimewaan 'tanah reserved' seperti Red Indian Amirika melainkan orang Melayu; dalam pada masa yang sama menjadi miskin akibat dipinggirkan* dari arus pembangunan oleh penjajah. Adakah itu menunjukkan kelebihan atau kelemahan ?

Sebab itu ada juga terdengar cakap2 penghujungnya orang Melayu di Malaysia masuk hutan macam Red Indian. Ada juga persamaannya tu...FELDA contohnya. Realitinya?

Bagaimana susahnya kita hendak membuang konsep Red Indian itu dari 'mindset', begitu jugalah halnya dengan konsep Bangsa Melayu yang disogokkan kepada kita. Berat hati penulis untuk menerima kenyataan, jika itulah hakikat sebenar kisah konsep Bangsa Melayu yang digula-gulakan oleh Ingris dan agen-agennya.

end.

-----------------------------------

*Memetik kata2 Roslan Latif, Presiden Alumni Melayu Amerika Utara (ALMA) dalam Berita Harian 15 November 2008:

Malah seawal 1816 lagi, kaum India dan Cina belajar di sekolah apabila Penang Free School dibuka. Anglo Tamil menumpang di Penang Free School. Tahun yang sama sekolah Cina dibuka di Melaka. Sekolah Melayu pertama dibuka pada 1856, iaitu Sekolah Melayu Telok Air Tawar, Pulau Pinang dan Telok Belanga Singapura, selepas 40 tahun bukan Melayu bersekolah. [MCKK hanya baru dibuka pada 1905]

[orang Melayu ketinggalan lebih daripada 40+ tahun kebelakang dalam bidang pendidikan Ingris, tetapi membuktikan boleh membina sebuah negara maju dalam tempoh yang sama selepas merdeka].

[Pendidikan orang Melayu kampung ketika] Itupun sampai darjah lima sedangkan India dan Cina sampai Senior Cambridge sebelum melanjutkan pelajaran ke Raffles College, King Edward Medical College, Australia dan United Kingdom. Mereka pulang jadi peguam, doktor, jurutera dan professional lain.

Ketika itu kebanyakkan orang Melayu menjadi petani dan bekerja di kampung.

Mengikut kajian USM pada 2002, hanya 14 peratus Melayu mencapai tahap pengurusan tertinggi, 60 peratus di pengurusan terendah berbanding 73 peratus pada pengurusan tertinggi dan 20 peratus dalam pengurusan terendah bagi kaum Cina.

Polar guna tenaga Bumiputera dalam firma swasta pada 2005, hanya 20 peratus CEO bumiputera berbanding 80 peratus bukan bumiputera dan hanya 40 peratus pada peringkat pengurusan berbanding 52 peratus bukan bumiputera.

Dalam hal ini, janganlah kita cepat terpengaruh dengan mainan politik dan media yang selalunya mencipta Melayu kaya. Berpijaklah pada bumi nyata. Ini belum diambil kira pemilikan hartanah, properties, pusat beli belah, profesional dan sebagainya.

Bangsa Melayu di Semenanjung Melaka nampaknya masih ketinggalan dan terpinggir. FELDA telah mencapai objektif, lebih baik dari Red Indian Amirika. Adakah itu realitinya?

-------------------------

*Jawapan kepada sejarah Sebenar Ketamadunan Bangsa Melayu berpaksikan Islam ada tersirat pada peta Semenanjung Melaka 1782 diatas.

*Percayakah anda nama asal Putrajaya adalah Prang Besar Estate, terletak dibawah jajahan kerajaan Negeri Selangor? Lagi 100 tahun tentu ada yang tidak percaya dan bermatian mempertahankan nama Putrajaya itu yang sekarang dibawah kerajaan Persekutuan...

11 comments:

  1. Copy dan paste dengan kebenaran.

    Subject: Dari mana datangnya bahasa melayu itu?
    To: modmant@yahoo.com
    Date: Tuesday, November 11, 2008, 12:00 AM

    Saya tertarik dengan kenyataan bahawa bangsa melayu berasaskan bahasa melayu.
    Saya dapat merasakan kebenarannya sebab sejarah bangsa melayu sangatlah kabur.
    Cuma saya ada satu soalan, pada pemahaman saya bahasa itu dibentuk oleh bangsa sebagai
    Alat untuk berkomunikasi.Memandangkan dalam kes melayu ni, bahasa yang membentuk bangsa, dari
    Mana datangnya bahasa melayu itu.Minta pandangan .

    BalasPadam
  2. Pandangan saya:
    Apa kata pakar:

    1.Menurut Drs Ismail Hussein (1966, p13):
    "istilah Melayu itu sendiri adalah sangat baharu dijumpai dari kesan2 sejarah. Dalam tahun 644M atau akhir 645M istilah ini timbul buat pertama kalinya dalam tulisan China sebagai Mo-lo-yeu . Berita China ini menyebut yang Mo-lo-yeu mengirim utusan ke-negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada Kaisar.

    Pandangan saya:
    Istilah Melayu itu sendiri sangat baru. Adakah ini bermakna istilah bangsa Melayu itu juga istilah baru? Mo-lo-yeu - adakah ini juga bermaksud utusan yang mempersembahkan hasil bumi ke maharaja China juga menjemput rakyat China tinggal dan berniaga di Melaka? Kerana dalam bahasa Siam Me la Yu bermaksud mari duduk sini dan Me la ka bermaksud mari niaga sini.

    Kita boleh mengambil konteks Mo-lo-yeu ini sebagai bahasa yang melambangkan jemputan, bukan bangsa. (kerana ia hanya dikait hanya secara teks dan tidak didalami maksudnya)

    2. Tentang dimana letaknya [daerah melayu ini pula] terdapat perbezaan pendapat. Ada yang berkata Mo-lo-yeu itu adalah Semenanjung Tanah Melayu. Tetapi umumnya orang menyetujui pandapat saorang penulis bahawa Mo-lo-yeu itu terletaknya di daerah kota Jambi sekarang ini.

    Pandangan saya:
    Pakar2 sejarah berbeza pendapat dengan asal-usul Melayu, dan tidak berani mengatakan Melayu itu asalnya dari Semenanjung Tanah Melayu yang dahulunya dikenali dengan nama Semenanjung Melaka.

    Saya rasa semenjak 1966 lagi mereka sudah tahu nama asal semenanjung ini bukan semenanjung Melayu, tetapi 'silent' mengenainya.

    Jika benar nama asal semenanjung ini Tanah Melayu kenapa mereka tidak tegas dalam bab asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Kenapa mesti Jambi? Dan bagi saya tetap orang pulau berasal dari tanah besar dan bukan sebaliknya.

    Tidak logik juga jika bangsa Melayu yang besar itu dikatakan berasal dari Jambi kerana orang Jambi sendiri tidak mengambil 'port' dengan nama Melayu itu...

    3. Lagi sambung Drs Ismail,
    "tiadanya sebutan 'Melayu' dalam tulisan-tulisan kuno , bukanlah membuktikan 'melayu' itu tidak wujud didalam zaman sebelum 644M mungkin bahasa Melayu dipanggil dengan nama lain.

    Pandangan saya:
    Ada kemungkinan bahasa Melayu dipanggil dengan nama lain? Apa maksud pernyataan ini? Adakah ini bermaksud Bangsa Melayu yang berbahasa Melayu juga dikenali dengan nama lain sebelum ini?

    Bagaimana kita ingin menegaskan bahawa bahasa Melayu itu berasal dari Bangsa Melayu jika para sejarawan pun tidak yakin dengan asal usul bahasa melayu itu sendiri - 'mungkin dikenali dengan nama lain'?

    kesimpulan saya secara kasar:
    nama bahasa boleh diwujudkan tanpa mengambil kira bangsa. Sebabnya bahasa mandarin, urdu tidak refer kepada mana2 bangsa.

    Bahasa Melayu adalah bahasa perdagangan di Pelabuhan Melaka dibawah naungan SIAM sebagaimana bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa rasmi di China dan bahasa Urdu di Pakistan. Ia tidak semestinya berasal dari bangsa.

    Pandangan saya tidak dapat diperkemaskan secara detail. Mana yang ada sahajalah....

    BalasPadam
  3. tambahan sedikit:
    dalam lain kata zaman dahulu Konsep Bangsa Melayu atau Malay Race itu tiada dalam kamus manusia yang hidup dalam zaman itu. Mereka mungkin lebih senang dikenali dengan asal tempat datang mereka.

    Masalahnya ialah tiada tempat atau daerah yang dapat dipastikan dengan tegas bernama Melayu, melainkan sebatang sungai dalam Daerah JAMBI...

    BalasPadam
  4. Sekadar menambah komen yang dah lama terbuku di hati ini.

    Dalam wikipedia ada menyebut mengenai kematian King Naresuan. Mereka mengatakan Allahyarham mayatnya telah dibakar.

    Cukup senang mereka memberi alasan untuk menutup penipuan yang dilakukan oleh penjajah Sukothai ini.

    Ya la kubur sebenar ada di Tangjong Inggeris, di mukim Langgar, Kedah. Dasar penipu!!

    Saya mahu memberi cadangan agar kita para pencinta kebenaran sejarah ini jika pihak negeri kedah dan pusat cukup lembab mengiktiraf kebenaran ini apa kata kita letakkan saja nama - nama mereka ini ditepi kubur - kubur para raja Kerajaan Benua Islam Kedah ini dan juga sesiapa juga yang bersangkut - paut.

    Jika mahu mengharapkan kerajaan negeri dan pusat mengambil langkah jangan harap. Kita harus mula melangkah. Andai kata mereka - mereka yang berkenaan ini meloncat ya pada waktu inilah kita kemukakan bukti - bukti yang kukuh kita miliki.

    Sekadar pandangan sahaja.

    BalasPadam
  5. Cadangan yang brilliant! Tapi apa kata waris Merong Mahawangsa mengenai cadangan ini?

    BalasPadam
  6. saya pasti TNL Kassim pasti berminat.
    bukan apa untuk membina impak agar rakyat Malaysia sedar akan kebenaran sejarah ini kita harus membuat sesuatu langkah yang membolehkan pihak kerajaan negeri dan pusat sedikit sebanyak akan mula menjalankan kajian yang terperinci dengan dakwaan kita ini.

    Waris Allahyarham Raja Merong Mahawangsa pasti berminat. Jika mereka benar - benar mahu sejarah mereka yang hebat ini diketahui ramai dan mahu menyedarkan umat Islam dan melayu mereka harus mengambil langkah sebegini.

    Umat Islam dan melayu akan terus menundukkan kepala selagi mana mereka tidak sedar akan kehebatan mereka ini. bangsa cina tidak kira Islam atau pun bukan boleh maju di mana mereka kerana mereka bangga dengan sejarah ketamadunan mereka.

    Jadi umat Islam dan melayu jika mahu hebat dan bangun harus disedarkan dengan fakta sejarah kita ini.

    Waris - waris Raja Merong Mahawangsa (Sultan Mad Zaffar 1) saya berharap agar saudara - saudari sekalian setuju dengan cadangan saya ini dan tuan punya blog ini.

    Kami bersama anda!!!

    BalasPadam
  7. Saudara tuan punya blog ini.

    Saya mempunyai pelbagai idea untuk kita mengangkat kebenaran ini.

    Itu pon jika waris - waris Kerajaan Benua Islam Kedah ini bersetuju dengan cadangan saya yang pertama ini.

    Jika mereka bersetuju saya akan keluarkan idea demi idea.

    Wassalam.

    BalasPadam
  8. saya setuju dengan tuan.
    Bangsa yang mempunyai sejarah hebat akan sentiasa punya semangat jati diri hebat tidak kalah dengan bangsa lain...tengok jepun...

    Sejarah Melayu yang ada ni bertujuan untuk menarik semangat jantan je...tengok la macamana depa pelekeh silat...x sampai 10 hari kalah ngan Portugis...ada masuk akai ke?

    satu pun kita x leh nak bangga melainkan cerita hikayat dan dongeng rakyat..fairytale la senang.

    Nasib baik la Che Det naikkan KLCC tu...baru la ada nampak tegak sket pala Melayu, walaupun Korea Jepun yang buat..

    Lepas tu depa buat ayat " tak akan Melayu Hilang Di Dunia..." kalau x hilang Melayu tu sampai bila la kita jadi macam ni...kita hilangkan Melayu yang depa corakkan tu...masukkan kembali Melayu yang sebenar...

    Dahsyat Ingris punya penangan...

    BalasPadam
  9. tuan MP,

    jika tuan dapat berhubung dengan mereka khasnya pengarang - pengarang blog sejarahnagarakedah itu, tolong sampaikan idea kita ini kat dorang nie..

    Org Islam dalam Malaysia ini jika tidak didedahkan sejarah sebenar sampai kesudah kita tak boleh bangun..

    Yang kita tau kita dijajah selama 500 tahun..walhal hanya dijajah selama 81 tahun..mana lagi ratusan tahun itu..mmg Inggeris berjaya mengkucar - kacirkan sejarah hebat kita ini..

    Ketuanan Melayu tidak wujud yang wujud semangat menegakkan agama Islam dan itu telah menjadi tunjang pemerintahan dari zaman Raja Merong sampai ke Sultan Jaafar..Atas semangat itulah melayunya, cinanya, jawanya, majapahitnya dll bersatu dibawah satu panji..Panji Kerajaan Benua Islam Siam Kedah..semangat itulah mereka berperang di Tanah Merah, Pendang bersama 36 ribu para mujahiddin..

    TNL Kassim, Anai - anai, naim-fidausi dan tuan punya blog ini..dah tiba masanya kita bergerak kehadapan..saya yakin ramai lagi diluar sana akan bersama..

    tolong ya..sampaikan idea kita ini kepada anai - anai dan Nai Long Kassim..

    Kita mulakan dengan langkah yang pertama!!!

    BalasPadam
  10. InsyaAllah dan terima kasih kerana sokongan.

    Jika tidak disini, Zahrin boleh juga menzahirkan idea dan cadangan bernas terus di blog SNK...

    Sejarah Melayu yang kita pelajari disekolah hari ini akan di sangkal, dicabut satu persatu akar dan virus dongengnya.

    Tunggu sahaja entry yang akan datang...

    BalasPadam
  11. salam tmp,
    ni la first time saya berminat membaca blog berunsur sejarah macam the malay press...sebenar nye saya seorng peminat sejarah sebelum ni... tetapi dah hilang minat kerana terlalu ragu ragu terhadap fakta sejarah yang diajar ketika kat sekolah dlu...
    saya amat berminat mmbace blog saudara...teruskan usaha anda...
    cume saya ingin bertanye..
    btul ke portugis dan belanda menjajah negara kite?

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger