Secara praktikalnya teknologi kamera hanya boleh digunakan oleh orang ramai di eropah ialah pada tahun 1839. Dimana pada tahun itu Daguerre, Niepce dan Fox Tallbot berlumba mendapatkan hak cipta dan 'patent' terhadap ciptaan mereka. Daguerre menang dalam perlumbaan itu. Lalu terhasilah kamera pertama yang diberi nama 'Dauguerrotype camera' yang menggunakan plate besi sebagai media penyimpan imej. Hanya orang kaya atau yang berkhidmat dengan kerajaan atau press sahaja yang mampu memiliki kamera jenis Daguerrotype ini.
Sejak dari itu, teknologi dan inovasi kamera berkembang sehinggalah pada tahun 1881, George Eastman seorang Amirika mencipta teknologi 'filem' yang mudah diselenggara, iaitu Kodak. Dengan penggunaan kodak, badan kamera dapat dikecilkan dan teknologi itu dapat dinikmati oleh kebanyakkan kerana ianya lebih murah dan mudah berbanding Daguerrotype yang besar, berat dan mahal. Daripada inovasi Eastman inilah lahirnya teknologi filem yang membolehkan kita menonton wayang gambar pada hari ini. Bayangkan dunia tanpa wayang gambar?
Qamara Obscura yang asalnya adalah perkataan arab untuk 'pinhole camera' mengambarkan satu konsep 'bilik gelap yang menghasilkan imej' kini telah pun berevolusi dengan pesat sehinggalah ke zaman digital. Ternyata, daripada lukisan tangan, proses mempotrait wajah berkembang daripada plate besi Daguerrotype kepada emulsi Kodak sehinggalah kepada CCD atau CMOS.
Dan sememang sifat 'melukis atau menangkap gambar' itu menjadi minat dan kemahuan manusia tidak kiralah dari zaman mana dia berada. Yang berevolusi hanyalah cara dan teknologinya sahaja. Jika tidak masakan 'cameraphone' menjadi kegilaan ramai dewasa ini?
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.