NEGARA INI MILIK MUTLAK BANGSA MELAYU (نڬارا اين ميليق مطلق بڠسا ملايو)
Bagi Dr Burhan, perlembagaan merdeka yang digubal oleh Suruhanjaya Reid (SR) ini tidak diterima sepenuhnya terutama yang berkaitan dengan kerakyatan, bahasa dan kedudukan orang Melayu. Dalam rapat umum di Padang Malaya pada 17 Mac 1957, Dr Burhan telah menyatakan bahawa syor-syor dalam SR itu ternyata merugikan bangsa Melayu dan terbabas dari keadilan. Nama bangsa Melayu telah terhapus dan jaminan kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam telah ditinggalkan. Dr Burhan, atas platform sebuah parti politik yang disertainya ketika itu (atas jemputan) telah mengekemukakan satu memorandum kepada SR untuk dipertimbangkan, antara lainnya adalah:
A. Bahawa negeri ini adalah NEGARA MELAYU dan hak BANGSA MELAYU yang telah dibuktikan oleh sejarah dan diakui oleh undang2 dari satu ka-satu masa. Maka tugas Surohanjaya Perlembagaan ini pada perenggan yang kelima cheraian 5 untuk mengawal kedudukan Bangsa Melayu di- negeri ini janganlah di-lihatkan dari segi yang lain daripada hakikat yang tersebut di atas. Sa-barang perchubaan, sama berpelembagaan atau tidak-nya, hendak mengubah HAKIKAT ini adalah salah dari segi hak manusia dan undang2.
B. Jadi dari itu tugas yang kelima tersebut jangan-lah di-tafsirkan hendak memberi ke-istimewaan KECIL bagi BANGSA MELAYU, sa-baleknya adalah tugas SR itu menetapkan bahawa KEDAULATAN BANGSA MELAYU DI-NEGERI ini IA-LAH MEREKA MEMPUNYAI KEDAULATAN MUTLAK DI DALAM-NYA.
E. Persatuan ini, oleh sebab yang di-atas, menuntut supaya SR ini berpegang kepada hak manusia yang menegaskan bahawa lemah atau kuat-nya sa-sa-orang atau sa-suatu bang-sa itu bukan-lah menjadi ukuran kepada berhak atau tidak-nya mereka dalam sesuatu.
F. Bahwa negeri ini dari satu masa ka-satu masa telah membukakan pintu-nya kepada bangsa2 asing yang telah tertarik kepada kekayaan negeri ini dan telah mendapat ni'mat hidup di-dalamnya dengan tiada terganggu walau sedikit pun hingga-kan pada masa ini daripada bangsa Melayu yang ada-lah bumiputra bagi negeri ini. Sasiapa yang datang ke negeri ini dapat melihat, bahwa tiada sa-buah negeri pun atau satu bangsa pun yang telah menerima baik dan memberi layanan penoh kepad orang2 asing lebeh dari Negeri Melayu dan Bangsa Melayu.
G. Jadi tuntutan berkenaan hak kera'ayatan sama ada berupa jus soli atau berupa kelonggaran sharat2 kera'ayatan yang dikemukakan oleh orang asing itu bukanlah-lah diasaskan atas kesempitan hak hidup ma'mor yang dirasai mereka, tetapi adalah di-terbitkan oleh PERASAAN TAMA' HALOBA kepada kuasa yang telah pun di-dapati mereka pada masa ini.
MENGAMBIL KESEMPATAN DAN KHIANAT AKIBAT TAMAK HALOBA
Baiklah tuan-tuan, dimanakah punca mereka mendapat kuasa itu? Tidak lain dan tidak bukan apabila ada segelintir mereka yang mengkhianati Dato Onn dan kemudiannya diterjemahkan pada pilihanraya 1952. Dato Onn menginginkan KEMERDEKAAN MUTLAK dengan satu suara sahaja iaitu SUARA UMNO - SUARA MELAYU. Malang sekali pandangan jauhnya tidak dicapai oleh orang UMNO lalu beliau menubuhkan IMP.
“Sokong yang diharap, sokong itu membawa rebah. Pagar yang diharap,pagar itu memakan padi. Perkataan itu saya tidak mengubahnya.” - kata Dato Onn dalam ucapan terakhirnya sebagai YDP UMNO (Mohamed Abid, 2003, 192)
" At the beginning of 1952, a temporary alliance between the Selangor State branch of the MCA and the Kuala Lumpur branch of UMNO was brokered by Tun H S Lee and Yahya bin Dato Abdul Razak with the sole aim of jointly contesting the Kuala Lumpur Municipal elections in February 1952. It was done without the prior knowledge4 of the national leadership of both parties. The common objective was to defeat the Independence of Malaya Party (“IMP”) set up by Dato Onn Jaafar in 1951. The partnership proved a great success, winning 9 out of the 12 seats (MCA captured 6 with UMNO taking 3). The IMP only secured 2 seats and this defeat proved to be the beginning of its end...
The proposals set out in the 20-page Alliance memorandum were debated vigorously in private between April and September 1956 by a core group from UMNO, MCA and MIC under Tunku’s chairmanship. The product was a “give and take compromise” which became the “social contract”between the races."
YANG DITAKUTI AKHIRNYA DI AKUI
Apabila Perikatan menang piliharaya dengan berkongsi suara maka terjadilah apa yang berlaku hari ini. Apa yang ditakuti oleh Dato Onn dan Dr Burhan (mereka mempunyai pandangan yang sama terhadap HAK MUTLAK BANGSA MELAYU cuma masa dan perlaksanaan yang berbeza) akhirnya diterjemahkan sendiri oleh TAR dalam Akhbar Malaya (padahal siapa yang mempengerusikan private meeting itu?):
...orang Melayu sedia memberi hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberi pengorbanan yang banyak daripada hak-hak sebagai bumiputra Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa yang BUKAN MELAYU. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang diperbuat oleh bangsa Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam Perjanjian Persekutuan tetapi ini tidak sekali-kali mencegah atau menyekat bangsa-bangsa yang BUKAN MELAYU daripada mencapai kesenangan dan kekayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf diantara orang Melayu dan orang BUKAN MELAYU...
KUOTA BUMIPUTERA BETUL KE MELAYU YANG MINTA?
Manakala berkenaan kuota pula Dr Burhan mengangap ini adalah satu PENGHINAAN kepada bangsa Melayu, dan dengan terang dan jelas menyatakan bahawa:
Penentuan kuota ini juga menunjukkan bahwa bangsa Melayu merupakan bangsa yang kecil dan lemah, yang patut diberikan pertolongan, yang sama kedudukannya dengan kaum yang patut diberikan pertolongan, yang sama kedudukannya dengan kaum curasian, dan samalah dengan puak-puak yang lemah di negeri ini. Dr Burhan menganggap ini adalah satu PENGKHIANATAN BESAR yang telah dilakukan oleh SR. Suruhanjaya ini telah melupakan bahawa sejarah dan hak kemanusian negara ini telah menegaskan bahawa BANGSA MELAYU PEMILIK NEGARA INI.
Suruhanjaya Reid bukan diterima bulat-bulat oleh orang Melayu ketika itu. Dan secara realitinya, yang berikut inilah suara sebenar yang mewakili UMAT MELAYU ketika itu, yang mana kita sebagai pewaris negara bertuah ini patut hayatinya bersama.
MENYANGGAH SURUHANJAYA REID
Usaha menyanggah SR ini telah dijalankan dengan mengadakan Kongres Melayu Kedua yang bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 4- 7 Mei 1957. Kongres ini terpaksa di adakan kerana tunjang Parti Perikatan ketika itu telah dianggap serong dan terpesong dalam perjuangannya. "Crooked," - kata Dato Onn.
UMNO telah gagal membela nasib orang Melayu dan terpaksa tunduk kepada tuntutan MCA dan MIC dalam perikatan dengan mengekemukan syor-syor yang tidak menjaga kepentingan2 Umat Melayu kepada SR. Kongres ini diadakan untuk membincangkan perkara Perlembagaan bagi Malaya Merdeka kelak. Dalam Kongres Melayu Kedua ini Dr Burhan dilantik menjadi pengerusi Kongres, manakala Dato Onn dilantik menjadi Bendahari dan Ahmad Boestamam sebagai Setiausaha Kehormat. Walaupun menjadi pengerusi kongres, idea utama banyak di utarakan oleh Dato Onn.
Dalam kongres ini Ahmad Boestamam masih lagi merajuk dengan Dato Onn (yang mengeluarkan perintah menahannya sewaktu pentadbiran Inggeris dahulu), dan meninggalkan kongress pada hari kedua dengan alasan tidak diberi mandat untuk menyokong kongres. Jika begitu halnya patut dia menolak menjadi SU Kehormat pada hari pertama lagi. Bantahan tidak puas hati terhadap SR ini turut disuarakan oleh UMNO Terengganu dan UMNO Penang yang hari ini umpama hidup segan mati tak mahu.
Resolusi yang diluluskan dalam kongres ini telah dibawa oleh Dato Onn Jaafar dan Dr Burhanudin al-Helmi ke London bagi merundingkan hal kemerdekaan negara yang diketuai oleh TAR tetapi telah ditolak oleh Perikatan. Akhirnya Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan Perlembagaan yang digubal oleh SR diterima pakai.
SIAPA YANG TERKENYEH-KENYEH?
Oleh itu Umat Melayu sekalian. Adakah pada asalnya orang kita terkenyeh-kenyeh hendakkan kuota dan hak keistimewaan Melayu? Siapa yang 'undermine' Melayu sehingga kita bagaikan peminta sedekah di bumi bertuah ini? Oleh kerana kontrak sosial yang tidak munasabah itulah punca mengapa Melayu hari ini nampak lemah tidak berdaya menongkah arus dan seakan telah kehilangan arah.
Maka jika Dato Onn tidak mampu mengucapkannya, maka biarlah Dr Burhanudin al-Helmi yang bercakap bagi pihaknya.
Demi MARUAH dan SURVIVAL Umat Melayu.
HAB.
Kias Tersirat: Dato Onn bin Jaafar (revisit)
*Menyahut saranan Dr Rais:
"Ekoran itu, orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi perkara seperti ini. Jadi bila kita kuat, orang lain tidak boleh cuit... samalah seperti yang saya katakan apabila tiang condong, kura-kura pun nak naik. Orang Melayu harus bersatu dan ketepikan perkara remeh dan menyuarakan apa yang hak. Jika ini tidak dilakukan, orang seperti Soi Lek akan terus menggugat perjuangan asas," katanya.
Petikan : Utusan Malaysia 20 Ogos 2010
Salam.... TMP
BalasPadamArtikel dan maklumat yang berguna untuk tatapan Bangsa kita ...
Mohon untuk diwar-warkan ...
salam perjuangan.
Demi MARUAH dan SURVIVAL Umat Melayu.
BalasPadamsilakan.
salam...
BalasPadamartikel yang patut dikongsi oleh bangsa melayu...
mohon diwar2-kan..
perjuangan melayu bersatu..tak lain yg utamanya menjulang islam yg suci..
BalasPadamtanggapan yang salah selama inimesti diperbetulkan, supaya fikiran umat Melayu kembali ke landasan yang sebenar.
BalasPadamdemi agama bangsa dan tanah air
ALIF BA TA
The partnership proved a great success, winning 9 out of the 12 seats (MCA captured 6 with UMNO taking 3). The IMP only secured 2 seats and this defeat proved to be the beginning of its end...
BalasPadamHoih patutla 'ALONG' Solek naik tocang 'MELAYU' dah utang banyak ngan derang rupanya
DR. Burhanuddin ini adalah presiden PAS yang pertama..
BalasPadamkeluar dari UMNO yg ketika itu terlalu mengikut telunjuk British / yahudi..
Perlembagan negara kita dirangka dan digubal oleh Sir Load Reid ( seorang Yahudi ) warga negara Britain.
Yang Dipertua PAS Pertama...Hj Fuad
BalasPadamYang kedua...dr. Abbas (pengarah Hospital Universiti)...hanya sementara kerana menjawat jawatan awam...kemudian baru dr Burhanuddin (atas jemputan setelah dipersetujui oleh semua JK Pusat PAS ketika itu)...
Bagi yang ingin menziarahi makamnya...di Masjid Melayu (lama) di Bandar Taiping.
Al-Fatihah kepada Pejuang-Pejuang Kemerdekaan Bangsa Melayu ini yg ikhlas berjuang dan telah mendahului kita, semoga segala amal beliau diterima Allah Taala...
Di atas runtuhan Kota Melaka, kita bangunkan JIWA MERDEKA!!
Lord Reid adalah anggota Privy England..dia ahli House of Lord...tidak pakai gelaran Sir pada nama beliau..
BalasPadamAnggota Suruhanjaya termasuklah Justice Hamid dr Pakistan yang tidak bersetuju Perlembagaan ini digunapakai di Tanah Melayu...
Semoga warga Melayu terus rajin mencari bahan2 yang masih ada tersimpan di perpustakaan2 dalam dan luar negara agar mendapat fakta yang lengkap dan benar tanpa sangkaan semata-mata...
Banyak lagi ucapan2 dan karangan2 Dr Burhanuddin yang masih boleh didapati walaupun sedikit sukar...rujuklah kepada mereka yang benar2 ahli dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu...rakan2 seangkatan dr burhanuddin masih ada yang hidup, generasi pelapis juga masih ada jika benar2 mahu rujukan yang sahih...
Seorang lagi brilliant Melayu yang berada atas platform Parti Islam Se Malaya adalah Almarhum Dr Zulkifli Ahmad.
BalasPadamIngat nama ni. Dr Zulkifli Ahmad a bright man he was.
Salam. Maaf tuan, pembetulan. Dr. Zulkifli Ahmad - Ahli Parlimen Kuala Selangor (PAS) masih hidup. Barangkali yang saudara maksudkan adalah Almarhum Profesor Zulkifli Muhammad. Sekian.
BalasPadamMaafkan saya. Ini sebab termasuk nama Zulkifli Nordin ngan Nordin Ahmad. :-)
BalasPadamNama sebenar beliau adalah Zulkifli Muhammad.
Tan Sri Mohd Asri Haji Muda pernah menukilkan kehebatan Prof Zulkifli:
“Saya kenal dia sebagai pujangga dengan membaca syair-syair dan sajak-sajaknya. Saya kenal dia sebagai ahli fikir dengan menatap karangan-karangannya di majalah dan risalah yang ditulisnya. Saya kenal dia sebagai pendidik dengan perkhidmatannya di Kolej Islam sebagai setiausaha dan pensyarah. Saya kenal dia sebagai ahli ilmu dengan ceramah-ceramah ilmiah yang diberikan di kolej-kolej dan universiti ditambah dengan karya-karyanya yang memabahas pelbagai bidang ilmu pengetahuan.”
Beliau meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri bersama isterinya Ustazah Asiah Kamaruddin yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Pusat di Kuantan ketika dalam perjalanan pulang ke Perak dari Kelantan pada 6hb Mei 1964. Beberapa jam sebelum itu beliau sempat menyampaikan amanat kepada pimpinan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan di Dewan PAS Kelantan di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu, Kelantan yang dikenali 'Amanat Terakhir Prof. Zulkifli Muhammmad'. Beliau disemadikan di kampung halaman beliau di Kg Kota Lama Kiri,Kuala Kangsar,Perak.
Jasa & sumbangan
Menentang keganasan komunis kawasan Kuala Kangsar.
Bangkit menentang Malayan Union bersama pertubuhan Melayu.
Aktif dalam bidang penulisan, menghasilkan tulisan untuk Majlis, Mastika, Qalam dan Hiburan.
Penggerak Penubuhan Kolej Malaya di Kelang (1953),
Pencetus idea Penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (kini KIAS) pada 1965.
Memberi perhatian dengan masalah Bahasa Melayu dan merintis Penubuhan Dewan Bahasa bersama Pendeta Za'ba.
sumber wiki.