"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Isnin, September 06, 2010

JWJ TIBA DI BANGKOK - REALITI BIL 7 BULAN SEPTEMBER DIPASARAN

Bangkok
Sepatutnya saya tinggal sebilik bersama Abang Nan, tetapi memandangkan ini adalah kota Bangkok, maka saya batalkan sahaja hasrat itu. Bukannya apa, tahap hormat kami pada peserta yang veteran menyebabkan kami kalau boleh nak mengelak daripada sebilik dengan mereka. Lalu dapat juga saya sebilik dengan Ajaq. Abang Nan akhirnya sebilik bersama Pok Nik.

Batu Permata
...yang kemudiannya disertai oleh sahabat kepada ketua kampung itu, seorang pakar batu permata yang juga bekas seorang ‘engineer’. Agak berumur juga orangnya. Raut mukanya bersih bejanggut putih seakan peranakan cina.
Malam pertama di Bangkok
Menurut pemandunya, Tuk-tuk itu telah diubahsuai. Dalam pada itu si pemandu tuk-tuk ini tidak berhenti-henti mempromosi hotel dan tempat urut ‘first class’...
Awek-awek bani Jawi di Bangkok
“Man cuba ko amik gambar tu,” katanya sambil menunjuk ke suatu tempat yang agak gelap. “Sapa tu?” tanya saya. “Awek-awek bani Jawi Bangkok,” sambung Mail Pomen. Memang agak gelap tempatnya, lensa ‘zoom’ saya tak dapat memfokus dengan jelas wajah-wajah yang ditunjukkan itu...
Baju dua minit di Kota Bangkok
Keesokan paginya, saya ke lorong yang sama, kali ini ke kedai kepunyaan penduduk berasal dari Yala, restoran Melayu bernama Ali Selatan (bukan Ali Setan). Yang menariknya disini ada pula dijual kretek Indon. 
Hari itu kami ‘gang bujang’ membeli-belah mengalahkan orang perempuan...
Damnoen Saduak (Floating Market)
Sedar-sedar kami telah pun tiba di Damneon Saduak – pasar terapung yang cukup terkenal di Thailand. Pernah juga dijadikan lokasi pengambaran filem James Bond zaman Roger Moore.

Sungguhpun begitu nasi goreng yang dimasak sekuali besar habis tanpa sisa, terpaksa makcik itu meneriak anaknya supaya cepat membawa seperiuk nasi lagi. Makcik warung itu pula faham bahasa Melayu tetapi tidak boleh bercakap Melayu.
Ranong
Ranong atau Rundung adalah wilayah jajahan Islam Kedah dibawah pemerintahan Tunku Anjang Johan adik kepada Tunku Long Putra ibni Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Abidin iaitu Perdana Menteri Kedah yang asalnya bersemayam di Istana Anak Bukit, Kedah Darul Aman (UUK, ms 27).
Mengikut pandangan saya, Ranong ini sebuah kawasan yang stategik kerana berhampiran terletak betul-betul di hujung Semenanjung Emas dan bersempadan pula dengan Burma...
Salam Aidilfitri dari kami Sidang Redaksi Realiti.

1 comments:

  1. Salam Aidil Fitri buat semua warga The Malay Press.
    Maaf Zahir Batin

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger