"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Jun 23, 2010

Pahlawan Melayu Mempertahankan Tanahair yang dikasehi

DYMM Yang DiPertuan Kedah, Sultan Jaafar Mad Azam Shah. Syahid dibunuh pada tahun 1876 dipijak dengan gajah angkara talibarut Melayu, Thai dan Inggeris. Baginda telah mendapat alamat dan merasakan pada hari itu baginda pergi tidak akan kembali lagi. Menurut ceritanya, pada hari itu baginda telah diperdaya, diikat dan ditikam bertalu-talu dengan tombak, tetapi atas kehendak Allah taala cara itu tidak mendatangkan kesan. Lalu gajah-gajah baginda diberi makan ubi ara sehingga mabuk dan disitulah baginda diseret, dicampak kemudiannya menemui ajalnya, dipijak sehingga lumat. Keris yang tercekak dipinggangnya dipijak dan patah-dipatahkan, tanda maruah Melayu itu telah di injak. Isi perutnya dibawa dengan dulang oleh pengawal peribadinya balik ke Makam Diraja Siam, Kampung Tualang, Kedah melalui jalan sungai. Baginda merupakan seorang pentadbir yang cekap. Mendirikan sebuah kota pusat pentadbiran yang lengkap di Bukit Gantang tempat ayahandanya Panglima Bukit Gantang Syed Alang Alaudin.Bondanya adalah Puteri Raja China Manchu. Menguasai daerah Kerian,Batu Kurau, Larut, Matang dan Selama - jajahan Kedah.Seorang yang alim, ahli ugama serta kuat beribadat. Mempunyai ramai guru agama termasuklah Tuan Hj Ismail berasal dari Kampung Lama yang mengajar di kota itu pada setiap malam Jumaat.

Tengku Menteri Ngah Ibrahim. Dianugerahkan gelaran Orang Kaya Menteri oleh Sultan Jaafar Mad Azam Shah pada tahun 1864 kerana berjaya menyelesaikan Perang Larut antara puak Hai San (Islam) dan Ghee Hin. Menentang keras Perjanjian Pangkor 1874 sehingga membawa kes itu untuk dibicarakan di England. Menentang campurtangan Inggeris di Wilayah Larut. Membiayai angkatan perang untuk menentang Inggeris. Terlibat dalam menghapuskan agen British JWW Birch.Menasihati Sultan Syed Ismail Kinta supaya tidak menyerahkan alat kebesaran kerajaan kepada Inggeris.Menasihati raja-raja daerah di Wilayah Larut agar jangan menerima Residen Inggeris ekoran pengkhianatan Kapten Speedy ketua polis yang ditugaskan mengawal keadaan sewaktu Perang Larut. Beliau dibuang negeri dan harta kekayaannya dirampas kerana Inggeris sangat cemburu padanya yang menguasai perniagaan bijih timah di Semenanjung sehingga berupaya membina sebuah kota yang lengkap dengan pelabuhan di Kuala Sepetang disamping memiliki empat buat kapal wap sendiri. Taraf kekayaannya melebihi kedudukan raja-raja daerah atau kaum bangsawan Melayu dinegeri-negeri Semenanjung pada ketika itu.

Dato Maharaja Lela. Orang Besar Delapan yang berkuasa menghukum pesalah. Bertanggungjawab mempertahankan rajanya daripada sebarang ancaman. Menguasai Pasir Salak sehingga ke Sungai Dedap. Seorang pembesar yang gagah dan mempunyai kedudukan yang tinggi susunan ke tujuh dalam hirarki bangsawan Perak.Bersama dengan Sultan Syed Ismail Kinta dan Che Ngah Ibrahim mempertahankan agama dan tanahair daripada ancaman penjajah Inggeris. Syahid digantung sampai mati kerana terlibat secara langsung menghapuskan agen British JWW Birch.

Pandak Endut. Seorang Panglima Melayu yang aktif menentang Inggeris. Dianugerahkan sebilah pedang oleh Dato Maharaja Lela khas untuk menghapuskan agen British 'yang tak reti bahasa Melayu' JWW Birch. Orang yang pertama mengoyakkan proklamasi yang ditampal oleh Mat Arshad(barua Inggeris) dan menikam perutnya dengan lembing di Pasir Salak. Ditangkap di Kota Lama (Kampung Lama?) pada Julai 1876. Syahid digantung sampai mati kerana terlibat secara langsung menghapuskan agen British dan konco-konconya dari bumi Perak.

Dato Sagor. Menurut sejarah nama asalnya adalah Ngah Kamdim. Diberi gelaran Dato Seri Agar Diraja Orang Besar Delapan dalam hirarki bangsawan Perak. Berasal dari Kampung Gajah. Berhijrah ke Larut dan bersama-sama dengan Che Ngah Ibrahim mengusahakan lombong bijih timah sehingga menjadi seorang yang hartawan. Pada masa itu lombong bijih diusahakan dengan cara lama. Inggeris menggelarkan 'cara lama' ini sebagai 'lombong Siam @ lombong Melayu'. 

Kedatangan puak Hai San yang di bawa masuk oleh Sultan Jaafar Mad Azam Shah mengubah cara lama itu kepada cara moden. Dato Sagor juga terlibat secara langsung menghapuskan agen British JWW Birch. Beliau syahid digantung sampai mati bersama dengan Dato Maharaja Lela dan Pandak Indut di Matang pada Januari tahun 1877. Selain beliau antara yang terlibat dalam 'amukan' itu adalah Panjang Bur, Si Putum, Ngah Jabor, Che Mah,Se Tuah dan Kulub Ali. 


Jika perahu membawa timah daripada negeri Perak atau negeri lain hendaklah diperiksai oleh panglima batangan serta tatap dilihat di atas petak (UUK, ms9)

Mereka adalah pejuang yang tulen. Pahlawan Melayu yang mempertahankan agama dan tanahair yang dikasihi daripada jatuh ke tangan bangsa asing. Buktinya setelah Inggeris bertapak di Wilayah Larut, segala hasil kekayaan bumi tercinta 'Straits Tins' ini dirompak, disedut keluar melalui Singapura buat membiayai pembangunan dan peperangan salib di tanah asing bagi menjatuhkan Empayar Islam seluruh dunia. Contohnya kejatuhan Empayar Ottoman akhirnya memberi ruang kemasukan Inggeris ke Palestin (kisah Allenby menyepak nesan Sallahuddin Al Ayubi) dan kemudian rakyatnya ditinggal begitu sahaja untuk jadi bahan sembelihan tentera Zionis sehingga hari ini.

Sesungguhnya hasil-bumi Tanah Semenanjung didalam Empayar Islam Benua Siam-Kedah yang kaya raya ini boleh mencorak dunia! 


Perihal timah ini juga sebenarnya telah ditegaskan oleh pemerintah pada zaman Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Ibni Nai Hizbu Muadzam Syah di Melaka pada 16 Jun 1650 masehi dalam Undang-undang Kedah ms10 (undang-undang ini juga menceritakan undang-undang Raja Siam zaman purbakala yang disadur daripada zaman (diberi gelar) Seri Johan Pahlawan ataupun nama sebenar baginda adalah Tunku Muhammad Chan @ Sultan Muhammad Johan Syah III @ Tok Temeng di Beruas 1388-1395 ) :


Maka hasil tafahus itu baharu ditambah pada zaman Seri Johan Pahlawan...

Akan timah itu dagangan besar dalam negeri ini kerana kapal Gujerat [benua Keling] menghendaki ia dan kapal lain pun setengah menghendaki juga. Maka tiadalah dihukumkan jual beli dengan timah dan jika dihukumkan timah itu tiada diberi berniaga dengan timah, tiadalah ramai bandar rugilah hasil dacing daripada itu dan tiadalah timah itu datang daripada negeri lain dan daripada jajahan negeri pun...Daripada kerana itulah ehwal perkataan timah ini dinyatakan dalam undang-undang pada kemudian harinya, jangan peroleh orang lain kemudiannya...


Malangnya ada segelintir Melayu yang masih tidak sedarkan diri masih sanggup menggadai segala pusaka warisan hak milik bangsa Melayu yang tinggi nilainya itu kepada bangsa asing.

Selamat Menyambut Hari Merdeka!

sumber


* Pada tahun 1875, setelah peristiwa pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak, Sultan Syed Ismail Kinta telah kembali berada di Kedah, daerah Kuala Muda (Jabatan Muzium, 1981,ms8). Fakta ini selari dengan rekod SNK, yang memberitakan bahawa Sultan Jaafar Mad Azam Syah pada ketika itu juga bersemayam di Istana Pulau Tiga, Sungai Merbuk, Kuala Muda, Kedah. 


Menurut Jabatan Muzium lagi, Sultan Syed Ismail Kinta "berada di daerah Kuala Muda selama 6 bulan" sebelum ditangkap oleh Inggeris (bukan menyerah diri) sewaktu pulang dari pengkebumian DYMM Yang Dipertuan Kedah Sultan Jaafar Mad Azam Syah yang dibunuh di Gurun. Dan ketika itulah segala alat kebesaran Diraja dirampas oleh pihak British dan dibawa balik ke England.

20 comments:

  1. la ni dah mengaku Melayu pulak? kenapa tak tulis pahlawan Siam? bukan dulu bukan main kata Melayu tu nama ciptaan penjajah?

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum wbt.

    Para pembaca yang budiman. Terima kasih kerana membaca dan sudi memberi komen.

    Komen-komen yang berunsur keagamaan 'pelik' yang bagi pandangan kami boleh mendatangkan mudarat-kesesatan-kekeliruan-pening kepada aqidah umat Islam tidak akan kami siarkan.

    Harap Maklum.

    BalasPadam
  3. Salam TMP, lama tak komen...
    Dato Maharajalela ni jawatan bagi Mufti dan gelaran yg dipakai secara turun temurun bermula dari Daeng Selili yang di lantik sebagai Maharajalela pertama oleh Sultan Mudzaffar Shah III (Perak atau Siam? Wallahua'lam...)... Rasanya jawatan Maharajalela dah dimansuhkan selepas Pandak Lam dihukum gantung akibat membunuh JWW Birch, mungkin British takut sangat dengan keturunan mereka?

    BalasPadam
  4. Orang Siam tu orang Melayu, orang Bugis tu orang Melayu, orang Banjar tu orang Melayu...semua ada bahasa loghat masing2..tapi bila official becakap menulis guna bahasa Melayu...macam orang Jawa Indon Peterporn bila menyanyi tak la pelat Jawa macam derang bercakap.

    Sultan Mudzaffar Syah III tu Raja Siam Kemboja Po Chan Koya Long...Melayu la tu.

    macam tu lah.

    BalasPadam
  5. Bila menulis sema pakai tulisan Jawi dan bahasa Melayu. Tulisan dan bahasa rasmi rakyat jelata di Benua Siam. Benua Siam ni bukan nama saja-saja reka, nama ni ada dalam UUK.

    Dalam UUK ada beberapa patah perkataan Siam contoh 'Raja Tui Yangkam dengan belot yukbat.'

    Cuba tanya YUKBAT @ YAKBAK (kalau tak silap) ni apa makna dibelah Kedah Utara sana...

    Kalau la Siam tu betul la 'kereko' anti Melayu depa x guna la bahasa Melayu / Jawi buat undang-undang Kedah...depa pakai bahasa Siam laaaa...macam Thai la ni..jangan harap la nak guna bahsa lain...

    BalasPadam
  6. to anon, sori, tak faham. baru nak belajar...

    1) Sultan Mudzaffar Syah III tu bukan Raja Perak, anak kepada Sultan Melaka ke? Camne dia boleh jadik Raja Siam-Kemboja?

    2) Maksudnya, raja2 zaman dulu, bercakap dalam Bahasa Siam, tapi menulis dalam Bahasa Melayu-Jawi? UUK tu je ke dokumen Siam yang tulis dalam Melayu-Jawi? Or ada dokumen lain yang tulis dalam Bahasa Siam? Tapi bukan bahasa Siam pun ada Tulisan dia sendiri ke?

    Sori, baru tau blog ni dari majalah realiti...

    BalasPadam
  7. 1. menarik soklan ni tapi nak jawab panjang. saya cadangkan jika saudara benar-benar ingin memahami bab ini sila ke blog sejarahnagarakedah.blogspot.com

    2. Jawapan pada soklan yang kedua saudara itu ada terkandung dalam UUK ms 36. ada tertulis bahasa Siam dalam tulisan Jawi, dan ada juga disebut benua Siam dan sebagainya.

    3. Didalam UUK disamping disebut benua Siam dan ada Siam ada juga ditulis mengenai adat Raja Johor dengan jelas dan terang.

    4. Disebut juga Melaka, Pattani, Jawa, Kompeni, Gujerat, Kalinga dsbg.

    5. Gelaran Maharaja ni ada banyak dalam UUK antaranya Paduka Maha Menteri Tuha taraf menteri Delapan pekerjaannya Hakim dan hukum dan gelaran lain baginya adalah Maharaja (ms 39)- maka ini sesuai sangat dengan kedudukan Dato 'Maharaja' Lela sebagai orang besar Delapan yang kerjanya menghukum pesalah dan boleh jadi memang dia adalah seorang mufti.

    sekian

    BalasPadam
  8. to anon,

    1. aduh, nak membaca blog sejarahnagarakedah tu agak panjang maklumat dia (tapi menarik jugak!). kalau boleh, just explain point penting shj supaya saya mudah nak faham.

    2. so kalau camtu, betul la nama Melayu ni bukanlah ciptaan penjajah Inggeris, betul tak? sebab Siam ni sebahagian daripada rumpun Melayu, cam Jawa dll. Tapi ada tak kitab2 lain yang bertulisan Siam & berbahasa Siam. takkanlah raja2 cakap Siam, tapi langsung tak ada buku tulisan Siam? Raja2 Jawa pun cakap Jawa dan Melayu juga as lingua franca kat Nusantara, tapi still ada kitab bahasa Jawa. cam pelik la plak..

    3. kalau tak silap, ada maklumat saya baca, benua siam tu sbnrnya refer kpd kawasan utara dan Indocina, dan perkataan siam tu just untuk perbandingan situasi yang berlaku dalam negeri Kedah untuk compare dgn Siam. tapai kalau gini, bukan ke menunjukkan Siam dan Kedah tu dua entiti yang berbeza?

    4. Saya ada gak baca buku undang2 kedah tu (pinjam kawan punya, hehehe). agak pening la dgn bahasa buku tu. neway, UUK tu tak ada langsung sebut pasal ayutia kan? tak silap saya, ayutia bandar untuk maharaja siam melayu kan? tapi nape langsung takde disebut dalam buku tu nama ayutia?

    5. ketua negara ayutia bukan gelaran dia Duli Yang Maha Mulia Dipertuan ke apa, something like that la, kalau tak silap baca blog sejarahnagarakedah ari tu. so, maharaja ni just gelaran biasa lah, untuk pembesar jek?

    thanks,

    BalasPadam
  9. Maharaja Siam menggelar penduduk di Semenanjung Siam-Melaka ni "mari duduk sini". Kalu dalam bahasa Jawa, Melayu itu maksudnya 'lari' - 'pelarian'.

    Jadi kalau mengikut bahasa Jawa, Melayu ni bangsa Pelarian. (lagi la teruknya)

    Pernah dengar lawak menggunakan bahasa Jawa ? Babi melayu = babi lari.

    Oleh itu pada zaman purbakala dizaman Raja Siam memerintah semenanjung Melaka ni penduduknya di gelar Melayu - Mereka yang duduk disini dan berniaga.

    Sebab itu Melayu disini terdiri daripada pelbagai suku kaum. Macam kita panggil Indon la...tapi Indon ada macam2 suku bangsa.

    Hari ini kita semua dah jadi Melayu jadi sensitifla kalau disebut makna yang bukan2 pada Melayu tu.

    1. sejarahnagarakedah blog menceritakan realiti susur galur merong mahawangsa seorang Raja Siam.

    2. siapa yang cakap nama Melayu ciptaan penjajah Inggeris? Melayu itu gelaran dalam bahasa Siam dan Jawa.

    3. kitab2 Jawi bertulisan Siam saya tak pernah jumpa. Mungkin ada tapi dah dihapuskan saua tak tahu. Hikayat Merong Mahawangsa Raja Siam itu pun dikarang dalam bahasa Melayu.

    4. Benua Siam itu merujuk kepada apa yang kita panggil sebagai Nosantara. Nosantara ini dalam wilayah Maharaja China. Buktinya Laut China Selatan. Sekarang depa masukkan ke dalam Benua Asia sampailah nu ke sempadan Russia sana.

    5. Orang dalam benua Siam Islam adalah apa yang kita panggil Melayu hari ini. Walaupun bukan semua boleh berbahasa Melayu. Dan bukan semua boleh berbahasa Siam atapun Jawa.

    6. Merong Mahawangsa Raja Siam membuka Kedah dan selepas itu membuka negeri Siam Lancang. Jadi tdak timbul 2 entiti yang berbeza.

    7. Orang Thai menafikan perkara no 6. sebab itu habis naskhah2 Melayu termasuklah Hikayat Merong Mahawangsa di arah bakar. Kalau tak depa tak suruh bakar la...

    8. Buku UUK ni murah mudah senang didapati. Tapi nak baca belum tentu boleh paham. Bergantung juga kepda maklumat yang kita cuba dapati dari dalamnya. Jadi saya cadangkan cuba cari nama orang, tempat dan tahun yang terkandung dalam tu dan kompare dengan sejarah kita hari ini.

    9. UUK adalah undang2 syariat dan terkandung juga adat istiadat raja zaman dahulu kala sebelum kemasukan Inggeris.

    10. Betul, dalam UUK setakat ini takde sebut Ayutia tapi ada disebut Raja Maha Besar benua Siam. Raja Pattani, Raja Perak, Gurdanor Melaka, Jambi Sumatera, Ligor, Senggora, Naga, Kota Setar, pitis Jawa dan sebagainya.

    11. Banyak perkara lain telah disebut dalam UUK contohnya disebut Raja Maha Besar benua Siam tapi masih ada yang sangsi. Tugas pengkaji mencari siapa itu Raja maha besar benua Siam dan tanyalah masa itu Baginda bersemayam di mana? Benua Siam lagi besar dari Ayutia.

    12.Ketiadaan nama Ayutia dalam UUK adalah satu tanda soal. Tapi kalau semuanya lengkap dalam UUK maka tak perlulah kita susah2 membongkar sejarah. Challenge la utk kita membuktikanya. Sedangkan dengan terang Sergenting Kra tertulis Melayu yang punya itu pun kita buat tak tahu...apatah lagi Ayuthia...Singapore pun kita punya kenapa tak persoal? Jadi buatlah mana yang ada dulu..kalu info setakat tahu sahaja lepas tu buat tak tahu pun susah juga.


    13. Di Ayuthia memang banyak terdapat kampung Islam tetapi mereka tak mengaku Melayu. Itu konfom.

    14. Ada dua geladran 1. Syah Alam yang Maha mulia dan 2.Duli Yang diPertuan. Maharaja ni Dato Maharaja Lela pun pakai...besar la tu Mufti Kerajaan.

    *Saya guna perkataan Maharaja di awal ayat sebab nak sesuai dengan konteks hari ini.

    Yang ni ditulis sambil lalu. Tidak berapa kemas ayat dan susunan. hanya sebagai jawapan ringkas sahaja.

    tq

    BalasPadam
  10. thanks bebanyak for ur reply. agak jelas sikit =) mohon sedikit ulasan lagi :

    1. Kalau raja2 kita dulu Maharaja Siam, kenapa tak di'Siam'kan sahaja semua penduduk kat tanah Semenanjung? kenapa semenanjung Melaka dibiarkan dengan identiti Melayu? tak diintegrasikan dengan Benua Siam? Macam pelik pulak.

    2. Asal usul nama Melayu, maklumat terkini yang saya baca, adalah berasal dari kata nama 'Mala-Yu'. Bukannya berasal dari perkataan Siam atau Jawa. Mala adalah bangsa asal yang mendidiami Asia Tenggara sementara '-Yu' pula adalah suffix. Boleh tuan terangkan sikit?

    3. Melayu di Malaysia memanglah terdiri dari pelbagai suku kaum. Sebab ikut perlembagaan, sesiapa je yang beragama Islam, bcakap Melayu, ikut adat Melayu adalah Melayu. Sebab itulah orang keturunan Jawa, Bugis, Minang, Rawa, Banjar, hatta Mamak sekalipun kini mengaku Melayu. Tapi bagaimana dengan org2 Melayu yang memang asal Melayu? Cam Melayu Kedah, Melayu Patani, Melayu Kelantan dsb.. apa pula Bangsa asal mereka ni kalau mereka bukan Melayu?

    4. saya confuse bila tuan kata Benua Siam adalah Nusantara. bukankah Benua Siam merujuk kepada (kalau ikut hari ini) Thailand & IndoChina sementara Nusantara adalah Kepulauan Melayu? bagaimana nusantara boleh termasuk dalam wilayah Maharaja China? (leh beri rekod untuk saya rujuk)

    5. Kalau orang Melayu dalam Benua Siam bukan semua boleh berbahasa Melayu, dan bukan semua boleh berbahasa Siam atau Jawa, apa bahasa sebenar yang digunapakai?

    6. Merong Mahawangsa membuka Kedah dan Siam Lancang saya agak jelas.

    7. saya still wonder, kalau nama2 tempat lain boleh dinyatakan dengan jelas dalam UUK, kenapa tempat terpenting, iaitu nama Ayutthaya tak disebutkan dgn nyata dalam buku tu? adakah dengan disebut Raja Maha Besar Benua Siam (Maharaja Ayutthaya), bermaksud Kedah sememangnya entiti berbeza dengan Ayutthaya? saya juga tak jumpa maklumat yg tulis Sultan Kedah adalah juga Maharaja Ayuttahay dalam buku UUK tu?

    8. Segenting Kra memang tertulis Melayu. yang saya confuse bila blog sejarahnagarakedah cakap nama2 tempat di semenanjung berasal dari perkataan Siam. bukan ke nama2 tu sebenarnya nama tempat dalam bahasa Melayu yang diSiamkan? contohnya, Nawi jadi Nathawi. Singgora jadi Songkla, Menara jadi Narathiwat, Bukit jadi Phuket dsb..

    9. berkenaan dgn org Islam di Ayuthia, saya ada baca mereka asal keturunan Iran/Parsi. tapi ada juga keturunan Melayu yang dah bercampur & tak pakai lagi adat Melayu. Tu sebab mereka tak mengaku Melayu. Just nak share if betul.

    10. antara Syah Alam Maha Mulia dgn Duli Yang Dipertuan, mana lebih tinggi & apa bezanya.

    Tu jek. Last. heheh. Thanks for ur help..

    BalasPadam
  11. Wow. selamat berdiskus. Tapi nak bagi nasihat sket pada yang menjawab dan menyoal - it is impossible to get precision and definite answer for every question.

    jangan jadi macam Yahudi plak nanti. ok :-)

    happy discussing.

    BalasPadam
  12. 1. Kalau raja2 kita dulu Maharaja Siam, kenapa tak di'Siam'kan sahaja semua penduduk kat tanah Semenanjung? kenapa semenanjung Melaka dibiarkan dengan identiti Melayu? tak diintegrasikan dengan Benua Siam? Macam pelik pulak.


    >>memang asalnya semenanjung ini diperintah oleh Siam dan Siam itu bukan Thailand. Adat-adat Melayu banyak dipengaruhi adat Siam contohnya tak boleh main kepala.



    2. Asal usul nama Melayu, maklumat terkini yang saya baca, adalah berasal dari kata nama 'Mala-Yu'. Bukannya berasal dari perkataan Siam atau Jawa.

    >>Mala atau apa sahaja sekalipun kena refer balik asal usul kerajaan bersultan di semenanjung ni. Kesultanan Kedah asal Merong Mahawangsa Raja Siam yang beragama Islam.


    3. Melayu di Malaysia memanglah terdiri dari pelbagai suku kaum. ... Tapi bagaimana dengan org2 Melayu yang memang asal Melayu? Cam Melayu Kedah, Melayu Patani, Melayu Kelantan dsb.. apa pula Bangsa asal mereka ni kalau mereka bukan Melayu?

    >>Melayu Kedah, Patani, Kelantan, Pahang ni asalnya dibawah naungan Merong Mahawangsa. Jawa itu nama tempat, Bugis itu gelaran, Rawa itu nama tempat, Minang nama tempat adatnya ada terdapat persamaan dengan satu kaum di kemboja kalau tak silap, Banjar nama tempat, MAMAK ni bukan ni nama gelaran orang dari Benua Keling cari maksud MA-MAK.


    4. saya confuse bila tuan kata Benua Siam adalah Nusantara... bagaimana nusantara boleh termasuk dalam wilayah Maharaja China? (leh beri rekod untuk saya rujuk)

    >>jangan konfius Benua Siam itu nama asal tempat ni. Nusantara itu depa kata asal perkataan Nesos Antara . Nesos tu maksudnya Pulau. Bab nama ni banyak versi pilihlah versi mana yang kamu rasakan sesuai dengan sejarah realiti. No-san-tara maksudnya dalam bahasa Siam adalah tunas muda tunggu cambah. Rekod Cina tu TMP dah jawab kot dalam realiti 5.

    5. Kalau orang Melayu dalam Benua Siam bukan semua boleh berbahasa Melayu, dan bukan semua boleh berbahasa Siam atau Jawa, apa bahasa sebenar yang digunapakai?

    >>antara bahasa-bahasa tu bahasa Melayu yang paling mudah, jadi tidak timbul soal nak guna pakai atau tidak. Jika berdagang maka bahasa Melayulah yang jadi lingua franca. kalau tidak faham bahasa Melayu susahlah nak merantau. tiada siapa paksa kita belajar bahasa ingeris tapi keperluan datang bila kita nak p oversea.



    7. ...saya juga tak jumpa maklumat yg tulis Sultan Kedah adalah juga Maharaja Ayuttahay dalam buku UUK tu?

    >>saya tak dapat menjawab soklan tu sebab UUK pun takde. Tapi kena usaha kaji kenapa tak de. ok?


    8. Segenting Kra memang tertulis Melayu. yang saya confuse bila blog sejarahnagarakedah cakap nama2 tempat di semenanjung berasal dari perkataan Siam. bukan ke nama2 tu sebenarnya nama tempat dalam bahasa Melayu yang diSiamkan? contohnya, Nawi jadi Nathawi. Singgora jadi Songkla, Menara jadi Narathiwat, Bukit jadi Phuket dsb..

    >>Tak de isu di siam atau di melayukan. yang jadi isu besar bila di Thai kan. Sebab siam tu melayu la jugak. Contoh kalau pergi Sarawak nama tempat semua dalam bahasa orang sana. So tak de isu pun sebab ikut lorat dan bahasa orang sana. begitu juga sabah borneo dan sebagainya. Sabah tu bahasa Melayu ke?


    9. berkenaan dgn org Islam di Ayuthia, saya ada baca mereka asal keturunan Iran/Parsi. tapi ada juga keturunan Melayu yang dah bercampur & tak pakai lagi adat Melayu. Tu sebab mereka tak mengaku Melayu. Just nak share if betul.

    >> tak tahu ni kena tanya orang yang dah sampai Ayuthia.

    10. antara Syah Alam Maha Mulia dgn Duli Yang Dipertuan, mana lebih tinggi & apa bezanya.

    >>kurang pasti kena tanya blog SNK.

    Tu jek. Last. heheh. Thanks for ur help..

    No problem, jawab mana mampu je.

    BalasPadam
  13. Kenapa bahasa Siam tidak jadi bahasa lingua franca?Ini kerana bahasa Siam sangat sukar dipelajari, melainkan dilahirkan dan dibesarkan dalam masyarakat berbahasa Siam sahaja. Pengalaman saya melihat orang dari luar yang berhijrah ke perkampungan Siam melalui perkahwinan, gagal menguasai bahasa ini dengan baik walaupun bertahun-tahun tinggal di sana.Nada suara, tone suara dan leggok sebutan berlainan boleh membawa maksud berlainan.Perlu dijelaskan di sini bahawa bahasa Siam tidak sama dengan bahasa Thai walaupun ada perkataannya sama.Persamaan dengan bahasa Hokkien pun ada sebab itu orang-orang Cina di pekan-pekan yang dominan bahasa Siam mudah mempelajari bahasa ini.

    Ada daripada keturunan Raja hari ini masih menggunakan nama lama seperti Raja Nong Chik bermaksud Raja Adik Kecil dalam bahasa Siam.

    Orang-orang luar seperti Bangla dan Pakistan mengambil masa sekitar 2 bulan untuk menguasai bahasa Melayu untuk membolehkan komunikasi dan urusan jual beli. Ini kerana bahasa Melayu itu lahir kemudian hasil kombinasi bahasa-bahasa berlainan dan dipermudahkan.Bahasa Melayu ini pula ada dialek-dialek yang pelbagai mengikut tempat dan bahasa yang standard adalah sebutan baku.

    Ada juga perkataan-perkataan Siam yang terdapat dalam vocabulary Melayu seperti rakan dari rak kan, sukan dari sokan, makan dari ma kin, mai sini dari ma ni dan lain-lain.

    Title Shah Alam bermaksud raja alam itu juga digunakan untuk merujuk kepada Maharaja China dalam Salatus Salatin versi Raffles. Ini menunjukkan Shah Alam itu raja yang berstatus tinggi atau emperor. Duli Yang Dipertuan yang Maha Mulia pula selalunya digunakan oleh raja-raja daerah sehingga sekarang ini.

    Ayutia juga tidak terdapat dalam Salatus Salatin versi Raffles (dianggap orang paling hampir dengan versi asal), tapi ada disebut ibu negeri Siam ialah Shahrun Nuwi (sama dengan Ayuthia).

    Maaf, ini jawapan sekali lalu saja tidak mengikut susunan.

    Salmi.

    BalasPadam
  14. Nak tambah lagi, tidak menghairankan kalau ada orang-orang Islam di Ayuthia hari ini berketurunan Parsi kerana Merong Mahawangsa sendiri ada darah Parsi melalui Raja Iskandar Zulkarnain. Sheikh Ahmad Qomi atau Raja Mandalika pernah pergi belajar di bandar Qom, Parsi. Semasa baginda bersemanyam di Ayuthia, banyak sekali aktiviti perdagangan dengan orang-orang Parsi. Raja Narai atau Hang Tuah sendiri pun menggemari makanan Parsi.Sampai sekarang masyarakat Siam Islam masih menggemari makanan berunsur Parsi seperti kerabu daging mentah dan daging panggang.

    Sultan-sultan dahulu seperi Sultan Muhammad Shah Yang Adil juga singgah di Parsi dalam perjalanan ke Mekah. Hubungan erat dengan Parsi ini ada hubungkait dengan keturunan dan perdagangan.Ramai juga penganut mazhab Sunnah yang ditindas Shiah di Parsi berhijrah ke Nosantara sekitar kurun 11 Masehi.

    BalasPadam
  15. "Ada daripada keturunan Raja hari ini masih menggunakan nama lama seperti Raja Nong Chik bermaksud Raja Adik Kecil dalam bahasa Siam."

    Penggunaan Nong Chik, Che Long ni masih digunakan oleh disebelah Pekan, Pahang. Gelaran ni disimpan oleh orang lama atau dihanya keluar dari mulut orang lama-lama di kampung2 lama yang ada susur galur raja dari Perak (yang berhijrah ke pahang dan menjadi orang awam) dan juga masyrakat arab yaman yang sudah menjadi melayu.

    BalasPadam
  16. Dalam kita mengenengahkan tentang bangsa didalam sesuatu pemerintah atau peristiwa lebih elok jika kita melihat zaman dan tahun sekitar berlangsungnya peristiwa tersebut. Dalam konteks tajuk ini, kerajaan BENUA SIAM rasanya sudah lama terbelakang kerana peristiwa ini berlaku sekitar 1800an dimana Ayuthia yang dikatakan pusat pemerintahan telah ditakluk sukothai lebih 100 tahun dahulu dan telah berkubur, rentetan perisitwa inilah bertaburan bangsa siam samada Islam atau Buddha di negeri utara.

    Supaya tidak mengelirukan biarlah kerajaan Perak dikatakan diperintah Sultan Perak asalusul sultan melaka bukan Ayuthia or Benua Siam sebab kalau kita nak kira mana kita nak buang kerajaan-kerajaan sebelum ini seperti Kerajaan Chermin, Serivijaya dan Majapahit, Kedah Tua, Ganganegra, Melaka. Jika begitu lebih mudah kita sebut sultan-sultan astronesia sebab nusantara ini dahulunya bergelar demikian.

    Dalam pengkajian kita kena seimbang antara kajian keturunan dengan sejarah yg berlaku, biasa la kdg2 kita berbangga dengan status nenek moyang kita dulu yang berdarah raja, pahlawan dan sebagainya tetapi kita juga harus sedar jika tiada rakyat yg menaungi raja-raja ini maka tidak bermakna. Dan rakyat2 ini terutama di nusantara ini darahnya bercampur2 terutama di tanah melayu, jika ada yang mengatakan Melayu itu Siam saya agak musykil...seolah2 berkata Cina itu Melayu, dan rasanya SIAM bulan dalam kelopok melayu sebab tak pernah dgr org kata melayu siam..kalau melayu bugis, melayu aceh, melayu minang tu ada la. Dan apabila peristiwa ini berlaku terlalu lama susah utk kita buktikan hitam dan putihnya. Jgn terlalu bermegah2 dengan keturunan tetapi berusaha memelihara maruah mereka dengan cara yang betul dan terhormat.

    kita tahu Ayuthia jatuh ke tangan sukhotai sekitar tahun 1770an dan dimasa inilah burma sukothai memerintah dan menakluk kerajaan SIAM, tetapi ada rentetan perang Kedah-Belanda 1640an yang dikatakan mendapatkan pertolongan SIAM bagi menumpaskan Kedah. Jika Kedah itu adalah salah satu negeri didalam SIAM or BENUA SIAM or EMPAYAR BENUA SIAM kenapa diserangnya kedah melainkan Kedah ini adalah negeri yg berdaulat dan diperintah oleh raja sendiri. Dan orang2 kedah yg mempertahankan Kuala Kedah itu bercakap melayu Kedah bukan bahasa SIAM. Dimana Raja2 SIAM Islam ini yang membiarkan Kedah diserang?. itu antara persoalan, belum lagi catatan Aceh dan negeri2 sekitar yg tidak menyatakan secara terang2an tentang SIAM ini, yg ada cuma kisah2 perperangan dan kekejaman mereka yang cuba menakluk negeri melayu. Jika ditanya org tua2 SIAM ni dulu depa kata SIAM perut hijau, kejam,bunuh habis org kg yg pompuan depa cucuk telinga guna rotan dan kisah SIAM ni bukan sekitar 1821-1848 di kedah tapi sebelum itu sering menindas & mengancam Kedah dan Pattani...persoalan adakah SIAM sebelum Sukhotai ini juga Kejam yang mengunakan kekuatan tentera utk memaksa raja-raja kedah tunduk dgn membayar bunga emas sebagai tanda perlindungan...yg pasti pahlawan2 melayu Kedah tak pernah gentar dengan segala ancaman ini. Kadang2 ada catatan yg hilang terus menyebut kesultanan Kedah, semua Benua SIAM,kalau hebat sgt benua siam itu kenapa kedah saja yg ada kini...mana benua SIAM...benua afrika ada,australia ada...

    saya lebih suka jika kita mengkaji keturunan kita dan kisah2 sejarah dengan hati terbuka tampa ada agenda yang utk menunjuk2...zaman la ni kita2 saja yg sibuk minat sejarah..berapa % saja?...jadi seeloknya duduk sebumbung buat kajian dan buat kitab2 sejarah baru...bukan dok kata org sejarah malaysia tak betui la, anak cucu lagi tau la...pendapat peribadi.

    BalasPadam
  17. Terima kasih Fairuz Azian.

    Pandangan peribada saudara ada asasnya. Saya paham apa yang saudara luahkan itu.

    Tetapi dengan terundurnya sejarah Melaka ke 1262 dan banyak bukti baru daripada Indonesia, bukti di perpustakaan Baghdad dan sejarah kedatangan Islam ke Nusantara, maka bagi saya sejarah Melayu akan di revise balik. Segala semak samun akan ditebas sampai jumpa jalan terang.

    Segala perkara kharut marut, khayalan dan fantasi akan dicantas daridapa sejarah Melayu.

    Segala dongeng dan propaganda British akan dicabut sehingga ke akar umbi.

    Saudara tahu apa yang dikatakan oleh Frank Swethenham bila masuk bab sejarah Perak?

    Saudara tahu apa yang dikatakan oleh Frank Swettengam bila mengatakan Semenanjung ini tera incognita?

    Saudara tahu yang ditipu oleh orientalis Snouck Hurgonje pengkhianat munafik yang cuba mendampingi Syeh Ahmad Fatani?

    Saudara tahu apa yang telah dilakukan oleh Belanda memporak peranda sejarah Indonesia?

    Saudara tahu apa memang ada tercatat di Indonesia kisah Merong Mahawangsa bersama rombongan kerajaan Muawiyah pergi mengislamkan kerajaan Kalingga di Jawa?

    Saudara tahu yang wali songo itu amat terkemudian dalam proses mengislamkan penduduk Jawa?

    Saudara tahu yang pada 1640 kerajaan Melaka masih wujud?

    Saudara tahu yang Sribuza Islam dan Kerajaan Merong Mahawangsa itu bersaudara?

    Perkara2 ini jika dibongkar memang akan menyenak perut dan fikiran mereka yang selama mengambil sejarah berdasarkan sumber yang disuap oleh penjajah.

    Kita jangan terikut-ikut bertelagah dalam hal ini.

    Pendapat saya secara peribadi, saya tidak lihat sesuatu perkara itu menunjuk-nunjuk, tapi kita kena tunjukkan pada dunia bahawa dahulu Nusantara ini kuat dan gah Islamnya (kena sebut gah sebab besar dan kuat) bukan pasal nak menunjuk tapi kena tunjuk kalau tak tunjuk mana nak tahu kat mana..

    tolong amik kan cawan tu...kat mana cawan ? kat situuuu...kena tunjukk lah.

    Sedangkan dahulu orang pakai dua keris, satu keris anugerah buat panglima jika panglima - keris kuasa ini kena tunjuklah...macam batch polis lah...bak bagi kenal, dan satu lagi keris buat bertempur...yang ni simpan memolek.

    mengambil kata Tok Alim, "kita ada Road Tax kena tunjuk, kalau tak tunjuk kita salah"...jadi hal tunjuk ada masa kena tunjuk...

    Benua Siam memang wujud, dan JWJ telah cuba menunjuk kan di mana Benua Siam itu, hari ni kita mengambil keputusan untuk dubbed as Benua Melayu. Supaya senang faham buat mereka yang masih kelabu asap.

    Jadi, bagi saya, biarlah mereka buat kerja, dan sesiapa yang tak larat dan konpius tu jangan bersuara, duduk dan dengar sahaja sehingga kesudahannya.

    InsyaAllah, saudara jangan khuatir, kita semua cuba menuju ke arah yang terbaik buat umat Melayu keseluruhannya.

    Dan satu lagi, saya mendapat pesan supaya mengkhabarkan supaya berhati-hati dengan agen2 kafir yang cuba merendah-rendahkan selfesteem bangsa Melayu kerana mereka inilah yang paling takut bila sejarah Islam dan Melayu itu dibongkar. Tembelang mereka akan pecah, dan tertutuplah apa segala perancangan mereka selama hari ini.

    Manuskrip Undang-undang Kedah itu syariat Islam yang diguna pakai oleh Syarif Syah semasa Syeikh Abdul Jalil masih hidup di Kota Mengkuang.

    Sekian. dan terima kasih sekali lagi kerana sudi memberi pendapat.

    Wassalam.

    BalasPadam
  18. sebelum saya terlupa buat saudara Fairuz Azian, perkara ini perlu didedahkan supaya tidak menimbul fitnah berpanjangan.

    Tajuk Empayar Islam Benua Siam Kedah itu adalah tajuk yang diberikan oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia. Melalui surat jawab balas mereka dahulu kepada TNLK.

    Sebelum itu ia dikenali dengan tajuk Sejarah Realiti Nagara Kedah.

    Mungkin ada pihak yang sudi melampirkannya buat tatapan umum (dah pamer rasanya kat SNK)

    Dan surat itu saya dah lihat dengan mata kepala saya sendiri.

    sekian untuk makluman semua.

    BalasPadam
  19. Terima kasih kepada Saudara Fairuz di atas minat anda. Memang mengikuti sejarah realiti ini agak mengelirukan.Begitu banyak artikel dalam SNK dan TMP yang perlu ditela'ah dan dikaji sebelum nampak sinar kebenarannya.

    Di antara kunci untuk memahaminya ialah perbezaan antara Siam dan Thai.Pihak yang menyerang Kedah itu adalah Thai tapi selalunya disebut Siam dalam buku-buku teks sejarah sebab nama negara yang menyerang itu masih Siam, hanya ditukar menjadi Thailand pada 1938 walaupun ditakluki mereka sejak 1767 lagi.Sebab-sebab tidak ditukar ini pun ada diulas dalam SNK.

    Tentang penggunaan terminologi Benua itu hanya sekadar menunjukkan besarnya empayar Siam dulu. Ini tidak bermakna Benua Siam ini sama macam Benua Asia, Eropah atau Amerika yang kita pelajari dalam ilmu geografi. Ini hanya persoalan remeh.

    Memperjuangkan sejarah realiti ini tidak ada apa-apa agenda tersembunyi kerana kebenaran mesti ditegakkan. Perlu diingat penemuan bukti-bukti baru seperti di Lembah
    Bujang, takar berisi siling lama di Langkawi, kembalinya manuskrip UUK (kami difahamkan masih ada 2/3 lagi UUK yang simpan di sana jadi mungkin sebab itu ada beberapa perkara seperti Ayuthia tidak disebut) adalah dengan kehendak dan keizinan Allah jua kerana di penghujung zaman ini panji-panji Islam akan bangkit semula.

    Orang-orang Melayu Siam masih wujud siap dengan bahasa dan budaya yang masih terpelihara di Kedah, Perlis, Kelantan, Perak Utara dan selatan Thailand.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger