Pelancaran Majalah Realiti, ringkas penuh makna.
(dari kiri: Adam Sulong , Dato Hj Ahmad Said, dan Pak Wahba)
Terengganu Ahad 6 Jun:
Bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Seri Iman
(dari kiri: Adam Sulong , Dato Hj Ahmad Said, dan Pak Wahba)
Bertuahnya Realiti kerana mendapat pelancaran di bumi para ulama iaitu Terengganu Darul Iman. Tiada apa yang dapat kami banggakan dengan pelancaran ini melainkan menumpang berkat dan tuah negeri Terengganu jugalah adanya.
Terengganu seperti yang tersebut dalam sejarah, hanya dengan 'Batu Bersuratnya' sahaja berjaya melenyapkan terus penipuan sejarah fantasi penjajah 1404 di Melaka. Sungai Tersat tempat dicampakkan batu bersurat; yang terkalam padanya undang-undang syariat dibawah pemerintahan Raja Mandalika, hari ini telah menjadi antara faktor terpenting yang berjaya menyelamatkan sejarah kedatangan Islam dibenua Bani Jawi daripada terus hanyut dibawa arus mitos, tahyul lagi khurafat.
Terengganu seperti yang kita ketahui juga banyak melahirkan ahlullah yang handal-handal yang bukan sahaja ahli dalam ilmu perang malah juga mahir menggunakan pena sebagai senjata ampuh mengatasi lawan. Tok Ku Paloh, Hj Abdul Rahman Limbong, Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas, Tok Syeikh Duyong adalah antara nama-nama ulama tersohor di Terengganu. Ini termasuklah Syeikh Abdul Malik atau lebih dikenali sebagai Tok Ku Pulau Manis. Dia seorang arab berkurunan Syarif dari Baghdad.
Tok Ku Pulau Manis juga terkenal di Alam Melayu kerana jasa besarnya menterjemahkan matan Hikam ke dalam bahasa Melayu. Katanya,
(Dan) Sa Nya telah meminta akan daku setengah saudaraku yang salik bahawa menterjemahkan aku akan dia dengan bahasa jawi supaya memberi manfaat dengan dia segala orang yang mubtadi, maka ku perkenankan atas yang demikian itu dengan sekira-kiranya yang difahamkan Allah Taala akan daku (dan) adalah aku memanjangkan sedikit perkataannya kerana aku memasukkan perkataan sharahnya dengan sekadar kifayah bagi orang mubtadi mengetahui dia...?
Karangan diatas menunjukkan bahawa sahabat-sahabatnya di Mekah telah memintannya mengarang, sesuatu yang mencerminkan martabat kedudukannya dikalangan kawan-kawannya. Dengan penulisan Hikam Melayu merupakan sebuah kitab terbesar dan terawal menurut aliran ahli Sunnah Wal-Jamaah di dalam Bahasa Melayu.
(Petikan diatas penulis petik dari sebuah buku Tokoh Ulama Negeri Terenganu: Biografi, Pemikiran dan Sumbangan, 2007 karangan Dr Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi)
Yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti, maka hasil dari titisan para pejuang agama dan bangsa terdahulu maka Terengganu terus melahirkan para penulis dan wartawan yang berbakat besar sehingga ke hari ini. Ini termasuklah Pak Wahba, Pak Endut, Pak Hj Mohamad Jusoh, Pak Hj Embong Mohd, Pak Hj Adam Sulong (Presiden PEWARTA), Pak Zahany Sulong, Hambali Latif dan ramai lagi yang tidak dapat penulis sebutkan disini.
Secara peribadi, penulis mewakili sidang redaksi Majalah Realiti mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato Hj Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu dan Persatuan Wartawan Terengganu (PEWARTA) yang sudi memberi slot untuk pelancaran majalah kami.
"Sesungguhnya mata pena itu lebih tajam dari mata pedang"
Sekian.
salam hormat,
BalasPadamTahniah!!!
teruskan usaha murni mu wahai sahabat-sahabatku.
wassalam.
zaman dulu derang 'tak pakai' pena mahal...tapi 'dakwat' tu kekal melekat ke sampai hari ini.
BalasPadamTMP
Salam tuan sesawang, semoga engkau sihat n gembira selalu. Ada tak majallah realiti yg tema cam blog ni dipasaran? Contoh cam sejarah realiti kedah..
BalasPadam