"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Mei 30, 2010

Bila Awang Selamat celik sejarah...

1 comments
Terkejut TMP bila membaca ruangan Awang Selamat kali ini. Minat sejarah rupanya. Alhamdu'lillah bersyukur sangat bila orang kuat surat khabar sudah mula melihat sejarah realiti sebagai sumber untuk meningkatkan jati diri serta maruah bangsa. Memang tidak dinafikan, Utusan Melayu memang terkenal dengan semangat Melayu sejak dari dahulu. Tetapi kalau berkiblat kepada acuan semangat Melayu 1404-1511 karya bangang Munsyi Abdullah peranakan India asuhan zionis itu maka baik lupakan sahaja cita-cita untuk menaikkan maruah bangsa - tidak kemana hala lah, terkulai layu lagi ada. Maka kena 'channel' betul-betul tu Pak Cik.

Oleh kerana itu TMP menyarankan supaya dibuang sahaja kisah si Kitul dan Melaka Bandar Hilir itu kerana tidak relevan dan sangat bertentangan dengan kisah realiti Empayar Melayu Kedah yang cuba diketengahkan. Melaka Bandar Hilir sebagai Empayar Melayu dalam sejarah Melayu ciptaan Munsyi si Barua Zionis adalah karut lagi tidak masuk akal!

Walaubagaimanapun, syabas Pak Cik Awang. The Malay Press akan sentiasa mengikuti komentar Pak Cik bagi mencari persamaan atas tujuan yang sama, iaitu mahu melihat Melayu kembali gah di Nusantara lebih-lebih lagi di Malaysia, tanah air tercinta.

Melayu jadi bodoh bila buta sejarah.


'Selamat'

TMP
Read full post »

Khamis, Mei 27, 2010

Stamp Zaman Penjajah Thailand dan Inggeris

0 comments

1. Stamp yang telah digunakan oleh 4 negeri-negeri di Tanah Melayu iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Trengganu yang telah diserahkan kepada Thailand oleh Jepun pada 19 Oktober 1943 dan kemudian diambil kembali oleh Inggeris setelah Jepun kalah perang.











2. Stamp 'Negeri Kedah' dizaman Sultan Abdul Hamid 






3. Wilayah Sungei Ujong mempunyai stamp sendiri sebelum wilayah itu digabungkan dengan daerah-daerah kecil dan dijadikan Negeri Sembilan pada tahun 1895 oleh British.



4. Stamp ini jelas menunjukkan bahawa dahulu wilayah Borneo mempunyai KERAJAAN BERSULTAN bukannya bersifat 'republik' seperti hari ini. 


* Klik gambar untuk besarkan.
Read full post »

Khamis, Mei 13, 2010

BISA UNDANG-UNDANG KEDAH

3 comments
Dan wajib menyuruh menyamai cupak dan gantang dan timbangan, jangan diberi kecik besar, mahulah sama sekali sekalian itu, kerana firman Allah taala : [ ] "Hendaklah sempurna oleh kamu segala sukatan dan timbangan segala isi negeri kamu." Maka itulah yang di FARDHUKAN atas sekalian raja-raja dan panglima yang mempunyai kuasa menyuruh menyamai sukatan dan timbangan kerana beberapa kaum nabi-nabi yang dahulu-dahulu itu (di) suruhkan Allah taala menyampaikan pada segala kaumnya menyamai sukatan dan timbangan. Maka tiadalah diturut oleh mereka itu. Maka binasakan Allah taala rugi, maka dirugikan Jibrail, dan setengahnya keluar api daripada dalam kuburnya, bumi. Syahadan maka hendaklah sungguh-sungguh kerasi (keras) menyamai sukatan dan timbangan itu kerana pekerjaan aniayai di dalam hadis Nabi Muhammad Mustafa sallallahu alaihi wasssalam, pada hari tujuh kali diturunkan Allah taala laknat di dalam pesara itu...

Maka undang-undang ini (di) perbuat daripada zaman Sultan Rijaludin Muhammad Syah yang semayam di Naga, muafakat dengan sekalian menteri, pegawai dan pendeta membicara akad dia supaya tetap adat ini, janganlah berubah-ubah. Tatkala tetap adat negeri, maka segala dagang pun banyaklah mari ke negeri itu, maka ramailah; tatkala ramai maka isi negeri pun menjadi makmurlah. Maka sentosalah negeri itu. 

Maka adalah tersebut di dalam hadis nabi sallallahu alaihi wassalam apabila raja-raja menetapkan adat bagi raja-raja, Allah subhanahu wa taala menetapkan 'madsaan' jika RAJA-RAJA KAFIR sekalipun. -UUK MS14/15

Ulasan penulis

Penulis tidak mahu mengulas panjang. TETAPI tetap benar Melayu ini ada bisanya bukan sahaja di kerisnya bahkan daripada segi bahasanya hatta pada undang-undangnya sekalipun. Berapa ramai yang menipu dan tertipu dalam pekerjaan timbang sukat hari ini?

Oleh itu siapakah sebenarnya manusia-manusia di zaman purbakala ini yang cukup keras dan perihatin dalam hal timbang-sukat? Dan siapa pula yang selalu buat kerja menganiayai manusia dalam perihal perniagaan dan jual beli? Jika tidak mengikut maka binasalah seluruh negeri itu maka dilaknat pula oleh Allah taala. Begitulah takutnya pembikin undang-undang ini akan 'bisa' dan azab yang akan ditimpa Allah taala pada mereka dan seluruh isi negeri dengan mengambil contoh sejarah kaum-kaum yang dilaknat terdahulu.

Sudah tentu mereka ini orang-orang yang beriman yang tetap pegangan hati mereka. Maka 'daulat' itu datang bukan sebab raja, tetapi kerana pedih-bisa azab Allah taala yang tidak beserta dalam setiap perbuatan yang disifatkan sebagai derhaka terhadap raja dan para ulamanya yang 'menyerah diri' menjalankan perintah Allah taala. Kerajaan apa yang menyuruh berbuat baik dan tidak derhaka kepada ibu bapa dan guru?

Perkara mengelat dalam perniagaan ini telah pun ditegah sejak zaman purbakala lagi, lalu ia ditetapkan menjadi adat dan diperingatkan pula agar tetap menjadi panduan generasi anak cucu yang akan datang. Jadi terbukti benar bahawa bangsa 'Melayu' tu memang berpegang teguh atas ajaran Islam yang hari ini telah pun menjadi teras budayanya.

Ini belum lagi diambil kira fasal yang menegahkan perbuatan mungkar yang membenihkan masalah sosial masyarakat hari ini contohnya seperti minum tuak, makan madat, berzina, telek nasib, main judi dan sebagainya. Tertakluk juga undang-undang ini tidak hanya pada orang Islam, malah orang kafir sekalipun mesti menurut. Membuktikan sistem pemerintahan berkhalifah dahulu adalah waras, tidak kejam dan tidak juga menindas rakyat seperti yang telah digembar-gemburkan dalam cerita-cerita sejarah yang terdapat hari ini.

Dan undang-undang ini juga membuktikan bahawa umat Melayu zaman purbakala itu bukanlah jahil; tinggal di atas pokok, berpakaian hanya cawat, tidak tahu mengira, tidak pernah bercampur dengan bangsa lain dari benua jiran seperti yang di dakwa oleh para orientalis barat. Rantau ini bukanlah tera incognita seperti dakwaan Frank Swettenham (1899).

Setelah dipulang kembali ke tangan anak-anak bangsanya, PUSAKA HAK MILIK BANGSA MELAYU yang berusia lebih seribu tahun ini ibarat 'sirih pulang ke gagang'. Ia sebenarnya telahpun dikaji dan dinilai isi kandungnya oleh beberapa orang yang ahli dalam bidangnya, dari semenjak tahun 1993 sehinggalah ke hari ini. Maka ia bukanlah sebuah perhiasan yang terletak di dinding rumah dan perpustakaan sahaja. Ia adalah bahan ilmiah yang sangat tinggi nilainya bagi mereka yang mahu mengkaji dan menyiasat sejarah bangsa.

Disamping menentukan perihal undang-undang, kita tidak dapat lari daripada menyiasat siapakah pula nama-nama yang tertera sebagai penggubal undang-undang tersebut. Jika ada nama pasti juga ada tuan punya badannya. Maka hari ini telah pun terbukti bahawa nama-nama yang telah tersebut dalam manuskrip rupanya berkait rapat dengan raja-raja Melayu yang ada salasilah serta sejarahnya yang tersendiri. Hal ini juga tidak harus dipandang sepi.

Maka sesuailah dengan peranannya sebagai sebuah undang-undang, maka undang-undang jugalah yang berhak menentukan kesahihan serta memastikan keadilan dalam timbang sukat menentukan sejarah raja-raja yang telah tersebut dalam manuskrip itu. Mereka yang telah tersebut itu pastinya telah berbuat berjasa meninggalan sebuah khazanah berharga buat pedoman anak-cucunya demi memastikan kedaulatan agama dan bangsa tetap terbela sepanjang zaman, khasnya buat negara yang tercinta ini.

Oleh itu benarlah kata sesetengah pihak bahawa "jika nak balik gemilang kena bukak undang-undang yang bersangkut Al Quran dan Hadis serta sirah nabi-nabi, bukan buka sejarah temberang telor tembelang."

Maka Biso Bonar itu bukanlah sekadar lagu sahaja.

Sekian.

edited by TMP

*Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Johan Syah III ini diriwayatkan sebagai Parameswara Melaka, yang bersemayam di Kota Naga, Kedah Darul Aman.

Read full post »

Jumaat, Mei 07, 2010

Aleph juga Ibrani

12 comments
"Mengkaji sejarah Islam yang telah digelapkan pastikan berpaksi tauhid, jika tidak maka tak berjumpa puncalah," begitulah kira-kiranya kata-kata seorang sahabat dalam perbincangan kami mengenai masalah sejarah Islam di nusantara ni. Sesuailah pula dengan tajuk ekspidisi Menjejak Warisan Jawi maka jejak peninggalan 'Jawi' yang penuh semak itulah yang perlu dicari, jalannya perlu dibersihkan. Segala hikayat mitos, lagenda, tahyul khurafat tidak dapat tidak perlu dikesampingkan - letaklah tepi dahulu. Kerana selama ini perkara seperti itulah yang mengkaburi pertimbangan dalam menentukan arah tuju mencari jejak. 

Sesuai juga dengan tajuknya, maka disini penulis paparkan 'translation' bahasa Ibrani ke bahasa Inggeris untuk dibuat perbandingan. Maka para pembaca nilailah sendiri dari mana datangnya 'Jawi' yang lengkap segala sudut hurufnya jika hendak dibandingkan dengan bahasa Ibrani. Apakah pula persamaannya dan siapakah dia yang digelar bani Jawi itu?

Realitinya Aleph tetap Alif

Wassalam.

*Aleph, the first letter of many Semitic alphabets


"Syahadan maka dipukul gendang NOBAT lagu Ibrahim Khalilullah. Maka menjunjung duli betara tiga kali, iaitu mengatakan DAULAT TUANKU". (UUK: 33).





Read full post »

Selasa, Mei 04, 2010

Menjejak Warisan Jawi - Realiti Bil 3

16 comments
Menjejak Warisan Jawi - Realiti Bil 3
SATUN-KRABI-KOH KLANG

"Dalam saya memerhati keadaan sekitar dan terpandang saya pada tulisan ini:

Due to cultural considerations, please refrain from alcohol comsumtion while visiting Kohklang. Modest dress is considered polite. Thank you!

Walaupun tidak ditekan perkataan ‘religious’ pada peringatan itu tetapi bagi saya ia jelas menunjukkan bahawa yang ‘budaya bersendikan adat dan adat bersendikan kitab Allah’ itu benar dan jelas terpapar pada kenyataan tersebut. Sebetulnya Islam itu adalah asas bagi pembentukkan budaya masyarakat yang berbenihkan Jawi. Maka Allahyarham Dato Onn tidak silap dalam strategi politiknya untuk menyelamatkan umat Melayu!

Peribadi dan akhlak yang baik dipandang mulia oleh sesapa sahaja yang beramal dengan Islam. Tidak kiralah dimana sahaja mereka berada, sopan dan santun tetap mengalir dalam darah terpatri kemas dalam jiwa mereka. Kurang terdapat pada bangsa lain terhadap penekanan adap, sopan dan santun yang sebegini halus kecuali dalam budaya Melayu yang berbenihkan Jawi berteraskan Islam...

...Andaikata jika Frank Swettenham tinggal di Koh Klang yang penduduknya bermuka Melayu tetapi tidak pandai berbahasa Melayu apa agaknya tajuk buku yang akan dinamakannya. Sudah tentu bukannya The Real Malay lagi, itulah fikir saya."

*Dua generasi yang tidak boleh berbahasa Melayu di Pulau Klang, Krabi, Siam. Adakah mereka ini boleh dianggap sebagai Melayu? Jika pun mereka ini Melayu, dari rumpun mana pula?









Read full post »

Rabu, April 28, 2010

Percetakan Awal Di Jajahan Selat 1806-1858: Bongkar Pembohongan Inggeris dan Munshi Abdullah

2 comments





Sejarah Percetakan Awal DiJajahan Selat 1806-1858 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka/Kementerian Pendidikan Malaysia 1991.

Sedikit kata awal penterjemah:

"Penyelidikan awal seperti ini tentang sejarah percetakan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura tentulah bersifat permulaan. Ia adalah satu penerokaan awal ke dalam suatu perkara penting, suatu kerja yang dilakukan dalam masa beberapa minggu sahaja, dengan harapan ia akan disusuli dengan sebuah kajian lengkap pada suatu masa kelak." (Mansor Ahmad Saman, 1991)


Saya amat tertarik dengan kata-kata diatas. Penterjemahnya telah meletakkan harapan tinggi agar usahanya dapat disusuli dengan satu kajian lengkap disuatu masa kelak. Setelah membaca buku ini secara sepintas lalu, maka dapat saya rasakan yang saranan itu ada maksud yang tersendiri. Bagi saya ia selari atas rasa tanggungjawab untuk menyatakan kebenaran yang selama ini telah disembunyikan daripada pengetahuan rakyat kebanyakkan. 

Kita telah terlalu lama disogokkan oleh sejarah-sejarah palsu ciptaan penulis barat. Atas maksud yang kita semua sedia maklum. Untuk menghalalkan perkara itu maka dikatakan bahawa semua naskhah persuratan Melayu lama hanyut dan tenggelam bersama kapal Fame. Kita pun telan bulat-bulat tanpa siasat.

Jika tidak di kaji secara mendalam akan masalah ini maka selama-lamanyalah kita hidup dan berbangga atas kepalsuan sejarah. Secara realitinya, berapa ramai yang sedar bahawa selama ini usaha-usaha percetakan bahan bertulis yang menjadi bahan rujukan kita dihasilkan atas usaha dan propaganda mubaligh Inggeris dan juga Amirika yang bertapak di jajahan kecil Pulau Pinang, Melaka dan Singapura? 

Siapa yang sedar selama ini Munsyi Abdullah, nama yang begitu diagung-agungkan sehingga diberi pengkiktirafan, diangkat melangit sebagai Bapa Persuratan Melayu Moden itu rupa-rupanya seorang barua Inggeris? Siapa yang tahu bahawa si anak keling ini bekerjasama dan mendapat bimbingan mubaligh Kristian (B P Keasbery - Mission Press) dalam usahanya menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu, penterjemah dongeng Hindu, penterjemah dan penyunting Sejarah Melayu, penterjemah karya-karya mubaligh Kristian, menerbit dan menyunting Adat segala Raja-raja Melayu dalam segala negeri dan juga seorang pelukis gambar hantu penanggal?(ms61) Sedarkah kita dari dahulu sehingga kini, berapa ramai orang Islam yang telah menjadi rosak aqidah akibat perbuatan si Abdullah Kadir ini?

Siapa yang sedar bahawa pada sekitar tahun 1821-1839 itu ada tersebut seorang yang dianggap Sultan Kedah telah dibuang negeri malah berkawan pula dengan seorang mubaligh Kristian yang kerap menyakiti hati orang Melayu muslim dengan mengeji agama Islam?(ms51) Semuanya ada terkandung dalam buku ini yang nampaknya telah dipandang sepi oleh masyarakat.

Jika diteliti dengan mendalam, dengan sedikit kemahuan untuk menyiasat, maka buku ini bukan sahaja berupaya memberi jalan, malah dapat juga membuka mata hati dan fikiran pembacanya, akan sebab musabab jajahan kecil di Melaka itu diangkat sebagai pemula empayar Melayu yang besar dalam Sejarah Melayu. Tidak dinafikan semuanya adalah hasil kerastangan penyuntingnya si pengkhianat agama Munsyi Abdullah. Konspirasi ini ditaja-selia pula oleh badan pencetak naungan persatuan mubaligh-mubaligh Kristian yang berpusat di 'negara atas angin'. Ini adalah satu realiti! Pahit yang perlu ditelan...

Dengan itu apalah salahnya jika para pengkaji sejarah Melayu berusaha memiliki senaskhah. Bersama-sama kita menyahut saranan seorang hamba Allah yang telah bertungkus lumus menjalankan usaha menterjemah, serta meletak harapan yang amat tinggi agar usahanya itu tidak sia-sia, malah dapat di sambut dan sambung pula oleh generasi bani Jawi seterusnya, demi satu kebenaran.


*Usaha mereka menjatuhkan kerajaan Islam Manchu China supaya dapat mengelapkan sejarah Empayar Islam di Benua Nusantara secara halus. Sun Yat Sen punya kerja la nii....


"Siasat sejarah bangsa dan negara"

Sekian.

TMP
Read full post »

Sabtu, April 17, 2010

MELAKA 1278 MASEHI PENGIKTIRAFAN TERKINI?

0 comments
updated for entry: 11/01/09



Muhammad Syah Melaka (juga dikenali sebagai NARA SUAN) 1278 MASEHI dalam UUK:

“Maka diadatkannya khalifah menyempurnakan pekerjaan dalam negeri melaka pada zaman purbakala itu, jika kanak-kanak itu sekalipun nakhoda itu kerana sudah teradat boleh diketahui didalam laut dan dalam jong baluk itu; hubaya hendaklah segala orang didalam jongnya itu berbuat takut dan malu kepadanya; hubaya-hubaya diturut hukum ini yang tertulis di dalam kertas kerana hukum dibawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Muhammad Syah yang kerajaan dalam negeri Melaka supaya selamat sempurna kepada negeri yang takluk dan berkasih-kasihan dengan negeri itu, iaitu pada segala Islam yang di laut dan yang didarat, wallahualam”. UUK, ms88

Baca penerangan selanjutnya di SNK mengenai Siapa yang membuka Melaka?


*Maharaja Terra Cota pada zamannya telah MENYERAGAMKAN TULISAN DAN BAHASA kepada satu sahaja demi penyatuan sebuah empayar, maka tidak menjadi hairan jugalah jika penyeragaman terhadap bahasa dan tulisan lingua franca telah dilakukan di Benua Nosantara ini - JAWI/MELAYU (terbaik/termudah) oleh maharaja yang memerintah pada ketika itu. 


* Dan disebut juga Sultan Muhammd Syah 1278M itu sezaman dengan Malik Salleh (Merah Silu)1267M yang berada di Acheh (Pasai) pada ketika itu walaupun sebenarnya Undang-undang Kedah telah pun tertulis pada tahun 222 Hijrah di Acheh (Zaman dynasti Abbassiah), lebih awal  dari kisah yang telah diceritakan. Tidak mustahil Sultan Malik Salleh itu bertalian darah dengan Syed Jamalul Alam Badrul Munir yang dizamannya telah dikarang UUK.


Nota Penulis:





Sila rujuk lampiran keratan dari tulisan HAMKA diatas:
Lihat sahaja cara mereka memadamkan nama Sultan Muhammad Syah @ Nara Suan dari lipatan sejarah. Seterusnya memutuskan sejarah realiti umat Islam dari pengetahuan generasi berikutnya. Gantinya kita disogok dengan sejarah yang batil; asal Kesultanan Melayu Melaka bersusur galur Parameswara hindu dari Palembang. 

Padahal sebelumnya mereka (ahli2 sejarah) tahu, ada bukti serta fakta yang mengatakan Sultan Muhammad Syah 1276M itu memang wujud! Yang peliknya lagi, setelah mangkatnya Sultan Muhammad Syah datang pula orang lain dari Jeddah (?) yang membawa agama Islam, adakah ini boleh diterima akal?  NAMA Sultan Muhammad Syah itu bukan Islamkah?

Manakala diperenggan kedua, bukti daripada sumber-sumber luar negara mengkuatkan lagi kisah kerajaan Siam yang menguasai Semenanjung Melaka pada abad ke 14 (sepatutnya sehingga abad ke 19 - sebelum Sultan Long Jaafar Muadzam Syah 1876 dibunuh Thai dan Ingris)

Manuskrip Undang-undang Kedah mengesahkan perkara ini, Sultan Muhammad Syah Melaka yang cuba dipadamkan dari sejarah itu adalah seorang Maharaja Siam atau gelaran lainnya King Narasuan (amat diagongkan oleh bangsa Thai hari ini). 

Kebenaran fakta ini disulami pula babad tanah Jawa (Babad Tanah Jawi (The Chronicle of Java) and Serat Kanda, both written during the 17th-century period of the Mataram kingdom) raja-raja Majapahit sendiri, yang mengaku kekuasaan Siam Ayuthia! Cuma apa yang mereka tidak ketengahkan atau cuba untuk menafi ialah hakikat bahawa kerajaan Siam Ayuthia itu beragama Islam.

Dengan adanya 'berita' Sultan Muhammad Syah (sebelum UUK dikembalikan pada 2003), dan wujud pula namanya di dalam UUK (ms88) yang telah dikembalikan, secara tidak langsung menyangkal cerita dongeng Melaka 1511 yang bersumberkan British dan SATII.

Terang, hakikat sebenar sejarah Islam rantau nusantara yang mula timbul ini bakal membatalkan sejarah batil penjajah dan agen-agennya. Sesungguhnya, umat Islam rantau ini tidak akan 'bebas merdeka' selagi mendokong dan terkongkong dalam sejarah palsu. Buatlah macamana, cakaplah apa sahaja, hanya omongan tin kosong belaka.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita yang telah sedar untuk memperjuangkan sejarah realiti ini walau apapun terjadi. Ini adalah perihal sejarah agama tauhid-sejarah umat Islam yang telah ditong-sampah, dihinjak-dihina maruahnya oleh puak barat dan sekutunya. Maka wajib kita mengeluarkan, membersihkan, mengangkat dan meletakkannya kembali ke tempat asalnya yang selayaknya paling tinggi.

Perjalanan jua...

----------------------------------------------
Masih ingat lagi kaligrafi bertulisan Jawi- Malaka Haji Mi Malaya dalam kisah Cherokee Islam yang dijumpai di sebuah gua di El-Salvador Amirika Latin pada abad ke 13? Ia berkisar pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah Melaka II yang pernah berlayar ke Parsi dan menunaikan fardu haji di Baitullah Makkah.
Read full post »

Khamis, April 01, 2010

Tegas-Adil-Berhemah

0 comments
Kali terakhir saya ke balai polis bersama yang lain kerana membuat tangkapan awam adalah kira-kira 6 ke 7 tahun lepas. Pengalaman baru ini;tidak perlu saya nyatakan sebabnya (tiada kena mengena dengan sesapa), memang membuatkan saya sedikit gembira. Dengan layanan pegawai polis yang 'mesra pelanggan' membuatkan slogan lama 'mesra-cepat-betul' tidak terasa ditiadakan. Jika dahulu pengadu terpaksa menulis 'report' sendiri kali ini ditolong taip pula oleh pegawai yang berkenaan. Maka tiada lagi masalah cakar ayam membuatkan pegawai penyiasat semak kepala.

"Boleh cakap Melayu?" kata pegawai polis wanita yang bersedia menaip repot seorang budak cina yang baru lepas di 'rompak' sehingga kehilangan beg tangan dan beberapa barang lain didalamnya. "Bole..." katanya separuh pelat sambil mengangguk sugul. Nampaknya, bila keadaan terdesak barulah bahasa Melayu diangkat menjulang ke angkasa, bila senang dibuang dilupa seakan tiada beguna. Sebelum itu seorang pengadu bangsa India datang membuat laporan diragut, fasih juga dianya. Sebelum itu lagi ada seorang bangsa Melayu datang mengadu masalah rumahtangga. Banyak perkara yang perlu dilayan rupanya.

Saya hanya memerhati sambil tersenyum, sekali sekali dijeling juga oleh pegawai wanita tadi. Elok juga diletak pegawai wanita muda-muda dikounter laporan, buleh hilang rasa gundah gelana. First impression count kata omputih.

Semua laporan nampaknya telah di 'centralised'kan supaya setiap aduan boleh diambil tindakan seberapa segera. Sekali lagi yang 'cepat' didalam slogan lama tidak terasa ditiadakan. Setelah repot diambil disuruh baca pula untuk melihat jika terdapat sebarang pembetulan. Yang 'betul' ini ada betulnya tetapi kesilapan biasalah, bila hendak cepat banyak lah pembetulan pada ejaan.

Saya terpandang pada slogan baru 'tegas-adil-berhemah'. Pada fikiran saya ia adalah lanjutan kepada 'mesra-cepat-betul', kerana pada saya slogan terkini itu menunjukkan cara perlaksanaan terhadap slogan yang lama, bukan untuk menggantikannya.

Dalam membuat laporan itu, pengadu sebenarnya 'ada ruang' untuk berbincang atau bertanya akan setiap tindakan yang patut atau tidak patut dilakukan menurut undang-undang yang ada. Jika pengadu menerangkan secara terperinci akan masalah barulah 'hemah' itu datang menggantikan yang 'cepat' tadi. Maka bukanlah pihak polis ini membuat kerja semborono seperti robot, sebagai manusia, ada hemahnya.

Hari ini banyak hal yang tidak menyenangkan dikait dengan pihak berkuasa, mungkin ada benar dan ada juga tidaknya. Itu terpulang pada persepsi masyarakat dan tertakluk juga kepada siapa yang punya kata. Kata penyamun dengan kata yang kena samun semestinya berlainan nadanya.

"Baik tuan, assalamu'alaikum dan terima kasih banyak-banyak," saya pohon diri. Terlihat saya pada peti cadangan yang terlekat kemas di dinding sebelum saya beredar dengan lapang dada.

"Waalaikum salam," sambut pegawai-pegawai tadi disusuli dengan angkat tangan kepada pegawai calit dua yang berbangsa India yang turut tersenyum memerhatikan gelagat saya. 


The Malay Press

Read full post »

Ahad, Mac 28, 2010

Jejak Warisan Jawi - REALITI BIL 2 Kini dipasaran!

6 comments

Atas niat mengkaji sejarah silam, demi mendaulat dan memartabatkan kembali sejarah Islam di Nosantara, semua urusan telah pun dipermudahkan. Alhamdu'lillah, selamat kami pergi dan selamat kami kembali. Walau tidak selancar 'air lalu', namun tidaklah sampai tergendala usaha kami, konvoi yang kerdil serba kekurangan ini, bagi menjejaki saki-baki waris Bani Jawi yang masih ada di Siam dan Burma. Bak kata pepatah, jika tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunya, 'when the tough get going the going get tough' - kata orang putih.

Maka pengalaman itu akan kami kongsikan bersama. Kisahnya boleh dibuat renungan, mungkin juga dapat mendatangkan keinsafan. Semuanya atas rasa tanggungjawab setiap daripada kami, demi 'kelangsungan hidup' anak-anak Bani Jawi dan Islam di tanah air bertuah lagi tercinta ini.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda
“Barangsiapa mempelajari satu bab ilmu yang diamalkannya dan diajarkannya kepada orang lain nescaya itu adalah lebih baik baginya daripada sembahyang lima ratus rakaat dibuatnya”
Read full post »

Khamis, Mac 11, 2010

UK minister aims to reassure photographers/photojournalists

0 comments
The UK Policing and Crime Minister has reasserted that anti-terrorism should not be used to stop photographers and photojournalists. In a meeting with a Parliamentary photography group and journalists, David Hanson MP said the Sections 44 and 58A of the 2000 Terrorist Act should not be 'used to stop ordinary people taking photos or to curtail legitimate journalistic activity'. He also said guidance to that effect has been provided to the UK police forces, advising that these powers should not be used to stop innocent members of the public, tourists and journalists.

Statement:

Policing and Crime Minister David Hanson MP said:

"I recently met with Austin Mitchell MP, members of the Parliamentary All Party Photography Group and representatives of the photographic press and the Royal Photographic Society to discuss the issue of counter terrorism powers and offences in relation to photography.

"I welcomed the opportunity to reassure all those concerned with this issue that we have no intention of Section 44 or Section 58A being used to stop ordinary people taking photos or to curtail legitimate journalistic activity.

"Guidance has been provided to all police forces advising that these powers and offences should not be used to stop innocent member of the public, tourists or responsible journalists from taking photographs.

"These powers and offences are intended to help protect the public and those on the front line of our counter terrorism operations from terrorist attack. For the 58A offence to be committed, the information is of a kind likely to be useful to a person committing or preparing an act of terrorism.

"I have committed to writing to Austin Mitchell MP to reinforce this message and to follow-up on the representations made to me at today's meeting.”


Read full post »

Khamis, Mac 04, 2010

Majalah REALITI kini dipasaran

4 comments
Alhamdu'lillah, cerita dan angan di kedai kopi akhirnya menjadi REALITI. Sila dapatkan majalah sulong kami yang kini terdapat dipasaran.

Selalunya pengalaman dan pengajaran ditimba melalui kelahiran pertama. Maka maafkan kami jika terdapat kekurangan dan kelemahan dalam edisi ini. Sesungguhnya kami masih belajar dan sanggup juga menerima tunjuk ajar daripada yang lebih pengalaman.

Sekian dari Kami.

Sidang Penulis Majalah Realiti.


Info sejarah yang berkaitan antara satu sama-lain yang menarik untuk dikaji dalam edisi REALITI kali ini:

Peta Semenanjung Emas Ptolemy (sumber Sabri Zain)
  1. Titik tengah semenanjung (TTS) yang menghubungkan 4 penjuru semenanjung Tanah Emas
  2. Kisah perjanjian 7 sahabat Mat Kilau, Tok Gajah, Dato Bahaman dan lain-lain yang mempertahankan wilayah TTS sebelum menyembunyikan identiti akibat penjajahan Inggeris di bumi Pahang
  3. Kisah Batu Bersurat Terengganu yang mengandungi syariat Islam disamping PENEGASAN  seorang raja pada zaman itu iaitu Raja Mandalika (Man-de-le-ke) membuktikan Islam telah ada di 'BENUAKU INI' (benua apa?) Bukti Islam telah tiba lebih awal ke semenanjung ini seterusnya menafikan sejarah dongeng Melaka. 

Diumumkan juga bahawa perjumpaan waris-waris Tok Gajah akan diadakan:

Tarikh: 12-13 March 2010
Tempat: Pusat Pembangunan Modal Insan (PPMI) Kampung Budu, Benta Pahang Darulmakmur
No Tel: 012 5195505

wassalam












Read full post »

Jumaat, Februari 26, 2010

Jejak Warisan Jawi the movie (intro)

8 comments


Sempena dengan hari Maulidur Rasul yang amat mulia ini, TMP mempersembahkan Jejak Warisan Jawi Semenanjung - Ayutthaya (intro) buat tatapan para pembaca yang dikasihi sekalian.

Salam hormat dari Kami
MAJMA
Blackwind Adventure Team
Restoran Semenanjung.
Berita Harian
G14
SNK
Zakat Selangor dan
terima kasih kepada semua perserta ekspedisi dan ahli keluarga yang memahami.
Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger