"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, Mac 04, 2010

Majalah REALITI kini dipasaran

Alhamdu'lillah, cerita dan angan di kedai kopi akhirnya menjadi REALITI. Sila dapatkan majalah sulong kami yang kini terdapat dipasaran.

Selalunya pengalaman dan pengajaran ditimba melalui kelahiran pertama. Maka maafkan kami jika terdapat kekurangan dan kelemahan dalam edisi ini. Sesungguhnya kami masih belajar dan sanggup juga menerima tunjuk ajar daripada yang lebih pengalaman.

Sekian dari Kami.

Sidang Penulis Majalah Realiti.


Info sejarah yang berkaitan antara satu sama-lain yang menarik untuk dikaji dalam edisi REALITI kali ini:

Peta Semenanjung Emas Ptolemy (sumber Sabri Zain)
  1. Titik tengah semenanjung (TTS) yang menghubungkan 4 penjuru semenanjung Tanah Emas
  2. Kisah perjanjian 7 sahabat Mat Kilau, Tok Gajah, Dato Bahaman dan lain-lain yang mempertahankan wilayah TTS sebelum menyembunyikan identiti akibat penjajahan Inggeris di bumi Pahang
  3. Kisah Batu Bersurat Terengganu yang mengandungi syariat Islam disamping PENEGASAN  seorang raja pada zaman itu iaitu Raja Mandalika (Man-de-le-ke) membuktikan Islam telah ada di 'BENUAKU INI' (benua apa?) Bukti Islam telah tiba lebih awal ke semenanjung ini seterusnya menafikan sejarah dongeng Melaka. 

Diumumkan juga bahawa perjumpaan waris-waris Tok Gajah akan diadakan:

Tarikh: 12-13 March 2010
Tempat: Pusat Pembangunan Modal Insan (PPMI) Kampung Budu, Benta Pahang Darulmakmur
No Tel: 012 5195505

wassalam












4 comments:

  1. Salam buat Herman @ TMP,
    Tahniah!!!, insyaAllah saya akan mendapatkan.Berapa harga satu nashkah majalah tu?
    Ya,keluaran pertama itu penting kerana ia memberikan satu persepsi yang sangat mendalam kepada pembacanya.

    salam perjuangan.

    Lepas ni kena belanja kawe minum la ye:D (nak tolong promosi ni) he he he.

    wassalam.

    BalasPadam
  2. terima kasih. kalau sang tawal nak antar artikel pun boleh dialu-alukan kepada semua penulis muda.

    salam perjuangan kembali.

    BalasPadam
  3. Tahniah!

    Satu lagi wadah untuk menegakkan sejarah realiti.Sama-samalah kita sokong dan promote demi kebaikan bersama dan perjuangan yang belum selesai.

    Salmi

    BalasPadam
  4. Tahniah, presentation yg memuaskan bagi keluaran pertama ni.. artikel berkaitan Dato' Bahaman amat menyentuh hati..

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger