Atas niat mengkaji sejarah silam, demi mendaulat dan memartabatkan kembali sejarah Islam di Nosantara, semua urusan telah pun dipermudahkan. Alhamdu'lillah, selamat kami pergi dan selamat kami kembali. Walau tidak selancar 'air lalu', namun tidaklah sampai tergendala usaha kami, konvoi yang kerdil serba kekurangan ini, bagi menjejaki saki-baki waris Bani Jawi yang masih ada di Siam dan Burma. Bak kata pepatah, jika tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunya, 'when the tough get going the going get tough' - kata orang putih.
Maka pengalaman itu akan kami kongsikan bersama. Kisahnya boleh dibuat renungan, mungkin juga dapat mendatangkan keinsafan. Semuanya atas rasa tanggungjawab setiap daripada kami, demi 'kelangsungan hidup' anak-anak Bani Jawi dan Islam di tanah air bertuah lagi tercinta ini.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda
“Barangsiapa mempelajari satu bab ilmu yang diamalkannya dan diajarkannya kepada orang lain nescaya itu adalah lebih baik baginya daripada sembahyang lima ratus rakaat dibuatnya”
salam.
BalasPadamtahniah! dan saya doakan semoga segalanya berjalan dengan baik, diredhai oleh Allah dan diberkati setiap usaha yang TMP dan kawan-kawan buat tu demi generasi muda melayu-islam Bani jawi.
wassalam.
salam tuan,
BalasPadamsaya sudah mencari majalah ini dikawasan saya iaitu bukit beruntung dan rawang tetapi hampa kerana tidak ketemu.
bolehkah saya melanggan melalui pos dan bagaimanakah caranya..
terima kasih.
Abang TMP,
BalasPadamBagaimana nak dapatkan majalah ini di sekitar Shah Alam?
http://www.wjpublishing.com
BalasPadamuntuk melanggan buku secara online.
terima kasih.
TMP
Di KL..Jln TAR... mana kedai yang ada menjualnya?
BalasPadamHarap2 Jejak Bani Jawi ni dapat la bukak mata korang demi KEBENARAN! Aku pun ada baca pasal konvoi ni yang masuk dalam paper Berita Harian minggu lepas. Dah jelas yang separuh daripada pencarian korang pasal kebesaran Siam Ayuthia yang Islam tu adalah palsu. Dalam artikel paper tu, korg sendiri mengaku tulis Ko Panyee tu asalnya dalam Bahasa Melayu iaitu Pulau Panji. Ni yang korg terbalikkan nama asal Bahasa Melayu tu asalnya Siam tu apehal pulak? Ada ke patut Phuket dikatanya asal dari nama Siam Po-Kheag. Aduh..
BalasPadamAku dah letih dengan benda2 nih. Bosan! Bila baca majalah ni, sebut pasal Benua Siam Islam Kedah, terus mati mood aku. Aku dah boleh agak macam mana bentuk artikel yg akan keluar nanti.. =/
p/s : Bro Herman, kalau rasa pedas, cam biasa, delete je lah komen aku ni. Ko ni kan penakut nak berdebat..