"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Isnin, Mac 31, 2008

Politik dan Bolasepak.

0 comments
Demam pilihanraya sudah mulai reda. Parti yang mendapat mandat untuk memerintah nampaknya sedang sibuk menggerakkan jentera kerja bagi menunaikan janji dan manifesto masing-masing.

Media dan para wartawan juga tak kurang sibuk meng'highlight' komen-komen yang dibuat oleh para Menteri Besar. Itupun sementara masih segar. Samada cerita benar atau masih di alam propaganda, itu belakang cerita. Yang penting ada berita.

Dalam banyak-banyak komen, penulis tertarik dengan idea Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor. Katanya dia akan membuka peluang (open tender) kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi CEO kepada Skuad Merah Kuning. Kali ini pasukan bolasepak Selangor akan diurus tadbir secara korperat dan lebih sistematik.

Wah, inilah berita yang amat penulis nantikan. Bukan untuk menjadi CEO, tetapi harapan peminat sukan yang inginkan perubahan.

CEO sepenuh masa, barulah betul professional namanya. Bermakna tiada lagi gangguan politikus kaki bangku, pilih bulu, mengambil anak menantu jadi kayu didepan pintu gol. Sepak melangit.

Lagi yang menarik ialah, mulai dari saat ini, dapatlah juga kita bandingkan pasukan bolasepak manakah yang lebih kuat dan menyerlah, dari negeri naungan BN ka atau PR ka? Pentadbiran cara baru ka cara lama ka? Sama-samalah kita nantikan.

Penulis amat berharap perubahan drastik didalam senario politik tanahair ini dapat diterjemahkan dengan peningkatan kualiti pasukan bolasepak kita. Jadikan ia satu persaingan yang sihat dan patut dilihat dari sudut yang positif.

Penulis yakin, ramai yang bersependapat dengan penulis, pasukan bolasepak Malaysia juga AMAT perlukan perubahan...disitu nanti rakyat akan bersatu.
Read full post »

Ahad, Mac 30, 2008

Fitna- Sebuah karya bangang Geert Wilders

2 comments
Serangan 'terroris' Kristian, Yahudi dan Majusi terhadap Islam sudah lama. Dari saat awal kelahiran Nabi Muhammad S.A.W sehinggalah sekarang. Tidak putus-putus mereka cuba menafikan kebenaran Islam. Selagi umat Islam tidak memeluk agama mereka selagi itulah mereka tidak akan berhenti. Mereka tidak akan puas hati.

Puak orientalis Barat, rata-rata beragama Kristian atau Yahudi. Mereka tidak mungkin mengalahkan hujah kebenaran Al-Quran dengan menggunakan Bible karangan mereka sendiri, yang terlalu banyak 'sempang-perenangnya' dan menyesatkan.

Apa yang mereka mampu lakukan adalah sekadar menyamar menjadi 'freethinker' dan cuba melawan menggunakan fakta-fakta sains. Tetapi mereka tetap kalah. Sewaktu di England, penulis pernah menghadiri debat secara langsung diantara Islam dan Kristian mengenai Al-Quran dan Bible, dan sememangya Bible tidak boleh menang! (Penulis masih lagi menyimpan gambar dan rekod-rekod tersebut sebagai bahan rujukan)

Walaupun berbagai tohmahan dilontarkan terhadap agama suci ini, puak orientalis sedar, semakin hari semakin ramai penduduk Eropah yang mendekati serta mempelajarinya dan akhirnya mereka ini tertarik lalu memeluk Islam. Orientalis barat menamakan fenomena ini sebagai proses 'Islamisation'.

Islamisation ini sebenarnya satu perkataan yang berbaur negatif. Boleh disamakan dengan Disneyfication atau McDonalisation yang berasaskan konsep 'globalisation'. Islam juga dilabel sebagai satu ideologi sempit dan bukan sebagai agama yang menjadi pedoman untuk manusia sejagat. Itulah yang sebenarnya yang berlaku!

Tanggapan mereka, dengan memeluk Islam seseorang itu akan hilang hak kebebasan yang sebenar. Tanggapan ini sengaja diada-adakan untuk kepentingan diri mereka disamping untuk mengelirukan orang lain!

Bagi penulis, jika mahu adil dan kebebasan yang sebenar, mari kita lepaskan kesemua pesalah-pesalah dari penjara, biarkan mereka berkeliaran di atas muka bumi ini, jangan tangkap dan jangan dipenjarakan. Baru betul ada kebebasan! Serupa binatang.

Sebenarnya si Bangang (liar) ini lupa, kebebasan yang melampau yang tiada had hanya akan membawa malapetaka kepada seluruh umat manusia. Sebagai seorang penganut roman catholic, dia patut tahu itu. Tapi seperti yang penulis katakan seawal tadi, dengan memakai topi 'freethinker' maka dia bebas untuk berbuat sesuka hati!

Bila saja European Islamisation ini berlaku, pengaruh Kristian akan berkurangan. Ini bermakna agenda-agenda jahat paderi mereka tidak dapat dilaksanakan. Si Wilders sedar yang gereja-gereja Eropah terutamanya di Belanda, sudah mulai kosong. Maka kantong poket paderi-paderi jahat juga kosong.

Bila tiada lagi yang datang untuk minta supaya dibersihkan dosa, maka paderi-paderi tadi akan mula tiada kerja dan merasa bahangnya. Boleh mengancam periuk nasik...Ini semua karena pengaruh dan uang.

Mereka sangat takut dengan fenomena ini, maka Tsunami Islamisation mesti dibendung! Kita bukan tidak tahu bahawa perang-perang salib yang berlaku diantara Kristian dan Islam adalah kerana pihak gereja tamak akan harta dan wang. Pihak gereja Perancis jugalah yang menyapu bersih harta-harta Knigth Templar kerana tidak mampu membayar hutang rajanya yang betimbun.

Kembali, mengapa penulis mengatakan paderi-paderi ini jahat? Buka balik sejarah Andalusia 1492-98. Bilamana proses Inquisition berlaku, paderi-paderi Isabella mungkir janji dan membunuh ramai penduduk Islam yang tidak mahu dibabtiskan. Itu baru satu, sebenarnya banyak sekali contoh penyelewengan lain yang dilakukan oleh paderi kristian eropah dari dulu sehingglah sekarang. Hal ini juga sudahpun diketahui umum!

Dalam mengikuti detik 15 minit fiem ini, penulis dapat rasakan bahawa bahang sakit hati dan dengki kesumat mereka lebih terarah terhadap Muhammad S.A.W. Tambahan pula dalam tahun ini sahaja sudah berkali-kali mereka menyerang Muhammad secara langsung, dengan cara yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata!

Mereka tahu, kebenaran Muhammad dan Al-Quran tidak dapat disangkal. Lalu diakhir filem ini mereka memaparkan slot yang seakan mengoyakkan Al-Quran. Mereka pula menyarankan supaya umat Islam membuang ayat-ayat Al-Quran seperti mereka menggodam Injil! Pelik tapi memang itu niatnya, mudah sahaja membaca isi perut mereka!

Muhammad S.A.W sebagai Rasul akhir zaman adalah kenyataan yang tidak dapat diterima oleh puak-puak Yahudi dan Nasrani. Itulah penyebab konfrantasi agama yang berlarutan sehingga ke hari ini. Tidak perlulah ditulis panjang lebar mengenai sejarah ini...Berbeza dengan Islam yang mewajibkan penganutnya beriman dengan nabi-nabi sebelumNya. Haram mencerca...lebih-lebih lagi menghina agama lain.

Mengenai bab mengoyak tadi, penulis mengambil contoh: Apakah yang selalunya dilakukan oleh sesorang jika mendapat tahu bahawa surat wasiat tidak menyebelahi mereka?Ahh... koyakkan aje...bukan itu sahaja, jika mendapat bil yang melambung pun sudah tentu dikoyakkan juga.

Kerana apa? Itu adalah reflek kepada perasaan geram yang sudah tidak tertahan lagi...tidak dapat menerima hakikat. Sementelah juga ia bersangkut dengan perangai Yahudi yang kuat dengki! Sedangkan adik sendiri pun ingin mereka bunuh! (Kisah Nabi Yusof A.S)

Jadi puak-puak desperado Yahudi-Kristian (Wilders dipercayai mempunyai hubungan dengan kedutaan Israel di The Hague) ini menghina dan mencerca agama Islam secara terang-terangan.

Mereka nampaknya sudah hilang pertimbangan lalu membikin fitnah dalam filem Fitna. Itu sahajalah cara yang dapat mereka lakukan untuk menghentam Islam dan menutupnya segala penyelewengan dan salah laku mereka selama ini. Satu taktik kotor dan strategi yang hina! Itupun segala surah-surah yang diambil telah sengaja ditafsirkan secara salah!

Cukup setakat ini. Sebelum terdorong oleh emosi, ingin sekali penulis membawa kisah Snouck Hurgonje seorang orientalis Belanda yang pura-pura masuk Islam, pernah belajar di Mekah, pernah juga berdialog dengan Syeikh Ahmad Fatani tentang Islam(Wan Mohd Shaghir, 2005,p105), tetapi akhirnya murtad dan menggunakan pengetahuannya tentang Islam untuk membantai pejuang-pejuang Acheh di Indonesia. Orang Indonesia memang cukup arif dengan perangai jahat Belanda...Belanda mintak tanah...Barangkali Si Wilders adalah pengikut setianya.

Bila sampai ketika, kebenaran Islam tetap mengatasi segalanya. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam ialah melihat kembali kelemahan diri dan cuba perbaikinya. Secepat mungkin. Peperangan dunia Ke 3 sudah pun bermula...siBangang Wilders yang menekan butangnya..

Akhirul kalam, fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh, jadi apakah hukuman yang sesuai bagi mereka yang membuat FITNA?.

Pemulauan barang Belanda, berkesankah?

Euro 2008 pun sudah dekat. Penyokong-penyokong Belanda mestilah mengambil jalan bijak untuk mengajar negara ini dan pasukannya sekarang. Boleh juga dihentikan pembelian jersey-jersey dan segala merchandise 'The Orange'. Dipihak FAM pula, boleh juga menghentikan segala bentuk kerjasama dengan kelab-kelab dari Belanda seperti PSV Eindhoven, Feyenoord dan sebagainya. Ini pandangan, dan penulis hanya mengambil contoh yang nyata!

Sambil itu, kerajaan juga hendaklah berhenti mengimport barangan keluaran Belanda seperti cheese, insuran dan sebagainya. Barulah proses pemboikotan itu akan lebih berkesan. Jikalau mengharap rakyat sahaja yang mengangkat sepanduk boikot, mana ada jalan!

Tetapi selalunya boikot-boikot ini tidak begitu berkesan, hanya setakat gah dijalanan, tetapi lemah perlaksanaan...

Sekian.

note: Edit 03.04.08 (Penulis menunggu penuh debar keputusan kerajaan mengenai lawatan pasukan Chelsea dan yahudi2nya ke Malaysia)

Antara sumber rujukan:
Wan Mohd Shaghir, 2005, Syeikh Ahmad Al-Fathani Pemikir Agung Melayu dan Islam; Jilid 2, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur
Read full post »

Ahad, Mac 23, 2008

Foto Vintage : Kampung Baru 50 Tahun.

0 comments

Kampung Baru 50 Tahun.
Camera : OLY 35RC Rangefinder
Film: Fuji ISO 400
Location : Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaya.
Date: 10/12/2007
Read full post »

Selasa, Mac 18, 2008

Foto vintage: Terkenang semasa dulu...

0 comments

Foto vintage: Tengku Razaleigh Hamzah dan Rafidah Aziz berjalan dihadapan para diplomat asing.(Kemungkinan foto ini diambil pada tahun 1977-1980 sewaktu Ku Li menjadi Menteri Kewangan dan Rafidah Aziz menjadi timbalannya).

Zaman itu menteri-menteri semua muda ranggi...berbanding zaman ini.

Fakta sejarah:
Tengku Razaleigh - Menteri Kewangan Malaysia 1970 - 1984
Rafidah Aziz - Timbalan Menteri Kewangan 1977 - 1980

Foto sumbangan: Ari Adam.
Read full post »

Jumaat, Mac 14, 2008

The Hot Seat N17 Gombak Setia

0 comments
Lihat siri lengkap fotostil di www.modmantfoto.com


Foto-foto para penyokong parti yang bertanding. Penulis tiba seawal jam 8:00am dan membuat liputan sehinggalah ke pengumuman keputusan terakhir pada jam 4:30am keesokan harinya. Menyaksikan Selangor Darul Ehsan jatuh ke tangan pakatan BA.

Piliharaya Umum Malaysia Ke 12
8hb Mac 2008
Seri Gombak / Gombak Batu 8.
Parlimen P.098, DUN N17

Piliharaya Umum Ke 12 menyaksikan pertandingan sengit, satu lawan satu, diantara calon-calon BN dan BA. Penulis amat beruntung kerana mengundi dikawasan tersebut. Kebetulan pula ayahanda penulis menjadi agen SPR pada hari tersebut.

Pertandingannya adalah di antara Hasan Ali (BA) v Yushairi(BN), Shaari Sungip(BA) v Said Anuar(BN). Menang-kalah calon-calon ini akan menentukan survival parti mereka di negeri Selangor. Gombak ini umpama lapang penentu diantara dua juara.

Masing-masing menurunkan tenaga gempur masing-masing yang terdiri dari golongan muda dan veteran. Kem-kem kedua-dua belah pihak dipenuhi dengan peraih undi. Walaubagaimanapun, wajah-wajah penyokong BA lebih ceria kalau hendak dibandingkan dengan BN yang mendapatkan bantuan mat rempit tempatan. Perempit ini lebih gemar menunjukkan skil-skil maut dijalanraya sambil memegang bendera BN. Bahkan penulis hairan dengan telatah mereka. Inikah hasil didikan mentor-mentor politik mereka?

Tetapi, alhamdulillah, tiada kemalangan dan tiada sebarang kekecohan yang berlaku, masing-masing menunjukan sikap sabar dan matang.

Bagaimanapun suasana di pusat pengiraan undi Gombak Batu 8 pada malamnya agak tegang. Petugas-petugas SPR daerah mengambil masa yang cukup lama untuk mengira dan memutuskan pemenang bagi daerah Gombak. Ini menyebabkan para penyokong BA bertindak sedikit agresif tetapi tidak merbahayakan orang ramai. Alasan mereka SPR negeri dan pusat tidak meluluskan hasil pengiraan disamping beberapa alasan teknikal.

Penulis berpendapat, ia adalah kehendak orang atas SPR yang sukar menerima kekalahan BN di Selangor, tempat lahir UMNO dan pusat pentadbirannya yang terbesar di Malaysia.

Mujur, dalam ketegangan dan kemarahan itu mereka ditenangkan oleh ustaz-ustaz yang melaungkan takbir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Inilah yang cantiknya ajaran Islam. Penulis sempat memberitahu polis yang bertugas supaya jangan risau, selagi ustaz itu ada insyaAllah keadaan terkawal.

Kesian juga penulis melihat polis-polis yang berkawal bersengkang mata selama 24 jam tanpa rehat, semata-mata melayan karenah SPR yang meleret-leret. Polis walaupun namanya polis mereka bukan robot. Tetap punya perasaan...

Di samping itu, terus-terang penulis katakan, suasana ketika itu juga umpama perang. Setiap negeri yang jatuh dan ditakluki oleh BA akan disusuli dengan sorak gembira dan doa kesyukuran. The feeling and the mood is definitely indiscribable!

"Kompom Selangor jatuh..Selangor jatuh" itulah kata manis yang paling bersejarah sekali bagi penyokong BA setelah keputusan rasmi dikeluarkan. Bagi BN, itu adalah kata yang pahit untuk ditelan.

4:45am, semuanya selesai. Penulis berpuas hati kerana dapat merakam dan berjaya mendokumentasikan saat-saat yang paling berharga dalam sejarah politik tanahair.

...kerajaan BN jatuh kerana hasil tangan rakyat yang terhimpit, tertekan dan bosan. Hanya itulah yang dapat penulis simpulkan. Diharap ada pihak yang sudi mengambil pengajaran...

Sekian.
Read full post »

Rabu, Mac 12, 2008

PRU12-Anak kecil main lighter?

0 comments

Orang Melayu Singapura...terpinggir?

Taukey judi vs Taukey pajak.

Orang melayu memang cukup pandai memajak - menggadai. Gelang emas, gelang kaki, rantai, cincin, periuk belanga, jam Rolex, gadai tanah. Kalau boleh negara pun hendak digadainya. "Apa ada masalah, besok tebus la balik". Esok masih ada...

Silapnya orang melayu, dia terlupa, apabila sampai masa menebus, bunga sudah melambung. Tidak semudah itu tauke pajak melepaskan barang tebusan, kalau tak menipu, bukan kedai pajak la namanya. Sesilap tak tertebus...putih la mata.

Tokey pajak tersengih gembira, "lu tak mau, orang lain mau...orang lain tak mau, gua pun bole pakai sendiri ma". Baru padan lu punya muka.

Kalau tidak percaya, lihat sejarah, siapa yang menggadai kota singa kepada British?

Siapa yang menggadai Kuala Lumpur kepada Yap Ah Loy?

Siapa sekarang menggadai pulau sebatang pinang kepada Roket?

Penulis rasa, kalau betul-betul orang melayu mahukan perubahan, lepas ini semua pakat sokong Roket, teruskan pembinaan Malaysian Malaysia, dan kuburkan DEB secepat mungkin. Lepas itu dapat kita semua bersaing dalam meritokrasi...jadi tiada lagi kisah si anak tiri. Amacam melayu, ada berani?

Rumusan penulis senang, kalau Melayu BN bersekongkol dengan taukey judi, tak salah penulis katakan Melayu BA bersekongkol dengan taukey pajak. Sama sajalah mana-mana pun...tauke tu jugak, melayu tu lah jugak.

Kot manapun tanah melayu ini memang dah tergadai...lama dahhh.

Aspirasi generasi muda

PRU12 kali ini betul-betul membuatkan parti BN pening kepala. Enam buah negeri jatuh kepada parti BA. Sebuah negeri sudah tergadai dan sebuah lagi tunggu masa. Terima kasih anak-anak muda generasi internet, sumbangan anda amat dihargai.

Merujuk kepada beberapa analisa politik daripada beberapa akhbar tempatan, majoriti pengundi generasi muda yang celik IT memberikan undi mereka kepada BA. Mereka dengan berani menyuarakan protes 'Tak Nak!' kepada UMNO-BN yang bengkok. Kalau lurus mungkin 'Nak!'

UMNO dari persepsi generasi muda hari ini hanyalah sebuah parti yang tepu, muram dan sudah tidak lagi bersemangat 46. Ditambah lagi dengan berbagai cerita korupsi dan salah laku pemimpin, yang lebih dahsyat lagi apabila UMNO dianggap sebagai lubuk emas kontrak anak beranak disamping mengenyangkan perut kroni ahli parlimen dan wakil rakyat. Ada betulnya...

Jadi apa relevannya UMNO kepada generasi muda hari ini? Oleh kerana sibuk dengan kekayaan dan kuasa, UMNO lupa kepada barisan pelapis ini. Barisan inilah yang sepatutnya didekati, dididik dan diterap dengan jati diri Melayu yang sebenar. Malang sekali, mereka telah dipikat oleh BA.

Strategi BA yang agresif dan memberontak ini amat secocok dengan jiwa anak muda. Mereka bagaikan orang haus dipadang pasir diberikan sebotol 100 plus...kehendak muda mereka dipenuhi dengan protes jalanan dan ceramah-ceramah berapi lagi panas.

Kalau German ada Mr.Hitler, Indonesia ada Bung Karno, Malaysia pun tidak kalah dengan adanya pakar pidato...Pak DSAI...Dengan ceramahnya, anak- anak muda marhaen terpanggil untuk berjuang bersama-sama BA.

Penulis seronok melihat keadan ini, kerana ia bagaikan gunung berapi yang meletus memuntahkan laharnya, yang apabila sejuk akan menjadi baja yang sangat subur sekali.

Hilang rasa hormat terhadap pemimpin.

Berbeza dengan pemuda generasi terdahulu. Mereka hidup dan mati bersama UMNO. Bagi mereka UMNO adalah wadah untuk mereka berjuang menyelamatkan bangsa Melayu dari terus dijajah. Mereka nampak itu dan mereka merasainya. Perjuangan mereka untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Cikgu-cikgu UMNO dulu amat dedikasi dan ikhlas terhadap perjuangan mereka. Mereka amat disayangi, dihormati dan disegani oleh segenap lapisan masyarakat. Segala kerja dilakukan dengan tanpa sogokan wang ringgit. Semuanya sukarela...untuk bangsa Melayu yang merdeka!

Adakah dato-dato UMNO hari ini mempunyai nilai-nilai murni seperti cikgu-cikgu UMNO zaman itu? Adakah pemimpin UMNO hari ini dihormati kerana keikhlasan dan ketekunan mereka memperjuangkan bangsa? Adakah ahli UMNO hari ini mewarisi semangat juang 1946?

Jadi, apa asasnya perjuangan UMNO hari ini? Mereka berjuang untuk apa? Oleh itu tertolaknya UMNO hari ini adalah kerana sudah tiada aspirasi perjuangan. Aspirasi itu sudah berpindah kepada parti yang satu lagi. Anak muda menyambut perjuangan ini sebagai perjuangan mereka, sama perasaannya seperti pemuda UMNO dahulu.

Generasi muda tidak dapat menerima pemimpin yang korup dan tidak bermoral dan cakap tak serupa bikin. Mereka telah menolaknya secara total. Mereka tidak boleh memberi hormat kepada pemimpin yang bermasalah.

Salahkah itu? Adakah mereka perlu dihukum hanya kerana mengeluarkan pendapat? Sekarang zaman digital dan globalisasi, apa saja kemungkinan boleh berlaku. Jika BA tidak mengkota kata boleh jadi mereka juga akan tersungkur pada PR yang akan datang...adil dan saksama.

Disamping itu pernulis tertanya-tanya, mana pergi suara tajam pemuda-pemuda Kelab Umno luar negara terutama sekali dari UK & Eire? Sudah tumpul dan lesu agaknya...atau sibuk dengan 'sportmeets' atau Malaysian Night?

UMNO perlu suntikan Islam sejati

Setelah 50 tahun merdeka, Malaysia bertambah maju. Tetapi anak-anak merdeka kosong rohani. Masih tercari identiti sendiri, menentang kongkongan secara reformasi ada juga yang mendokong anarki.

Inilah pokok yang tumbuh hasil pembenihan dan baja UMNO. Polisi hasil karyawan UMNO yang selalu berubah-ubah. Tidak tetap dan tanpa hala tuju. Soal bahasa dan pendidikan yang mementingkan duniawi membantu pertumbuhan generasi kacau ini.

Tanpa nilai moral serta agama akan memudahkan tunas baru dimakan serangga. Oleh itu kebanyakkan pemuda yang mahu berubah, beralih arah kepada Tok Guru untuk mencari penawar ketenteraman rohani, mereka tidak mencari Sazali atau Shafie yang sepatutnya lebih apdal. Tidak salah tindakan mereka itu.

Jadi, UMNO perlu lebih tegas memperjuangan Islam dan Melayu. Jangan sampai nanti diperkotak-katikkan oleh orang lain. Jika lemah UMNO lemah la Melayu.

Sudah semestinya BA tidak mendokong perjuangan bangsa Melayu yang solid. Bagi mereka UMNO ini parti 'assobiyah', mungkin mereka lupa tanpa UMNO selama-lamalah mereka menjadi 'the British's' pariah..Jadi UMNO masih tetap relevan kepada orang melayu.

Akhirul kalam, penulis tidak memihak kepada mana parti politik. Undi penulis adalah rahsia. Walaubagaimanapun penulis tidak terkilan dengan keputusan PRU12 kali ini. Ada hikmahnya. Tetapi penulis tidak sanggup membiarkan anak-cucu duduk menumpang dinegara sendiri.
Read full post »

Sabtu, Februari 16, 2008

At War, at Home, at Risk - Life and Risks of an Iraqi Fixer

0 comments
Mengenai pengalaman menarik seorang 'Fixer' atau 'Penterjemah' yang bekerja dengan journalis barat bagi mendapatkan bahan berita dari Perang Iraq. 

Another insight story and a great article from the land of the 'Saint' and Ambia.
By AYUB NURI
Published: July 29, 2007

A source from billputnam.blogspot.com 
An Article from NYT Magazine
Read full post »

Freemason - Freethinker?

0 comments
The God Delusion (ISBN 0-618-68000-4) karangan ethologist Richard Hawkins lulusan Oxford University, menduduki ranking #2 dalam 'Amazon.com bestsellers list' pada bulan November 2006, menunjukkan betapa fahaman atheist masih menebal dan masih lagi mendapat tempat dikalangan 'cerdik pandai' universiti terkemuka dunia itu.

Ini adalah satu lagi bentuk serangan golongan atheist (freethinker) tajaan freemason untuk menidakkan kewujudan agama samawi.
(Jika ada kelapangan penulis akan cuba mendefinisikan istilah free 'from God' mason ini dengan lebih detail pada tulisan yang akan datang).

Tidak menghairankanlah jika dikatakan bahawa pengaruh theori evolusi *Charles Darwin yang pakar dalam bab kaji binatang itu masih mempunyai saki-baki pengikutnya dalam dunia moden hari ini. Richard Hawkins pula adalah contoh penyambung warisan theori Darwinsm ini.

Atheism, fascism, komunism, socialism, capitalism dan sebagainya adalah ideologi yang lahir daripada pemikiran materialistik, yang berasaskan logik akal dan sains, untuk menafikan kewujudan Tuhan yang menjadikan sekelian alam.

Fahaman ini lahir daripada konspirasi yang bertujuan untuk mengasingan sains dari agama, ia juga dikenali sebagai 'scientific dictatorship', iaitu menjadikan sains dan ilmu pengetahuan sebagai senjata bagi menyanggah apa sahaja alasan untuk beragama. Selalunya fahaman yang berkonsepkan Triniti yang menjadi mangsa hentaman mereka.

Golongon saintis-atheis ini melalui kumpulan perancang dan pakar propaganda mereka (the councils), jikalau dikaji secara mendalam, adalah juga antara punca yang menaja berbagai kerosakan dan kemusnahan dimuka bumi ini, diantaranya termasuklah Revolusi Bolshevik Russia, Peperangan Dunia I dan II, disamping menjadi medan sains untuk menguji 'mass-destruction weapon' ciptaan mereka.

Kenapa pula peperangan yang dipilih sebagai agen pemangkin kepada propaganda tajaan mereka (golongan atheis)?

Mudah, ini kerana ideologi baru lebih senang ditanam dan propaganda lebih cepat dijalankan pada negara-negara yang lemah atau kalah akibat dari satu peperangan, contoh paling hampir pada kita adalah keruntuhan institusi khalifah Islam di Turki akibat dari idea gila Mustafa Kemal Atartuk.

Atartuk dipercayai adalah seorang freemason, yang menyerapkan sistem sekularism barat setelah Turki dilanda masalah ekonomi dan sosial yang dahsyat akibat bersekongkol dengan German dalam Perang Dunia I, alasannya simpel-Agama Islam menjadi penghalang kepada pemodenan negara Turki dan rakyatnya.

Akibat daripadanya dapat dirasai oleh umat Islam sehingga sekarang.

(Iraq, shouldn't they bite the feeding hand?-image by billputnam.blogspot.com)

Hari ini, keadaan yang sama berlaku di Iraq. Kita boleh perhatikan secara rapat, apakah ideologi baru yang hendak ditanamkan setelah Parti Socialist Baath pimpinan Saddam Hussein tumbang?


Berfalsafahkan dunia global, order baru dunia, langit terbuka, fahaman evolusi-ism ini juga telah disebarkan secara halus, dengan tidak kita sedari ia sudahpun menular masuk melalui agen-agen media mereka menerusi channel 52 dan 50 astro Mesia (ini hanya dari pengamatan penulis sahaja).

Oleh itu, perlukah masyarakat hari ini gusar dengan terbitnya sebuah buku kecil anti-religion seperti karangan Richard Dawkins yang hanya meletop di dunia barat, itu kalau hendak dibandingkan dengan Satanic Verses Salman Rushdie?

Atau perlu lebih alert kepada input halus melalui persekitaran sekeliling yang lebih cepat pengaruhnya kepada masyarakat dan generasi selanjutnya?

Penulis rasa..tunggu sahaja bom pada Perang Dunia ke III.

Sekian.

Sumber : Atartuk Biography, Global Freemasonry, International Jew, Harunyahya.com

*nota:
Charles Darwin mewarisi theori evolusi dari datuk dan bapanya. Erasmus Darwin datuk kepada Charles Darwin adalah seorang Master Mason, nama terpenting dalam organisasi European Masonic yang merancang kumpulan anti-agama. Dia juga rapat kepada Jacobin Mason yang menjadi perancang kepada Revolusi Perancis bersama Kumpulan Illuminati.
Read full post »

Sedutan: Photojournalism-The Professional's Approach

0 comments

Foto: 'Kona' tak betul. Terbabas kerana jalan licin.

Fotojurnalisma: Cara Pendekatan Professional.
"Hari ini, fotojurnalis tidak perlu lagi bergantung pada hasil percetakan (hardpress) untuk mengedarkan kerja mereka. Mereka boleh menggunakan Web untuk mengedarkannya sendiri. Kini berjuta-juta manusia boleh melihat sendiri kekuatan gambar-gambar yang terpapar di skrin komputer mereka (softpress) melaui Internet - Imej yang selalunya tidak terpilih atau yang telah ditapis oleh agensi-agensi akhbar konvensional (arus perdana). Oleh sebab itu (Web) telah memberi potensi luas bagi meningkatkan kualiti dan impak fotojurnalisma kepada penentubahan semasa".

"Today's photojournalist no longer need a printing press to circulate their work. They can use the Web to distribute every picture and story they produce. Thanks to growing access to the World Wide Web, millions of people around the world will be stimulated by the powerful images transmitted to their computer screens - images not always preselected or filtered by conventional news agencies. The pontential for quality photojournalism to affect change is greater than ever".

Oleh: Kenneth Kobre, 2004, Photojournalism: The Proffesional's Approach, Focal Press, UK
Read full post »

LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA E20

0 comments


KLPE E 20 - Foto semasa pembinaan, laluan di Bukit Jalil.

Sejarah pembinaan bermula pada tahun 2004 dan siap pada tahun 2007. Pembukaan secara rasmi untuk rakyat pada 13 Disember 2007.

Kuala Lumpur-Putrajaya Expressway (KLPE) E20 ini dirancang sebagai laluan strategik untuk menghubungkan bandaraya Kuala Lumpur dan Pusat Pemerintahan Persekutuan di Putarajaya. Terletak dibawah jajahan takluk negeri Selangor, Putrajaya ini dahulunya dikenali dengan nama Prang Besar. Daerah itu telah diserahkan kepada kerajaan persekutuan pada 12th October 1994.

Laluan ekspress ini juga menghubungkan juga Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, Selangor. Tujuan utama pembinaannya adalah untuk meringankan beban kesesakan lalulintas dijalan-jalan utama di Kuala Lumpur.

"pihak musuh tentera Belanda telah menyerang masuk Istana Syah Alam dan Istana Jugra milik Sultan Muhiyuddin Mansor Syah di Selangor. Nang Kemuning permaisuri kerajaan Kedah kepada Almarhum Sultan Mahmud Akhirul Zaman terpaksa berundur ke Bukit Kemuning, Mukim Perang Besar @ Putrajaya, Malaysia pada tahun 1668M."
Read full post »

Iraq: Mereka kata Al Mahdi akan kembali semula.

0 comments
Damascus: Kenapa puak Shiah Basra fikir yang Al Mahdi mereka akan keluar dari persembunyian.

"Saya ada soalan untuk anda" kata Abu Ahmed seorang ahli perniagaan dari Selatan Iraq. "Kenapa askar British dan askar-askar luar banyak membanjiri Iraq? Adakah kerana Bush dan Blair cuba untuk menghalang Al-Mahdi dari mendapat kemenangan?"

Macamlah sama ada Bush atau Blair sempat untuk memikirkan kisah Mahdi apabila sibuk menyiapkan kelengkapan perang sebelum memasuki Iraq.

Al Mahdi menurut puak Shiah digambarkan sebagai 'Penyelamat' yang akan membina semula kerajaan Islamiah pada akhir zaman. Penduduk Basra yang majoritinya Shiah percaya akan kedatangan Mahdi diakhir zaman yang bernama Muhammad bin Hassan; iaitu Imam Shiah yang kedua belas.

Mereka percaya bahawa Muhammad bin Hassan yang lahir pada tahun 868AD itu tidak mati, malah terselindung dari pandangan manusia biasa. Mereka (puak Shiah) amat percaya yang telah sampai masa yang Mahdi yang dinantikan itu akan muncul, lebih-lebih lagi sewaktu mereka dihimpit kesengsaraan seperti sekarang. Abu Ahmed berkata siri penaklukan Iraq adalah hasil dari satu perancangan yang sangat teliti untuk mengkucar-kacirkan keadaan dan akhirnya mengkaburi kedatangan Al Mahdi dari pandangan dunia".

"Amerika dan Britain mahu menghancurkan Iraq dan menguasainya seratus peratus" katanya. "Kita nampak buktinya setiap-hari. Tiada apa yang terbina dalam masa empat tahun selepas penaklukan Iraq. Kita sudah kehilangan segalanya, kerja, keselamatan dan negara". Dia pula menyalahkan puak British yang menguasai kawasan selatan dan puak Amerika yang menyemaikan benih persengketaan diantara puak-puak tempatan Iraq.

Puak British menghantam masjid-masjid Suni dan Shia pada setiap malam untuk menyemarakkan lagi api kemarahan diantara dua pihak muslim tadi. Puak Amerika pula katanya lagi, menyeludup masuk militan Al-Qaeda melalui lori-lori kontena Iraq dan memberikan mereka senjata dan wang.

Penduduk Basra menggunakan perkataan 'apokalips' bagi menggambarkan lawan politik mereka iaitu puak Shia yang menggelarkan diri mereka Tentera Mahdi yang cuba untuk menguasai kawasan bandar. Manakala pasukan polis yang dilatih oleh puak British pula banyak terlibat dengan jenayah dan ada juga diantara mereka itu puak militia yang menyamar.

Ada sesetengah penduduk Basra mengatakan penentangan, pembunuhan, penculikan dan pemaksaan terhadap undang-undang Islam yang ketat lebih merupakan cara 'Shia Talibanisation', dimana musik dan majlis perkahwinan diharamkan. "Kita hidup bagaikan separuh-nyawa di Basra ini" kata seorang guru universiti. "Tiada ruang, sangat sempit, tiada taman, tiada pawagam atau ruang kebebasan. Kegiatan sosial dan politik kami dikawal. Bila kami keluar kejalanan, kami jadi takut sendiri apabila mengenangkan yang kami mungkin akan jadi sasaran seterusnya. Ini adalah umpama mimpi ngeri".

Kebanyakkan penduduk Basra menyalahkan puak British dengan apa yang berlaku, tetapi mengatakan jika puak British berundur dengan cepat maka akan terjadi pula perang diantara puak-puak tempatan yang bertelagah. "Ada peribahasa yang mengatakan", kata seorang ahli akademik disitu," seorang pemerintah kafir yang baik adalah lebih baik daripada seorang pemerintah Islam yang zalim".

Kata seorang penduduk Basra lagi "Puak British boleh memenangi hati penduduk tempatan jika mereka menunjukkan kesudian untuk menerima dan membantu Al Mahdi yang tersembunyi tadi". "Menurut tradisi kami(puak Shiah) mengatakan bahawa kebanyakkan yang akan menentang Al Mahdi kelak adalah muslim dan kebanyakkan pengikut Mahdi pula nanti adalah terdiri daripada komuniti Kristian".

Petikan : The Economist October 27 2007
Read full post »

Perginya seorang Al-Fathani

0 comments

Dalam Kenangan - Ust Wan Saghir berceramah tentang Panglima Raja Haji.

KUALA LUMPUR 12 April – Ulama Nusantara, Wan Muhammad Shaghir Abdullah meninggal dunia di kediamannya di Taman Melewar, Gombak di sini hari ini kerana serangan angin ahmar.

Allahyarham yang berusia 62 tahun, meninggalkan isteri, Hamidiah Abdul Majid, 48, dan enam orang anak berusia antara 11 dan 25 tahun. Anggota keluarga terdekat dan sahabat handai berada di sisinya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.50 pagi ini.

Allahyarham merupakan kolumnis ruangan Ulama Nusantara yang disiarkan setiap Isnin dalam sisipan Mega, Utusan Malaysia. Beliau giat menyumbangkan karyanya kepada beberapa penerbitan lain.

Hasil kerjanya juga menjadi bahan rujukan para pelajar universiti, penggiat sejarah dan profesional dari dalam dan luar negara.

Menurut Setiausaha Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara (Pengkaji), Abdul Halim Muhammad yang berkhidmat hampir 11 tahun dengan Allahyarham, beliau adalah seorang tokoh yang tiada tandingan di alam nusantara.

“Kesungguhannya dalam kerja penyelidikan dan penulisan tidak pernah pudar, meskipun menghadapi kekangan kewangan,” katanya ketika ditemui di kediaman Allahyarham.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Gajah Mati, Pendang, Kedah malam ini atas wasiat Allahyarham untuk disemadikan berdekatan dengan keturunan beliau.

Petikan: Utusan Malaysia 13 April 2007
Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger