Lihat siri lengkap fotostil di www.modmantfoto.com
Foto-foto para penyokong parti yang bertanding. Penulis tiba seawal jam 8:00am dan membuat liputan sehinggalah ke pengumuman keputusan terakhir pada jam 4:30am keesokan harinya. Menyaksikan Selangor Darul Ehsan jatuh ke tangan pakatan BA.
Piliharaya Umum Malaysia Ke 12
8hb Mac 2008
Seri Gombak / Gombak Batu 8.
Parlimen P.098, DUN N17
Piliharaya Umum Ke 12 menyaksikan pertandingan sengit, satu lawan satu, diantara calon-calon BN dan BA. Penulis amat beruntung kerana mengundi dikawasan tersebut. Kebetulan pula ayahanda penulis menjadi agen SPR pada hari tersebut.
Pertandingannya adalah di antara Hasan Ali (BA) v Yushairi(BN), Shaari Sungip(BA) v Said Anuar(BN). Menang-kalah calon-calon ini akan menentukan survival parti mereka di negeri Selangor. Gombak ini umpama lapang penentu diantara dua juara.
Masing-masing menurunkan tenaga gempur masing-masing yang terdiri dari golongan muda dan veteran. Kem-kem kedua-dua belah pihak dipenuhi dengan peraih undi. Walaubagaimanapun, wajah-wajah penyokong BA lebih ceria kalau hendak dibandingkan dengan BN yang mendapatkan bantuan mat rempit tempatan. Perempit ini lebih gemar menunjukkan skil-skil maut dijalanraya sambil memegang bendera BN. Bahkan penulis hairan dengan telatah mereka. Inikah hasil didikan mentor-mentor politik mereka?
Tetapi, alhamdulillah, tiada kemalangan dan tiada sebarang kekecohan yang berlaku, masing-masing menunjukan sikap sabar dan matang.
Bagaimanapun suasana di pusat pengiraan undi Gombak Batu 8 pada malamnya agak tegang. Petugas-petugas SPR daerah mengambil masa yang cukup lama untuk mengira dan memutuskan pemenang bagi daerah Gombak. Ini menyebabkan para penyokong BA bertindak sedikit agresif tetapi tidak merbahayakan orang ramai. Alasan mereka SPR negeri dan pusat tidak meluluskan hasil pengiraan disamping beberapa alasan teknikal.
Penulis berpendapat, ia adalah kehendak orang atas SPR yang sukar menerima kekalahan BN di Selangor, tempat lahir UMNO dan pusat pentadbirannya yang terbesar di Malaysia.
Mujur, dalam ketegangan dan kemarahan itu mereka ditenangkan oleh ustaz-ustaz yang melaungkan takbir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Inilah yang cantiknya ajaran Islam. Penulis sempat memberitahu polis yang bertugas supaya jangan risau, selagi ustaz itu ada insyaAllah keadaan terkawal.
Kesian juga penulis melihat polis-polis yang berkawal bersengkang mata selama 24 jam tanpa rehat, semata-mata melayan karenah SPR yang meleret-leret. Polis walaupun namanya polis mereka bukan robot. Tetap punya perasaan...
Di samping itu, terus-terang penulis katakan, suasana ketika itu juga umpama perang. Setiap negeri yang jatuh dan ditakluki oleh BA akan disusuli dengan sorak gembira dan doa kesyukuran. The feeling and the mood is definitely indiscribable!
"Kompom Selangor jatuh..Selangor jatuh" itulah kata manis yang paling bersejarah sekali bagi penyokong BA setelah keputusan rasmi dikeluarkan. Bagi BN, itu adalah kata yang pahit untuk ditelan.
4:45am, semuanya selesai. Penulis berpuas hati kerana dapat merakam dan berjaya mendokumentasikan saat-saat yang paling berharga dalam sejarah politik tanahair.
...kerajaan BN jatuh kerana hasil tangan rakyat yang terhimpit, tertekan dan bosan. Hanya itulah yang dapat penulis simpulkan. Diharap ada pihak yang sudi mengambil pengajaran...
Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.