Demam pilihanraya sudah mulai reda. Parti yang mendapat mandat untuk memerintah nampaknya sedang sibuk menggerakkan jentera kerja bagi menunaikan janji dan manifesto masing-masing.
Media dan para wartawan juga tak kurang sibuk meng'highlight' komen-komen yang dibuat oleh para Menteri Besar. Itupun sementara masih segar. Samada cerita benar atau masih di alam propaganda, itu belakang cerita. Yang penting ada berita.
Dalam banyak-banyak komen, penulis tertarik dengan idea Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor. Katanya dia akan membuka peluang (open tender) kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi CEO kepada Skuad Merah Kuning. Kali ini pasukan bolasepak Selangor akan diurus tadbir secara korperat dan lebih sistematik.
Wah, inilah berita yang amat penulis nantikan. Bukan untuk menjadi CEO, tetapi harapan peminat sukan yang inginkan perubahan.
CEO sepenuh masa, barulah betul professional namanya. Bermakna tiada lagi gangguan politikus kaki bangku, pilih bulu, mengambil anak menantu jadi kayu didepan pintu gol. Sepak melangit.
Lagi yang menarik ialah, mulai dari saat ini, dapatlah juga kita bandingkan pasukan bolasepak manakah yang lebih kuat dan menyerlah, dari negeri naungan BN ka atau PR ka? Pentadbiran cara baru ka cara lama ka? Sama-samalah kita nantikan.
Penulis amat berharap perubahan drastik didalam senario politik tanahair ini dapat diterjemahkan dengan peningkatan kualiti pasukan bolasepak kita. Jadikan ia satu persaingan yang sihat dan patut dilihat dari sudut yang positif.
Penulis yakin, ramai yang bersependapat dengan penulis, pasukan bolasepak Malaysia juga AMAT perlukan perubahan...disitu nanti rakyat akan bersatu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.