"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Mac 12, 2008

PRU12-Anak kecil main lighter?


Orang Melayu Singapura...terpinggir?

Taukey judi vs Taukey pajak.

Orang melayu memang cukup pandai memajak - menggadai. Gelang emas, gelang kaki, rantai, cincin, periuk belanga, jam Rolex, gadai tanah. Kalau boleh negara pun hendak digadainya. "Apa ada masalah, besok tebus la balik". Esok masih ada...

Silapnya orang melayu, dia terlupa, apabila sampai masa menebus, bunga sudah melambung. Tidak semudah itu tauke pajak melepaskan barang tebusan, kalau tak menipu, bukan kedai pajak la namanya. Sesilap tak tertebus...putih la mata.

Tokey pajak tersengih gembira, "lu tak mau, orang lain mau...orang lain tak mau, gua pun bole pakai sendiri ma". Baru padan lu punya muka.

Kalau tidak percaya, lihat sejarah, siapa yang menggadai kota singa kepada British?

Siapa yang menggadai Kuala Lumpur kepada Yap Ah Loy?

Siapa sekarang menggadai pulau sebatang pinang kepada Roket?

Penulis rasa, kalau betul-betul orang melayu mahukan perubahan, lepas ini semua pakat sokong Roket, teruskan pembinaan Malaysian Malaysia, dan kuburkan DEB secepat mungkin. Lepas itu dapat kita semua bersaing dalam meritokrasi...jadi tiada lagi kisah si anak tiri. Amacam melayu, ada berani?

Rumusan penulis senang, kalau Melayu BN bersekongkol dengan taukey judi, tak salah penulis katakan Melayu BA bersekongkol dengan taukey pajak. Sama sajalah mana-mana pun...tauke tu jugak, melayu tu lah jugak.

Kot manapun tanah melayu ini memang dah tergadai...lama dahhh.

Aspirasi generasi muda

PRU12 kali ini betul-betul membuatkan parti BN pening kepala. Enam buah negeri jatuh kepada parti BA. Sebuah negeri sudah tergadai dan sebuah lagi tunggu masa. Terima kasih anak-anak muda generasi internet, sumbangan anda amat dihargai.

Merujuk kepada beberapa analisa politik daripada beberapa akhbar tempatan, majoriti pengundi generasi muda yang celik IT memberikan undi mereka kepada BA. Mereka dengan berani menyuarakan protes 'Tak Nak!' kepada UMNO-BN yang bengkok. Kalau lurus mungkin 'Nak!'

UMNO dari persepsi generasi muda hari ini hanyalah sebuah parti yang tepu, muram dan sudah tidak lagi bersemangat 46. Ditambah lagi dengan berbagai cerita korupsi dan salah laku pemimpin, yang lebih dahsyat lagi apabila UMNO dianggap sebagai lubuk emas kontrak anak beranak disamping mengenyangkan perut kroni ahli parlimen dan wakil rakyat. Ada betulnya...

Jadi apa relevannya UMNO kepada generasi muda hari ini? Oleh kerana sibuk dengan kekayaan dan kuasa, UMNO lupa kepada barisan pelapis ini. Barisan inilah yang sepatutnya didekati, dididik dan diterap dengan jati diri Melayu yang sebenar. Malang sekali, mereka telah dipikat oleh BA.

Strategi BA yang agresif dan memberontak ini amat secocok dengan jiwa anak muda. Mereka bagaikan orang haus dipadang pasir diberikan sebotol 100 plus...kehendak muda mereka dipenuhi dengan protes jalanan dan ceramah-ceramah berapi lagi panas.

Kalau German ada Mr.Hitler, Indonesia ada Bung Karno, Malaysia pun tidak kalah dengan adanya pakar pidato...Pak DSAI...Dengan ceramahnya, anak- anak muda marhaen terpanggil untuk berjuang bersama-sama BA.

Penulis seronok melihat keadan ini, kerana ia bagaikan gunung berapi yang meletus memuntahkan laharnya, yang apabila sejuk akan menjadi baja yang sangat subur sekali.

Hilang rasa hormat terhadap pemimpin.

Berbeza dengan pemuda generasi terdahulu. Mereka hidup dan mati bersama UMNO. Bagi mereka UMNO adalah wadah untuk mereka berjuang menyelamatkan bangsa Melayu dari terus dijajah. Mereka nampak itu dan mereka merasainya. Perjuangan mereka untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Cikgu-cikgu UMNO dulu amat dedikasi dan ikhlas terhadap perjuangan mereka. Mereka amat disayangi, dihormati dan disegani oleh segenap lapisan masyarakat. Segala kerja dilakukan dengan tanpa sogokan wang ringgit. Semuanya sukarela...untuk bangsa Melayu yang merdeka!

Adakah dato-dato UMNO hari ini mempunyai nilai-nilai murni seperti cikgu-cikgu UMNO zaman itu? Adakah pemimpin UMNO hari ini dihormati kerana keikhlasan dan ketekunan mereka memperjuangkan bangsa? Adakah ahli UMNO hari ini mewarisi semangat juang 1946?

Jadi, apa asasnya perjuangan UMNO hari ini? Mereka berjuang untuk apa? Oleh itu tertolaknya UMNO hari ini adalah kerana sudah tiada aspirasi perjuangan. Aspirasi itu sudah berpindah kepada parti yang satu lagi. Anak muda menyambut perjuangan ini sebagai perjuangan mereka, sama perasaannya seperti pemuda UMNO dahulu.

Generasi muda tidak dapat menerima pemimpin yang korup dan tidak bermoral dan cakap tak serupa bikin. Mereka telah menolaknya secara total. Mereka tidak boleh memberi hormat kepada pemimpin yang bermasalah.

Salahkah itu? Adakah mereka perlu dihukum hanya kerana mengeluarkan pendapat? Sekarang zaman digital dan globalisasi, apa saja kemungkinan boleh berlaku. Jika BA tidak mengkota kata boleh jadi mereka juga akan tersungkur pada PR yang akan datang...adil dan saksama.

Disamping itu pernulis tertanya-tanya, mana pergi suara tajam pemuda-pemuda Kelab Umno luar negara terutama sekali dari UK & Eire? Sudah tumpul dan lesu agaknya...atau sibuk dengan 'sportmeets' atau Malaysian Night?

UMNO perlu suntikan Islam sejati

Setelah 50 tahun merdeka, Malaysia bertambah maju. Tetapi anak-anak merdeka kosong rohani. Masih tercari identiti sendiri, menentang kongkongan secara reformasi ada juga yang mendokong anarki.

Inilah pokok yang tumbuh hasil pembenihan dan baja UMNO. Polisi hasil karyawan UMNO yang selalu berubah-ubah. Tidak tetap dan tanpa hala tuju. Soal bahasa dan pendidikan yang mementingkan duniawi membantu pertumbuhan generasi kacau ini.

Tanpa nilai moral serta agama akan memudahkan tunas baru dimakan serangga. Oleh itu kebanyakkan pemuda yang mahu berubah, beralih arah kepada Tok Guru untuk mencari penawar ketenteraman rohani, mereka tidak mencari Sazali atau Shafie yang sepatutnya lebih apdal. Tidak salah tindakan mereka itu.

Jadi, UMNO perlu lebih tegas memperjuangan Islam dan Melayu. Jangan sampai nanti diperkotak-katikkan oleh orang lain. Jika lemah UMNO lemah la Melayu.

Sudah semestinya BA tidak mendokong perjuangan bangsa Melayu yang solid. Bagi mereka UMNO ini parti 'assobiyah', mungkin mereka lupa tanpa UMNO selama-lamalah mereka menjadi 'the British's' pariah..Jadi UMNO masih tetap relevan kepada orang melayu.

Akhirul kalam, penulis tidak memihak kepada mana parti politik. Undi penulis adalah rahsia. Walaubagaimanapun penulis tidak terkilan dengan keputusan PRU12 kali ini. Ada hikmahnya. Tetapi penulis tidak sanggup membiarkan anak-cucu duduk menumpang dinegara sendiri.

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger