"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Sabtu, Februari 16, 2008

Iraq: Mereka kata Al Mahdi akan kembali semula.

Damascus: Kenapa puak Shiah Basra fikir yang Al Mahdi mereka akan keluar dari persembunyian.

"Saya ada soalan untuk anda" kata Abu Ahmed seorang ahli perniagaan dari Selatan Iraq. "Kenapa askar British dan askar-askar luar banyak membanjiri Iraq? Adakah kerana Bush dan Blair cuba untuk menghalang Al-Mahdi dari mendapat kemenangan?"

Macamlah sama ada Bush atau Blair sempat untuk memikirkan kisah Mahdi apabila sibuk menyiapkan kelengkapan perang sebelum memasuki Iraq.

Al Mahdi menurut puak Shiah digambarkan sebagai 'Penyelamat' yang akan membina semula kerajaan Islamiah pada akhir zaman. Penduduk Basra yang majoritinya Shiah percaya akan kedatangan Mahdi diakhir zaman yang bernama Muhammad bin Hassan; iaitu Imam Shiah yang kedua belas.

Mereka percaya bahawa Muhammad bin Hassan yang lahir pada tahun 868AD itu tidak mati, malah terselindung dari pandangan manusia biasa. Mereka (puak Shiah) amat percaya yang telah sampai masa yang Mahdi yang dinantikan itu akan muncul, lebih-lebih lagi sewaktu mereka dihimpit kesengsaraan seperti sekarang. Abu Ahmed berkata siri penaklukan Iraq adalah hasil dari satu perancangan yang sangat teliti untuk mengkucar-kacirkan keadaan dan akhirnya mengkaburi kedatangan Al Mahdi dari pandangan dunia".

"Amerika dan Britain mahu menghancurkan Iraq dan menguasainya seratus peratus" katanya. "Kita nampak buktinya setiap-hari. Tiada apa yang terbina dalam masa empat tahun selepas penaklukan Iraq. Kita sudah kehilangan segalanya, kerja, keselamatan dan negara". Dia pula menyalahkan puak British yang menguasai kawasan selatan dan puak Amerika yang menyemaikan benih persengketaan diantara puak-puak tempatan Iraq.

Puak British menghantam masjid-masjid Suni dan Shia pada setiap malam untuk menyemarakkan lagi api kemarahan diantara dua pihak muslim tadi. Puak Amerika pula katanya lagi, menyeludup masuk militan Al-Qaeda melalui lori-lori kontena Iraq dan memberikan mereka senjata dan wang.

Penduduk Basra menggunakan perkataan 'apokalips' bagi menggambarkan lawan politik mereka iaitu puak Shia yang menggelarkan diri mereka Tentera Mahdi yang cuba untuk menguasai kawasan bandar. Manakala pasukan polis yang dilatih oleh puak British pula banyak terlibat dengan jenayah dan ada juga diantara mereka itu puak militia yang menyamar.

Ada sesetengah penduduk Basra mengatakan penentangan, pembunuhan, penculikan dan pemaksaan terhadap undang-undang Islam yang ketat lebih merupakan cara 'Shia Talibanisation', dimana musik dan majlis perkahwinan diharamkan. "Kita hidup bagaikan separuh-nyawa di Basra ini" kata seorang guru universiti. "Tiada ruang, sangat sempit, tiada taman, tiada pawagam atau ruang kebebasan. Kegiatan sosial dan politik kami dikawal. Bila kami keluar kejalanan, kami jadi takut sendiri apabila mengenangkan yang kami mungkin akan jadi sasaran seterusnya. Ini adalah umpama mimpi ngeri".

Kebanyakkan penduduk Basra menyalahkan puak British dengan apa yang berlaku, tetapi mengatakan jika puak British berundur dengan cepat maka akan terjadi pula perang diantara puak-puak tempatan yang bertelagah. "Ada peribahasa yang mengatakan", kata seorang ahli akademik disitu," seorang pemerintah kafir yang baik adalah lebih baik daripada seorang pemerintah Islam yang zalim".

Kata seorang penduduk Basra lagi "Puak British boleh memenangi hati penduduk tempatan jika mereka menunjukkan kesudian untuk menerima dan membantu Al Mahdi yang tersembunyi tadi". "Menurut tradisi kami(puak Shiah) mengatakan bahawa kebanyakkan yang akan menentang Al Mahdi kelak adalah muslim dan kebanyakkan pengikut Mahdi pula nanti adalah terdiri daripada komuniti Kristian".

Petikan : The Economist October 27 2007

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger