"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Sabtu, Februari 16, 2008

Mohamad lepas PESAKA


(duduk dari kanan- Datuk Seri Mohamad Hasan)

Mohamad lepas semua jawatan Pesaka

TAMPIN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pemangku Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) berkuatkuasa serta merta.


Beliau yang menyandang jawatan itu sejak Mac tahun lalu juga melepaskan kesemua jawatannya dalam Pesaka sebagai memberi peluang kepada pemimpin lain untuk menerajui pertubuhan itu.

‘‘Saya mahu memberi peluang kepada orang lain yang dapat memberi tumpuan sepenuh masa kepada Pesaka,’’ katanya yang ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara, Gemencheh di sini, semalam.

Mohamad menolak andaian peletakan jawatan itu mempunyai kaitan dengan kenyataan Pengerusi Dewan Perguruan Pesaka, Datuk Omardin Mauju yang menolak cadangannya sebelum ini supaya modul latihan silat di negara ini diseragamkan.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden Pesaka memangku jawatan itu selepas pengunduran Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pada 6 Mac 2006.

Akhbar kelmarin melaporkan bahawa Omardin kesal dengan cadangan Mohamad sebelum ini yang mahu memperkenalkan modul latihan seragam membabitkan semua perguruan di bawah Pesaka.

Katanya, apa yang dirancang Menteri Besar Negeri Sembilan itu berdasarkan idea yang dibuat oleh Indonesia dan Malaysia tidak perlu mengikutnya kerana semua perguruan silat di negara ini mempunyai identiti tersendiri.

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger