"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Sabtu, Februari 16, 2008

Silat Melayu Identiti Nasional



(gambar hiasan)

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) perlu mengenepikan agenda peribadi dan perlu bersatu dalama mempromosikan silat di kalangan masyarakat Melayu Malaysia mengikut acuannya sendiri dengan lebih agresif.

Sejak kebelakangan ini isu-isu yang terhidang amat tidak menyelerakan, isu lama yang lesu, tidak membangunkan minda, masih mencari arah tuju dan terumbang-ambing, menjadikan silat - letih dimata masyarakat.

Sebagai badan bersekutu yang matang, Pesaka sepatutnya kolektif dalam membuat keputusan dan lebih sensitif terhadap isu-isu yang boleh mencemarkan keaslian silat melayu yang menjadi identiti nasional rakyat Malaysia.

Ini kerana setiap pertubuhan silat di Malaysia ini mempunyai visi dan misi yang tersendiri untuk memasarkan produk mereka, oleh itu agenda-agenda yang berupa monopoli sepatutnya dielakkan sama sekali oleh Pesaka.

Adalah lebih baik jika persaingan dan perbezaan yang sedia ada digubah secara positif untuk mewarnai arena silat tanahair dengan lebih ceria.

Harus diingat, dengan arus 'budaya-kacukan' dari seberang yang melanda bagai tsunami ke tanah melayu ini, Pesaka sepatutnya sudah bersedia dan berjaga-jaga, malah mengaktifkan amaran ini ke seluruh pelusuk tanah air.

Dengan kebanjiran budaya yang baru ini, tidak mustahil silat melayu yang menjadi teras budaya pula akan tenggelam menjadi mangsa. Jika tidak sekarang, akan datang.

Oleh itu, sebarang usaha untuk mengembangkan idea 'silat kacukan' berasaskan 'budaya-kacukan' perlu ditangani dengan teliti dan dibenteras sehingga ke akar umbi supaya keaslian silat melayu itu tetap terpelihara. 


Jikalau kebanjiran budaya kacukan ini terlalu hebat untuk dibendung atas alasan globalisasi, maka para pemimpin dan pentadbir silat perlu pemikir supaya lebih kedepan (advance) untuk memastikan survival dan persatuan silat mereka kekal asli dan relevan sepanjang zaman. 


Silat Melayu Identiti Nasional.
Sekian.

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger