"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Isnin, Januari 21, 2013

Response kepada kenyataan TUN M - Pemberian Kerakyatan Sebelum Merdeka ANGKARA Tunku Abdul Rahman?

0 comments


Dr M syor s'jaya siasat pemberian kerakyataan sebelum merdeka


  • 8:08PM Jan 19 2013 (Malaysia Kini)
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.  
    
"Saya hanya mencadangkan sahaja, dan tidak serius tentang itu
(melaksanakannya)...tetapi jika mahu menjalankan siasatan mestilah secara menyeluruh, ia tidak adil sekiranya hanya fokus kepada satu perkara sahaja dan tidak perkara lain.





Selain itu, katanya, pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka dilakukan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj walaupun ia tidak termaktub dalam undang-undang ketika itu.



- Bernama
http://www.malaysiakini.com/news/219422


Berikut adalah response TMP kepada kenyataan TUN M diatas.

Menurut sejarah, Almarhom Dato Onn bin Jaafar menentang pemberian kerakyatan kepada warga asing sehingga menyebabkan MCA berpihak kepada UMNO dalam pilihanraya Penbandaran 1952.

Dato Onn sangat menentang perkara ini tetapi UMNO dibawah Tunku Abdul Rahman menggunakan kesempatan yang ada dengan pemberian 1 juta kerakyatan kepada warga asing menurut kepentingan MCA yang mewakili orang Cina pada waktu itu dan juga British yang sememangnya sayang kepada perniaga-perniaga Cina yang banyak membantu mereka mengaut kekayaan Malaya ketika itu.


Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang, disebabkan apa yang dikatakan ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan kewarganegaraan.

Pada tahun 1952, Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap orang-orang bukan Melayu.

Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953 dan Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP.

Pemusuhan antara Tan dan Dato' Onn bermula ketika Tan menyokong cadangan H.S. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952.

Dato' Onn terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku "The Negotiator" Abdul Rahman. (Bab nego-nego ni kena tanya Pak Habib Janda Baik, Tunku yang habaq kat dia)






Berikut pula adalah ucapan Almarhum Dato Onn yang terakhir sebelum meninggalkan UMNO kerana pandangannya membuka keahlian BERSEKUTU bangsa asing kedalam UMNO dengan tidak mengurangkan sedikit pun kuasa Melayu tidak diterima ataupun disalah tafsir. Dan ternyata beliau telah melihat perkara yang bakal menghantui Umat Melayu Semenanjung, dan sememangnya pandangan jauh beliau adalah tepat!

"Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat satu gerak langkah atau cadangan yang hendak dijalan kan di Tanah Melayu ini mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri

Peta yang dinampak oleh kebanyakkan orang Tanah Melayu ini, barangkali ada berlainan sedikit atau sebanyaknya daripada peta yang terbentang didepan mata saya sendiri

Malangnya mulut saya tertutup.

Tidak dapat hendak menzahirkan kepada Umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan dan tanggungan saya itu,

malang saya berkata mulut saya ini tertutup.

Oleh kerana sekiranya dapat saya menzahirkan, saya percaya tiap2 seorang akan bersama-sama saya berdiri menuntut kemerdakaan Malaya itu.

Inilah kalinya yang akhir sekali saya bangun bercakap dihadapan wakil majlis ini sebagai Yang DiPertua UMNO.

Perkataan itu saya tidak mengubahnya.

Dengan ucapan ini maka saya tamatkan pekerjaan saya."

Almarhum Dato Onn bin Jaafar.
26 Ogos 1951






Read full post »

Selasa, Januari 15, 2013

BUANG TERUS GELARAN MUNSYI ABDULLAH DARIPADA SEJARAH MELAYU VERSI KRISTIAN

1 comments
Isu kalimah Allah yang hangat diperdebatkan oleh masyarakat Malayu Islam di Malaysia hari ini sepatutnya disusuli dengan usaha membersihkan terus Sejarah Melayu daripada elemen-elemen kristianisasi.


Contoh dakyah Kristian yang menggunakan Kalimah Allah - Bismillahirahmanirahim sambil menyerapkan unsur-unsur syirik kristianiti. Dibuat khas untuk orang Melayu pada abad ke 19.

Munsyi Abdullah atau Abdullah Kadir (dikhuatiri bukan nama betulnya) adalah seorang yang berbangsa India, dilihat sebagai tali barut penjajah yang utama dalam hal memporak perandakan Sejarah Melayu dengan bantuan Inggeris yang bertapak di negeri-negeri Selat.

Selain Sejarah Melayu, Adat Raja-raja Melayu pun disunting oleh Munsyi Abdullah? 
Dibawah selian siapa dan diterbit oleh siapa?

Yang paling utama adalah gelaran Bapa Persuratan Melayu Moden yang telah diberikan kepada orang yang bertanggungjawab menterjemahkan bible kepada bahasa Melayu diawal abad ke 19 ini - wajib ditarik balik.

Jika ini tidak dilakukan maka akan terdapat percanggahan atau konflik akidah bagaimana seorang yang dengan rela hati menterjemahkan bible konsep triniti dengan tujuan menyesatkan akidah orang Islam boleh pula diangkat kepada tempat yang tertinggi dalam sejarah bangsa Melayu moden.

Keasberry inilah adalah pembimbing utama si Munsyi.

Sejarah Melayu dan segala mitos fantasi hasil tangannya juga yang menjadi anutan kebanyakkan orang Malayu yang tenggelam punca hari ini.

Isu penterjemahan bible ke dalam bahasa Melayu yang menjadi kecoh sejak mutakhir ini adalah bukti hasil langsung daripada usaha indoktrinasinya yang telah lepas.


Apa kerja Mubaligh? Apa jenis percetakan dan dakyah yang cuba di indoktrinkan?

Maka jika perkara itu telah dipersetujui, terang jelas nampak menyesatkan orang ramai eloklah dibuang terus daripada pemikiran orang Islam khasnya orang Melayu hari ini supaya ia tidak lagi menjadi beban kendong generasi anak-anak dimasa hadapan.

Sudah jelas peranan Munsyi Abdullah Kadir dan sumbangannya terhadap agama kristian tidak dapat dinafikan.

Bukankah Abdullah ibni Saba' itu asalnya seorang bapak Yahudi (dikatakan berasal dari San'a Yaman) yang berpura-pura Islam?

Buat apa hendak simpan lagi?


Surah Al Ikhlas cerita Tauhid Surah Meng Sa kan Allah
Katakanlah (Muhammad s.a.w) Allah itu Sa. Tempat bergantung segala sesuatu pada Nya. Tidak beranak dan tidak diperanakan. Tiada sesuatu pun yang serupa atau menyamai-Nya.

Nak pakai Allah, kena ikut Muhammad Rasulullah s.a.w.

Sekian.
Wassalam.
The Malay Press.

Read full post »

Selasa, Januari 01, 2013

Systematically Haywired

0 comments
Kisah wire.

A: Cuba check kenapa suis dua bilik ni menyala hanya apabila lampu depan ni on? Patutnya tak berkait wayar living hall dengan wayar bilik ni.
B: Saya kena check ni bang.
A: Ok cuba check
B: Saya pun pening kenapa wayar neutral ni boleh jadi live, haywire dah ni!  Susah nak trouble shoot kalau macam ni, mungkin ada leaking. Saya kena check satu-satu sebab wire ni sensitif. Mungkin ada  leaking kat mana-mana sebab tu wire ni dah tak boleh jadi neutral lagi. Cari jalan keluar tak jumpa...dia looping dalam system ni. Bahaya ni!
A: Emm…kalau satu-satu point nak check, sampai bila ko nak perabih check ni? Cuba ko check pangkal kat *Electric Control Board tu, check root cause mungkin kat situ. Saya tak pandai bab wire tapi saya pakai logik jer ni.
B: Huh! Patutla bang developer ni sudah cucuk wayar live masuk slot neutral. Gila apa? Patutla la semua neutral nyala.
A: Colour indicator tu dah takde makna la macamtu. Kalau pangkal tak betul hujung pasti tak betul sampai kiamat tak jumpa jalan, tak boleh solve
B: Sejarah wire, developer sudah cucuk bikin haywire...
A: Sys tem at i cally Haywired.

terima kasih.

*Circuit breaker.

Contoh cerita blueprint - menatang apa?


Residential electrical blueprint drawing




Blueprint drafters and architectural engineers are getting a lot of competition from some of the more advanced home design software. 



Electricians know the codes for your area and can help you in the planning and placement of all electrical outlets and switches. These can then be worked into your blueprint.

The electrical inspector will provide you with all the local codes and regulations that are necessary to pass inspection. It's also a good idea to have a knowledge of how electrical codes, formulas and diagrams are laid out. You can get a lot of this information on my electrical formulas page. 

Once you download that free Ebook about home wiring, you will need to study how the electrical diagrams and circuits are installed. Also notice how the different wire sizes are used each with their corresponding breakers. If you're familiar with each of these things, you will have more confidence about your wiring projects.

A knowledge of home wiring will help a lot when you're drawing up electrical blueprints. Most electricians will follow the blueprints to the letter. I've seen some of the old school electricians wire things a little differently. Most of the time, it's up to code, but if not, it will need to be done right.

Cerita lain:

Developer dah dapat duit dia cabut, landlord la kena bertanggungjawab nak solve problem ni supaya menjadi selamat semua isi rumah.

Land-Lord tu maksud mudahnya Tuan Tanah.

Kalau pajak, cukup masa Tuan Tanah mai amik balik la...nganga saja la.

Kalau sewa beli, cukup masa penyewa jadi tuan la.


Read full post »

Khamis, Disember 13, 2012

UMNO HILANG JIWA PEMBANGKANG?

0 comments
Merdeka Pak Kadok. Merdeka separuh masak. Merdeka Ayam Menang Kampung Tergadai. Itulah kemerdekaan Melayu. Tidak perlu pusing cerita. Itulah kenyataannya.

Apabila Melayu memilih untuk mengutamakan hal kepentingan politik, maka bersiaplah, setiap lima tahun kuasa politik ditangan pasti menjadi percaturan. Kuasa Melayu sentiasa dalam keadaan genting setiap lima tahun. Jika zaman selepas merdeka momentum "Merdeka" membutakan Melayu, hari ini slogan "Merdeka" menakutkan Melayu. Merdeka berfikir, merdeka menentukan parti pemerintah.

Dalam hal demokrasi, rakyat berkuasa menentukan parti pemerintah. Sudah 55 tahun merdeka parti pemerintah tidak pernah ditukar. Alasannya Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu yang akan diperbaharui setiap lima tahun oleh rakyat. Itu pun jika semua rakyat negara ini adalah Melayu. Itulah realiti Ketuanan Melayu versi Merdeka - macam lesen kena renew. Itupun belum tentu menjamin Melayu menjadi tuan.

Tetapi bagaimana jika Melayu tidak mahu mengundi, bagaimana jika Melayu menjadi minoriti? Masih relevankah slogan Ketuanan Melayu didalam prinsip demokrasi? Sudah tentu tidak sama sekali. 

UMNO sebagai parti pemerintah, yang dikatakan tunjang Barisan Nasional sudah tentu tidak dapat mengekang arus perubahan jika itu yang diinginkan oleh rakyat. Itu adalah realiti demokrasi. 

UMNO sebagai parti pemerintah, yang dikatakan tunjang Barisan Nasional sudah tentu ingin memerintah sampai hari kiamat, tapi adakah prinsip demokrasi membenarkannya? Mungkin mimpi disiang hari. Demokrasi adalah mimpi ngeri disiang hari.

Ya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu memang diasaskan atas semangat perjuangan. Jiwa-jiwa perjuang Melayulah yang berkumpul dan bersatu didalam Pekembar dan menyemarakkan lagi api kebangsaan yang berjiwa "ingin merdeka" pada ketika itu. 

Tapi masih adakah jiwa perjuangan dalam barisan UMNO ketika ini? Jika ada pun jiwa perjuangan jenis apa?

Dewasa ini, UMNO sudah hilang momentum merdeka. Apa yang hendak diperjuangkan oleh barisan pelapis UMNO? 

UMNO pada asalnya berjiwa pembangkang, sehingga pengasasnya pergi dalam keadaan membangkang - membangkang percaturan dan merdeka cara Pak Turut yang bakal melingkupkan UMNO dan orang Melayu.

Tetapi berdayakah UMNO untuk menjadi pembangkang pada ketika ini atau dimasa-masa hadapan? Apakah cara untuk UMNO mengekalkan kedudukan? Ternyata UMNO tidak akan berdaya menjadi pembangkang yang efektif - contoh sudah ada.

Orang perjuangan yang sejati tetap akan dinilai pada ketajaman buah fikiran dan keberanian apabila membangkang. Malangnya UMNO sudah tumpul adakalanya bercakap umpama orang dungu kepala hanggok.

UMNO perlu menghidupkan kembali jiwa pembangkang untuk kembali tegak menghadapi gelombang demokrasi. Sesungguhnya UMNO sudah hilang jiwa pembangkang - inilah realiti.

Langit tidak selalu cerah.

Penulis
Bekas Setiausaha Kelab UMNO UK/Eire
Birmingham
Read full post »

Ahad, November 11, 2012

Hak Melayu

5 comments
Lama sudah terdetik dihati mengapa setiap kali ada perhimpunan Melayu secara besar-besaran pasti hal keistimewaan bumiputera yang ditekankan.

Lama sudah terdetik difikiran mengapa bumiputera perlu diberi keistimewaan?

Mengapa perlu disebut hal keistimewaan? Setiap kali hal keistimewaan disebut pasti juga hal kuota bumiputera dilaungkan, pasti juga hal agihan kekayaan 30 peratus dihebahkan?

Persoalannya mengapa hanya dituntut tiga puluh peratus dan tidak seratus peratus? Jika hanya 30 peratus yang diidamkan adakah selama ini mereka tidak memikirkan kemana perginya lagi 70 peratus itu? Semenjak merdeka sehingga kini berapa peratus dah yang ada? 

Jika difikirkan sedalam-dalamya, ini bermaksud semenjak merdeka bumiputera sebenarnya bermula daripada kosong! Umpama counter yang telah di reset. Jika kosong siapa yang menguasai 100%? Raja, sultan?

Negara ini milik bumiputera sejak beribu tahun yang lalu mengapa hari ini bumiputera menagih 30 peratus sahaja? Minta sedekah dinegara sendiri? Secara logiknya ini tidak harus berlaku sama sekali.

Siapakah yang punya angkara sehinggakan bumiputera umpama mulukut ditepi gantang?

Hari ini keistimewaan bumiputera hampir dilupuskan - siapa tidak nampak alamat nak mampus kata Nujum Pak Belalang.  Harmonisation kata orang putih kononnya bumiputera perlu bersaing secara gentlemen.

Persoalannya mengapa bangsa lain jaki dengan keistimewaan bumiputera. Mengapa bumiputera perlu tunduk pada desakan hak sama rata sedangkan lantai itu tidak pernah dibuat sama rata sejak zaman penjajah lagi.

Setiap kali bila hal keistimewaan ini diketengahkan bangsa lain mula memandang rendah pada bumiputera, dituduh lemah dan masih ingin bertongkat dan sebagainya.

Bak kata orang putih, jika tidak tahu menari jangan salahkan lantai, padahal ini bukan hanya masalah lantai tetapi umpama kaki penari yang telah dipatahkan, tangan penari yang telah dikudungkan lalu diterajang telentang dan disuruh bangun untuk menari diatas lantai yang penuh paku duri.

Jika diamati sejak dari zaman selepas merdeka, siapa yang mengaut keuntungan berjuta-juta melalui peluang perniagaan? Siapakah yang diberi keutamaan berniaga oleh British? Siapakah sebenarnya yang telah dianak-tirikan sejak merdeka sehingga hari ini terpaksa bermanis muka walaupun terpaksa menelan pahitnya jadam? 

Siapakah yang telah diberi perniagaan oleh penjajah bangsat sehingga segala perniagaan dimonopoli oleh bangsa lain. Siapakah yang menguasai lombong timah, emas, balak, getah tinggalan British haram jadah? Bagaimana Yap Ah Loy boleh membuka Kuala Lumpur padahal dia seorang pendatang dari China? Mana perginya kekayaan Che Ngah Ibrahim dan Long Jaafar? Bukankah kekayaan mereka dirampas dan ada diantara mereka yang dibunuh? Pada siapa diserahkan kekayaan tersebut setelah British berambus?

Sejarah telah membuktikan, bumiputera yang dahulunya kaya, hari ini telah menjadi miskin sehingga hendak membeli rumah pun belum tentu mampu. Siapa yang menguasai hal ehwal perumahan? Siapakah yang mengawal segala barang binaan, simen, besi, jentolak, cangkul, paku, beras, padi, gula, garam dan roti? Pak Menteri?

Bumiputera perlu mengkaji sejarah ini sedalam-dalamnya. Bukan setakat menerima bulat-bulat kata sejarah orang politik yang bersifat 'politik' - kerana yang ada hanya kuasa politik sebab itulah mereka berpolitik tidak habis-habis. 

Bak kata orang selagi hayat dikandung badan, politik itulah punca pendapatan. Dapat gaji bulanan dapat elaun dapat pencen, sedap tidur sedap makan. Jangan mudah digula-gulakan dengan hudson atau keropok cikedis mahupun keropok ikan.

Dimana silapnya sehinggakan sungguh benar bagai dikata bumi dipijak sebenarnya milik orang.

Oleh itu bumiputera janganlah takut, jangan segan, jangan malu menyuarakan rasa meminta hak yang telah dirampas sejak sekian lama. Maka pertahankanlah, tetapi apa pula yang hendak dipertahankan?

Seluruh benua memandang kepada kita, jangan pula kita jadi Mak Nyah dipadang sendiri dek kerana desakan undi.

Wassalam.


Read full post »

Rabu, November 07, 2012

Ini MCA Banyak Ciraka

0 comments

Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang, disebabkan apa yang dikatakan ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan kewarganegaraan.



Pada tahun 1952, Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap orang-orang bukan Melayu. 

Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953 dan Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP. 

Pemusuhan antara Tan dan Dato' Onn bermula ketika Tan menyokong cadangan H.S. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952.


Dato' Onn terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku "The Negotiator" Abdul Rahman. (Bab nego-nego ni kena tanya Pak Habib Janda Baik, Tunku yang habaq kat dia)

Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23 Ogos 1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang amanPembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955.

Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan Persekutuan.

sumber cepat: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tan_Cheng_Lock

Halo MCA wa bukan tak tahu lu sapa. Apa lu punya celita. Wa bukan tak tahu lu punya asal-usul. Sapa lu punya kapala. Lu sudah main ini negara sejak sebelum merdeka. Sikalang lu mau kutuk itu hudud PAS. Itu hudud PAS hudud Islam juga bukan hudud lu punya bapa. Ini negara sudah ada hudud sebelum lu orang datang sini bawak ciraka bawak British punya agenda. British sama lu sama saja. Sama dengan itu British barua, Tai mali nego-nego main wayang mintak sedekah - podah!

Kalau lu berani lu tendang itu UMNO keluar BN... wa tau itu BN lu punya bukan UMNO punya sejak zaman sebelum merdeka. UMNO takut sama lu sama PAS takut sama DAP. Lu orang banyak ciraka...lagi sekali cakap lu orang punya politik banyak ciraka. Lu kasi hantam itu PAS tapi lu punya olang pangkah itu DAP. Sama saja ciraka.

Senyap-senyap lu sudah beli ini negara, sudah beli Malayu punya kapala.

Terima kasih.
Orang Kheag Tesh Semenanjung Siam Melaka.

Read full post »

Ahad, Oktober 28, 2012

Takbir Adha di Kemboja

2 comments
KEMBOJA 28 Okt- Sebanyak lima belas ekor lembu sumbangan rakyat Malaysia melalui sekretariat Jejak Warisan Jawi(JWJ) telah berjaya dikorbankan sempena Eidil Adha tahun ini. Pasukan JWJ seramai tiga orang dari Malaysia yang diketuai oleh Ustaz Zaid Muhammad telah menjalankan amanah yang diberi dengan kerjasama penduduk tempatan.

"Kami bersyukur kerana dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami dan berterima kasih juga kepada wakil penduduk tempatan yang memberikan kerjasama sepenuhnya yang  mana tanpa bantuan mereka sudah tentu kerja-kerja seperti ini sukar untuk terlaksana secara sempurna."

Menurutnya lagi bilangan lembu yang dikorbankan tahun ini menyaksikan peningkatan daripada sembilan ekor lembu pada tahun lepas kepada lima belas ekor dan ini tidak termasuk sembelihan kambing buat aqiqah.

Menurut Zaid lagi, sumbangan wang ringgit yang disalurkan oleh rakyat Malaysia melalui sekretariat JWJ kepada rakyat Kemboja juga dapat meningkatkan sumber rezeki penternak lembu tempatan.

Manakala menurut Ustaz Abdul Rashid, bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang menjadi liaison JWJ di Kampung Jumnik, penduduk kampung ini hanya dapat menikmati daging lembu untuk dibuat kenduri nikah kahwin dan sebagainya hanya pada ketika Eidil Adha.

"Kami berterima kasih kepada pihak JWJ dan seluruh rakyat Malaysia kerana sumbangan ikhlas mereka. Dengan adanya sumbangan ini dapat juga dilangsungkan sebuah majlis perkahwinan dan bukan sahaja umat Islam malah jiran tetangga termasuk yang beragama buddha yang miskin juga mendapat tempiasnya apabila dijemput makan kenduri disini." ujarnya lagi.

Menurutnya lagi daging lembu disini berharga USD30 sekilo pada hari-hari biasa menyebabkan mereka hanya makan nasi berlauk ikan sungai untuk menggantikan daging yang terlalu mahal.

Justeru menurut Rashid, penduduk kampung ini bersyukur kepada Allah taala dan sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah lupa membantu saudara seagama mereka yang susah diluar negara, lebih-lebih lagi kepada rakyat Kemboja yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi selepas zaman getir sewaktu diperintah regim Khmer Rouge pimpinan Pol Pot.

Beliau juga berharap sumbangan seperti ini dapat dilangsungkan terus pada tahun-tahun hadapan demi meningkat dan mengakrabkan hubungan sillaturahim diantara sesama Islam tanpa batasan dan sempadan.

Sebelum itu sekretariat JWJ turut sama menyaksikan sendiri suasana berkabung dan ratapan rakyat Khmer Kemboja yang beragama Buddha di Royal Palace, Phnom Penh setelah kematian raja Khmer mereka, King Norodom Sihanouk.

Melawat warisan silam muslim Champa - menurut Ustaz Muhammad Zain bin Okai (orang lama kampung ini), kawasan ini adalah penempatan muslim Cham yang pertama didirikan setelah berundur akibat perang dari wilayah Champa di Viet Nam sebelum mereka membuka wilayah Kampong Cham ditengah-tengah Negara Kemboja. Manakala kawasan yang kami singgah ini terletak nun jauh dipedalaman, banyak benar sempang-prenang-nya dan sangat terasing dari masyarakat. Bak kata orang hidup mereka umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang ... tak kais tak makan.

Melawat warisan silam muslim Champa - Ciri binaan dan coraknya sama seperti yang terdapat di masjid Ayuthia, Siam seperti yang kami telah paparkan dalam siri JWJ 1 pada tahun 2010.

Khutbah Eidil Adha

Pengagihan daging korban

Kerjasama yang terjalin

Sekitar Royal Palace, Phnom Pehn yang turut mendapat liputan media tempatan


Perjalanan dari Phnom Pehn ke wilayah Kampong Cham mengambil masa 4 jam manakala dari Kampong Cham ke wilayah Siem Reap pula mengambil masa 10 jam tanpa highway.
Read full post »

Jumaat, Oktober 05, 2012

SAMARKAND

0 comments
Samarkand (Uzbek: Samarqand; Persian: سمرقند‎ from Sogdian: "Stone Fort" or "Rock Town") is the second-largest city in Uzbekistan and the capital of Samarqand Province. The city is most noted for its central position on the Silk Road between China and the West, and for being an Islamic centre for scholarly study. In the 14th century it became the capital of the empire of Timur (Tamerlane) and is the site of his mausoleum (the Gur-e Amir). The Bibi-Khanym Mosque remains one of the city's most notable landmarks. The Registan was the ancient center of the city. In 2001, UNESCO added the city to its World Heritage List as Samarkand – Crossroads of Cultures.



Imam Muhammad Al Bukhari 
In the year 864/250, he settled in Nishapur. It was in Neyshābūr that he met Muslim ibn al-Hajjaj. He would be considered his student, and eventually collector and organiser of hadith collection Sahih Muslim which is considered second only to that of al-Bukhari. Political problems led him to move to Khartank, a village near Samarkand where he died in the year 870/256

Who else in Samarkand? 

Timurlane
Timur (Persian: تیمور‎ Timūr, Chagatai: Temür "iron"; 8 April 1336 – 18 February 1405), historically known as Tamerlane[1] (from Persian: تيمور لنگ‎, Timūr-i Lang, Aksak Timur "Timur the Lame" in Turkish), was a Turkic ruler[2][3][4] who conquered West, South and Central Asia and founded the Timurid dynasty. He was the grandfather of Ulugh Beg, who ruled Central Asia from 1411 to 1449,[5][6][7] and the great-great-great-grandfather of Babur, founder of the Mughal Empire, which ruled South Asia for centuries.[8][9][10][11][12] Timur envisioned the restoration of the Mongol Empire of Genghis Khan.[13] Unlike his predecessors Timur was also a devout Muslim and referred to himself as the Sword of Islam.[14] His armies were inclusively multi-ethnic and multicultural. During his lifetime Timur would emerge as the most powerful ruler in the Muslim world after defeating the formidable Mamluks of Egypt and Syria, the emerging Ottoman Empire and the declining Sultanate of Delhi; Timur had also decisively defeated the Knights Hospitaler at Smyrna and since then referred to himself as a Ghazi. By the end of his reign Timur had also gained complete suzerainty over all the remnants of the Chagatai Khanate, Ilkhanate, and Golden Horde.

Timur is also recognized as a great patron of art and architecture, while he interacted with Muslim intellectuals such as Ibn Khaldun and Hafez.[19]

Emir Timur
Samarkand bumi Timur digelar crossroad of cultures yang menghubungkan asia dan eropah melalui SeidenStrase - Silk Route. Sebab itulah yang dikatakan adanya hubungan Empire Ottoman dan Empire Siam Kedah zaman purbakala - hubungan sehalus sutera.

Descendant of Timurlane?

Ulugh Begh

Beliau ialah Mohammad Taragay ibnu Shah Rukh, cucu kepada Timurlane (1336-1405), panglima Mongol yang amat terkenal. Ulugh Beg dilahirkan di Soltaniyah, Iran. Beliau memerintah Empayar Timurid dari tahun 1447 sehingga 1449. Dalam konflik perebutan kuasa pemerintahan zamannya beliau telah di bunuh oleh anaknya, Abdul Latif yang kemudian menggantinya memerintah Empayar Timurid di Samarkand (Tajikistan). 



Sumbangan Ulugh Beg
Ulugh Beg adalah adalah seorang pemerintah, guru, saintis dan ahli astronomi. Pada zaman pemerintahannya beliau telah membina sebuah pusat pengajian ilmu di Samarkand dan menjemput ramai sarjana khasnya di bidang astronomi dan matematik agar belajar dan mengajar di sana. Beliau juga telah membina sebuah balai cerap yang diberi nama Zurkhani Zij. Balai cerap ini menggunakan sebuah sextant gergasi untuk menentukan kedudukan objek-objek samawi. Sextant itu diberi nama Sextant Fakhri. Dengan tanpa bantuan alatan moden seperti teleskop, Ulugh Beg telah berjaya mengenalpasti dan membina zij (jadual) menerangkan tentang kedudukan 1012 butir bintang secara tepat. Beliau juga mencatit kaedah-kaedah dan teori sfera geometri dan trigonometri. Hasil kerja beliau ditulis dalam bahasa Arab kemudian diterjemahkan kepada bahasa Parsi dan Latin dan menjadi rujukan sehingga ke Eropah.


Ulug Begh @ Mohammad Taragay ibnu Shah Rukh
(lihat mahkota dikepalanya - ia adalah serban atau destar)

Babur Syah
Zahir-ud-din Muhammad Babur (14 February 1483 – 26 December 1530; sometimes also spelt Baber or Babar) was a conqueror from Central Asia who, following a series of setbacks, finally succeeded in laying the basis for the Mughal dynasty in the Indian Subcontinent and became the first Mughal emperor. He was a direct descendant of Timur through his father, and a descendant also of Genghis Khan through his mother; hence, he identified his lineage as Timurid and Chaghatay-Turkic. He was greatly influenced by Persian culture and this affected both his own actions and those of his successors, giving rise to a significant expansion of the Persianate ethos in the Indian subcontinent.[1][2]

MAHA THAMMARAJA, ZAHIRUDDIN BABUR SYAH, RAJA MONGGOL INDIA
Zahir-ud-din Muhammad Babur
He was born in Farghana - Samarkand
House:Timurid
Father:Umar Sheykh Mirza, ʿAmīr of Farghana
Mother:Qutlaq Nigar Khanum
another source said he was born:23 February 1483 in
Andijan, Uzbekistan
Died :26 December 1530 (age 47)
Agra, India
Burial: Kabul, Afghanistan
Religion: Sunni Islam

Well actually Andijan is capital of Farghana. Andijan was an important stop on the Silk Road, lying roughly mid-way between Kashgar and Khodjend

Baginda inilah yang berkahwin dengan Tengku Nor Aisyah @ Maha Inta Tiral Puteri Sultan Rijaluddin 1424 (UUK MS14) ibni Sultan Muhammad Johan Syah Berdaulat di Melaka 1385, (UUK MS87). Baginda mempunyai ramai isteri sudah tentu anak juga ramai.

Pertemuan diantara Empire Mughal dan Empayar Siam Kedah Merong Mahawangsa inilah yang menghubungkan seluruh benua Asia pada satu ketika dahulu menjadi satu, menghasilkan sebuah empayar Islam yang amat kuat.

Manakala perkahwinannya dengan Tengku Nor Aisyah disebelah sini pula menghasilkan empat orang putera, salah seorangnya adalah Syah Alam Yang Maha Mulia Nai Hisbu Madazam Syah Ibni Sultan Zahirudin Babur Syah, seorang lagi adalah Nai Hassan, Raja Santubong - San Tu Bong bermaksud Hassan pegang perintah (...nun dibumi Kenyalang sana), seorang lagi di wilayah Pahang negeri terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dan seorang lagi diPagoh menguasai wilayah Johor - Riau.

Syah Alam Yang Maha Mulia Nai Hisbu Madazam Syah Ibni Sultan Zahirudin Babur Syah, ayuthianya (tempat semayam) di Beruas, Perak.

Daripada Nai Hisbu Madazam Syah ini pula menghasilkan tiga beradik iaitu Sultan Mahmud Syah Melaka 1650 (UUK MS98), Narai Maharaja Ayuthia @ Hang Tuah dan Per Abu. Yang ni depa tak cerita la. Siapa pula yang bergelar Tun Perak? Apa nama panjangnya?

King Narai @ Hang Tuah was the king of Ayutthaya from 1656 to 1688
Barulah betul Raja Siam semua pakat berjambang berjanggut. 
Pasai gene Tok Nek depa - Panglima Perang semuanya tu. Barulah terangkat!
Orang Thai mana ada nak tumbuh janggut nak buh misai pun segan, sebatu baru sehelai (sejarah versi baru depa tukaq la clean shaved - habih licin si Raja Narai)

King Narai di Ayuthia, Siam adalah seorang Muslim

Oleh kerana itu Empayar Islam Benua Siam Kedah mempunyai pengaruh Parsi yang kuat. Ini tidak boleh dinafikan kerana memang influence Parsi itu sangat kuat sejak dahulu kala lagi. Pengaruh itu bukan sahaja dirantau sebelah sini, malah sehingga ke Eropah sehingga ke China - sehinggakan perkataan Parsi Akhund (Imam) disadur oleh China menjadi Ahong. Itulah dikatakan sebagai cross-cultured yang menjadi pakaian sebahagian daripada orang rantau dibawah angin.

Dan bukanlah semua pengaruh kebudayaan Parsi itu berkiblatkan Syiah kerana Raja Babur Syah itu sendiri adalah Sunni.


Oleh itu macamana Portugis tak kecut? Terang-terangan telah ditulis kedatangan mereka itu 'ronggeng jingling nona' tidak cukup kakitangan yang mahir. (baca Caesar Timur - Alfonso)

~ Begitulah serba sedikit cerita kebangkitan purbakala bumi Timur di Samarkand ~ 
Realitinya ... Kau tak terasing.

Etymology
The city was known by an abbreviated name of Marakanda when Alexander the Great took it in 332 BC. There are various theories of how Marakanda evolved into Samarkanda/Samarkan. One derives the name from the Old Persian asmara, "stone", "rock", and Sogdian kand, "fort", "town".[1] Others less convincingly derive the name from the old Turkic "Semiz-Kent" meaning "Rich City".[citation needed]. Since the name Marakanda was already in existence 2300 years ago and long before anyone had heard of Turks in that region of Transoxiana, this version is likely a folk etymology.

Founded circa 700 BC by the Sogdians, Samarkand has been one of the main centres of Sogdian civilization from its early days. It was already the capital of the Sogdian satrapy under the Achaemenid dynasty of Persia when Alexander the Great conquered it in 329 BC. The Greeks referred to Samarkand as Maracanda.[3]

Although a Persian-speaking region, it was not united politically with Iran most of the times between the disintegration of the Seleucid Empire and the Arab conquest (except at the time of early Sassanids, such as Shapur I).[4] In the 6th century it was within the domain of the Turkic kingdom of the Göktürks.[5]

At the start of the 8th century Samarkand came under Arab control. Under Abbasid rule, the legend goes,[6] the secret of papermaking was obtained from two Chinese prisoners from the Battle of Talas in 751, which led to the first paper mill in the Islamic world being founded in Samarkand. The invention then spread to the rest of the Islamic world, and from there to Europe.

From the 6th to the 13th century it grew larger and more populous than modern Samarkand[citation needed] and was controlled by the Western Turks, Arabs (who converted the area to Islam), Persian Samanids, Kara-Khanid Turks, Seljuk Turks, Kara-Khitan, and Khorezmshah before the Mongols arrived in 1220.

Although Genghis Khan "did not disturb the inhabitants [of the city] in any way," according to Juvaini he killed all who took refuge in the citadel and the mosque. He also pillaged the city completely and conscripted 30,000 young men along with 30,000 craftsmen. Samarkand suffered at least one other Mongol sack by Khan Baraq to get treasure he needed to pay an army. The town took many decades to recover from these disasters.

The Travels of Marco Polo, where Polo records his journey along the Silk Road, describes Samarkand as a "a very large and splendid city..." Here also is related the story of a Christian church in Samarkand, which miraculously remained standing after a portion of its central supporting column was removed.

14th century
In 1365, a revolt against Mongol control occurred in Samarkand.[7] In 1370, Timur decided to make Samarkand the capital of his empire, which extended from India to Turkey. During the next 35 years he built a new city and populated it with artisans and craftsmen from all of the places he had conquered. Timur gained a reputation as a patron of the arts and Samarkand grew to become the centre of the region of Transoxiana. During this time the city had a population of about 150,000.[8]

15th century
Between 1424 and 1429, the great astronomer Ulugh Beg built the Samarkand Observatory. The sextant was 11 metres long and once rose to the top of the surrounding three-storey structure, although it was kept underground to protect it from earthquakes. Calibrated along its length, it was the world’s largest 90-degree quadrant at the time.[9] However, the observatory was destroyed by religious fanatics in 1449.[9]

This is my 400 posts - not as much posts if to compare to many, but a significant post to me personally, indeed.

Read full post »

Isnin, September 17, 2012

The Templar Says No!

0 comments
Knight Templars, sebuah nama yang cukup besar sinonim dengan Holy War ciptaan mereka. Terkenal menjadi seteru besar umat Islam dalam abad ke 11 masehi dan menjadi musuh ketat Panglima Salahudin Al Ayubi. Mereka berperang bagi pihak salib angkatan dari Eropah untuk mempertahankan Jerusalem dan seterusnya untuk merebut kembali Jerusalem dari tangan pihak Muslim. 

Mereka juga terkenal sebagai sebuah organisasi yang kaya raya - multibillionaire pada zaman dahulu. Telah menjelajah ke seluruh dunia dengan kapal-kapal binaan mereka dari England. Setelah kekalahan pihak salib ditangan Panglima Sallahudin Al Ayubi, peranan mereka mula lemah, lantas dicurigai. 

Mereka dituduh oleh pihak Kristian Perancis sebagai telah menyeleweng dari agama Kristian -- mereka didakwa mengamalkan upacara penyembahan syaitan oleh pihak Kristian Perancis. Sebagai umat Islam kita berpendapat itu adalah konflik dalaman sesama Kristian dan adalah satu 'advantage' kepada angkatan Islam.

Akibat daripada itu, seluruh ahli organisasi Templars dicari dan dibunuh atas arahan Raja Perancis. Oleh kerana itu mereka lari meninggalkan negara dan mencari tapak dijajahan yang lain yang mereka namakan "New World".  (Mereka kembali ke England dan menubuhkan the Grand Lodge of England pada tahun 1717 -- see Inner Temple)

Rivalry yang berlaku diantara pihak Kristian dan Templars menyebabkan mereka ini berlumba-lumba untuk mendahului diantara satu sama lain. Terutama sekali dalam perihal menulis sejarah. Pihak Kristian mengatakan mereka yang terlebih dahulu menjumpai benua Amerika dengan mengeluarkan cerita Amerigo Vaspucci, dan juga cerita Columbus yang menjumpai San Salvador pada tahun 1498AD.

Manakala, pihak Templars yang kalah sudah tentu terpaksa mendiamkan diri apabila seluruh dunia Kristian mengutuk mereka. Dan seperti yang kita semua sedia maklum, dunia Islam selepas kekalahan di Cordoba 1492AD semacam terpaksa juga menerima theori Kristian tentang hal pelayaran antarabangsa, sedangkan kita tahu pelayaran dunia timur dan barat telahpun dipelopori oleh pendakwah-pendakwah dan para peniaga Arab dan China sejak zaman pra-Islam lagi.

Apa yang cuba diketengahkan disini adalah hujah pihak Templars yang membuktikan bahawa mereka terlebih dahulu menjumpai benua Amerika, iaitu 200 tahun sebelum pihak Kristian. Dan telah ada penduduk peribumi di tanah Amerika sewaktu mereka mendarat disana. Dan penduduk peribumi di tanah Amerika ini menurut Charlotte Harris Rees adalah orang Asia.

Hujah Templars dan Charlotte Harris Rees ini menafikan theori Kristian tentang pemulaan penemuan "New World" pada abad yang ke 15 masehi.

Pembuktian yang telah dilakukan oleh penemu dan pengkaji sejarah generasi baru dan serangan mereka terhadap theori Kristian Columbus dan Amerigo Vaspucci menjadi petunjuk juga buat umat Islam untuk kembali melihat sejarah dari sudut yang lebih luas. 

Sejarah perang diantara pihak Crusaders dan Saracens adalah realiti. Peranan Templars dalam perang Salib adalah realiti. Kekayaan mereka adalah realiti. Keupayaan mereka belayar yang mendahului zaman pihak Kristian Columbus juga adalah realiti. Keupayaan mereka mencipta "new world order" dan apa yang dinamakan America juga adalah realiti. Keupayaan mereka mencipta dunia fantasi juga adalah realiti. Dendam mereka terhadap Kristian juga adalah realiti.

Jadi mengapa umat Islam Melayu masih lagi "bunked" terperangkap dengan sejarah fantasi Kristian Columbus sedangkan Islam itu sendiri telah mendahului Kristian Columbus dan Templars dalam segenap hal?

Sesungguhnya air dicincang tak akan putus, oleh kerana itu sudah tentulah Kristian dan Templars yang pernah bersekutu dalam memerangi Islam itu bersetuju jika sejarah Islam itu lebih inferior daripada sejarah mereka.

Tentulah mereka ini akan bersependapat dalam hal menafikan sejarah keagungan Islam dan Nabi Muhammad SAW dan bersepakat menyuapkan fantasi Parameswara Hindu dan seterusnya menafikan hal keagongan Islam di Nusantara seawal abad ke 9 -- fikirkan.

"Sebermula jika Yahudi membunuh Nasrani atau kafir Majusi maka dibunuh atasnya tiada temannya jika menjadi Islam sekalipun " UUK 222 Hijrah, ms85 
(menjadi bukti hukuman terhadap Yahudi waima Nasrani dan juga Majusi dibawah pemerintahan Empayar Islam Melayu zaman purbakala.)

Will it be a Yes?

Wassalam
Herman Abdullah
Ireland 97'

Updated 28.09.2012
emmm...;-) what a NO-YES coincidence.

Chancellor Merkel of Germany says YES...
The Associated Press, Berlin, Germany | World | Thu, September 27 2012, 10:33 AM
Chancellor Angela Merkel says Islam has become a part of Germany and she is urging her fellow citizens to show tolerance for Muslims.
She told members of her conservative Christian Democratic party Wednesday the great majority of Muslims in Germany have distanced themselves from the recent violence during protests against an anti-Islam video that ridiculed the Prophet Muhammad.
Merkel said about Islam that Germans "should be open about it and say, 'yes, it's part of us.'" She added that Christians should maybe start thinking and talking more about their own religion again "rather than having fear of Islam."
Germany is home to an estimated 4 million Muslims.
Merkel's comment follow former President Christian Wulff's remarks who surprised many in 2010 by saying that "Islam now also belongs to Germany."









"This is an enthralling story, full of ingenious connections. Academic orthodoxies should always be challenged, and I would recommend this book to anyone who wants to believe that there are more threads to history than we yet know."

Read full post »

Isnin, Ogos 13, 2012

Empayar Islam 1498-1590 ا لإ سلام بنوا سيم كداه

4 comments
Portugis tidak pernah menjajah Empayar Islam Benua Siam Kedah.

PERINTAH dan ADAT (Undang-undang) ini supaya tetap tidak berubah-ubah, sambung menyambung sehingga zaman Sultan Rijaludin (1424 - Parameswara @ Pangeran @ Pembesar Melaka bukannya Hindu, yang semayam di NAKA (NAGA) UUK MS14) ibni Saidina Ali Wa Maulana Paduka Sultan Muhammad Johan Syah, 1388-1395 yang bergelar Johan (جوهن HN جو Jo Hn) ظل الله في العالم ادم ا لله تعل Zilullahu Fil'alam Adamallahu Taala (Berdaulat DiDunia Adam dibawah takluk Tuhan Allah Taala) di Melaka UUK MS87, sehingga Sultan Mahmud Syah Melaka 1650 (UUK MS98) yang mengarahkan Portugis yang memang hormat kepada kerajaan Islam Siam Kedah di Melaka sejak mula lagi untuk ber-Prang Besar dengan Kompani Belanda 1641 Masehi (nama dan sejarah Prang Besar pun dah hilang timbul Putrajaya), sehingga Sultan Muhiyudin Mansor Syah Kota Palas Langkawi 1757/58 Masehi (ini adalah zaman Raja Ali Haji melanjutkan perang ke atas Belanda di Melaka, dan pada tahun 1784 masehi ketika Syarif Syah berundur dari Ligor ke Istana Kota Mengkuang Kedah akibat ditekan hebat oleh Thai Buddha di sebelah Utara, Raja Ali Haji pula terkorban syahid di Teluk Ketapang Melaka. Angkatan Tunku Long Putera Perdana Menteri Siam Kedah Malaka dizaman Musuh Bisik juga adalah terdiri daripada orang-orang Bugis -- "Pulau Penyengat Connection" -- adinda Tunku Long Putera iaitu Tunku Anjang Johan Raja Ranong @ Rundung adalah bapa mertua kepada Sultan Ibrahim Bugis Selangor juga adalah Korban Musuh Bisik), sehingga zaman Khalifah Syarif Abu Bakar Syah Ligur - Kota Mengkuang Kedah 1821 Masehi, sehingga zaman Duli Yang DiPertuan Sultan Muzaffar Syah III Perak Berahman Indera Kuning 1824 Masehi, sehingga zaman Syed Alang Alaudin Panglima Bukit Gantang 1832 masehi, sehingga zaman Sultan Jaafar Muadzam Syah (Long Jaafar) Perak - Kedah, 1876 Masehi, sebelum baginda dibunuh dan UUK dirampas Inggeris dan seterusnya hasil timah dan kekayaan negara ini disedut keluar melalui Singapura buat membiayai perang salib di Eropah sewaktu WW1 dan WW2.

Jika kita lihat, Kepulauan Rempah itu berada di Wilayah Moluku. Dimana sebenarnya realiti kedudukan Kepulauan Melayu yang sebenar?

Kekayaan sebenar bumi Semenanjung ini pada zaman dahulu adalah bijih timah. Dan kerana bijih timah itulah RAJA DAERAH MELAKA PENCURI BIJIH TIMAH itu dihalau keluar dari kawasan Pelabuhan Melaka yang penuh korupsi. Dalam kumpulan pencuri itu pun ada lagi penyamun Raja Mendeliar, ada Si Kitul dan sebagainya yang dok diseru-seru sebagai contoh teladan dalam hal tikam-menikam politik Melayu zaman moden.

"Akan timah itu dagangan besar dalam negeri ini kerana kapal Gujerat mengkehendaki dia dan kapal lain pun setengah mengkehendaki juga. Maka tiadalah dihukumkan jual beli dengan timah, dan jika dihukumkan timah itu tiada diberi niaga dengan timah, tiadalah ramai bandar dan rugilah hasil dacing daripada itu dan tiadalah timah datang dari negeri lain dan daripada jajahan negeri pun.

Maka adapun yang ditegahkan oleh raja daripada membelanjakan dia timah daripada sebidur dan setampang dan sepenjuru dua penjuru ia dua penjuru membeli sireh pinang dan tembakau dan yang dijadikan, itulah ditegahkan oleh raja dan orang bekerja, serta dicanangkan barang siapa daripada ditegah raja itu disulakan tiga hari dalam pasar. Maka cacak sulanya itu tiga tempat dalam pasar....Daripada kerana itulah hal ehwal perkataan timah ini dinyatakan dalam undang-undang pada kemudian harinya, jangan beroleh orang lain kemudiannya..." UUK MS10

Sedangkan realitinya Malaka itu adalah nama lama lagi besar bagi Semenanjung ini. Bukannya kecik cepotet seperti yang kita sangkakan.

Maka adalah satu kepalsuan dalam sejarah Melayu jika dikatakan Portugis datang menjajah Melaka kerana yang diserang itu hanyalah perlabuhan yang kecil sahaja -- berapa buah kapal dan berapa orang pula orang Portugis yang bertenggek dalam kapal benggali itu? Berapa ramai pula benggali yang hitam? Dan perkataan Feringghi itu merujuk kepada kata Farang, gelaran "slang" untuk orang eropah yang datang mencari betina dimana penggunaannya cukup meluas di Thai, Laos dan Indo-Cina.

Dan pada masa yang sama undang-undang syariat masih lagi berjalan diserata empayar ini tanpa ada gangguan sehinggalah Inggeris datang membikin Common Law. 

Dan jika diteliti maka tiada satu tempat pun di Semenanjung ini bertukar nama kepada nama Portugis seperti yang berlaku dilain-lain tempat atau dilain-lain benua yang dikatakan terjajah dek Portugis. Brazil contohnya dijajah Portugis pada tahun 1500 masehi dan hari ini menjadi "the largest Portuguese-speaking country in the world".

Tunggul masih digelar tunggul dalam Undang-undang Kedah dan tidak disadur perkataan Portugis, bandeira seperti yang dilakukan oleh Melayu pada zaman Inggeris.

Dan khas buat penduduk Rakhine atau Arakan, nama wilayah itu telah pun ada tercatat dalam peta Portugis diatas, maka sudah ada fakta untuk menafikan yang mereka ini kaum pendatang seperti yang dituduh oleh Burma, yang namanya pun belum ada lagi tercatat dalam peta abad ke 15/16 masehi. Perkataan Burma itu sebenarnya bermaksud Pendatang dalam perbendaharaan kata Siam. Sebab itu mereka tukar kepada Myanmar. (kalau depa larat tepih hat nih)

Ciri-ciri penutupan sejarah atas alasan yang tidak munasabah;

"Salah satu usaha diplomatik beliau adalah mengadakan perundingan kerajaan Siam selepas penawanan Melaka. Malangnya duta Albuquerque iaitu Duarte Fernandez ialah seorang rakyat biasa. Tentulah tidak bermaruah untuk mengaku bahawa kekurangan kakitangan yang mahir menjadikan bapanya terpaksa menghantar "homem de baixa sorte" dalam urusan yang begitu penting. Oleh itu dalam edisi kedua, butiran ini lenyap." Albuquerque Caesar Timur, 1995, MS81, Universiti Malaya.

*Alfonso Albuquerque hanya tunjuk "terrer" ataupun "cakap lawa" dalam kisahnya sebagai Caesar Timur, padahal realitinya tak terrer mana pun.

Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger