"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, November 11, 2012

Hak Melayu

Lama sudah terdetik dihati mengapa setiap kali ada perhimpunan Melayu secara besar-besaran pasti hal keistimewaan bumiputera yang ditekankan.

Lama sudah terdetik difikiran mengapa bumiputera perlu diberi keistimewaan?

Mengapa perlu disebut hal keistimewaan? Setiap kali hal keistimewaan disebut pasti juga hal kuota bumiputera dilaungkan, pasti juga hal agihan kekayaan 30 peratus dihebahkan?

Persoalannya mengapa hanya dituntut tiga puluh peratus dan tidak seratus peratus? Jika hanya 30 peratus yang diidamkan adakah selama ini mereka tidak memikirkan kemana perginya lagi 70 peratus itu? Semenjak merdeka sehingga kini berapa peratus dah yang ada? 

Jika difikirkan sedalam-dalamya, ini bermaksud semenjak merdeka bumiputera sebenarnya bermula daripada kosong! Umpama counter yang telah di reset. Jika kosong siapa yang menguasai 100%? Raja, sultan?

Negara ini milik bumiputera sejak beribu tahun yang lalu mengapa hari ini bumiputera menagih 30 peratus sahaja? Minta sedekah dinegara sendiri? Secara logiknya ini tidak harus berlaku sama sekali.

Siapakah yang punya angkara sehinggakan bumiputera umpama mulukut ditepi gantang?

Hari ini keistimewaan bumiputera hampir dilupuskan - siapa tidak nampak alamat nak mampus kata Nujum Pak Belalang.  Harmonisation kata orang putih kononnya bumiputera perlu bersaing secara gentlemen.

Persoalannya mengapa bangsa lain jaki dengan keistimewaan bumiputera. Mengapa bumiputera perlu tunduk pada desakan hak sama rata sedangkan lantai itu tidak pernah dibuat sama rata sejak zaman penjajah lagi.

Setiap kali bila hal keistimewaan ini diketengahkan bangsa lain mula memandang rendah pada bumiputera, dituduh lemah dan masih ingin bertongkat dan sebagainya.

Bak kata orang putih, jika tidak tahu menari jangan salahkan lantai, padahal ini bukan hanya masalah lantai tetapi umpama kaki penari yang telah dipatahkan, tangan penari yang telah dikudungkan lalu diterajang telentang dan disuruh bangun untuk menari diatas lantai yang penuh paku duri.

Jika diamati sejak dari zaman selepas merdeka, siapa yang mengaut keuntungan berjuta-juta melalui peluang perniagaan? Siapakah yang diberi keutamaan berniaga oleh British? Siapakah sebenarnya yang telah dianak-tirikan sejak merdeka sehingga hari ini terpaksa bermanis muka walaupun terpaksa menelan pahitnya jadam? 

Siapakah yang telah diberi perniagaan oleh penjajah bangsat sehingga segala perniagaan dimonopoli oleh bangsa lain. Siapakah yang menguasai lombong timah, emas, balak, getah tinggalan British haram jadah? Bagaimana Yap Ah Loy boleh membuka Kuala Lumpur padahal dia seorang pendatang dari China? Mana perginya kekayaan Che Ngah Ibrahim dan Long Jaafar? Bukankah kekayaan mereka dirampas dan ada diantara mereka yang dibunuh? Pada siapa diserahkan kekayaan tersebut setelah British berambus?

Sejarah telah membuktikan, bumiputera yang dahulunya kaya, hari ini telah menjadi miskin sehingga hendak membeli rumah pun belum tentu mampu. Siapa yang menguasai hal ehwal perumahan? Siapakah yang mengawal segala barang binaan, simen, besi, jentolak, cangkul, paku, beras, padi, gula, garam dan roti? Pak Menteri?

Bumiputera perlu mengkaji sejarah ini sedalam-dalamnya. Bukan setakat menerima bulat-bulat kata sejarah orang politik yang bersifat 'politik' - kerana yang ada hanya kuasa politik sebab itulah mereka berpolitik tidak habis-habis. 

Bak kata orang selagi hayat dikandung badan, politik itulah punca pendapatan. Dapat gaji bulanan dapat elaun dapat pencen, sedap tidur sedap makan. Jangan mudah digula-gulakan dengan hudson atau keropok cikedis mahupun keropok ikan.

Dimana silapnya sehinggakan sungguh benar bagai dikata bumi dipijak sebenarnya milik orang.

Oleh itu bumiputera janganlah takut, jangan segan, jangan malu menyuarakan rasa meminta hak yang telah dirampas sejak sekian lama. Maka pertahankanlah, tetapi apa pula yang hendak dipertahankan?

Seluruh benua memandang kepada kita, jangan pula kita jadi Mak Nyah dipadang sendiri dek kerana desakan undi.

Wassalam.


5 comments:

  1. Salam saudara pengarang, saya tertarik beri akan tulisan pengarang tentang hak bumiputra ini, (banyak lagi yang lain yang sangat menarik tapi belum sempat dibaca).

    Kenalkan, saya berkerja di syarikat pemaju perumahan di antara 10 terbaik di Malaysia. Sejak terlibat dalam industri ini, saya banyak terdedah dengan hal itu. Tentang pegangan equiti/hak istimewa dan kuota bumiputra. Semakin lama, semakin saya sedar bahawa semua ini tak ubah seperti nyanyian yang didodoikan pada setiap kali ketika menyuruh anak tidur. Dengan harap bila anak itu bangun nanti, dia sudah lupa akan apa yang dia minta sebelumnya. Nanti bila dia merungut lagi, anak itu akan dibuai dan nyanyian yang sama akan diulang semula.

    Hakikatnya, hak bumiputra sedang dihakis satu persatu, Tanah Rizab Bumiputra diganti milik dan dibangunkan dengan pembangunan mewah lalu didiami bangsa bermata sepet dan Kuota hak milik minimum 30% dimanipulasi jadi 30% maksimum.

    Belum lagi menyentuh bab Bahasa Melayu yang bila kita bersuara, kita didodoikan lagi konon bahasa kita kebal kerana termaktub dalam perlembagaan. Jadilah kita bangsa yang mudah dibuai sampai leka ketika hak-hak kita digadaikan tanpa sedar.

    BalasPadam
  2. Salam saudara.

    Terima kasih kerna terpanggil untuk meluah rasa dalam blog yang tidak seberapa ini.

    Saya tertarik denga "Kuota hak milik minimum 30% dimanipulasi jadi 30% maksimum"

    ini bermakna memang ada tekanan dan permainan untuk menidakkan pemilikan bumiputera lebih dari 30%. Sungguhpun begitu saya yakin kuota itu tidak dapat dpenuhi dengan lambungan harga rumah yang menggila - 100% kenaikan berbanding 7 tahun yang lepas.

    Hanya yang kaya bertambah kaya yang kayap bertambahlah kayap.

    BalasPadam
  3. Menaikkan harga rumah berlipat kali ganda juga satu lagi permainan. Siapa pemain dalam industri pembinaan di negara kita? bukan rasis, tapi ini kenyataan. Dari menterinya, persatuan pembekal bahan mentah binaan seperti besi, simen, bahan2 lain yang diimport, persatuan pemaju perumahan, bank-bank pemberi pinjaman (dengan tawaran menggiurkan), media yang mengiklan, kontraktor yang membina dan apa saja yang berkaitan, semuanya dimonopoli. Hanya sedikit pemain berbangsa Melayu/Bumiputra dalam industri ini tapi sudah tak kuat melawan. Kita mahu berkata apa?

    Selagi orang di atas singgahsana kabinet tak berkata apa, selagi itulah hal ini berterusan terjadi. Padahal mereka sendiri melihat...

    BalasPadam
  4. Maka benarlah bumi dipijak sudah pun menjadi milik orang?

    Proses telah berlaku semenjak kita mula merdeka dan semakin rancak setelah 55 tahun...setiap 50 tahun mereka akan melihat kembali blueprint...melaksanakan apa yang yang didalam perancangan dan lagi 45 tahun kita lihat apa yang akan berlaku...jika sempat.

    BalasPadam
  5. kegemilangan Melayu dalam sejarah Melayu hanya 100 tahun...itu yang telah ditanamkan dalam kepala orang Melayu ...

    Sejarah fantasi itu akan berulang...dan Melayu akan mengiakan jika ianya berlaku...tapi segelintir Melayu tak sedar yang mereka sedang mejalankan agenda itu secara tidak sedar.

    kesian.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger