"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Oktober 28, 2012

Takbir Adha di Kemboja

KEMBOJA 28 Okt- Sebanyak lima belas ekor lembu sumbangan rakyat Malaysia melalui sekretariat Jejak Warisan Jawi(JWJ) telah berjaya dikorbankan sempena Eidil Adha tahun ini. Pasukan JWJ seramai tiga orang dari Malaysia yang diketuai oleh Ustaz Zaid Muhammad telah menjalankan amanah yang diberi dengan kerjasama penduduk tempatan.

"Kami bersyukur kerana dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami dan berterima kasih juga kepada wakil penduduk tempatan yang memberikan kerjasama sepenuhnya yang  mana tanpa bantuan mereka sudah tentu kerja-kerja seperti ini sukar untuk terlaksana secara sempurna."

Menurutnya lagi bilangan lembu yang dikorbankan tahun ini menyaksikan peningkatan daripada sembilan ekor lembu pada tahun lepas kepada lima belas ekor dan ini tidak termasuk sembelihan kambing buat aqiqah.

Menurut Zaid lagi, sumbangan wang ringgit yang disalurkan oleh rakyat Malaysia melalui sekretariat JWJ kepada rakyat Kemboja juga dapat meningkatkan sumber rezeki penternak lembu tempatan.

Manakala menurut Ustaz Abdul Rashid, bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang menjadi liaison JWJ di Kampung Jumnik, penduduk kampung ini hanya dapat menikmati daging lembu untuk dibuat kenduri nikah kahwin dan sebagainya hanya pada ketika Eidil Adha.

"Kami berterima kasih kepada pihak JWJ dan seluruh rakyat Malaysia kerana sumbangan ikhlas mereka. Dengan adanya sumbangan ini dapat juga dilangsungkan sebuah majlis perkahwinan dan bukan sahaja umat Islam malah jiran tetangga termasuk yang beragama buddha yang miskin juga mendapat tempiasnya apabila dijemput makan kenduri disini." ujarnya lagi.

Menurutnya lagi daging lembu disini berharga USD30 sekilo pada hari-hari biasa menyebabkan mereka hanya makan nasi berlauk ikan sungai untuk menggantikan daging yang terlalu mahal.

Justeru menurut Rashid, penduduk kampung ini bersyukur kepada Allah taala dan sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah lupa membantu saudara seagama mereka yang susah diluar negara, lebih-lebih lagi kepada rakyat Kemboja yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi selepas zaman getir sewaktu diperintah regim Khmer Rouge pimpinan Pol Pot.

Beliau juga berharap sumbangan seperti ini dapat dilangsungkan terus pada tahun-tahun hadapan demi meningkat dan mengakrabkan hubungan sillaturahim diantara sesama Islam tanpa batasan dan sempadan.

Sebelum itu sekretariat JWJ turut sama menyaksikan sendiri suasana berkabung dan ratapan rakyat Khmer Kemboja yang beragama Buddha di Royal Palace, Phnom Penh setelah kematian raja Khmer mereka, King Norodom Sihanouk.

Melawat warisan silam muslim Champa - menurut Ustaz Muhammad Zain bin Okai (orang lama kampung ini), kawasan ini adalah penempatan muslim Cham yang pertama didirikan setelah berundur akibat perang dari wilayah Champa di Viet Nam sebelum mereka membuka wilayah Kampong Cham ditengah-tengah Negara Kemboja. Manakala kawasan yang kami singgah ini terletak nun jauh dipedalaman, banyak benar sempang-prenang-nya dan sangat terasing dari masyarakat. Bak kata orang hidup mereka umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang ... tak kais tak makan.

Melawat warisan silam muslim Champa - Ciri binaan dan coraknya sama seperti yang terdapat di masjid Ayuthia, Siam seperti yang kami telah paparkan dalam siri JWJ 1 pada tahun 2010.

Khutbah Eidil Adha

Pengagihan daging korban

Kerjasama yang terjalin

Sekitar Royal Palace, Phnom Pehn yang turut mendapat liputan media tempatan


Perjalanan dari Phnom Pehn ke wilayah Kampong Cham mengambil masa 4 jam manakala dari Kampong Cham ke wilayah Siem Reap pula mengambil masa 10 jam tanpa highway.

2 comments:

  1. terbaik saudara..teruskan usaha murni JWJ

    BalasPadam
  2. salam engku...kisah berundurnya askar cham ke wilayah kemboja akibat diserang dai viet ni diceritakan oleh orang tua kampung kat atas nu. samala macam yang diceritakan dalam blog snk. kalau nak kata pakcik tu baca blog tak masuk akal la plak memandangkan tempat ni nak cari 7 eleven pun xde.

    dan kisah yang diceritakan oleh tok imam masjid ayuthia pula, memang mereka membantu dalam perang menentang burma sewaktu ayuthia diserang pada tahun 1767 dan mereka ini orang islam...raut wajah mereka Melayu walaupun tak tahu berbahasa Melayu...oleh jadi mereka ini berdarah cham.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger