"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, November 04, 2010

1421: The Year China Discovered America

6 comments

Book Review

1421: The Year China Discovered America by Gavin Menzies, William Morrow/HarperCollins, New York, 2003; 552 pages, ISBN 0060537639, hardcover, $27.95. [An expanded paperback edition will soon be available.]

Ancient maps and charts, first-hand accounts of voyages of discovery, sunken ships, inscribed markers and relics -- these are among the data used to argue that the Chinese explored and mapped most of the world before Europeans set sail. A retired commander in the Royal Navy, Mr. Menzies' passion is old maps and charts, and anomalies he found in pre-Columbian European maps sparked his research.

Written like a detective story, the book attempts to reconstruct the voyage undertaken between 1421 and 1423 by an immense Chinese fleet under Admiral Zheng He, with capital treasure ships 480 feet long and 180 feet wide. His mission in part was to travel to "the end of the earth to collect tribute from the barbarians beyond the seas" (p. 75) and bring them into the Chinese tribute system, and to prospect for minerals, search for useful plants, take astronomical observations, make accurate maps, and determine a way to navigate in the southern hemisphere. 1421 sets out the evidence for the author's reconstruction of the course of this sixth and last great voyage.
Read full post »

Khamis, Oktober 28, 2010

Nu People of Yunnan - Kill the goat!

0 comments


This video was extracted from Yunnan (Dabiya) an educational documentary for non-commercial purposes produced by CCTV.

The Nu people (Chinese: 怒族; pinyin: Nùzú) are one of the 56 ethnic groups recognized by the People's Republic of China. Their population of 27,000 is divided into the Northern, Central and Southern groups. Their homeland is a country of high mountains and deep ravines crossed by the Lancang, Dulong and Nujiang rivers. The name "Nu" comes from the fact that they were living near the Nujiang river, and the name of their ethnic group derives from there. (Nujiang is also called Nu river or Chinese: 怒江; pinyin: Nù Jiāng or Salween River.)
Read full post »

Khamis, Oktober 14, 2010

Bloodlines Quraysh dan Ottoman

6 comments

Ramai yang masih tidak mengerti atau tidak mendapat faham yang jelas bagaimana boleh terdapat hubungkaitnya Khalifah Ottoman dan keturunan Rasulullah s.a.w dalam mentadbir umat Islam sedunia. 

Puak-puak barat tajaan freemason mengatakan bahawa Syarif Mekah menentang Khalifah Ottomon dalam perang dunia pertama, tetapi pada hakikatnya Syarif Mekah menentang golongan yang berada disekeliling Khalifah yang pada ketika itu telah pun dikepong dan diputuskan kuasa memerintah secara terancang oleh golongan Young Turks. Terbukti sudah dalam sejarah, pernah khalifah Islam itu dibunuh, diracun, dikepung, ditangkap dihumban, dihina dan di paksa melepas jawatan - contohnya khalifah Ottoman yang terakhir. Dan sejarah itu sentiasa berulang dalam zaman yang berbeza.
Read full post »

Ahad, Oktober 03, 2010

HARAM JADAH! YAHUDI BUNUH NASRANI

10 comments
"Adapun akil baligh membunuh seorang Islam dengan sahajanya, laki-laki atau perempuan atau besar, maka yang membunuh itu pun dibunuh pula hukumnya. Tiada harus Islam membunuh sebab membunuh kafir, tiada harus merdeheka dibunuh sebab abdi, tiada harus dibunuh bapa sebab membunuh anaknya. --ms85
Sebermula jika Yahudi membunuh Nasrani atau kafir Majusi maka dibunuh atasnya tiada temannya jika menjadi Islam sekalipun --ms85
Read full post »

Khamis, September 09, 2010

Melayu Pulang Pulih Sediakala - Salam Aidilfitri

3 comments


"Sesungguhnya Allah dan Muhammad itu sentiasa disebut disepanjang zaman semenjak dari zaman Tok Adam lagi sehinggalah ke hari ini. Bermaksud Islam itu tidak pernah terputus begitu jugalah para penganutnya. Jika ada yang mengatakan pernah satu zaman diantara zaman itu tiada Islam maka berhati-hatilah dengan aqidah mereka. Secara tidak sedar mereka menafikan kebesaran Allah taala dan mereka telah lupa akan janji mereka. Ketahuilah tidak pernah lekang walau seditik mahupun seketika ingatan golongan ini daripada mengingati Allah dan rasulNya. (Ini kiranya kita mengambil sejarah para nabi yang terdahulu walaupun kita ini sebenarnya harus, takde pun takpe tak luak)"

Maka kali ini, bersempena dengan Aidilfitri yang mulia ini, TMP ingin mengajak para pembaca budiman sekalian kembali berfikir dan mengenang apa yang sebenarnya masalah utama yang melanda umat Melayu hari ini - yang terlupa akan asal kejadian diri.
Read full post »

Isnin, September 06, 2010

JWJ TIBA DI BANGKOK - REALITI BIL 7 BULAN SEPTEMBER DIPASARAN

1 comments
Bangkok
Sepatutnya saya tinggal sebilik bersama Abang Nan, tetapi memandangkan ini adalah kota Bangkok, maka saya batalkan sahaja hasrat itu. Bukannya apa, tahap hormat kami pada peserta yang veteran menyebabkan kami kalau boleh nak mengelak daripada sebilik dengan mereka. Lalu dapat juga saya sebilik dengan Ajaq. Abang Nan akhirnya sebilik bersama Pok Nik.

Batu Permata
...yang kemudiannya disertai oleh sahabat kepada ketua kampung itu, seorang pakar batu permata yang juga bekas seorang ‘engineer’. Agak berumur juga orangnya. Raut mukanya bersih bejanggut putih seakan peranakan cina.
Read full post »

Sabtu, Ogos 21, 2010

Bazooka Penaka Dr Burhanuddin Al Helmi

12 comments
Share


Suruhanjaya Reid pada pandangan Dr Burhanuddin Helmi.

NEGARA INI MILIK MUTLAK BANGSA MELAYU (نڬارا اين ميليق مطلق بڠسا ملايو)
Bagi Dr Burhan, perlembagaan merdeka yang digubal oleh Suruhanjaya Reid (SR) ini tidak diterima sepenuhnya terutama yang berkaitan dengan kerakyatan, bahasa dan kedudukan orang Melayu. Dalam rapat umum di Padang Malaya pada 17 Mac 1957, Dr Burhan telah menyatakan bahawa syor-syor dalam SR itu ternyata merugikan bangsa Melayu dan terbabas dari keadilan. Nama bangsa Melayu telah terhapus dan jaminan kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam telah ditinggalkan. Dr Burhan, atas platform sebuah parti politik yang disertainya ketika itu (atas jemputan) telah mengekemukakan satu memorandum kepada SR untuk dipertimbangkan, antara lainnya adalah:

A. Bahawa negeri ini adalah NEGARA MELAYU dan hak BANGSA MELAYU yang telah dibuktikan oleh sejarah dan diakui oleh undang2 dari satu ka-satu masa. Maka tugas Surohanjaya Perlembagaan ini pada perenggan yang kelima cheraian 5 untuk mengawal kedudukan Bangsa Melayu di- negeri ini janganlah di-lihatkan dari segi yang lain daripada hakikat yang tersebut di atas. Sa-barang perchubaan, sama berpelembagaan atau tidak-nya, hendak mengubah HAKIKAT ini adalah salah dari segi hak manusia dan undang2.
Read full post »

Isnin, Ogos 16, 2010

Melayu Jangan Buat Tak Kesah!

9 comments
Kota Mengkuang.
Istana Kota Mengkuang dikatakan terletak di dalam bukit dan dikelilingi oleh pokok mengkuang. Mengkuang juga dalam bahasa Siam bermaksud Nagara Luas. Di hadapan kota ini dikatakan ada sebuah tempat lapang (padang) dimana disitu para panglima beradu kehandalan sebelum diambil berkhidmat untuk istana.

Di Kota Mengkuang ini jugalah tempat syahidnya Khalifah Syarif Abu Bakar Syah @ Boromoja Ekataat akibat diserang hendap oleh Thai akibat pengkhianatan Ahmad Tajudin Abdul Halim Laksamana Kedah (seperti yang tersebut dalam UUK menghantar ufti ke Raja Maha Besar Benua Siam). Khalifah Syarif juga dikenali sebagai Panglima Besar Benua Siam.
Read full post »

Jumaat, Julai 30, 2010

TIBA DI AYUTHIA - REALITI BIL 6 BULAN OGOS DIPASARAN

2 comments


Simbol Muhammad bertimbal balik. 
Kami akhirnya berjaya menemui sebuah masjid lama yang berusia lebih kurang 300 tahun. Apa yang menariknya tentang masjid ini ialah terdapat simbol Muhammad bertimbal balik – simbol yang sama boleh didapati di Masjid Demak tinggalan Wali Songo di Indonesia sana. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh pihak Majma...

Kitab Jawi lama berbahasa Melayu
Setelah ditanya, Abdul Kadir kemudian menunjukkan kami kitab-kitab lama bertulisan Jawi yang tersimpan disebuah almari yang sudah pun berabuk penuh sawang. Saya berpendapat, AJK masjid ini tidak mengambil pusing langsung dengan kandungan kitab lama tersebut. Sedih saya melihat keadaan itu. Lalu saya berbisik kepada pengerusi Majma, Ustaz Zaid, “kita tebus balik kitab-kitab ni tidak kira berapa harga yang ditawarkan.” ...

Perkampungan 'Melayu' dan tanah perkuburan Muslim
Saya kemudiannya meninjau-ninjau keadaan disekililing masjid. Sambil melihat aktiviti-aktiviti harian masyarakat setempat, sempat juga saya menziarah tanah perkuburan Islam bersebelahannya. Selepas memberi salam kepada sekalian yang ada disitu, saya menegur penjaga kubur itu, “Thai Muslim cemetary?” saya mula bicara, “No No…..



Tiada rotan dahan pun berguna
Setelah puas mengambil gambar, saya keluar dari kompleks dan menyertai rakan-rakan lain. Tetiba saya lihat ramai berkumpul dikereta Cip Afendi, rupanya ....

Gajah tetap gajah, harimau tetap harimau
Kami kemudian berhenti melepaskan dahaga di kompleks yang menempatkan ‘Buddha head’ di Wat Maha Tat. Sempat kami melihat ‘gajah Kerinci’; gajah yang di cat dengan warna harimau. Telah saya sentuh perihal ini dahulu, bahawa sifat semulajadi sesuatu kejadian itu tidak dapat diubah hatta warna apa pun pada kulitnya. Bangsa gajah tetap gajah, tidak boleh menjadi bangsa harimau!...



Ciri binaan Siam dikompleks Ayuthia dan di Mimbar Masjid Takia. Apa persamaannya? Tidak mustahil begitulah bentuk asal yang terukir dipintu-pintu masuk binaan di Ayuthia. Adakah ia sebenarnya kompleks atau dewan masjid?



Contoh Masjid Sang Cipta Rasa di Ceribon Indonesia berlogo Muhammad timbal balik. (gambar hiasan)




Dapatkan kisah sepenuhnya dalam Realiti 6.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dari kami Sidang Penulis Realiti.
Read full post »

Jumaat, Julai 23, 2010

INSAFLAH. JANGAN MUDAH LUPA DIRI!

2 comments


Apabila membicara masalah bangsa. Secara realitinya Umat Melayu mesti melihatnya dari sudut Nosantara dan bukan lagi di Malaysia semata. Nosantara tanpa sempadan adalah tanah tumpah darah kita. Bandingkan kehidupan kita dengan mereka yang tiada istimewa, tertindas, tiada terbela. Janganlah kita mudah lupa - satu nosantara, satu agama, satu bangsa, satu bahasa.


ARKIB JEJAK WARISAN JAWI KE AYUTTHAYA: WAJAH ANAK-ANAK KITA DI NOSANTARA 



















PARA PEMBACA BUDIMAN. LIHAT SAHAJALAH KEADAAN RUMAH TEMPAT TINGGAL MEREKA. MEREKA TIADA BANTUAN KERAJAAN, TIADA BMW, MERCEDES, NAK BELI BASIKAL PUN BELUM TENTU MAMPU!

ANAK-ANAK DI NOSANTARA. MEREKA TIADA ISTIMEWA SEPERTI ANAK MELAYU MALAYSIA. TIADA JPA, MARA, TIADA QUOTA UNIVERSITY. IDENTITI MELAYU JUGA TIADA LAGI. LIHAT SAHAJA WAJAH MEREKA!

Read full post »

Isnin, Julai 19, 2010

Apa yang tersirat pada Batu Bersurat?

5 comments

  1. RASULULLAH dengan yang arwah santabi mereka
  2. Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
  3. Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
  4. Di Benuaku ini penentu agama RASULULLAH sallallahi wassalam Raja Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
  5. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
  6. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
  7. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
  8. Baginda RASULULLAH telah lalu tujuh ratus dua.

Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. 

Warisan Kita Orang Timur di Benua ini. Berbahasa Melayu Bertulis Jawi. 
Bukan Tamil Bukan Urdu.
Read full post »

Ahad, Julai 18, 2010

TERGADAINYA WARISAN MELAYU? PROF DATUK DR RAMLAH ADAM MENJAWAB.

0 comments

Orang Melayu perlu pertahan perlembagaan


IPOH 17 Julai – Orang Melayu perlu bersatu dan menjadi kuat untuk mempertahankan Perlembagaan, kata Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Kajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mengingatkan tanpa kuasa, orang Melayu tidak akan mampu menentukan kedudukan mereka di tanah air sendiri.

‘‘Saya melihat kedudukan orang Melayu sekarang sangat kritikal sebab rakyat Malaysia tidak lagi melihat hak-hak istimewa itu sebagai milik mereka termasuk orang Melayu sendiri terutama generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Perlembagaan Persekutuan: Hak, Cabaran dan Peranan Orang Melayu sempena Perhimpunan Melayu Perak di sini hari ini. Perhimpunan anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) itu dirasmikan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Mengulas lanjut, Ramlah yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Perkasa Malaysia berkata, beliau bimbang sekiranya tiada langkah-langkah tertentu diambil, orang Melayu akan semakin melupakan haknya sendiri.

‘‘Kita kena sedarkan mereka bahawa Perlembagaan adalah sesuatu yang sangat luhur dan tidak sepatutnya dibiarkan diganggu-gugat oleh orang politik yang mempunyai kepentingan peribadi,” katanya.

Dalam hal ini, beliau berkata, perpaduan di antara dua parti Melayu iaitu UMNO dan Pas adalah perkara yang patut direalisasikan.

Jelas Ramlah, perpecahan yang menghantui orang Melayu bukan sahaja membabitkan ideologi politik tetapi juga berkaitan faktor sikap.

Dalam perkembangan sama, tegas beliau, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan gagasan 1Malaysia adalah untuk mencapai perpaduan kaum bukan sebagai saluran mendesak kesamarataan.

‘‘Keharmonian Barisan Nasional ketika era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, malah Tun Dr. Mahathir Mohamad kini semakin hilang,” katanya.


Source: UTUSAN

THE MALAY PRESS 27.06.2010 :


Penulis dikejutkan dengan berita sedih meruntun jiwa. "Tergadailah sudah sebuah pertubuhan warisan Melayu yang diasaskan dengan susah jerih seorang anak jati Melayu Kedah ke tangan 'bukan Melayu',"  begitulah luahan hati seorang sahabat. Berita ini sebenarnya amat perit untuk diterima oleh mereka yang punya maruah dan harga diri sebagai bangsa Melayu. Dalam kita berusaha memperjuangkan semangat bangsa, masih ada Melayu yang terlena tidak peka, mungkin itulah yang cuba dimaksudkan oleh sahabat itu tadi.

Menurut sahabat itu lagi, "apa yang dibimbangi adalah jika 'bukan Melayu' menerajui sebuah pertubuhan berasaskan adat dan tatasusila bangsa Melayu, ke mana hala tuju yang akan dibawanya, budaya apa yang akan diserapkannya?"

Entahlah, cuma ada beberapa persoalan yang bermain difikiran penulis ketika ini.


  1. Adakah semua ini  berlaku dek kerana ada segelintir Melayu sudah hilang hilang jati dirinya? 
  2. Atau adakah ini kerana pengaruh politik luaran, termakan dek adat baru Amirika yang meletakkan Barak Obama berketurunan Yahudi Afrika itu sebagai contoh yang wajib diikuti? 
  3. Atau adakah ini akibat dari pemahaman konsep 1Malaysia yang telah disalah erti atau diseleweng oleh pihak-pihak yang berkepentingan?

Bagi penulis secara peribadi, perkembangan ini sangat membimbangkan. Persoalan lebih besar sebenarnya sedang menanti.

Adakah umat Melayu sudah sampai ketahap membenarkan anak cucu mereka diperintah oleh 'bukan Melayu' di tanahairnya sendiri?

'Cubit kiri kanan pun terasa, penulis hanya membawa berita'

Wassalam.

Sidang Penulis

ps: case study.
Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger