"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Julai 18, 2010

TERGADAINYA WARISAN MELAYU? PROF DATUK DR RAMLAH ADAM MENJAWAB.

Orang Melayu perlu pertahan perlembagaan


IPOH 17 Julai – Orang Melayu perlu bersatu dan menjadi kuat untuk mempertahankan Perlembagaan, kata Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Kajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mengingatkan tanpa kuasa, orang Melayu tidak akan mampu menentukan kedudukan mereka di tanah air sendiri.

‘‘Saya melihat kedudukan orang Melayu sekarang sangat kritikal sebab rakyat Malaysia tidak lagi melihat hak-hak istimewa itu sebagai milik mereka termasuk orang Melayu sendiri terutama generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Perlembagaan Persekutuan: Hak, Cabaran dan Peranan Orang Melayu sempena Perhimpunan Melayu Perak di sini hari ini. Perhimpunan anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) itu dirasmikan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Mengulas lanjut, Ramlah yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Perkasa Malaysia berkata, beliau bimbang sekiranya tiada langkah-langkah tertentu diambil, orang Melayu akan semakin melupakan haknya sendiri.

‘‘Kita kena sedarkan mereka bahawa Perlembagaan adalah sesuatu yang sangat luhur dan tidak sepatutnya dibiarkan diganggu-gugat oleh orang politik yang mempunyai kepentingan peribadi,” katanya.

Dalam hal ini, beliau berkata, perpaduan di antara dua parti Melayu iaitu UMNO dan Pas adalah perkara yang patut direalisasikan.

Jelas Ramlah, perpecahan yang menghantui orang Melayu bukan sahaja membabitkan ideologi politik tetapi juga berkaitan faktor sikap.

Dalam perkembangan sama, tegas beliau, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan gagasan 1Malaysia adalah untuk mencapai perpaduan kaum bukan sebagai saluran mendesak kesamarataan.

‘‘Keharmonian Barisan Nasional ketika era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, malah Tun Dr. Mahathir Mohamad kini semakin hilang,” katanya.


Source: UTUSAN

THE MALAY PRESS 27.06.2010 :


Penulis dikejutkan dengan berita sedih meruntun jiwa. "Tergadailah sudah sebuah pertubuhan warisan Melayu yang diasaskan dengan susah jerih seorang anak jati Melayu Kedah ke tangan 'bukan Melayu',"  begitulah luahan hati seorang sahabat. Berita ini sebenarnya amat perit untuk diterima oleh mereka yang punya maruah dan harga diri sebagai bangsa Melayu. Dalam kita berusaha memperjuangkan semangat bangsa, masih ada Melayu yang terlena tidak peka, mungkin itulah yang cuba dimaksudkan oleh sahabat itu tadi.

Menurut sahabat itu lagi, "apa yang dibimbangi adalah jika 'bukan Melayu' menerajui sebuah pertubuhan berasaskan adat dan tatasusila bangsa Melayu, ke mana hala tuju yang akan dibawanya, budaya apa yang akan diserapkannya?"

Entahlah, cuma ada beberapa persoalan yang bermain difikiran penulis ketika ini.


  1. Adakah semua ini  berlaku dek kerana ada segelintir Melayu sudah hilang hilang jati dirinya? 
  2. Atau adakah ini kerana pengaruh politik luaran, termakan dek adat baru Amirika yang meletakkan Barak Obama berketurunan Yahudi Afrika itu sebagai contoh yang wajib diikuti? 
  3. Atau adakah ini akibat dari pemahaman konsep 1Malaysia yang telah disalah erti atau diseleweng oleh pihak-pihak yang berkepentingan?

Bagi penulis secara peribadi, perkembangan ini sangat membimbangkan. Persoalan lebih besar sebenarnya sedang menanti.

Adakah umat Melayu sudah sampai ketahap membenarkan anak cucu mereka diperintah oleh 'bukan Melayu' di tanahairnya sendiri?

'Cubit kiri kanan pun terasa, penulis hanya membawa berita'

Wassalam.

Sidang Penulis

ps: case study.

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger