"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Jumaat, Julai 30, 2010

TIBA DI AYUTHIA - REALITI BIL 6 BULAN OGOS DIPASARAN



Simbol Muhammad bertimbal balik. 
Kami akhirnya berjaya menemui sebuah masjid lama yang berusia lebih kurang 300 tahun. Apa yang menariknya tentang masjid ini ialah terdapat simbol Muhammad bertimbal balik – simbol yang sama boleh didapati di Masjid Demak tinggalan Wali Songo di Indonesia sana. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh pihak Majma...

Kitab Jawi lama berbahasa Melayu
Setelah ditanya, Abdul Kadir kemudian menunjukkan kami kitab-kitab lama bertulisan Jawi yang tersimpan disebuah almari yang sudah pun berabuk penuh sawang. Saya berpendapat, AJK masjid ini tidak mengambil pusing langsung dengan kandungan kitab lama tersebut. Sedih saya melihat keadaan itu. Lalu saya berbisik kepada pengerusi Majma, Ustaz Zaid, “kita tebus balik kitab-kitab ni tidak kira berapa harga yang ditawarkan.” ...

Perkampungan 'Melayu' dan tanah perkuburan Muslim
Saya kemudiannya meninjau-ninjau keadaan disekililing masjid. Sambil melihat aktiviti-aktiviti harian masyarakat setempat, sempat juga saya menziarah tanah perkuburan Islam bersebelahannya. Selepas memberi salam kepada sekalian yang ada disitu, saya menegur penjaga kubur itu, “Thai Muslim cemetary?” saya mula bicara, “No No…..



Tiada rotan dahan pun berguna
Setelah puas mengambil gambar, saya keluar dari kompleks dan menyertai rakan-rakan lain. Tetiba saya lihat ramai berkumpul dikereta Cip Afendi, rupanya ....

Gajah tetap gajah, harimau tetap harimau
Kami kemudian berhenti melepaskan dahaga di kompleks yang menempatkan ‘Buddha head’ di Wat Maha Tat. Sempat kami melihat ‘gajah Kerinci’; gajah yang di cat dengan warna harimau. Telah saya sentuh perihal ini dahulu, bahawa sifat semulajadi sesuatu kejadian itu tidak dapat diubah hatta warna apa pun pada kulitnya. Bangsa gajah tetap gajah, tidak boleh menjadi bangsa harimau!...



Ciri binaan Siam dikompleks Ayuthia dan di Mimbar Masjid Takia. Apa persamaannya? Tidak mustahil begitulah bentuk asal yang terukir dipintu-pintu masuk binaan di Ayuthia. Adakah ia sebenarnya kompleks atau dewan masjid?



Contoh Masjid Sang Cipta Rasa di Ceribon Indonesia berlogo Muhammad timbal balik. (gambar hiasan)




Dapatkan kisah sepenuhnya dalam Realiti 6.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dari kami Sidang Penulis Realiti.

2 comments:

  1. Perjalanan yang amat menarik. Jika ada lagi konvoi untuk ke sana tolong war war kan, rasanya ramai juga yang berminat.

    BalasPadam
  2. Saudara, Muhammad Timbal balik melambangkan "the homecoming", makrifatullah,kemuliaan zat dan sifat Allah. Hanya mereka yang mempelajari ILmu Hakikat mengetahui perkara ini. Ia juga membuktikan keserataan penyampaian Ilmu Allah di Benua Siam ini. Tujuan mereka memahat buang ialah untuk menutup bukti-bukti ini.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger