"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, April 28, 2010

Percetakan Awal Di Jajahan Selat 1806-1858: Bongkar Pembohongan Inggeris dan Munshi Abdullah

2 comments





Sejarah Percetakan Awal DiJajahan Selat 1806-1858 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka/Kementerian Pendidikan Malaysia 1991.

Sedikit kata awal penterjemah:

"Penyelidikan awal seperti ini tentang sejarah percetakan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura tentulah bersifat permulaan. Ia adalah satu penerokaan awal ke dalam suatu perkara penting, suatu kerja yang dilakukan dalam masa beberapa minggu sahaja, dengan harapan ia akan disusuli dengan sebuah kajian lengkap pada suatu masa kelak." (Mansor Ahmad Saman, 1991)


Saya amat tertarik dengan kata-kata diatas. Penterjemahnya telah meletakkan harapan tinggi agar usahanya dapat disusuli dengan satu kajian lengkap disuatu masa kelak. Setelah membaca buku ini secara sepintas lalu, maka dapat saya rasakan yang saranan itu ada maksud yang tersendiri. Bagi saya ia selari atas rasa tanggungjawab untuk menyatakan kebenaran yang selama ini telah disembunyikan daripada pengetahuan rakyat kebanyakkan. 

Kita telah terlalu lama disogokkan oleh sejarah-sejarah palsu ciptaan penulis barat. Atas maksud yang kita semua sedia maklum. Untuk menghalalkan perkara itu maka dikatakan bahawa semua naskhah persuratan Melayu lama hanyut dan tenggelam bersama kapal Fame. Kita pun telan bulat-bulat tanpa siasat.

Jika tidak di kaji secara mendalam akan masalah ini maka selama-lamanyalah kita hidup dan berbangga atas kepalsuan sejarah. Secara realitinya, berapa ramai yang sedar bahawa selama ini usaha-usaha percetakan bahan bertulis yang menjadi bahan rujukan kita dihasilkan atas usaha dan propaganda mubaligh Inggeris dan juga Amirika yang bertapak di jajahan kecil Pulau Pinang, Melaka dan Singapura? 

Siapa yang sedar selama ini Munsyi Abdullah, nama yang begitu diagung-agungkan sehingga diberi pengkiktirafan, diangkat melangit sebagai Bapa Persuratan Melayu Moden itu rupa-rupanya seorang barua Inggeris? Siapa yang tahu bahawa si anak keling ini bekerjasama dan mendapat bimbingan mubaligh Kristian (B P Keasbery - Mission Press) dalam usahanya menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu, penterjemah dongeng Hindu, penterjemah dan penyunting Sejarah Melayu, penterjemah karya-karya mubaligh Kristian, menerbit dan menyunting Adat segala Raja-raja Melayu dalam segala negeri dan juga seorang pelukis gambar hantu penanggal?(ms61) Sedarkah kita dari dahulu sehingga kini, berapa ramai orang Islam yang telah menjadi rosak aqidah akibat perbuatan si Abdullah Kadir ini?

Siapa yang sedar bahawa pada sekitar tahun 1821-1839 itu ada tersebut seorang yang dianggap Sultan Kedah telah dibuang negeri malah berkawan pula dengan seorang mubaligh Kristian yang kerap menyakiti hati orang Melayu muslim dengan mengeji agama Islam?(ms51) Semuanya ada terkandung dalam buku ini yang nampaknya telah dipandang sepi oleh masyarakat.

Jika diteliti dengan mendalam, dengan sedikit kemahuan untuk menyiasat, maka buku ini bukan sahaja berupaya memberi jalan, malah dapat juga membuka mata hati dan fikiran pembacanya, akan sebab musabab jajahan kecil di Melaka itu diangkat sebagai pemula empayar Melayu yang besar dalam Sejarah Melayu. Tidak dinafikan semuanya adalah hasil kerastangan penyuntingnya si pengkhianat agama Munsyi Abdullah. Konspirasi ini ditaja-selia pula oleh badan pencetak naungan persatuan mubaligh-mubaligh Kristian yang berpusat di 'negara atas angin'. Ini adalah satu realiti! Pahit yang perlu ditelan...

Dengan itu apalah salahnya jika para pengkaji sejarah Melayu berusaha memiliki senaskhah. Bersama-sama kita menyahut saranan seorang hamba Allah yang telah bertungkus lumus menjalankan usaha menterjemah, serta meletak harapan yang amat tinggi agar usahanya itu tidak sia-sia, malah dapat di sambut dan sambung pula oleh generasi bani Jawi seterusnya, demi satu kebenaran.


*Usaha mereka menjatuhkan kerajaan Islam Manchu China supaya dapat mengelapkan sejarah Empayar Islam di Benua Nusantara secara halus. Sun Yat Sen punya kerja la nii....


"Siasat sejarah bangsa dan negara"

Sekian.

TMP
Read full post »

Sabtu, April 17, 2010

MELAKA 1278 MASEHI PENGIKTIRAFAN TERKINI?

0 comments
updated for entry: 11/01/09



Muhammad Syah Melaka (juga dikenali sebagai NARA SUAN) 1278 MASEHI dalam UUK:

“Maka diadatkannya khalifah menyempurnakan pekerjaan dalam negeri melaka pada zaman purbakala itu, jika kanak-kanak itu sekalipun nakhoda itu kerana sudah teradat boleh diketahui didalam laut dan dalam jong baluk itu; hubaya hendaklah segala orang didalam jongnya itu berbuat takut dan malu kepadanya; hubaya-hubaya diturut hukum ini yang tertulis di dalam kertas kerana hukum dibawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Muhammad Syah yang kerajaan dalam negeri Melaka supaya selamat sempurna kepada negeri yang takluk dan berkasih-kasihan dengan negeri itu, iaitu pada segala Islam yang di laut dan yang didarat, wallahualam”. UUK, ms88

Baca penerangan selanjutnya di SNK mengenai Siapa yang membuka Melaka?


*Maharaja Terra Cota pada zamannya telah MENYERAGAMKAN TULISAN DAN BAHASA kepada satu sahaja demi penyatuan sebuah empayar, maka tidak menjadi hairan jugalah jika penyeragaman terhadap bahasa dan tulisan lingua franca telah dilakukan di Benua Nosantara ini - JAWI/MELAYU (terbaik/termudah) oleh maharaja yang memerintah pada ketika itu. 


* Dan disebut juga Sultan Muhammd Syah 1278M itu sezaman dengan Malik Salleh (Merah Silu)1267M yang berada di Acheh (Pasai) pada ketika itu walaupun sebenarnya Undang-undang Kedah telah pun tertulis pada tahun 222 Hijrah di Acheh (Zaman dynasti Abbassiah), lebih awal  dari kisah yang telah diceritakan. Tidak mustahil Sultan Malik Salleh itu bertalian darah dengan Syed Jamalul Alam Badrul Munir yang dizamannya telah dikarang UUK.


Nota Penulis:





Sila rujuk lampiran keratan dari tulisan HAMKA diatas:
Lihat sahaja cara mereka memadamkan nama Sultan Muhammad Syah @ Nara Suan dari lipatan sejarah. Seterusnya memutuskan sejarah realiti umat Islam dari pengetahuan generasi berikutnya. Gantinya kita disogok dengan sejarah yang batil; asal Kesultanan Melayu Melaka bersusur galur Parameswara hindu dari Palembang. 

Padahal sebelumnya mereka (ahli2 sejarah) tahu, ada bukti serta fakta yang mengatakan Sultan Muhammad Syah 1276M itu memang wujud! Yang peliknya lagi, setelah mangkatnya Sultan Muhammad Syah datang pula orang lain dari Jeddah (?) yang membawa agama Islam, adakah ini boleh diterima akal?  NAMA Sultan Muhammad Syah itu bukan Islamkah?

Manakala diperenggan kedua, bukti daripada sumber-sumber luar negara mengkuatkan lagi kisah kerajaan Siam yang menguasai Semenanjung Melaka pada abad ke 14 (sepatutnya sehingga abad ke 19 - sebelum Sultan Long Jaafar Muadzam Syah 1876 dibunuh Thai dan Ingris)

Manuskrip Undang-undang Kedah mengesahkan perkara ini, Sultan Muhammad Syah Melaka yang cuba dipadamkan dari sejarah itu adalah seorang Maharaja Siam atau gelaran lainnya King Narasuan (amat diagongkan oleh bangsa Thai hari ini). 

Kebenaran fakta ini disulami pula babad tanah Jawa (Babad Tanah Jawi (The Chronicle of Java) and Serat Kanda, both written during the 17th-century period of the Mataram kingdom) raja-raja Majapahit sendiri, yang mengaku kekuasaan Siam Ayuthia! Cuma apa yang mereka tidak ketengahkan atau cuba untuk menafi ialah hakikat bahawa kerajaan Siam Ayuthia itu beragama Islam.

Dengan adanya 'berita' Sultan Muhammad Syah (sebelum UUK dikembalikan pada 2003), dan wujud pula namanya di dalam UUK (ms88) yang telah dikembalikan, secara tidak langsung menyangkal cerita dongeng Melaka 1511 yang bersumberkan British dan SATII.

Terang, hakikat sebenar sejarah Islam rantau nusantara yang mula timbul ini bakal membatalkan sejarah batil penjajah dan agen-agennya. Sesungguhnya, umat Islam rantau ini tidak akan 'bebas merdeka' selagi mendokong dan terkongkong dalam sejarah palsu. Buatlah macamana, cakaplah apa sahaja, hanya omongan tin kosong belaka.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita yang telah sedar untuk memperjuangkan sejarah realiti ini walau apapun terjadi. Ini adalah perihal sejarah agama tauhid-sejarah umat Islam yang telah ditong-sampah, dihinjak-dihina maruahnya oleh puak barat dan sekutunya. Maka wajib kita mengeluarkan, membersihkan, mengangkat dan meletakkannya kembali ke tempat asalnya yang selayaknya paling tinggi.

Perjalanan jua...

----------------------------------------------
Masih ingat lagi kaligrafi bertulisan Jawi- Malaka Haji Mi Malaya dalam kisah Cherokee Islam yang dijumpai di sebuah gua di El-Salvador Amirika Latin pada abad ke 13? Ia berkisar pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah Melaka II yang pernah berlayar ke Parsi dan menunaikan fardu haji di Baitullah Makkah.
Read full post »

Khamis, April 01, 2010

Tegas-Adil-Berhemah

0 comments
Kali terakhir saya ke balai polis bersama yang lain kerana membuat tangkapan awam adalah kira-kira 6 ke 7 tahun lepas. Pengalaman baru ini;tidak perlu saya nyatakan sebabnya (tiada kena mengena dengan sesapa), memang membuatkan saya sedikit gembira. Dengan layanan pegawai polis yang 'mesra pelanggan' membuatkan slogan lama 'mesra-cepat-betul' tidak terasa ditiadakan. Jika dahulu pengadu terpaksa menulis 'report' sendiri kali ini ditolong taip pula oleh pegawai yang berkenaan. Maka tiada lagi masalah cakar ayam membuatkan pegawai penyiasat semak kepala.

"Boleh cakap Melayu?" kata pegawai polis wanita yang bersedia menaip repot seorang budak cina yang baru lepas di 'rompak' sehingga kehilangan beg tangan dan beberapa barang lain didalamnya. "Bole..." katanya separuh pelat sambil mengangguk sugul. Nampaknya, bila keadaan terdesak barulah bahasa Melayu diangkat menjulang ke angkasa, bila senang dibuang dilupa seakan tiada beguna. Sebelum itu seorang pengadu bangsa India datang membuat laporan diragut, fasih juga dianya. Sebelum itu lagi ada seorang bangsa Melayu datang mengadu masalah rumahtangga. Banyak perkara yang perlu dilayan rupanya.

Saya hanya memerhati sambil tersenyum, sekali sekali dijeling juga oleh pegawai wanita tadi. Elok juga diletak pegawai wanita muda-muda dikounter laporan, buleh hilang rasa gundah gelana. First impression count kata omputih.

Semua laporan nampaknya telah di 'centralised'kan supaya setiap aduan boleh diambil tindakan seberapa segera. Sekali lagi yang 'cepat' didalam slogan lama tidak terasa ditiadakan. Setelah repot diambil disuruh baca pula untuk melihat jika terdapat sebarang pembetulan. Yang 'betul' ini ada betulnya tetapi kesilapan biasalah, bila hendak cepat banyak lah pembetulan pada ejaan.

Saya terpandang pada slogan baru 'tegas-adil-berhemah'. Pada fikiran saya ia adalah lanjutan kepada 'mesra-cepat-betul', kerana pada saya slogan terkini itu menunjukkan cara perlaksanaan terhadap slogan yang lama, bukan untuk menggantikannya.

Dalam membuat laporan itu, pengadu sebenarnya 'ada ruang' untuk berbincang atau bertanya akan setiap tindakan yang patut atau tidak patut dilakukan menurut undang-undang yang ada. Jika pengadu menerangkan secara terperinci akan masalah barulah 'hemah' itu datang menggantikan yang 'cepat' tadi. Maka bukanlah pihak polis ini membuat kerja semborono seperti robot, sebagai manusia, ada hemahnya.

Hari ini banyak hal yang tidak menyenangkan dikait dengan pihak berkuasa, mungkin ada benar dan ada juga tidaknya. Itu terpulang pada persepsi masyarakat dan tertakluk juga kepada siapa yang punya kata. Kata penyamun dengan kata yang kena samun semestinya berlainan nadanya.

"Baik tuan, assalamu'alaikum dan terima kasih banyak-banyak," saya pohon diri. Terlihat saya pada peti cadangan yang terlekat kemas di dinding sebelum saya beredar dengan lapang dada.

"Waalaikum salam," sambut pegawai-pegawai tadi disusuli dengan angkat tangan kepada pegawai calit dua yang berbangsa India yang turut tersenyum memerhatikan gelagat saya. 


The Malay Press

Read full post »

Ahad, Mac 28, 2010

Jejak Warisan Jawi - REALITI BIL 2 Kini dipasaran!

6 comments

Atas niat mengkaji sejarah silam, demi mendaulat dan memartabatkan kembali sejarah Islam di Nosantara, semua urusan telah pun dipermudahkan. Alhamdu'lillah, selamat kami pergi dan selamat kami kembali. Walau tidak selancar 'air lalu', namun tidaklah sampai tergendala usaha kami, konvoi yang kerdil serba kekurangan ini, bagi menjejaki saki-baki waris Bani Jawi yang masih ada di Siam dan Burma. Bak kata pepatah, jika tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunya, 'when the tough get going the going get tough' - kata orang putih.

Maka pengalaman itu akan kami kongsikan bersama. Kisahnya boleh dibuat renungan, mungkin juga dapat mendatangkan keinsafan. Semuanya atas rasa tanggungjawab setiap daripada kami, demi 'kelangsungan hidup' anak-anak Bani Jawi dan Islam di tanah air bertuah lagi tercinta ini.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda
“Barangsiapa mempelajari satu bab ilmu yang diamalkannya dan diajarkannya kepada orang lain nescaya itu adalah lebih baik baginya daripada sembahyang lima ratus rakaat dibuatnya”
Read full post »

Khamis, Mac 11, 2010

UK minister aims to reassure photographers/photojournalists

0 comments
The UK Policing and Crime Minister has reasserted that anti-terrorism should not be used to stop photographers and photojournalists. In a meeting with a Parliamentary photography group and journalists, David Hanson MP said the Sections 44 and 58A of the 2000 Terrorist Act should not be 'used to stop ordinary people taking photos or to curtail legitimate journalistic activity'. He also said guidance to that effect has been provided to the UK police forces, advising that these powers should not be used to stop innocent members of the public, tourists and journalists.

Statement:

Policing and Crime Minister David Hanson MP said:

"I recently met with Austin Mitchell MP, members of the Parliamentary All Party Photography Group and representatives of the photographic press and the Royal Photographic Society to discuss the issue of counter terrorism powers and offences in relation to photography.

"I welcomed the opportunity to reassure all those concerned with this issue that we have no intention of Section 44 or Section 58A being used to stop ordinary people taking photos or to curtail legitimate journalistic activity.

"Guidance has been provided to all police forces advising that these powers and offences should not be used to stop innocent member of the public, tourists or responsible journalists from taking photographs.

"These powers and offences are intended to help protect the public and those on the front line of our counter terrorism operations from terrorist attack. For the 58A offence to be committed, the information is of a kind likely to be useful to a person committing or preparing an act of terrorism.

"I have committed to writing to Austin Mitchell MP to reinforce this message and to follow-up on the representations made to me at today's meeting.”


Read full post »

Khamis, Mac 04, 2010

Majalah REALITI kini dipasaran

4 comments
Alhamdu'lillah, cerita dan angan di kedai kopi akhirnya menjadi REALITI. Sila dapatkan majalah sulong kami yang kini terdapat dipasaran.

Selalunya pengalaman dan pengajaran ditimba melalui kelahiran pertama. Maka maafkan kami jika terdapat kekurangan dan kelemahan dalam edisi ini. Sesungguhnya kami masih belajar dan sanggup juga menerima tunjuk ajar daripada yang lebih pengalaman.

Sekian dari Kami.

Sidang Penulis Majalah Realiti.


Info sejarah yang berkaitan antara satu sama-lain yang menarik untuk dikaji dalam edisi REALITI kali ini:

Peta Semenanjung Emas Ptolemy (sumber Sabri Zain)
  1. Titik tengah semenanjung (TTS) yang menghubungkan 4 penjuru semenanjung Tanah Emas
  2. Kisah perjanjian 7 sahabat Mat Kilau, Tok Gajah, Dato Bahaman dan lain-lain yang mempertahankan wilayah TTS sebelum menyembunyikan identiti akibat penjajahan Inggeris di bumi Pahang
  3. Kisah Batu Bersurat Terengganu yang mengandungi syariat Islam disamping PENEGASAN  seorang raja pada zaman itu iaitu Raja Mandalika (Man-de-le-ke) membuktikan Islam telah ada di 'BENUAKU INI' (benua apa?) Bukti Islam telah tiba lebih awal ke semenanjung ini seterusnya menafikan sejarah dongeng Melaka. 

Diumumkan juga bahawa perjumpaan waris-waris Tok Gajah akan diadakan:

Tarikh: 12-13 March 2010
Tempat: Pusat Pembangunan Modal Insan (PPMI) Kampung Budu, Benta Pahang Darulmakmur
No Tel: 012 5195505

wassalam












Read full post »

Jumaat, Februari 26, 2010

Jejak Warisan Jawi the movie (intro)

8 comments


Sempena dengan hari Maulidur Rasul yang amat mulia ini, TMP mempersembahkan Jejak Warisan Jawi Semenanjung - Ayutthaya (intro) buat tatapan para pembaca yang dikasihi sekalian.

Salam hormat dari Kami
MAJMA
Blackwind Adventure Team
Restoran Semenanjung.
Berita Harian
G14
SNK
Zakat Selangor dan
terima kasih kepada semua perserta ekspedisi dan ahli keluarga yang memahami.
Read full post »

Selasa, Februari 23, 2010

coming soon JEJAK WARISAN JAWI reporting

0 comments

At Thailand - Myanmar Army Post Guard where no photo is allowed. (it looks like a suicidal mission - for a moment it was a tense situation)

Atas niat murni membongkar kisah silam, demi mendaulat dan memartabatkan kembali sejarah Islam di Nosantara, semua urusan telah pun dipermudahkan. Alhamdu'lillah, selamat kami pergi dan selamat kami kembali. Walau tidak selancar 'air lalu', namun tidaklah sampai tergendala usaha kami, konvoi yang kerdil serba kekurangan ini, bagi menjejaki saki-baki waris Bani Jawi yang masih ada di Siam dan Burma. Bak kata pepatah, jika tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunya, 'when the tough get going the going get tough' - kata orang putih.

Maka pengalaman itu akan kami kongsikan bersama. Kisahnya boleh dibuat renungan, mungkin juga dapat mendatangkan keinsafan. Semuanya atas rasa tanggungjawab setiap daripada kami, demi 'kelangsungan hidup' anak-anak Bani Jawi dan Islam di tanah air bertuah lagi tercinta ini.

Nantikan.
InsyaAllah.

Read full post »

Sabtu, Februari 06, 2010

Islam sepanjang zaman

2 comments
Sesungguhnya Allah dan Muhammad itu sentiasa disebut disepanjang zaman semenjak dari zaman Tok Adam lagi sehinggalah ke hari ini. Bermaksud Islam itu tidak pernah terputus begitu jugalah para penganutnya. Jika ada yang mengatakan pernah satu zaman diantara zaman itu tiada Islam maka berhati-hatilah dengan aqidah mereka. Secara tidak sedar mereka menafikan kebesaran Allah taala dan mereka telah lupa akan janji mereka. Ketahuilah tidak pernah lekang walau seditik mahupun seketika ingatan golongan ini daripada mengingati Allah dan rasulNya. (Ini kiranya kita mengambil sejarah para nabi yang terdahulu walaupun kita ini sebenarnya harus, takde pun takpe tak luak)

Dalam mengambil penilaian sejarah hari ini ramai yang terlupa akan hakikat Islam sepanjang zaman ini. Jadi ramai yang bersetuju apabila sejarah mengatakan tok nenek moyang mereka Hindu tidak pun Buddha tidak pun pagan yang mengamal mistik. Tidak ramai yang mahu mengambil kedudukan bahawa tok nenek mereka dahulu adalah dari golongan yang beriman dan berpegang kepada tauhid. Perkara ini mungkin terjadi kerana pengikut Islam yang beriman pada setiap zaman itu selalunya dalam golongan yang sedikit.

Oleh kerana itu jugalah tidak ramai yang berani tegak memperjuangkan sejarah Islam secara tegas malah tetap mahu memperjuangkan nama sebuah bangsa atau suku kaum dan berbangga pula dengan ilmu tahyul khurafat. Jika mereka memperjuangkan masalah itu mungkin benarlah mereka sebenarnya bukan dari golongan Islam sepanjang zaman. Maka silakan, hiduplah bersama kisah Paramewara Hindu yang selama ini memang telah ada dalam buku sekolah dan tiada siapa yang akan menghalang. Mungkin juga telah menjadi darah daging maka mereka wajib pertahan. Tidak salah kalau itu kenyataan yang diperjuangkan.

Jadi siapakah pula yang akan memperjuangkan golongan yang bertauhid sepanjang zaman ini? Semestinya golongan ini ada dan sentiasa ada setiap masa. Golongan ini tidak pernah sesekali pun akan menerima tuduhan yang memfitnah darah daging dan tok nenek mereka dahulu - ia tidak pernah sesuai dengan jiwa mereka. Dan ini adalah masalah yang berkait rapat dengan jiwa. Dan perihal jiwa, bakat, mati hidup, jodoh dan rezeki ini telah pun ditentukan sejak azali lagi.

Darah yang mengalir itu tetap akan menendang keluar apa saja racun yang cuba ditanam oleh puak-puak tahyul khurafat agen yahudi ini. Seperti mana tok nenek mereka dulu menjalankan tentangan sebegitulah juga mereka. Perjuangan dan pendirian tetap sama. Jadi memang ada beza antara dua golongan ini. Al-Quran dengan jelas memberitahu perihal ini dalam kisah Ashabul Kahfi.

"Peliharalah keturunan dan darah daging kamu jangan dirosakkan," pesan seorang abang kenapa seorang adik enam belas tahun dahulu. Baru hari ini dapat difahamkan apa maksudnya.

Cubaan indoktrinisasi, memfitnah dan memutuskan asal usul agama para sultan dan pemerintah asal di Tanah Semenanjung daripada Islam adalah lebih merbahaya, dan patut diambil tindakan buang negara, atau hukum bunuh, daripada mereka yang berusaha untuk membersihkan sejarah serta mengembalikan daulah Islamiah pemerintah-pemerintah terdahulu. Mana yang lebih baik mengkafirkan atau mengIslamkan? Jika tujuan mengIslamkan itu dianggap menghina maka jelas racun yahudi telah berakar umbi didalam sanubari dan kepala puak-puak yang pernah kafir ini tadi.  Jangan cuba bermain api, orang kafir tetap menjadi kayu api.

Para pembaca yang dikasihi sekalian. Hari ini perlu sangat kita mengambil kedudukan dan pendirian jelas dalam hal berhubung dengan hal sejarah Islam ini. Memang akan terdapat penentangan puak-puak kafir yang cemburu terhadap Islam. Pilihan ini terletak diatas jiwa anda. Jika anda yakin bahawa anda tergolong dalam golongan Islam sepanjang zaman tidak perlu pun menjadi pandai sejarah seperti puak-puak yahudi yang akhirnya sanggup memfitnah dan membunuh Nabi mereka sendiri.

Dan jangan pula kerana terlalu pandai sehingga memandai-mandai cuba mengkafirkan tok-nenek dan darah daging semua orang.  Sememangnya ada golongan yang tidak bersangkut paut dan tidak pernah juga ingin berbangga dengan dakwaan kafir serta menyeleweng yang cuba ditegakkan oleh sesetengah pihak. Mereka ini telah dipaksa menerima dan disuapkan sejarah songsang sejak awal lagi. Mereka juga bukan asalnya Melayu tetapi telah di Melayukan. Lihat kisah bukit Golan dibawah.

Para pembaca sekalian, hati kecil setiap daripada kami telah pun mengambil kedudukan dan pendirian untuk berada bersama mereka yang berusaha untuk membersihkan dan menegakkan sejarah Islam realiti. Semestinya kami boleh duduk semeja dan berbual mesra.  Hanya jauhari yang mengenal manikam dan hanya jiwa yang asal mengenal usul tanpa rasa syak dan sangka.

Sekian.

*
Melayu hari ini beruntung kerana telah diikat dengan Islam oleh perlembagaan Malaysia. Terima kasih kepada Allahyarham Dato Onn dan para sahabatnya kerana usahanya itu. Mana ada lagi dalam dunia ini Islam diikat dengan sebuah bangsa. Maka Dato Onn atas usahanya itu dan atas ketentuan Allah taala telah pun menzahirkan Melayu menjadi bangsa yang Islam sepanjang zaman. Itupun ketika itu ada juga pihak yang cuba membuka Melayu kepada semua bangsa di Malaya. Tan Cheng Lok pun mahu menjadi Melayu asal Jus Soli dibenarkan. Nyaris Dato Onn - yang berketurunan Turki-Melayu itu bertahan sedaya mampu. Jika ini berlaku sudah tentu Sammy Value pun Melayu barulah padan cerita Parameswara Melayu Hindu.

Genggam kata-kata Dato Onn ini - “Umat Malayu jangan sembah kepada sesiapa melainkan Allah” - bukankah ini kata-kata Tauhid?


Selingan:



*dan bukan niat kami hendak memperlekehkan saudara-saudara baru yang telah diberi hidayat oleh Allah taala dan terbuka hati menerima Islam sebagai Ad-Din. Harap maafkan kami jika tersentuh atau terkasar. Sesungguhnya kamu lebih bersih dan suci daripada mereka yang Islamnya Islam baka. Ini adalah perihal sejarah realiti yang perlu diperjelaskan. Maka ia perlu dicakap. Manakala, Ummat Malayu yang telah dilabel 'Islam sepanjang zaman' oleh perlembagaan Malaysia ini pula sewajibnya meneruskan usaha dakwah (tidak boleh harapkan JAKIM sahaja) secara berhemah seperti yang telah diwariskan oleh nenek moyang mereka dahulu - tanggungjawab itu tidak patut terhenti setakat ini. Menjadi Melayu bukan FREE - setakat mengharap biasiswa dan bisnes, menjadi Melayu diakhir zaman itu datang sekali dengan tanggungjawab - tugas yang amat besar sedang menanti. Sekiranya Ummat 'Melayu' punya tugas pasti penghulunya juga dari kalangan Ummat 'Melayu' - bukan Sammy Value. Fahamkan maksud itu sedalam-dalamnya. Harap maklum.
Read full post »

Khamis, Januari 28, 2010

Hijack Sejarah Bukan Mustahil

5 comments
Hari ini telah dikhabarkan oleh laporan Buletin Utama TV3 melalui wartawan Azura Zainal Ratin mengenai penjarahan sejarah oleh regim Israel di Bukit Golan Syria.

Segala artifak, tapak sejarah, kawasan dan penempatan Arab yang di rampas ditukar kepada hak milik kepada Israel. Begitu jugalah dengan korikulum persekolahan dimana bahasa Arab diganti dengan bahasa Hebrew. Dan pendidikan cara Islam di ganti cara Yahudi. Mindset ditukar - maka brainwash peringkat rendah mula dilakukan. Doktrin-doktrin sesat mula diterapkan.

Para pembaca yang dikasihi, sejarah memainkan peranan yang amat penting dalam penentuan jati diri sesuatu bangsa. Jika perkara merampas sejarah ini berlaku di negara Arab Palestin dan Syria, bukan mustahil ia pernah juga berlaku si Semenanjung Siam Melaka, tanah tumpah darah kita.

Hari ini kita telah pun tahu bahawa sejarah kedatangan Islam ke Nusantara dan Tanah Semenanjung bukanlah pada 1404 Masehi malahan lebih awal dari itu, selari dengan kedatangan Panglima Perang dan Sahabat Rasullullah saw Saad Ibni Waqas. Kemasukan Islam ke Nusantara juga dapat dibuktikan dengan adanya manuskrip Undang-undang Kedah dan bebarapa bukti kapal pedagang Arab yang karam diperairan Selat Melaka, yang sekaligus menafikan kisah dongeng Parameswara Hindu yang sangat diagung-agungkan oleh sejarawan atas angin berlandaskan mistik.

Para pembaca sekalian, sejarah yang benar dan baik itu dapat dibuktikan dengan fakta yang nyata - realiti. Perkara-perkara mistik ini serupalah amalan para jahiliah sebelum kerasulan Muhammad saw dibumi Mekah, dan kedatangan Baginda dengan jelas menghapuskan segala perkara tahyul dan khurafat yang telah menjadi darah daging penduduk pagan Mekah.

Oleh itu, walaupun ummat Melayu ini dikatakan penuh dengan ilmu tahyul dan khurafat maka menjadi tanggunggjawab kitalah umat Islam yang berpegang dengan ajaran Rasulullah saw untuk membersihkannya hatta dalam penilaian sejarah sekalipun. Saad bin Waqas membawa tauhid, nyata, ke negeri China dengan kapal dari Afrika, maka tentunya beliau sendiri tidak membenarkan apa sahaja amalan tahyul dan khurafat berada ditempat yang beliau singgahi. Contoh yang lain adalah Wali Songo di Pulau Jawa. Begitu juga kisah Mak Lampir.

Maka disini penegasan perlu diperlihatkan, sejarah kedatangan Islam di Nusantara perlu bebas daripada pengaruh tahyul khurafat dan mistik. Atas alasan apa sekalipun, jika ada pihak yang cuba hendak mempertahankannya maka sekaligus mereka telah pun menjadi agen yahudi yang bersekongkol membenarkan aqidah umat Islam generasi seterusnya dirosakkan dengan cerita muntah lembu dan sebagainya. Sedangkan Khalid Al Walid diarah oleh Rasullullah saw memenggal segala berhala di Mekah termasuklah jin berkepala ular yang menyorok di berhala paling besar. (Ini bermaksud hapuskan segala amalan jahilliah dan jin-jin mereka, jangan tinggalkan seekor pun, kerana tiada apa hendak dibanggakan dengannya.) jadi kenapa kita pula harus berbangga?

Kisah di Bukit Golan patut kita jadikan teladan dan iktibar. Penjajah akan tetap akan menukar sejarah bagi menekan dan menipu penduduk setempat agar menjadi inferior dari pelbagai sudut. Samalah dengan penipuan yang dilakukan di Thai bagi merampas sejarah Siam Islam Ayuthia.

Apakah orang Melayu tidak peka dan masih lalai dengan apa yang sedang berlaku dihadapan mata? Jangan sampai anak cucu kita datang mencurahkan kencing ke kubur kita akibat kelembapan dan kebodohan kita sendiri.

Mukjizat, irhas, hikmah, karamah dan maunah itu kurnia Allah bagi mereka yang beriman, maka sihir itu juga adalah dengan izin Allah taala tetapi bagi mereka yang syirik dan sesat. Pilih yang mana satu idaman kalbu.

Bangkit Islam, bangkit Melayu!
Read full post »

Rabu, Januari 20, 2010

U.S. Military Weapons Inscribed With Secret 'Jesus' Bible Codes - ABC News

0 comments

Coded references to New Testament Bible passages about Jesus Christ are inscribed on high-powered rifile sights provided to the United States military by a Michigan company, an ABC News investigation has found. The sightss are used by U.S troops in Iraq and Afghanistan and in the training of Iraqi and Afghan soldiers. The maker of the sights, Trijicon, has a $660 million multi-year contract to provide up to 800,000 sights to the Marine Corps, and additional contract to provide to the U.S Army.

U.S. military rules specifically prohibit the proselytizing of any religion in Iraq or Afghanistan and were drawn up in order to prevent criticism that the U.S. was embarked on a religious "Crusade" in its war against al Qaeda and Iraqi insurgents. One of the citations on the gun sights, 2COR4:6, is an apparent reference to Second Corinthians 4:6 of the New Testament, which reads: "For God, who commanded the light to shine out of darkness, hath shined in our hearts, to give the light of the knowledge of the glory of God in the face of Jesus Christ."

Other references include citations from the books of Revelation, Matthew and John dealing with Jesus as "the light of the world." John 8:12, referred to on the gun sights as JN8:12, reads, "Whoever follows me will never walk in darkness, but will have the light of life."
Trijicon confirmed to ABCNews.com that it adds the biblical codes to the sights sold to the U.S. military. Tom Munson, director of sales and marketing for Trijicon, which is based in Wixom, Michigan, said the inscriptions "have always been there" and said there was nothing wrong or illegal with adding them. Munson said the issue was being raised by a group that is "not Christian." The company has said the practice began under its founder, Glyn Bindon, a devout Christian from South Africa who was killed in a 2003 plane crash.

Is this another play by the Luciferians in waiting for the 'Antichrist'- a news intentionally created to spark hatred amongts us in the name of the new world order (rules in disorder)? What will happen if the word Allah instead of God is used on the weapon? Another ground-testing  by the Illuminati you guess, huh? Think for yourself.


Read full post »

Sabtu, Januari 16, 2010

Darah Jebat Mengalir Jangan

0 comments

Pak Wahba (Dr) antara kumpulan wartawan utusan yang membantu Silat Lincah diawal 70-an. Mengikuti perkembangan mereka dalam dan luar negara. Selain Pak Wahba, antara wartawan lain yang turut bersama adalah arwah Ahmad Kamsi dan Zahari Efendi. Sewaktu pertunjukan Lincah di Acheh, sekitar hujung tahun 70, rombongan Lincah termasuk wartawan diugut bunuh jika meneruskan pertunjukan disitu. Tetapi tidak dihiraukan, dan semasa sedang membuat pertunjukan salah seorang ahli  Lincah putus kaki sebab di'sudi' dengan orang silat Acheh. Masa itu Pak Wahba menulis artikel yang bertajuk Darah Jebat Mengalir di Acheh, tersiar di Utusan Malaysia.

Hari ini setelah lebih 30 tahun dua sahabat lama ini bertemu kembali. Dalam perasaan bercampur, Dato Omardin yang dimasukkan ke IJN setelah diserang sakit jantung, tetap bersemangat menceritakan pengalaman sewaktu mereka bersama.  Kami penulis-penulis generasi baru juga berasa amat bertuah kerana dapat mengiringi Pak Wahba bersama dalam pertemuan bersejarah ini.

Sesungguhnya terbukti gandingan mantap pejuang, penulis dan pesilat Melayu berupaya memartabatkan  serta mempertahankan agama dan tanahair. Dalam suasana hari ini, kami (anak-anak utusan melayu), bersedia menggalas tanggungjawab dan meneruskan tradisi itu, biarpun tidak di arus perdana. Jangan cuba dihalang, membujur lalu...

Akhir sekali, di doakan supaya Dato Omardin selamat menjalani rawatan dan kembali pulih seperti sediakala.





Pak Wahba dan Dato Omardin




Bertanya khabar





Tetap bersemangat...



Dari kiri: TMP, Pak Wahba, Dato Omardin & Datin, Hafiz Hamzah dan Faisal Ramadzan.



Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger