"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, Oktober 08, 2009

The Divine Book 5/10 (Islam, Christianity & the West)

0 comments


It is therefore TMP is politely asking all NON-MUSLIM MALAYSIANS to EMBRACE ISLAM. My friends, let alone the stupidity (I would say ignorance) of the Malays - in some aspects of their living and political cultures. As Islam definitely has the solution to the problem of the Western World and why not yours?

watch all movies and become a fan here:

Ahli-ahli sains barat yang menyiasat hukum alam akhirnya akan menjumpai jawapan yang tepat di dalam kitab Al Quran. Sesuatu yang tidak dapat mereka nafikan. Sains membuktikan kebesaran Allah s.w.t dan bukan untuk menafikan-Nya.

BIG BANG THEORY IN THE QURAN: SURAH AL ANBIYAA CHAPTER 21.

(30. Have not those who disbelieve known that the heavens and the earth were joined together as one united piece, then We parted them And We have made from water every living thing. Will they not then believe) (31. And We have placed on the earth firm mountains, lest it should shake with them, and We placed therein broad highways for them to pass through, that they may be guided.) (32. And We have made the heaven a roof, safe and well-guarded. Yet they turn away from its signs). (33. And He it is Who has created the night and the day, and the sun and the moon, each in an orbit floating.)


ABOUT EXPANSION: SURAH ADH-DHARIYAT CHAPTER 51.

(47. With Hands We constructed the heaven. Verily, We are able to expand the vastness of space thereof.)

Mereka jumpa kebenaran itu dalam kajian mereka (daripada Al Quran), tapi menyeleweng (disinformation & diversion) pada hakikat kebenaran dengan teori longgar yang berasaskan fikiran seperti Darwin. Menjadikan kita (orang-orang awam) membangkang Al Quran secara tidak disengajakan akibat kejahilan kita sendiri (dan tidak mahu menyiasat!).

Kesimpulan, secara ringkasnya, selalu berita yang diceritakan atau disampaikan oleh 'Tok-tok Alim - Tok Hikam' (dimana saja duduknya) adalah untaian mutiara -rahsia Al Quran semata.

Bak kata orang Melayu penuh tersirat; 'Bicara dengan kias-Kalam seni penuh hikmah' . Manakala siapa yang mendengar berlapang dada - tenang jiwa - malah menjadi puas, sebaliknya bagi mereka yang bukan akan mendatangkan sakit telinga - semak fikiran - jadi buas. -- Antara cepat dan tidak, selalunya Allah s.w.t akan memberi bukti nyata bagi mereka yang mahu berfikir serta berniat baik untuk mencari kebenaran!

(Penulis sendiri pernah menghadiri debat Islam vs Christian sewaktu di England dahulu dan memang ternyata kadangkala emosi mempengaruhi keadaan. Alhamdu'lillah debat itu rupanya telah di rekod oleh Islamicity.com . Oleh kerana ianya bersesuaian dengan entry kali ini maka penulis sertakan sekali link tersebut : Authenticity of the Quran and the Bible an Analysis: Shabir Ally Vs. Josef Smith Recorded at University of Central England (UCE) UK - May 12 1998) - banyak juga info yang boleh dikaitkan dengan Sejarah Realiti Kedah! esp. bab maritime route to China in the 1-9th centuries..

Bukti dan tanda lain akan sampainya maksud itu adalah melalui RASA. Ianya suatu yang amat subjektif. Lain orang, lain rasa-nya. Maka yang sedap tetaplah sedap, jika tawar tetaplah tawar. (melainkan ingin menipu diri sendiri - seperti sesetengah Orientalis yang menggunapakai teori freethinker untuk menafikan kebenaran Al Quran)

Bak kata Dato Onn pula
"yang tidak itu takkan boleh menjadi ia,"(Boestamam, 1979, ms 60). Begitulah sebaliknya dan sesungguhnya Al-Quran itu tepat!

Bagi mereka yang mahu berfikir. Maka fikirkanlah apa yang telah dipaparkan dalam siri The Divine Book (seperti diatas) dan bertindaklah dengan ber-hemah atas dasar kebenaran. Itulah sebenar Wisdom namanya -- dan ini adalah kurnia Allah s.w.t pada Hamba yang dikehendaki- Nya - (omputih kata total - submission of your will to Allah s.w.t.) Dan 'karunia' itu semestinya tidak boleh dipaksa-paksa atau dibuat-buat!

Wake Up! My dearest friends...












*omputih sampai cair hotak fikir...
Beyond simply knowing/understanding what options are available, "Wisdom" provides the ability to differentiate between them and choose the one that is best.





Read full post »

Selasa, Oktober 06, 2009

The age of discovery : SIAM 1340-1600

0 comments


"Towards the end of the 13th century the forces of Siamese kingdom of Sukhotai invaded the Kra Ithsmus. They captured Ligor in c. 1290 and from there rapidly overcame the neighbouring states of Patani and Kedah. During the early part of the 14th century the remainder of Malaya fell into invaders, who, however, instead of colonizing their sparsely populated dominions, chose to administer them through the agency of Malay viceroys. The whole of the south of the Peninsula. including the island of Singapore and its important city-state of Tumasek, was place under the Raja of Pahang; the north-eastern states under Patani; and the remainder in the charge of the ruler of Ligor." (William Shaw, Mohd Kassim Haji Ali, 1971)

Baiklah tuan-tuan, peta diatas mengesahkan tentang penguasaan kerajaan Ayuthia - Siam diatas Semenanjung Siam-Melaka. Begitu juga dengan petikan diatas yang mengatakan bahawa dahulunya hanya terdapat tiga wilayah besar di Semenanjung ini iaitu Patani, Pahang dan Ligor. Perihal perkara itu, penulis buku itu mengatakan bahawa Ayuthia menggunakan Malay Viceroys untuk menjadi wakil di daerah jajahannya.































Ini menunjukkan bahawa penulis buku itu beranggapan bahawa SIAM dan MELAYU itu berlainan bangsa berlainan agama, dan pada hemat mereka SUKHOTAI lah yang menyerang tanah semenanjung diawal abad ke 13. Disinilah kesilapan pada rujukan sejarah Islam dan bangsa Melayu hari ini. Inggeris telah memutar belit sejarah pada 'point' ini.

Sebenarnya kerajaan Sukhotai-Buddha Jut Majut hanya berjaya menakluk Ayuthia pada tahun 1767, dan sebelum pada itu Ayuthia adalah dibawah penguasaan Siam Islam. Wakil-wakil Siam yang dikatakan Malay Viceroys itu sebenarnya adalah orang Siam sendiri kerana mereka adalah saudara mara dan anak cucu Merong Mahawangsa yang berasal dari Kedah.

Selepas dari penaklukan Ayuthia itu maka bermulalah perang sabil diantara Siam Islam yang mempertahankan wilayah jajahannya bermula dari Segenting Kra sehinggalah di keseluruhan Semenanjung Siam-Malaka ini.

Disitulah bermulanya sejarah Siam(Melayu) menentang Thai-Buddha. Dan lahirlah panglima-panglima yang berjiwa ulama seperti yang kita kenali dalam sejarah hari ini. Mereka berkhidmat berkorban nyawa demi Islam di bawah Khalifah Syarif Abu Bakar Syah (Boromoja Ekataat) yang terkorban dalam serang hendap Musuh Bisik 1821 kerana pengkhianatan Laksamana Kedah Ahmad Tajuddin II.

















Makam Khalifah Syarif Abu Bakar Syah - Baginda akhirnya diakui (oleh Persatuan Sejarah Malaysia Caw. Kedah, 20 Ogos 2009) sebagai Raja Siam Islam bagi kerajaan Siam Ayuthia di Ligor - Nakhon Sri Thammarat yang syahid dibunuh kerana mempertahankan bumi Islam dari dicerobohi puak kafir Thai Buddha.

[Ini tidak menjadi hairan kerana fakta berkenaan nama Syarif juga ada tersebut didalam Manuskrip Undang-undang Kedah yang berbunyi:

"Pada masa itu tiadalah hukum diatasnya kerana ialah Raja. Dan, adalah adat segala hamba raja itu dipersalini Syarif dan menteri kerana kanun Datuk Besar Kota Setar adanya." (UUK ms 43)

Dan menurut beberapa keterangan lagi, Khalifah Syarif ini ada bersangkut paut dengan Syarif Mekah dari Bani Hashim]


Jika kita perhatikan dan kaji betul-betul, masa bila pula orang THAI yang mata sepet ini menjajah semenanjung, kalau tidak percaya lihat sahaja 'buffer zone' di Patani-Yala-Narathiwat-Nakhon Sitamarat, semuanya muka Melayu! Dan mana ada kesan peninggalan Buddha terhadap bangsa Melayu.

Bak kata Tuanku Mazlan (waris Syed Alang Alaudin Panglima Bukit Gantang) tempoh hari "kalau kita tak pertahan Islam dan Semenanjung ini agaknya habih semua Melayu jadi Buddha agaknya."

Dan cuba kita perhatikan peta diatas, di China terdapat sebuah tempat bernama Zaitun, dan besar kemungkinan disinilah Canton mendapat nama, yang mengesahkan lagi bahawa China itu asalnya Islam. Lihat sahaja kisah Laksamana Cheng Ho dan angkatan lautnya yang besar menguasai pantai dan laut Nosantara.

Dan Empayar Islam Benua Siam Kedah itu adalah bersaudara dengan kerajaan Mughal India dan bersaudara pula dengan kerajaan Dynasti China Ming melalui perkahwinan Diraja. Buktinya ada terdapat pada sejarah Melaka yang mengatakan Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sultan Mansyur Syah Melaka. Kisah sebenarnya adalah Sultan itu bernama Muhiyuddin Mansyur Syah yang bersemayam di Langkawi - Hulu Melaka (kerana merujuk kepada Semenanjung Siam-Melaka yang besar itu).

Jadi apabila mengatakan tentang Empayar Siam Ayuthia sebelum peristiwa serangan Sukhotai - Aluangphaya pada tahun 1767, hendaklan kita sedar bahawa ia sebenarnya merujuk kepada Empayar Melayu Islam Nosantara.

Peta diatas telah membuktikannya. Wilayah Islam itu besar sehinggalah ke Champa dibawah sultannya yang terakhir Po Chan Koya Long Muzaffar Syah 3.

Begitulah tuan-tuan yang dikasihi sekalian, dan bagi mereka yang baru berjinak dengan sejarah realiti maka ingatlah bahawa sejarah harus di kaji dan dilihat dari sudut dan perpesktif yang berbeza. Jangan lagi jumud dengan kisah MELAKA PARAMESWARA HINDU yang didokong oleh orang2 politik yang berkepentingan sempit!

*British mula menukar nama Semenanjung Siam-Malaka ini kepada Semenanjung Tanah Melayu seawal tahun 1913 - Akta Tanah Rizab Melayu dan menamakannya Malaya untuk menyempadani Tanah Thai yang dibuat pada 1909 dalam Perjanjian Bangkok. (Masa itulah wilayah Siam Melayu - Patani-Yala-Narathiwat dapat kat Thai sehingga menjadi perang sampai hari ini.)
Read full post »

Khamis, Oktober 01, 2009

Sebatan Cara Islam vs Civil (pagan) - Mana lebih selamat?

0 comments

































foto source: Siasah Bil 0167

Dalam usaha mendidik-menyedar dan mendisiplinkan masyarakat, yang mana satu lebih berperikemanusian atas fitrah semulajadi manusia?

Usaha menyedarkan masyarakat Islam dan bukan Islam tentang keadilan dan perikemanusian undang2 syariah mestilah bermula dari para pemimpin - para ulama (PERSATUAN ULAMA MALAYSIA) - cendekiawan Islam - graduan2 Universiti Islam - Tok Imam Masjid dan Surau - Tok guru Madrasah dan Pondok - geng2 Tabligh satu Malaysia dan lain-lain lagi.

Janganlah kita mengharapkan puak-puak 'taik politik' sahaja yang berdegar2 bercerita tentang Negara Islam tapi kita sendiri menyepi diri -- sebab TAK MAU AMIK TAHU.

(Berapa ramai orang Parti Islam yang masuk bank Islam dan berapa ramai pulak yang pakai Proton Saga?)

Jangan kita menyalahkan non-muslim dari luar dan dalam negara jika mereka mensensasikan isu2 yang salah (misconception) berkaitan Islam sedangkan kesalahan itu adalah dari kita sendiri.

Jangan kita biarkan PERSEPSI NEGATIF non-muslim mengenai hukum Islam menghantui rakan-rakan kita yang berbilang bangsa di Malaysia ini.

Sesungguhnya jika mereka tahu hikmah tersembunyi disebalik hukuman syariah itu, nescaya mereka sendiri akan merelakan diri mereka dihukum oleh cara Islam.

Cerita-cerita karut mengenai hukum sekejam POTONG TANGAN janganlah dibiarkan lagi bermaharaja lela -- rentikanlah!

Berentilah membuat 'political statement' mengenai Negara Islam ka Islam Hadhari ka, tanpa memberi penjelasan yang secukupnya -- masalah ketara yang kita hadapi hari ini adalah kerana kurangnya PENJELASAN!

Islam bukan agama yang kejam -- sebab Allah s.w.t tidak ada sifat kejam.

---------------------------------------------

Penjelasan Dr Mahathir mengenai Hukum Allah - terima kasih sebab amik berat pasal isu ni.

HUKUM ALLAH

| | Comments (12) | TrackBacks (0)

1. Apabila sesuatu dilakukan dengan nama Islam, ramai yang cepat berkata ia adalah hukum Allah yang perlu kita lakukan. Kita jarang bertanya samada sesuatu itu benar-benar hukum Allah.

2. Saya tertarik dengan rencana bekas mufti Perlis
(baca disini) berkenaan dengan kononnya Islam melarang gosok gigi di bulan puasa. Kononnya mulut yang bau busuk kerana berpuasa sebenarnya harum seperti bau kasturi. Ini diulangi berkali-kali dalam televisyen.

3. Benarkah pendapat ini adalah hukum Allah?



4. Sebenarnya hukum ini tidak terdapat dalam Al-Quran. Mungkin ada hadith yang menyarankan bahawa ini adalah ajaran Islam (yang diwajibkan). Tetapi kita tahu banyak hadith yang diterima oleh sesetengah daripada orang Islam adalah lemah atau bukan hadith yang sebenarnya.









5. Sebab itu kita dapati banyak perbezaan daripada segi kepercayaan dan amalan oleh orang Islam di negara-negara Islam. Ada negara Islam di mana purdah atau hijab diwajibkan walaupun oleh perempuan yang sudah tua. Al-Quran tidak mewajibkan wanita tutup muka dan tangan. Bolehkah kita kata amalan pakaian purdah ini adalah hukum Allah?


6. Larangan bagi wanita bersekolah untuk menuntut ilmu juga tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadith sahih.


7. Membunuh wanita kerana memalukan keluarga juga tidak ada. Tetapi di beberapa buah negara Islam dilapor berkenaan dengan wanita dibunuh oleh bapa atau abangnya kerana perbuatan tertentu. Islamkah ini? Hukum Allah kah ini?


8. Dalam melaksanakan hukum Islam, Al-Quran menyebut tentang hukuman yang setimpal. Demikian mata dibalas dengan mata, telinga dengan telinga dan seterusnya jiwa dengan jiwa. Dalam pada itu Al-Quran menyebut sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka itu menjadi penebus dosanya.


9. Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai orang yang bertimbangrasa dalam mengena atau melaksana hukum. Yang diutamakan dalam Al-Quran ialah apabila menghukum, hukumlah dengan adil. Terdapat 43 ayat yang menyebut tentang pentingnya hukuman yang adil. Beberapa ayat lagi menegah perbuatan yang zalim.


10. Seperti yang kita semua maklum, alim ulama memahami dan membuat tafsiran berpandu kepada isi kandungan Al-Quran dan hadith dan kitab tulisan ulama silam. Oleh kerana alim ulama bukan rasul kefahaman dan tafsiran mereka tidaklah selalunya sama antara satu dengan yang lain. Demikianlah kelainan antara pendapat dan kefahaman mereka sehingga berlaku perpecahan dan permusuhan dikalangan orang Islam dan rusuhan serta bunuh-membunuh antara mereka.


11. Soalnya apakah mungkin semua alim ulama benar-benar berpegang kepada hukum Allah apabila memberi pendapat atau membuat fatwa? Jika ya, kenapakah ajaran mereka tidak sama dan begitu bertentangan antara sesama mereka?


12. Atau apakah ada diantara mereka yang secara sengaja atau tidak sengaja, telah membuat tafsiran yang salah berkenaan apa yang dikatakan hukum-hukum Allah. Kerap ternampak mereka seolah-olah tidak puas hati dengan kesederhanaan dan kelonggaran yang terdapat dalam Islam.


13. Oleh kerana ada kemungkinan salah tafsiran berlaku janganlah kita terlalu cepat berkata bahawa hukum yang ditentukan oleh alim ulama adalah hukum Allah dan dengan itu kita tidak boleh mempersoalkannya dan kita akan berdosa jika kita abaikannya.


14. Oleh itu sebelum menghukum atau menjalankan hukuman tidak bolehkah kita bertanya dahulu adilkah hukuman yang dikenakan? Dan benarkah hukuman yang dikenakan adalah hukum Allah?


15. Kita juga harus diberitahu dari mana puncanya hukuman yang dijatuhkan, sebelum kita terima hukuman berkenaan adalah hukum Allah.


16. Dan janganlah kita lupa bahawa Allah suka kepada mereka yang bertimbangrasa dan tidak keterlaluan dalam melaksanakan hukum.


17. Juga harus kita jaga kebaikan nama Islam dan tidak melakukan sesuatu yang akan mencemarkannya.


18. Kita disuruh berdakwah dan mengembangkan agama Islam. Kita sendiri berbahagia kerana menganut agama Islam disebabkan pedagang Islam dari negara Arab dan India telah menunjuk kebaikan dan keadilan dalam Islam. Jika kita melakukan sesuatu yang sebenarnya bukan dari ajaran Islam dan ini menyebabkan orang lain menjauhkan diri dari Islam, apakah kita mematuhi tugas berdakwah yang diwajibkan keatas kita semua?


Wallahua'alam.

Read full post »

Isnin, September 28, 2009

Article 160 of the Constitution of Malaysia

0 comments

Article 160 of the Constitution of Malaysia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Article 160 of the Constitution of Malaysia defines various terms used in the Constitution. It has an important impact on Islam in Malaysia and the Malay people due to its definition of a Malay person under clause 2. It took effect after August 31, 1957 ("Merdeka Day" or "Independence Day") in West Malaysia, and took effect in Singapore and East Malaysia when they merged with Malaya in 1963. The article no longer applies to Singapore, as it declared independence from Malaysia in 1965; however, it does affect the legal status of Malay Singaporeans when they enter Malaysia.

[edit]
Definition of a Malay

The article defines a Malay as a Malaysian citizen born to a Malaysian citizen who professes to be a Muslim, habitually speaks the Malay language, adheres to Malay customs, and is domiciled in Malaysia or Singapore. As a result, Malay citizens who convert out of Islam are no longer considered Malay under the law. Hence, the Bumiputra privileges afforded to Malays under Article 153 of the Constitution, the New Economic Policy (NEP), etc. are forfeit for such converts.

Likewise, a non-Malay Malaysian who converts to Islam can lay claim to Bumiputra privileges, provided he meets the other conditions.


SELANGOR

Taburan penduduk mengikut bangsa (bukan kaum) maka disini keperluan etnik-etnik Melayu yang tediri daripada pelbagai suku kaum itu disatu menjadi bangsa Melayu.















Source: http://www.selangor.gov.my (2009)


Cuma yang tidak dinyatakan disini adalah taburan penduduk berstatus bumiputera, yang mana jika mengikut tafsiran Article 160 - mereka yang telah memeluk Islam dan telah memenuhi syarat-syaratnya, dan juga tidak dinyatakan pula mereka yang telah murtad dan memenuhi syarat-syaratnya (orang murtad sepatutnya di letakkan dalam 'status pemulihan' atau jika tidak bertaubat mengikut syarat-syarat Islam dan akan termasuk pula dalam status 'tunggu untuk di penggal' jika tidak bertaubat)


"Mengikut rekod Jabatan Agama Islam, Selangor merupakan kawasan yang paling ramai mempunyai penduduk Melayu Islam yg bertukar agama, bukan sahaja kepada Kristian, tetapi juga kepada agama lain seperti Hindu. Kedua, kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Pulau Pinang. Sejumlah kecil kes murtad juga terdapat di negeri-negeri lain. Yang menyedihkan, terdapat banyak kes-kes terbaru yg membabirtkan remaja belasan tahun."


Fasal ada menyatakan hukum murtad. Apabila seorang Islam itu murtad maka disuruh taubat tiga kali. Jika tiada mahu, dibunuh, dan tiada disembahyangkan dan jangan ditanam pada kubur orang Islam. (UUK, ms 82)


Dalam UUK, terang dinyatakan bahawa hukum murtad itu jatuh kepada orang ISLAM dan bukan tertakluk kepada bangsa - maka hukum ini adalah universal. Jadi apabila membicara hal murtad, skop dan takrifan perlulah diperluaskan kepada mereka yang berstatus BUMIPUTERA dan tidak pada Melayu sahaja.


Oleh itu kembali kita kepada masalah Selangor, bolehkah kita mengandaikan bahawa taburan penduduk diatas sebenarnya tidak melambangkan kekuatan sebenar orang Melayu dan Bumiputera Islam di Selangor-- jika mengambil kira jumlah dan peratusan mereka yang telah menjadi liberal dalam pemikiran (cthnya: tiba-tiba memperjuangkan hak sama-rata - Melayu tidak semestinya Islam dsbnya lagi) dan barangkali ada yang telah murtad secara diam?


Antara contoh nyata yang baru timbul: http://www.hmetro.com.my/Monday/BeritaUtama/20091012085647/Article


(Adakah peluang atau 'opportunity' ini yang di katakan 'New Hope' bagi mereka yang melihatnya sebagai titik lemah atau 'weakest point' di Selangor dan di 'neighboring state' - KL & Negeri Sembilan?)


Jika mengambil perkiraan politik hari ini pula, maka telah terbukti bahawa mereka yang menyokong Parti Islam adalah minoriti dibumi sendiri dan mereka yang menyokong Parti Melayu pula tidak berjaya mendapat kuasa. Oleh itu, bolehkah kita (secara congak orang kampung) mengambil perkiraan politik ini sebagai tanda sukat kekuatan Melayu-Islam yang semakin lemah, walaupun sebenarnya mereka adalah majoriti di Selangor -- isu tidak akan timbul jika Parti Islam menjadi majoriti kerana secara logiknya ia sesuailah dengan taburan penduduk di atas.


Adakah ini satu keadilan atau satu kesilapan dalam pengadilan di Selangor? Gerangan 'parasite' jenis apakah ini yang bertungkus lumus menjatuhkan Selangor -- apa agendanya? Dan 'parasite' itu pula bermula dari dalam atau datang hinggap dibawa angin lalu -- dari luar?


Dalam berpolitik, nampaknya umat Islam Selangor sudah berjaya diikat oleh janji manis lagi palsu-- jika tidak betul-betul maka anak cucu kitalah yang akan menerima bahananya New Hope yang dilaungkan 'parasite' NWO dan agen-agennya.



end and kemana sudahnya cerita ini is to be continued...(insyaAllah)


*apa itu NEW HOPE? -- ini kita semua mahu jaga-jaga.









Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger