"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Isnin, September 17, 2012

The Templar Says No!

0 comments
Knight Templars, sebuah nama yang cukup besar sinonim dengan Holy War ciptaan mereka. Terkenal menjadi seteru besar umat Islam dalam abad ke 11 masehi dan menjadi musuh ketat Panglima Salahudin Al Ayubi. Mereka berperang bagi pihak salib angkatan dari Eropah untuk mempertahankan Jerusalem dan seterusnya untuk merebut kembali Jerusalem dari tangan pihak Muslim. 

Mereka juga terkenal sebagai sebuah organisasi yang kaya raya - multibillionaire pada zaman dahulu. Telah menjelajah ke seluruh dunia dengan kapal-kapal binaan mereka dari England. Setelah kekalahan pihak salib ditangan Panglima Sallahudin Al Ayubi, peranan mereka mula lemah, lantas dicurigai. 

Mereka dituduh oleh pihak Kristian Perancis sebagai telah menyeleweng dari agama Kristian -- mereka didakwa mengamalkan upacara penyembahan syaitan oleh pihak Kristian Perancis. Sebagai umat Islam kita berpendapat itu adalah konflik dalaman sesama Kristian dan adalah satu 'advantage' kepada angkatan Islam.

Akibat daripada itu, seluruh ahli organisasi Templars dicari dan dibunuh atas arahan Raja Perancis. Oleh kerana itu mereka lari meninggalkan negara dan mencari tapak dijajahan yang lain yang mereka namakan "New World".  (Mereka kembali ke England dan menubuhkan the Grand Lodge of England pada tahun 1717 -- see Inner Temple)

Rivalry yang berlaku diantara pihak Kristian dan Templars menyebabkan mereka ini berlumba-lumba untuk mendahului diantara satu sama lain. Terutama sekali dalam perihal menulis sejarah. Pihak Kristian mengatakan mereka yang terlebih dahulu menjumpai benua Amerika dengan mengeluarkan cerita Amerigo Vaspucci, dan juga cerita Columbus yang menjumpai San Salvador pada tahun 1498AD.

Manakala, pihak Templars yang kalah sudah tentu terpaksa mendiamkan diri apabila seluruh dunia Kristian mengutuk mereka. Dan seperti yang kita semua sedia maklum, dunia Islam selepas kekalahan di Cordoba 1492AD semacam terpaksa juga menerima theori Kristian tentang hal pelayaran antarabangsa, sedangkan kita tahu pelayaran dunia timur dan barat telahpun dipelopori oleh pendakwah-pendakwah dan para peniaga Arab dan China sejak zaman pra-Islam lagi.

Apa yang cuba diketengahkan disini adalah hujah pihak Templars yang membuktikan bahawa mereka terlebih dahulu menjumpai benua Amerika, iaitu 200 tahun sebelum pihak Kristian. Dan telah ada penduduk peribumi di tanah Amerika sewaktu mereka mendarat disana. Dan penduduk peribumi di tanah Amerika ini menurut Charlotte Harris Rees adalah orang Asia.

Hujah Templars dan Charlotte Harris Rees ini menafikan theori Kristian tentang pemulaan penemuan "New World" pada abad yang ke 15 masehi.

Pembuktian yang telah dilakukan oleh penemu dan pengkaji sejarah generasi baru dan serangan mereka terhadap theori Kristian Columbus dan Amerigo Vaspucci menjadi petunjuk juga buat umat Islam untuk kembali melihat sejarah dari sudut yang lebih luas. 

Sejarah perang diantara pihak Crusaders dan Saracens adalah realiti. Peranan Templars dalam perang Salib adalah realiti. Kekayaan mereka adalah realiti. Keupayaan mereka belayar yang mendahului zaman pihak Kristian Columbus juga adalah realiti. Keupayaan mereka mencipta "new world order" dan apa yang dinamakan America juga adalah realiti. Keupayaan mereka mencipta dunia fantasi juga adalah realiti. Dendam mereka terhadap Kristian juga adalah realiti.

Jadi mengapa umat Islam Melayu masih lagi "bunked" terperangkap dengan sejarah fantasi Kristian Columbus sedangkan Islam itu sendiri telah mendahului Kristian Columbus dan Templars dalam segenap hal?

Sesungguhnya air dicincang tak akan putus, oleh kerana itu sudah tentulah Kristian dan Templars yang pernah bersekutu dalam memerangi Islam itu bersetuju jika sejarah Islam itu lebih inferior daripada sejarah mereka.

Tentulah mereka ini akan bersependapat dalam hal menafikan sejarah keagungan Islam dan Nabi Muhammad SAW dan bersepakat menyuapkan fantasi Parameswara Hindu dan seterusnya menafikan hal keagongan Islam di Nusantara seawal abad ke 9 -- fikirkan.

"Sebermula jika Yahudi membunuh Nasrani atau kafir Majusi maka dibunuh atasnya tiada temannya jika menjadi Islam sekalipun " UUK 222 Hijrah, ms85 
(menjadi bukti hukuman terhadap Yahudi waima Nasrani dan juga Majusi dibawah pemerintahan Empayar Islam Melayu zaman purbakala.)

Will it be a Yes?

Wassalam
Herman Abdullah
Ireland 97'

Updated 28.09.2012
emmm...;-) what a NO-YES coincidence.

Chancellor Merkel of Germany says YES...
The Associated Press, Berlin, Germany | World | Thu, September 27 2012, 10:33 AM
Chancellor Angela Merkel says Islam has become a part of Germany and she is urging her fellow citizens to show tolerance for Muslims.
She told members of her conservative Christian Democratic party Wednesday the great majority of Muslims in Germany have distanced themselves from the recent violence during protests against an anti-Islam video that ridiculed the Prophet Muhammad.
Merkel said about Islam that Germans "should be open about it and say, 'yes, it's part of us.'" She added that Christians should maybe start thinking and talking more about their own religion again "rather than having fear of Islam."
Germany is home to an estimated 4 million Muslims.
Merkel's comment follow former President Christian Wulff's remarks who surprised many in 2010 by saying that "Islam now also belongs to Germany."









"This is an enthralling story, full of ingenious connections. Academic orthodoxies should always be challenged, and I would recommend this book to anyone who wants to believe that there are more threads to history than we yet know."

Read full post »

Isnin, Ogos 13, 2012

Empayar Islam 1498-1590 ا لإ سلام بنوا سيم كداه

4 comments
Portugis tidak pernah menjajah Empayar Islam Benua Siam Kedah.

PERINTAH dan ADAT (Undang-undang) ini supaya tetap tidak berubah-ubah, sambung menyambung sehingga zaman Sultan Rijaludin (1424 - Parameswara @ Pangeran @ Pembesar Melaka bukannya Hindu, yang semayam di NAKA (NAGA) UUK MS14) ibni Saidina Ali Wa Maulana Paduka Sultan Muhammad Johan Syah, 1388-1395 yang bergelar Johan (جوهن HN جو Jo Hn) ظل الله في العالم ادم ا لله تعل Zilullahu Fil'alam Adamallahu Taala (Berdaulat DiDunia Adam dibawah takluk Tuhan Allah Taala) di Melaka UUK MS87, sehingga Sultan Mahmud Syah Melaka 1650 (UUK MS98) yang mengarahkan Portugis yang memang hormat kepada kerajaan Islam Siam Kedah di Melaka sejak mula lagi untuk ber-Prang Besar dengan Kompani Belanda 1641 Masehi (nama dan sejarah Prang Besar pun dah hilang timbul Putrajaya), sehingga Sultan Muhiyudin Mansor Syah Kota Palas Langkawi 1757/58 Masehi (ini adalah zaman Raja Ali Haji melanjutkan perang ke atas Belanda di Melaka, dan pada tahun 1784 masehi ketika Syarif Syah berundur dari Ligor ke Istana Kota Mengkuang Kedah akibat ditekan hebat oleh Thai Buddha di sebelah Utara, Raja Ali Haji pula terkorban syahid di Teluk Ketapang Melaka. Angkatan Tunku Long Putera Perdana Menteri Siam Kedah Malaka dizaman Musuh Bisik juga adalah terdiri daripada orang-orang Bugis -- "Pulau Penyengat Connection" -- adinda Tunku Long Putera iaitu Tunku Anjang Johan Raja Ranong @ Rundung adalah bapa mertua kepada Sultan Ibrahim Bugis Selangor juga adalah Korban Musuh Bisik), sehingga zaman Khalifah Syarif Abu Bakar Syah Ligur - Kota Mengkuang Kedah 1821 Masehi, sehingga zaman Duli Yang DiPertuan Sultan Muzaffar Syah III Perak Berahman Indera Kuning 1824 Masehi, sehingga zaman Syed Alang Alaudin Panglima Bukit Gantang 1832 masehi, sehingga zaman Sultan Jaafar Muadzam Syah (Long Jaafar) Perak - Kedah, 1876 Masehi, sebelum baginda dibunuh dan UUK dirampas Inggeris dan seterusnya hasil timah dan kekayaan negara ini disedut keluar melalui Singapura buat membiayai perang salib di Eropah sewaktu WW1 dan WW2.

Jika kita lihat, Kepulauan Rempah itu berada di Wilayah Moluku. Dimana sebenarnya realiti kedudukan Kepulauan Melayu yang sebenar?

Kekayaan sebenar bumi Semenanjung ini pada zaman dahulu adalah bijih timah. Dan kerana bijih timah itulah RAJA DAERAH MELAKA PENCURI BIJIH TIMAH itu dihalau keluar dari kawasan Pelabuhan Melaka yang penuh korupsi. Dalam kumpulan pencuri itu pun ada lagi penyamun Raja Mendeliar, ada Si Kitul dan sebagainya yang dok diseru-seru sebagai contoh teladan dalam hal tikam-menikam politik Melayu zaman moden.

"Akan timah itu dagangan besar dalam negeri ini kerana kapal Gujerat mengkehendaki dia dan kapal lain pun setengah mengkehendaki juga. Maka tiadalah dihukumkan jual beli dengan timah, dan jika dihukumkan timah itu tiada diberi niaga dengan timah, tiadalah ramai bandar dan rugilah hasil dacing daripada itu dan tiadalah timah datang dari negeri lain dan daripada jajahan negeri pun.

Maka adapun yang ditegahkan oleh raja daripada membelanjakan dia timah daripada sebidur dan setampang dan sepenjuru dua penjuru ia dua penjuru membeli sireh pinang dan tembakau dan yang dijadikan, itulah ditegahkan oleh raja dan orang bekerja, serta dicanangkan barang siapa daripada ditegah raja itu disulakan tiga hari dalam pasar. Maka cacak sulanya itu tiga tempat dalam pasar....Daripada kerana itulah hal ehwal perkataan timah ini dinyatakan dalam undang-undang pada kemudian harinya, jangan beroleh orang lain kemudiannya..." UUK MS10

Sedangkan realitinya Malaka itu adalah nama lama lagi besar bagi Semenanjung ini. Bukannya kecik cepotet seperti yang kita sangkakan.

Maka adalah satu kepalsuan dalam sejarah Melayu jika dikatakan Portugis datang menjajah Melaka kerana yang diserang itu hanyalah perlabuhan yang kecil sahaja -- berapa buah kapal dan berapa orang pula orang Portugis yang bertenggek dalam kapal benggali itu? Berapa ramai pula benggali yang hitam? Dan perkataan Feringghi itu merujuk kepada kata Farang, gelaran "slang" untuk orang eropah yang datang mencari betina dimana penggunaannya cukup meluas di Thai, Laos dan Indo-Cina.

Dan pada masa yang sama undang-undang syariat masih lagi berjalan diserata empayar ini tanpa ada gangguan sehinggalah Inggeris datang membikin Common Law. 

Dan jika diteliti maka tiada satu tempat pun di Semenanjung ini bertukar nama kepada nama Portugis seperti yang berlaku dilain-lain tempat atau dilain-lain benua yang dikatakan terjajah dek Portugis. Brazil contohnya dijajah Portugis pada tahun 1500 masehi dan hari ini menjadi "the largest Portuguese-speaking country in the world".

Tunggul masih digelar tunggul dalam Undang-undang Kedah dan tidak disadur perkataan Portugis, bandeira seperti yang dilakukan oleh Melayu pada zaman Inggeris.

Dan khas buat penduduk Rakhine atau Arakan, nama wilayah itu telah pun ada tercatat dalam peta Portugis diatas, maka sudah ada fakta untuk menafikan yang mereka ini kaum pendatang seperti yang dituduh oleh Burma, yang namanya pun belum ada lagi tercatat dalam peta abad ke 15/16 masehi. Perkataan Burma itu sebenarnya bermaksud Pendatang dalam perbendaharaan kata Siam. Sebab itu mereka tukar kepada Myanmar. (kalau depa larat tepih hat nih)

Ciri-ciri penutupan sejarah atas alasan yang tidak munasabah;

"Salah satu usaha diplomatik beliau adalah mengadakan perundingan kerajaan Siam selepas penawanan Melaka. Malangnya duta Albuquerque iaitu Duarte Fernandez ialah seorang rakyat biasa. Tentulah tidak bermaruah untuk mengaku bahawa kekurangan kakitangan yang mahir menjadikan bapanya terpaksa menghantar "homem de baixa sorte" dalam urusan yang begitu penting. Oleh itu dalam edisi kedua, butiran ini lenyap." Albuquerque Caesar Timur, 1995, MS81, Universiti Malaya.

*Alfonso Albuquerque hanya tunjuk "terrer" ataupun "cakap lawa" dalam kisahnya sebagai Caesar Timur, padahal realitinya tak terrer mana pun.

Read full post »

Isnin, Ogos 06, 2012

Zalim! Rohingya disembelih kerana kalimah Tauhid.

0 comments
RAKHINE - The Denied Truth Part 1 and 2

Inilah contoh pembunuhan terhadap orang Khaek oleh orang Buddha. Akibat kebencian melampau mereka diperlakukan seperti haiwan. TMP mengambil masa selama setahun sebelum menyiarkan berita Part 1 kerana ingin mendapatkan kepastian dan ketepatan atas fakta dan maklumat yang akan diberikan kepada pembaca. Manakala Part 2 adalah penyambung untuk merumuskan segala yang diperkatakan dalam Part 1.


Hanya kerana berpegang kepada kalimah tauhid maka leher mereka dikelar tanpa peri kemanusian-inilah mangsa kekejaman kerajaan Buddha Myanmar.Sumber: MUR

Manakala dibawah ini pula adalah ceramah oleh Majlis Ulama Rohingnya berkenaan dengan pembersihan etnik yang dilakukan oleh penganut Buddha terhadap orang Islam di Rohingya.
Kedua-dua video ini saling bersangkut paut kerana maklutmat yang dikongsikan itu saling membenarkan diantara satu sama lain.
Buat pengetahuan pembaca, wilayah Islam Rohingya sebenarnya telah lama wujud, semenjak abad ke 8 masehi lagi dan dikatakan mempunyai seorang sultan bernama Sultan Jalaludin Muhammad Syah pada sekitar tahun 1400 - 1500 masehi yang mempunyai dinarnya sendiri. Terbukti lagi bahawa British India Company berperanan dalam mencatur sejarah dan masa depan Islam di wilayah ini.
Sebahagian dari Wilayah Pantai Barat Empayar Islam "Nagara Yang Luas"
Setelah kejatuhan kerajaan Islam ini, maka cara pemakaian, adat dan pentadbiran mereka kemudian dicedok dan diubahsuai oleh kerajaan Buddha yang memerintah selepas mereka dan sejarah Islam itu pula dinafikan. Manakala Wilayah Rohingya adalah sebuah wilayah Islam yang kaya dengan sumber asli, maka pembersihan etnik itu wajib dijalankan sebelum sebarang usaha pendemokrasian berjalan di Myanmar supaya hasil kekayaan itu dapat dibolot sepenuhnya tanpa perlu dikongsi dengan orang Islam, tuan punya wilayah itu sejak zaman berzaman.
Harapan terhadap Aung Sang Suu Kyi yang diluahkan oleh video diatas nyata telah dikecewakan oleh kenyataan oleh video dibawah.
 
RAKHINE - The Denied Truth Part 2 from THEMALAYPRESS on Vimeo.
Sebarang pertanyaan sila hubungi: Ustaz Jaber Mohd Subahan, Presiden Majlis Ulama Rohingya No telefon: 017 354 9311/ 016 244 9903 Email:ustjaber@gmail.com Website:majlisulamarohingyamalaysia.blogspot.com Saluran diatas disediakan buat sesiapa yang inginkan maklumat lanjut atau ingin menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara Islam kita di Rohingya.

Wassalam.
Read full post »

Selasa, Julai 17, 2012

UUK dan Kisah Ahmad Muhammad

3 comments
Sesekali tu berkunjunglah ke Perpustakaan Negara Malaysia, banyak faedahnya. 
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.

"sangat menarik pameran ni" kata seorang staff perpustakaan negara.
"terima kasih kak," kata saya.

Pameran Karya Agung Bangsa Melayu.

Ruang legar pameran

Undang-undang Kedah adalah undang-undang yang diiktiraf kesahihannya, malah menjadi tunjang sejarah keagungan Islam di Alam Melayu. Siapakah yang dipertanggungjawabkan melaksana hukum didalam UUK hatta anak raja waima anak menteri sekalipun tidak terlepas dari hukuman? Mengapa para ulama zaman moden menikus tidak berani menegak kebenaran walhal sudah terang lagi bersuluh kebenaran sudah terbentang di depan mata?

,

Selain dari naskhah manuskrip Al Quran lama, Undang-undang Negara Kedah Pasai Ma Kheag Tesh tidak dikategorikan sebagai hikayat malah ia adalah sebuah undang-undang yang mengesahkan sejarah awal tamadun Islam di Tanah Semenanjung. Semua rakyat yang bernaung dibawah Empayar Negara Kedah tertakluk kepada undang-undang syariat Islam ini. Seperti yang tertulis, buku ini adalah bukti kukuh kehebatan dan perkembangan ketamadunan bangsa Melayu dan hukum Islam -- sejak 220 hijrah lagi. Ini adalah realiti bukan hikayat dongeng mitos muntah kerbau muntah lembu pakai sari biawak hidup penyepak anjing bawah pokok Melaka Hindu Penipu No Satu!


Kepada yang mendalami perihal kisah Ahmad Muhammad sudah tentu tahu bahawa hikayat yang diceritakan ini penuh dengan makna yang tersirat. Kisah dua orang putera raja dari negeri Syam (Damsyik) Ahmad dan Muhammad yang melarikan diri lalu terpisah dan akhirnya bertemu kembali. Jika diselidiki siapakah putera dari negeri Syam yang bernama Ahmad dan Muhammad? Putera raja yang mana satu? Mereka lari ke mana dan merantau sampai ke mana? Bertemu pula dimana? Begitulah kisahnya kias yang tersirat.

Apa pula kaitan *UUK dan kisah Ahmad Muhammad?

~Makbul doa orang yang teraniaya~



takat ni la dulu...


Read full post »

Selasa, Julai 03, 2012

MAKA TERGADAILAH NEGARA DEK KERANA UNDI.

1 comments
Penubuhan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA)
Pada 27 Februari 1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan mengasaskan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk:

▪ menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu;
▪ melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina;
▪ bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme; dan
▪ bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu.

Sebagai Presiden MCA, Tan mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempen-kempen itu menarik hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Bilangan ahli dan cawangan MCA semakin bertambah. Tan, selaku ketua MCA, menyokong gagasan Dato' Onn Jaafar untuk membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). IMP dibentuk pada 26 September 1951 di Kuala Lumpur dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa. Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang, disebabkan apa yang dikatakan ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan kewarganegaraan.

Pada tahun 1952, Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap orang-orang bukan Melayu. Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953 dan Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP. Pemusuhan antara Tan dan Dato' Onn bermula ketika Tan menyokong cadangan H.S. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952. Dato' Onn terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku "The Negotiator" Abdul Rahman. (Bab nego-nego ni kena tanya Pak Habib Janda Baik, Tunku yang habaq kat dia)

Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23 Ogos 1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955.


Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan Persekutuan.


sumber cepat: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tan_Cheng_Lock

Tu la orang dulu kata "merdeka Pak Kaduk...UMNO menang Negara tergadai". Sampai la sanggup perabih duit asal dapat undi. Walaupun kita tidak bersetuju 100 peratus dengan cara Indonesia tapi ada benarnya kata Bung Karno, Malaysia negara tak de ideologi...yang ada hanya undi.

La, kalau depa tak dapat apa depa hendak, ugut tak mahu bagi undi...dari dahulu sampai sekarang sama ja perangai puak-puak ni sama la dengan pembangkang pun, toksah dok kona kelain la.


Read full post »

Rabu, Mei 30, 2012

S2PID ID10T

3 comments

Sila perhatikan penggunaan perkataan Khaek Melayu dan sila rujuk kembali kepada artikel SNK mengenai Po Khaek @ Phuket dan juga hal-hal yang bersangkut dengan perkataan yang sama. Peringatan juga buat puak-puak yang menuduh TMP taksub membuta tuli dan hanya menyiarkan artikel berkenaan hal Siam sahaja -- lihat sendiri apa yang dikatakan oleh puak Thai kepada Melayu Siam. Lihat sendiri ini adalah sejarah realiti bukan fantasi.

Sila faham mengapa sejarawan yang berkiblat ke Singapura dan Inggeris bermatian-matian cuba menafikan peranan Empayar Islam Benua Siam Kedah di Alam Melayu. Ini semua supaya Melayu menjadi apa yang mereka tafsirkan sebagai pemalas, hina dan sebagainya. Hal ini juga sangat berkait rapat dengan agama dan bangsa.

Hanya Melayu kategori ID10T yang tidak faham sejarah realiti sahaja yang akan buat tuduhan buta tuli tanpa usul periksa mengikut suka tafsir sendiri.

Hanya Melayu kategori S2PID ID10T sahaja yang tunduk melutut menyembah bangsa asing.

"Seterusnya pada tahun 1876 masihi tentera Raja Buddha Thailand, Rama V Chakri Sokho Thai, Chula Luang Khon telah menyerang Kedah dan membunuh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Kheag Tesh yang terakhir, Sultan Jaafar Mad Azam Syah (Nai @ Syed Long Jaafar) di Gurun Kedah dan mereka terus menjajah negeri Kedah selama lima tahun. " - SNK

Sekian.

*Kheag@Khaek (Islam) Tesh(tempatan) - itu sebab bab sejarah pembunuhan itu bukan perkara yang diada-adakan kerana ia adalah akibat kebencian yang melampau terhadap orang Khaek.

Read full post »

Jumaat, Mei 25, 2012

YM Tuanku Nai Long Kassim kembali kerahmatullah

1 comments
Bismillahirahmanirahim.

Assalamu'alaikum wbt.

Dimaklumkan.

25 Mei, Jumaat - Yang Mulia Tuanku Nai Long Kassim ibni Tuanku Nai Long Ahmad, 75 tahun, waris Khalifah Syarif Syah dan Tuanku Long Jaafar telah kembali ke rahmatullah selepas isya' tadi akibat sakit tua.

Jenazah baginda akan dikebumikan esok hari.

Sekian untuk makluman sidang pembaca yang dihormati.

Dalam kenangan
YM Almarhom Tuanku Nai Long Kassim ibni Tuanku Nai Long Ahmad, Pengasas Sejarah Realiti Empayar Islam Benua Siam Kedah yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam perjuangan sewaktu hayatnya.

Sesungguhnya perjuangan dan wasiat yang ditinggalkan untuk anak bangsa insyaAllah akan diteruskan oleh generasi seterusnya.

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang mukmin dan solehin.


Perjumpaan terakhir dengan Almarhom (sebelah kiri baju batik) lebih kurang 100 hari yang lepas sewaktu dijemput menghadiri majlis tahlih arwah ibunya di Titi Haji Idris, Pendang, Kedah Darul Aman.

Al Fatihah.
Read full post »

Rabu, Mei 23, 2012

Air Taat Setia Tok Sami Sukothai?

0 comments
Coat of Arms of Siam 1873-1910 - Hugo Gerard Ströhl: Heraldischer Atlas, Stuttgart 1899.
Original work in 1873 by His Highness Prince Pravij Jumsai. Kepala Garuda diletak atas sekali.



COA ini mengandungi tiga bahagian 1. Gajah kepala tiga, 2. Gajah Putih (Lan Xang) yang merujuk kepada Laos dan 3. Keris Melayu merujuk kepada Malayu.
Varian diatas ini lebih jelas menggambarkan keseluruhan jajahan Thailand terhadap wilayah-wilayah sekitarnya. Asalnya adalah kepala Garuda yang memakai mahkota.

Graduate in Siam Buddhist theology degree (1910) -- lihat COA diatas yang menjadi kepala surat kepada "ijazah siam buddha".
The precious royal seal of Siam (Thailand). It features Garuda bearing Lord Vishnu and holding Nagas. This seal was used around 1827 to 1873 and not in use now.
Selepas kejatuhan Ayutthaya 1767 sehingga tahun-tahun Musuh Bisik 1821-1876 ++ Ayutthaya bukan lagi sebuah kerajaan Siam Islam. Manakala Garuda pula adalah perlambangan agama Hindu.

Deutsch: Wappen des Königreichs Siam.
English: The arms of the Kingdom of Siam were created during the reign of King Chulalongkorn the Great, Rama V, when the Kingdom was exposed to Western traditions, ideas, and also European threat of colonialism. King Chulalongkorn, who visited Europe twice, modernized Siam and adopted many of the European traditions to his court, including the use of heraldry.

On the top of the coat of arms is the Great Victory Crown of Thailand, the most important royal regalia and the symbol of kingship. Under the crown is the symbol of the Royal House of Chakri, the King's royal family, which is a disc intersected with a trident. The royal multi-tiered umbrellas of state are also present on either side of the crown.

To both sides of the coat of arms are the other regalia, the royal sword and the royal baton. In the background is the draped robe - either the Royal robe of the King or the robe of the Order of Chulachomklao - an order created by the King. The supporters are two (again) mythical creatures, one is the Royal Lion, rajasiha, and the other is Elephant Lion, gaja-siha.

The shield itself is partitioned into three parts, signifying the Thai part of the Kingdom (the 3-headed elephant) on the top, the Laotian suzerainty (another elephant), and the Malay suzerainty (two "kris", or Malayan short swords). The chain under the Arms is a necklace that is a part of the Order of Chulachomklao.

The ribbon under the Arms is inscribed with the motto (in Pali, the language of the Buddhist canon) which may be translated as "Unity brings happiness". When the present seal (the Garuda) was made the State symbol, King Chulalongkorn's great arms were no longer used as a State symbol, however, it still adorns the hats of Thai police officers to this day.

sumber: http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Graduate_in_Siam_Buddhist_theology_degree_(1910).jpg
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Emblem_of_Thailand_(ancient).gif

Nota:
Coat of Arm of Siam 1873-1910 ini adalah antara dokumen yang membuktikan bahawa kisah minum air taat setia Sami Buddha sebagai tanda akur kepada kerajaan Thailand itu adalah benar sama sekali dan bukan rekaan semata-mata. Keris yang terbelengu itu tanda Melayu terjajah dek Buddha. 1873 adalah tahun-tahun terakhir sebelum Duli Yang Dipertuan Kedah yang terakhir Sultan Jaafar Mad Azam @ Long Jaafar waris Syarif Syah terkorban dibunuh oleh musuh dalam selimut pada tahun 1876. COA ini baru dibikin pada 1873 kerana mengikut budaya barat -- heraldic tradition.

Peta Lama Empayar Islam Benua Siam Kedah 1686 - dari kerajaan Kedah lalu membuka kerajaan Siam Lancang seterusnya menjadi sebuah Empayar Islam terkuat diwilayah Timur yang hari ini dikenali sebagai Wilayah Nusantara Melayu - Jawi.

Maka pada ketika itu jika ada seluruh rakyat jelata, para ulama-ulama, para panglima dan para pemimpin yang bersekongkol dengan raja yang minum air taat setia sami buddha atau yang telah "di-izajah baiat Siam Buddha" sebenarnya telah pun secara tidak langsung bolehlah dikatakan bersubahat dengan kerajaan Siam Buddha menentang kerajaan Siam Islam.

Jika begitu, maka adakah para penyokong mereka daripada dahulu sehingga sekarang tidak pernah memikirkan akibat dan mudarat hasil daripada sokongan mereka itu? Jika tidak tahu pada ketika itu tidak mengapa, maka boleh dijadikan alasan, tetapi hari ini sidang pembaca telah pun diberitahu dan telah pun tahu.

Maka, Siam mana yang perlu ditentang dan Melayu mana yang perlu disokong, yang Buddha atau yang Islam? Sejarah mana yang wajib dimartabatkan sejarah Islam atau sejarah Hindu Buddha?

Keris yang menjadi lambang Melayu tersisip dipinggang pemerintah kerajaan Ayuttahaya purbakala -- asal-usulnya tetap bemula dari Kerajaan Kedah di Semenanjung juga.

Ternyata selepas COA yang baru ini dibikin harus bagi mereka menjadi tanda bahawa jurai Merong Mahawangsa yang memerintah Empayar Islam Benua Siam Kedah telah pun berjaya dilenyapkan -- maka tahun 1923 terbitlah salah silah baru yang lebih mendebarkan.
Keris juga yang tersisip dipinggang panglima-panglima kerajaan Ayuthaya purbakala yang diutuskan mengadap Raja Perancis. Adakah hina kedudukan Keris Melayu sehingga terisisip dipinggang panglima yang diberi kepercayaan membawa amanah sebuah kerajaan yang besar pada ketika itu. Siapakah gerangannya laksamana yang terkenal dengan keris-nya yang telah merantau sehingga ke seluruh benua membawa amanah raja? Bukankah mereka ini orang Melayu juga? Mereka ini tetap orang Melayu kerana hanya Melayu yang tahu menghargai keris dan keris itu adalah senjata orang Melayu sejak zaman berzaman. Semua bangsa didunia ini telah pun sedia maklum bahawa bangsa yang berkeris itu adalah bangsa kita hari ini kenali sebagai Melayu, bukan India bukan Pakistan bukan Bangladesh dan bukan Afghanistan -- ia berkait rapat dengan warisan dan seni budaya Melayu.  Maka, buangkan mitos kembalilah kepada realiti.

Dimanakah sebenarnya kedudukan ulama-ulama tersohor Islam pada ketika itu? Adakah tergamak mereka ini menyokong kerajaan Siam Buddha seperti yang ditakwilkan oleh sesetengah pihak?

petikan:

sumber:https://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2012/09/wangsa-itu-harimau-malaya.html?m=1

Atau ini hanya andaian mereka sahaja akibat kurangnya maklumat serta kecelaruan sejarah akibat cerita yang telah diputarbelitkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan?

Bukti gambar yang menunjukkan bendera asal menggunakan Coat of Arms of Siam (Buddha) 1873-1910 yang dibawa berjumpa putera mahkota Lao diakhir 1880an.

Informasi terkini dan segala bukti terbaru bakal mencerahkan keadaan memadamkan andaian yang selama ini kita bergantung padanya -- bukti baru bakal memadamkan kepercayaan lama tanpa asas.

Persoalan lain, mahu pakai Kanun Buddha atau Undang-undang Kedah?

Maka fikirkan -- inilah sejarah realiti.
Read full post »

Ahad, Mei 20, 2012

Rebuilding The Old? - Uighur Dilemma.

0 comments
August 2009

Ever since the violence between Muslim Uighurs and Han Chinese, a fear of fanaticism has taken hold. Is the government's decision to demolish the Uighur area Kashgar really due to an earthquake threat?


Kashgar is a cultural icon. Parts of the city have stood for 2000 years and within its labyrinth, Uighur traditions are unchanged. 'We live as we did in the old times' says Tursun, a 6 generation pot thrower.

But times are changing. Beijing's deputy mayor has announced that destruction of the old town is the only way to prepare for an earthquake threat. 'I spent my whole childhood in this place. If they destroy it, we can't continue our business' cries one of Kashgar's many blacksmiths. Many Uighur's are convinced that the authorities 'never tell the truth'. 

Yet some are happy to be rehoused in government buildings, admitting that their homes are dangerous. Kashgar is of great strategic value for China - if small separatist groups here link with Taliban insurgents across the border, there could be a full-scale armed conflict in Western China. 'If a handful of religious extremists, or international terrorists appear, we will crack down on them immediately' says Beijing's deputy mayor. His plan could rebuild a sour relationship. Or give the Uighurs a new reason to throw off Chinese occupation of their homeland.

Produced by ABC Australia, distributed by Journeyman Pictures
Read full post »

Jumaat, Mei 18, 2012

Remember What You Did Last Summer?

0 comments
May 17, 2012 • Reprints
So the price of gold keeps falling, and it keeps falling despite the imminent failure of Greece's euro membership, the looming collapse of Europe's banking system, and the fast-looming debt-ceiling repeat and fiscal cliff in the US. 
Hey-ho. Some €700m per day is being pulled from Greek banks. Global stock markets have fallen over 7% already this month, the broad commodity markets have fallen for 10 out of 11 days, and crude oil is trading at a six-month low, down 15% from February. 
Yet the distinct attributes of gold – un-inflatable, economically useless (relatively speaking) incorruptible gold, with its zero credit risk and 5,000 years of monetary use – count for nothing. In dollar and sterling terms, it's now back where it started last summer's big move. 
Read full post »

Ahad, Mei 13, 2012

What Do You Trust, the Paper or the Gold?

0 comments
It all boils down to this: What do you trust? The paper money system, that since 1913 has dragged the dollar down from $20.6718 to the gold ounce to $1,583.60 today? The system that picks your pocket every day, and worse, is now run by thieves, incompetents and tapeworms? Or gold and silver, which mankind has valued since the sun came up on Eden? When I talk about this some folks laugh at me and point out that the system has been chugging away since 1913. This differs nothing from telling me that a 1913 Stanley Steamer is a great car because it still runs. The world can no longer afford parasite capitalism, crony central banks, crooked banks, and prosperity-through-government-borrowing. It's breaking up, and I'd rather belong to the new world building than the old world dying.

source: http://silver-and-gold-prices.goldprice.org/
Read full post »

Rabu, Mei 09, 2012

Fickle gold and silver prices - a pragmatist's viewpoint

0 comments
Fickle gold and silver prices - a pragmatist's viewpoint
For whatever reason gold and silver prices have been falling recently, but this may be irrelevant in the long term scheme of things

Author: Lawrence Williams
Posted:  Wednesday , 09 May 2012 
RELATED STORIES

LONDON (MINEWEB) - 
Despite the gloom being felt by gold and silver investors as the price continues to be pushed downwards, the more level headed will realise that the price is still above that prevailing at the beginning of the current year and over $100 higher than at this time a year ago, which might not be considered a particularly poor performance overall.  Nevertheless the big fallbacks in gold in September last year from the probably then-overdone peak of around $1900 down to below $1550 in late December, followed by another sharp fall from the $1790 level achieved at the end of February followed immediately by a $100 crash down in price after which the gold price has struggled ever since, will certainly have tested the staying power of precious metals investors.
Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger