"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Mei 23, 2012

Ulama atau Sami Buddha?

Coat of Arms of Siam 1873-1910 - Hugo Gerard Ströhl: Heraldischer Atlas, Stuttgart 1899.
Original work in 1873 by His Highness Prince Pravij Jumsai. Kepala Garuda diletak atas sekali.



COA ini mengandungi tiga bahagian 1. Gajah kepala tiga, 2. Gajah Putih (Lan Xang) yang merujuk kepada Laos dan 3. Keris Melayu merujuk kepada Malayu.
Varian diatas ini lebih jelas menggambarkan keseluruhan jajahan Thailand terhadap wilayah-wilayah sekitarnya. Asalnya adalah kepala Garuda yang memakai mahkota.

Graduate in Siam Buddhist theology degree (1910) -- lihat COA diatas yang menjadi kepala surat kepada "ijazah siam buddha".
The precious royal seal of Siam (Thailand). It features Garuda bearing Lord Vishnu and holding Nagas. This seal was used around 1827 to 1873 and not in use now.
Selepas kejatuhan Ayutthaya 1767 sehingga tahun-tahun Musuh Bisik 1821-1876 ++ Ayutthaya bukan lagi sebuah kerajaan Siam Islam. Manakala Garuda pula adalah perlambangan agama Hindu.

Deutsch: Wappen des Königreichs Siam.
English: The arms of the Kingdom of Siam were created during the reign of King Chulalongkorn the Great, Rama V, when the Kingdom was exposed to Western traditions, ideas, and also European threat of colonialism. King Chulalongkorn, who visited Europe twice, modernized Siam and adopted many of the European traditions to his court, including the use of heraldry.

On the top of the coat of arms is the Great Victory Crown of Thailand, the most important royal regalia and the symbol of kingship. Under the crown is the symbol of the Royal House of Chakri, the King's royal family, which is a disc intersected with a trident. The royal multi-tiered umbrellas of state are also present on either side of the crown.

To both sides of the coat of arms are the other regalia, the royal sword and the royal baton. In the background is the draped robe - either the Royal robe of the King or the robe of the Order of Chulachomklao - an order created by the King. The supporters are two (again) mythical creatures, one is the Royal Lion, rajasiha, and the other is Elephant Lion, gaja-siha.

The shield itself is partitioned into three parts, signifying the Thai part of the Kingdom (the 3-headed elephant) on the top, the Laotian suzerainty (another elephant), and the Malay suzerainty (two "kris", or Malayan short swords). The chain under the Arms is a necklace that is a part of the Order of Chulachomklao.

The ribbon under the Arms is inscribed with the motto (in Pali, the language of the Buddhist canon) which may be translated as "Unity brings happiness". When the present seal (the Garuda) was made the State symbol, King Chulalongkorn's great arms were no longer used as a State symbol, however, it still adorns the hats of Thai police officers to this day.

sumber: http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Graduate_in_Siam_Buddhist_theology_degree_(1910).jpg
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Emblem_of_Thailand_(ancient).gif

Nota:
Coat of Arm of Siam 1873-1910 ini adalah antara dokumen yang membuktikan bahawa kisah minum air taat setia Sami Buddha sebagai tanda akur kepada kerajaan Thailand itu adalah benar sama sekali dan bukan rekaan semata-mata. Keris yang terbelengu itu tanda Melayu terjajah dek Buddha. 1873 adalah tahun-tahun terakhir sebelum Duli Yang Dipertuan Kedah yang terakhir Sultan Jaafar Mad Azam @ Long Jaafar waris Syarif Syah terkorban dibunuh oleh musuh dalam selimut pada tahun 1876. COA ini baru dibikin pada 1873 kerana mengikut budaya barat -- heraldic tradition.

Peta Lama Empayar Islam Benua Siam Kedah 1686 - dari kerajaan Kedah lalu membuka kerajaan Siam Lancang seterusnya menjadi sebuah Empayar Islam terkuat diwilayah Timur yang hari ini dikenali sebagai Wilayah Nusantara Melayu - Jawi.

Maka pada ketika itu jika ada seluruh rakyat jelata, para ulama-ulama, para panglima dan para pemimpin yang bersekongkol dengan raja yang minum air taat setia sami buddha atau yang telah "di-izajah baiat Siam Buddha" sebenarnya telah pun secara tidak langsung bolehlah dikatakan bersubahat dengan kerajaan Siam Buddha menentang kerajaan Siam Islam.

Jika begitu, maka adakah para penyokong mereka daripada dahulu sehingga sekarang tidak pernah memikirkan akibat dan mudarat hasil daripada sokongan mereka itu? Jika tidak tahu pada ketika itu tidak mengapa, maka boleh dijadikan alasan, tetapi hari ini sidang pembaca telah pun diberitahu dan telah pun tahu.

Maka, Siam mana yang perlu ditentang dan Melayu mana yang perlu disokong, yang Buddha atau yang Islam? Sejarah mana yang wajib dimartabatkan sejarah Islam atau sejarah Hindu Buddha?

Keris yang menjadi lambang Melayu tersisip dipinggang pemerintah kerajaan Ayuttahaya purbakala -- asal-usulnya tetap bemula dari Kerajaan Kedah di Semenanjung juga.

Ternyata selepas COA yang baru ini dibikin harus bagi mereka menjadi tanda bahawa jurai Merong Mahawangsa yang memerintah Empayar Islam Benua Siam Kedah telah pun berjaya dilenyapkan -- maka tahun 1923 terbitlah salah silah baru yang lebih mendebarkan.
Keris juga yang tersisip dipinggang panglima-panglima kerajaan Ayuthaya purbakala yang diutuskan mengadap Raja Perancis. Adakah hina kedudukan Keris Melayu sehingga terisisip dipinggang panglima yang diberi kepercayaan membawa amanah sebuah kerajaan yang besar pada ketika itu. Siapakah gerangannya laksamana yang terkenal dengan keris-nya yang telah merantau sehingga ke seluruh benua membawa amanah raja? Bukankah mereka ini orang Melayu juga? Mereka ini tetap orang Melayu kerana hanya Melayu yang tahu menghargai keris dan keris itu adalah senjata orang Melayu sejak zaman berzaman. Semua bangsa didunia ini telah pun sedia maklum bahawa bangsa yang berkeris itu adalah bangsa kita hari ini kenali sebagai Melayu, bukan India bukan Pakistan bukan Bangladesh dan bukan Afghanistan -- ia berkait rapat dengan warisan dan seni budaya Melayu.  Maka, buangkan mitos kembalilah kepada realiti.

Dimanakah sebenarnya kedudukan ulama-ulama tersohor Islam pada ketika itu? Adakah tergamak mereka ini menyokong kerajaan Siam Buddha seperti yang ditakwilkan oleh sesetengah pihak?

Atau ini hanya andaian mereka sahaja akibat kurangnya maklumat serta kecelaruan sejarah akibat cerita yang telah diputarbelitkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan?

Bukti gambar yang menunjukkan bendera asal menggunakan Coat of Arms of Siam (Buddha) 1873-1910 yang dibawa berjumpa putera mahkota Lao diakhir 1880an.

Informasi terkini dan segala bukti terbaru bakal mencerahkan keadaan memadamkan andaian yang selama ini kita bergantung padanya -- bukti baru bakal memadamkan kepercayaan lama tanpa asas.

Persoalan lain, mahu pakai Kanun Buddha atau Undang-undang Kedah?

Maka fikirkan -- inilah sejarah realiti.

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger