Penubuhan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA)
Pada 27 Februari 1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan mengasaskan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk:
▪ menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu;
▪ melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina;
▪ bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme; dan
▪ bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu.
Sebagai Presiden MCA, Tan mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempen-kempen itu menarik hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Bilangan ahli dan cawangan MCA semakin bertambah. Tan, selaku ketua MCA, menyokong gagasan Dato' Onn Jaafar untuk membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). IMP dibentuk pada 26 September 1951 di Kuala Lumpur dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa. Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang, disebabkan apa yang dikatakan ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan kewarganegaraan.
Pada tahun 1952, Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap orang-orang bukan Melayu. Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953 dan Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP. Pemusuhan antara Tan dan Dato' Onn bermula ketika Tan menyokong cadangan H.S. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952. Dato' Onn terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku "The Negotiator" Abdul Rahman. (Bab nego-nego ni kena tanya Pak Habib Janda Baik, Tunku yang habaq kat dia)
Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23 Ogos 1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955.
Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan Persekutuan.
sumber cepat: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tan_Cheng_Lock
Tu la orang dulu kata "merdeka Pak Kaduk...UMNO menang Negara tergadai". Sampai la sanggup perabih duit asal dapat undi. Walaupun kita tidak bersetuju 100 peratus dengan cara Indonesia tapi ada benarnya kata Bung Karno, Malaysia negara tak de ideologi...yang ada hanya undi.
La, kalau depa tak dapat apa depa hendak, ugut tak mahu bagi undi...dari dahulu sampai sekarang sama ja perangai puak-puak ni sama la dengan pembangkang pun, toksah dok kona kelain la.

UMNO terlalu LEMBUT..
BalasPadam