"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Mac 10, 2013

Reversing: The CIA Bay of Pig

0 comments
Mau pilih Castro atau Kennedy atau the Exiles?

The Bay of Pigs
The Bay of Pigs Invasion was an unsuccessful attempt by United States-backed Cuban exiles to overthrow the government of the Cuban dictator Fidel Castro. Increasing friction between the U.S. government and Castro's leftist regime led President Dwight D. Eisenhower to break off diplomatic relations with Cuba in January 1961. Even before that, however, the Central Intelligence Agency had been training anti-revolutionary Cuban exiles for a possible invasion of the island. The invasion plan was approved by Eisenhower's successor, John F. Kennedy.


On April 17, 1961 about 1300 exiles, armed with U.S. weapons, landed at the Bahía de Cochinos (Bay of Pigs) on the southern coast of Cuba. Hoping to find support from the local population, they intended to cross the island to Havana. It was evident from the first hours of fighting, however, that the exiles were likely to lose. President Kennedy had the option of using the U.S. Air Force against the Cubans but decided against it. Consequently, the invasion was stopped by Castro's army. By the time the fighting ended on April 19, 90 exiles had been killed and the rest had been taken as prisoners.


The failure of the invasion seriously embarrassed the young Kennedy administration. Some critics blamed Kennedy for not giving it adequate support and others for allowing it to take place at all. The captured exiles were later ransomed by private groups in the U.S.

Additionally, the invasion made Castro wary of the U.S. He was convinced that the Americans would try to take over the island again. From the Bay of Pigs on, Castro had an increased fear of a U.S. incursion on Cuban soil.

Read full post »

Isnin, Mac 04, 2013

Asal Sabah Adalah Milik Orang Islam yang Bersultan

0 comments
Angkara British-Belanda-Sepanyol, maka porak-perandalah sistem beraja di Nusantara ini termasuklah di Borneo Utara atau Sabah yang kita kenali hari ini. Ia asalnya milik sebuah kerajaan Melayu Islam dan bukan milik Kristian. Begitu juga di Filipina yang asalnya diperintah oleh Kerajaan Melayu Islam (bukti pernah di paparkan oleh History Channel satu ketika dahulu) sebelum dijajah Kafir Sepanyol  yang telah membenamkan Moor Andalusia. 

(Dan nama sultan yang pernah memerintah Filipina mengikut rekod kami adalah bernama Sultan Syed Ismail ibni Raja Kemboja Sultan Muzaffar Syah 3 yang berpusat di Manila atau 'Fiamanillah' maksudnya Dalam Lindungan Allah taala. Baginda adalah adik beradik Panglima Bukit Gantang Syed Alang Alaudin Kedah-Perak dan juga adik beradik kepada Syed Mohammad Hatta Raja Perlis yang pertama. Sultan Ismail adalah cucu kepada Tengku Suria Marin anak perempuan Raja Langkat yang menjadi permaisuri kepada Khalifah Syarif Syah yang mana kedua-duanya adalah Korban Musuh Bisik yang mangkat diperlamenan di Kota Mengkuang 1821 akibat serangan hendap Sukhotai.)

Maka akibat itu orang Islam di Filipina dan Borneo disebut Moro yang bermaksud Moor atau orang Islam oleh orang Sepanyol. Maka lahirlah Bangsamoro atau dalam istilah lainnya bermaksud Bangsa (yang beragama) Islam. Seperti mana mereka ditentang orang Moor di Sepanyol, mereka ditentang pula oleh orang Moro di Filipina. 

Angkatan Islam dari Sulu ini dikhabarkan pernah turut serta dalam peperangan Musuh Bisik 1821 di Kedah untuk menghalang kemasukan Sukhothai di Utara Semenanjung Tanah Melayu.

"Pada tahun 1819 pula, pihak tentera raja inggeris telah menyerang Timor Leste dan kemudiannya membunuh Sultan Riau Lingga Sultan (Ali) Dili dan juga membunuh adik Sultan Riau Lingga iaitu Sultan (Ismail) Manila Filipina yang mana mereka berdua ini adalah cucu kepada Raja Besar Benua Siam Kedah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Pada tahun 1819 ini juga, penjajah inggeris telah bekerjasama dengan pengkhianat untuk mengusir Sultan Iskandar dari Istana Raja Pagoh, Johor."



Sultan Shakirul-Lah 1821 adalah brother of Aliyud- Din 1. Ini pada tahun-tahun Musuh Bisik 1821. Ini kita tidak pasti Aliyud-Din atau Alaudin tapi nama itu tetap ada dalam sejarah Sulu walaupun ianya tergantung. Mereka ini Alimudin 3-Aliyudin 1 dan Shakirul-Lah juga adalah adik beradik. Dan kita juga tidak pasti sama Shakirul - Lah itu gelaran atau nama sebenarnya kerana nama sebenar Jamalul Kiram 1 jika menurut cerita adalah Muwalil Wasit. Dan juga tahun pemerintahan Sultan Syakirul-Lah  juga tidak lama dalam lingkungan 1819-1823. (adakah mereka ini  orang yang sama?)


Lihat Mahkota Sultan Sulu Sultan Jamalul Kiram 2 - gambar sumbangan seorang rakan.

Dan kita orang Malaysia khasnya Melayu Islam telah diajar untuk berbangga dengan kisah Mat Salleh Pahlawan Sabah. Khabarnya senjata tak makan. Tetapi hari ini kita lupa pejuangannya dan lupa asal usul negeri yang cuba dipertahankannya. Sejarahnya telah hampir dilupakan, bahkan siapa yang tahu rahsia kehandalan isterinya yang simpan. Malangnya terbocor akibat muslihat musuh dan pengkhianatan.

Jangan pula dek kerana kes Sulu, kita benamkan terus sejarah realiti Kerajaan Umat Islam di Borneo. Jangan pula kerana kes Sulu kita bergaduh adik beradik. Sepatutnya sejarah Kesultanan Sulu ini dibongkar kembali demi tatapan dan penghayatan generasi Umat Melayu zaman ini dan zaman hadapan.

Maka kita perlu memahami sejarah realiti sebelum membuat sebarang dakwaan mengenai rakyat Sulu yang menjadi pelarian akibat percaturan politik British dan konco-konconya.

“At any rate, you will admit that your company cannot prevent us from dying for what we think are our rights. ” —Mat Salleh, to William C. Cowie, the managing director of the British North Borneo Company who had come from London on a special mission to arrange peace talks with him in 1898[3]:p.862 

Jika nak menuntut, maka seluruh Nusantara dan Benua Siam ini asalnya milik 'Melayu' Islam, ini termasuklah Wilayah Champa @ Viet Nam, Kemboja, Thailand, Burma, Filipina, Borneo dan Singapura termasuklah Kedah mengambil balik Pulau Pinang.

Panjang cerita.

Sekian.
TMP



The Sultan Of Sulu di Borneo Utara - Sabah
(Contoh stamp yang diguna pakai oleh British menunjukkan Kerajaan Islam Sulu adalah berdaulat di Sabah pada satu ketika dahulu)

The Mat Salleh Rebellion was a series of major armed disturbances against the colonial British North Borneo Chartered Company administration in North Borneo, now the Malaysian state of Sabah . 

It was instigated by Datu Muhammad Salleh (also known as Mat Salleh), a local chief from the Lingkabo district and Sugut River. He led the rebellion between 1894 until his death in Tambunan in 1900[1]:p.5[2]:p.41[3]:p.189-190. The resistance then continued on for another 5 years until 1905.[note 1][4]:p.54[5]:p.863 His revolts were widely supported by the local communities and affected a large geographical area from Sandakan, across Gaya Island, including the interior, especially Tambunan.[3]:p.190 His most notable uprising occurred at midnight on 9 July 1897, when he led his followers to successfully attack a major colonial settlement on Gaya Island. 

Biography of Mat Salleh



This is, apparently, the only known available photograph of Mat Salleh (marked with an white "X")

Mat Salleh was born in Inanam.[3]:p.190[6] His father was Datu Bulu, a traditional leader in Inanam and a member of the Suluk community.[6] His mother was of Bajau descent.[3]:p.189-190.[7] He had three siblings: Ali, Badin and Bolong.[7] The family moved to Sugut, which unlike Inanam, was in the Company's concession but since the abandonment of its tobacco estates, it had reportedly been “left largely to its own devices",[8]:p.47 and enjoyed relative autonomy. There, Datu Bulu assumed a local leadership position along part of the Sugut River on the eastern coast of North Borneo.[5]

Later in his life, Mat Salleh married a Sulu princess named Dayang Bandang.[3]:p.190[6] She was related to the Sultan Sulu's family and her village was at Penggalaban, Paitan. He later inherited his father’s local leadership position as the village chieftain in the Lingkabo district and Sungei Sugut.[3]:p.190[6][7]

Mat Salleh was often physically described as slender and tall, with pockmarked features. He was also well known as a mysterious [note 2][5]:p.862[9]:p.64 and intelligent man, with a commanding personality and presence. He was well-respected and his great tactical skills were renowned among the local communities.[5]:p.862


 
English: North Borneo Chartered Company: W. C. Cowie and A. Cook, the Sultan of Sulu Sultan Jamalul-Kiram II (1894-1936) bergambar dengan W.C.Cowie dan A.Cook
Read full post »

Sabtu, Februari 23, 2013

MONGGOL ISLAM MENYAPU BERSIH FAHAMAN SYIAH DAN KRISTIAN DIBUMI BAGHDAD

4 comments
Tajuk sebegini memang tidak disenangi barat dan konco-konconya agen penyebaran sejarah fantasi tahyul mahyul.. Seboleh-bolehnya mereka memaksa umat Islam sedunia menelan sejarah fantasi mereka. Seboleh-bolehnya mereka menipu sejarah dan menjadikan Islam fasik dan munafik sebagai 'hero' sejarah mereka. Seboleh-bolehnya mereka mengangkat fahaman sesat sebagai 'benar' dan menidakkan yang 'hak'. 

Kisah tentera Hulagu Khan Islam menyerang Baghdad telah dibentangkan diruangan ini pada tahun 2008. Namun ramai yang memandang sinis, mengherdik - kerana takut penipuan mereka terbongkar. 

Mereka takut kerana selama ini mereka juga menipu sejarah dengan mendakwa yang bukan-bukan dan mengadakan yang bukan-bukan, mengajar yang bukan-bukan dan memuntahkan isi perut yang bukan-bukan berdasarkan fakta fantasi lagi palsu yang telah mereka telan. 

HULAGU KHAN
AR dirham. Al-Mawsil 657. HULAGU KHAN
A-2122.
(Terang kalimah Tauhid dan Rasul terpatri dizaman Hulagu Khan)

Mongkhe Khan @ Monghe Khagan Al'azam Al'adil - Monghe adalah Maharaja Monggol yang memerintahkan adiknya Hulagu Khan menyerang Baghdad. Jika dilihat pada tarikh sebelum serangan Monggol ke atas Baghdad, jelas menunjukkan mereka sudah Islam lebih awal! Lihat sahaja duit si Bapak Monggol si Ugudei Khan al-Adil dibawah. Si Ugudei ini juga yang membuka Dynasti Yuan China.


Maka dibawah ini dibawakan sedutan daripada Tim Penulisan Sejarah Islam Era Majapahit Lembaga hikmah dan Kebijakan Publik PDM Kota Yogyakarta yang dikirim seorang rakan bagi membenarkan fakta bahawa MONGGOL ISLAM MENYAPU BERSIH FAHAMAN SYIAH DAN KRISTIAN DIBUMI BAGHDAD.

Ianya berbunyi seperti berikut:


Mongol

Di sisi lain, arus eksodus duriyah Nabi SAW dan tradisi ilmiyah dari kota suci Kuffah yang melalui Jalur Sutra Darat, menjadi cikal bakal Islam di Mongol, membentuk tradisi Kerajaan Islam Mongol. Semenjak Jengis Khan, Mongol sudah menjadi imperium Islam di Asia Tengah. Imperium ini memuncak pada abad 10 dan 11. 

Yakni ketika Hulagu, Pangeran Muslim Mongol, membumihanguskan Baghdad (996). Beliau saat itu menggunakan slogan-slogan sebagai “Pembawa Bencana dari Allah untuk Menghukum Para Pendosa (Baghdad)”. Karena dinasti Kaisar Abassiyah Baghdad, selama 3 abad telah menjadi penguasa (Islam) yang tiran, kejam, dan penista duriyah Nabi SAW.



[Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.



[...Baghdad yang pada waktu itu telahpun dibelit dan dikuasai puak Syiah Hasyasyin ('Assasin' kaki syisya-kaki khayal-taik candu) yang menentukan kepimpinan Baghdad secara korup mengikut kepentingan mereka. Khalifah hanya tinggal nama, tiada fungsi dan tidak dihormati lagi - ini adalah pada zaman Al-Musta'im 640H - 1242M.


Ulama' dan para pendakwah zaman Abassiah dan sebelumnya termasuklah para Tok Wali dan Ahlullah zaman itu berjaya mengislamkan Maharaja Monggol dan mereka akhirnya membalas budi dengan menyelamatkan Baghdad dari terus di pimpin oleh Khalifah-khalifah yang korup di bawah pengaruh Syiah Hasyasyin dan juga kristian.





Mereka masuk setelah mendapat isyarat @ tanda yang nyata tentang 'penyelewengan' itu dan menyerang bila mana jiwa Islam sudah luput dari amalan penduduk-penduduk Baghdad dan Khalifahnya! Bukan suka-suka.- TMP, 2008.


[Baghdad yang kononnya dibakar pihak Monggol tetapi pada masa sama membenarkan pula Al-Tusi (astrologer Islam dikatakan berfahaman syiah yang tidak bersangkut dengan politik yang turut di iktiraf oleh Ibnu Khaldun) membina pusat kaji bintang (observatory center) yang terbesar dan tercanggih (didunia) di Maragha dibawah naungan Hulagu Khan?



"The library of the observatory contained 40,000 books on many subjects, related to astrology/astronomy as well as other topics. A number of other prominent astronomers worked with Tusi there, such as Muhyi al-Din al-Maghribi, Mu'ayyid al-Din al-'Urdi, from Damascus, Qutb al-Din al-Shirazi, and Hulagu's Chinese astronomer Fao Munji whose Chinese astronomical experience brought improvements to Ptolemaic system used by Tusi." - http://www.ummah.net/history/scholars/TUSI.html sumber ini pun telah dihilangkan daripada internet!

Mati hidup balik pun pihak barat tidak akan menggunakan syiling diatas ini sebagai bukti keislaman kerajaan Hulagu Khan.

Ini menunjukkan pihak Monggol tidak membakar buku dan menghancurkan perpustakaan, malah membenarkan dan menghargai pihak sarjana Islam. Lautan dakwat sungai Tigris itu hanya kata yang diperbesar-penyedap cerita sahaja, tapi bukanlah fakta yang sebenar. Tidak mungkin dalam sekelip mata 40,0000 naskah buku dapat dihasilkan?

Yang di lanyak Monggol itu sebenarnya puak Syiah Hasyasyin yang kejam dan tidak berperi kemanusian beserta konco-konconya sekali. Dan barangkali yang dibakar dan dibuang itu adalah buku-buku sihir - tahyul khurafat, komik mangga, urtv, variapop kepunyaan puak 'syiah taik candu' ini tadi yang memang tidak membawa faedah kepada umat Islam sejagat. - TMP 2009]

Kesamaan latar sejarah ini juga menjelaskan kepentingan kunjungan utusan Imperium Mongol ke Singasari. Yaitu ketika jaman Sri Sultan Kertanegara (1268-1292) bertahta di Singasari. Kunjungan I Khubilai Khan, Kaisar Mongol, mengutus Meng Chei. Kunjungan II, setahun kemudian, mereka mengutus Shieh Pie, dkk. Namun fenomena histories ini masih memerlukan penelitian lebih jauh. Kelak kemudian tahun 1408 Laksamana Muhammad Ceng Ho meminta maaf atas kesalahpahaman mendiang Kubilai Khan Sultan Mongol, kepada Sri Ratu Suhita di Daha, Majapahit. (Salahfaham Kubilai Khan kerana menyangka kerajaan Majapahit sudah terpesong dari ajaran Islam seperti Bahgdad sebab itu mereka menyerangnya)

Tahun 1405, abad 15M, giliran Laksamana Muhammad Cheng Ho bersilaturrahmi ke seluruh wilayah durriyah di Nuswantara, bahkan sampai ke Mekkah. Nama lengkapnya dalam lisan arab adalah Muhammad Husen bin Ali (Ma Ho Sen Li). Jadi beliau adalah keturunan Ma atau GK Nabi Muhammad SAW, Nabi dan Rasulullah Agung. Saat itu secara teoritik syarif Mekkah dijabat oleh Syeh Hassan II. Laksamana Haji Muhammad Cheng Ho juga membangun ratusan mesjid di wilayah kepemimpinan para durriyah ini. Termasuk pembangunan masjid-masjid di wilayah Majapahit saat itu. Jadi menurut catatan terdapat banyak sekali masjid di Majapahit. Ia terdapat di hampir setiap kadipaten Majapahit. Semua ini atas prakarsa Kaisar Yung Lo (1403-1424), dan Kaisar Hsuan Te (1425-1436). Mereka adalah para kaisar muslim dari Dinasti Ming di China. Ketika Laksamana Muhammad Cheng Ho wafat, seluruh umat Islam Majapahit/ Nuswantara melakukan shalat ghaib di masjid-masjid yang telah didirikan Cheng Ho, baik di seluruh Majapahit dan di seluruh Nuswantara. Namun ratusan masjid ini bisa jadi telah lapuk dan musnah karena terbuat dari kayu. Atau telah dipugar menjadi bangunan masjid modern. Namun beberapa masjid era Majapahit masih dapat kita jumpai, misalnya di daerah Majenang dan Karanganyar, Jawa Tengah.

Tim Penulisan Sejarah Islam Era Majapahit Lembaga hikmah dan Kebijakan Publik PDM Kota Yogyakarta.

Jikalau di Malaysia, sejarawan kita ditipu oleh British, tidak kurang di Indonesia sejarawan mereka juga ditipu oleh Belanda. Seperti di Malaysia, mereka juga punya Tim Sejarah Realiti yang menafikan kisah hindu buddha dalam sejarah mereka dan lebih banyak merujuk kepada sejarah agama Ibrahim dirantau nusantara.

Read full post »

Selasa, Februari 19, 2013

Asal Usul Syirik dan Penyembahan Berhala Di Mekah

0 comments
Mekah pada asalnya adalah lembah kering kontang. Dengan perintah Allah s.w.t Nabi Ibrahim a.s meninggalkan Siti Hajar dan Ismail anaknya disitu.

Semasa Ibrahim hendak meninggalkan mereka, Siti Hajar mengekori Ibrahim dari belakang sambil bertanya mengapa dia ditinggalkan di situ. Namun Ibrahim tidak mengendahkannya sehingga akhirnya Hajar bertanya, "Adakah ini perintah Allah?" "Benar," jawab Ibrahim.

Hajar berkata dengan penuh yakin, "Kalau begitu, pasti Tuhan tidak mensia-siakan kita. Sekiranya ini adalah perintah Tuhan, pasti ada pembelaan daripada Tuhan Yang Maha Baik itu."

Ismail mula menangis, susu Hajar mula kering. Maka bemulalah kisah bukit Safa dan Marwah sehinggalah pada saat Hajar merintih berharap penuh bulat hatinya bergantungnya pada Tuhan. Maka diperintah turunlah Jibril menyingkap tabir telaga Zam Zam. Melalui hentakan kaki Ismail memancar keluar air lah air Zam Zam yang masih mengeluarkan airnya sehingga kini.

(Menurut ahli-ahli sejarah, peristiwa ini berlaku selepas empangan besar di Yaman, yang bernama Sadd Maarib, pecah. Empangan Maarib adalah empangan yang besar menjadi sumber air dan sumber kehidupan Yaman pada ketika itu. Empangan yang dibina oleh kaum Saba yang pandai bina ini pecah oleh kerana mereka ingkar pada perintah Tuhan.)

Maka akibat terbit air, burung-burung mula menunjukkan isyarat dari atas kawasan Mekah yang difahami oleh suku Jurhum. Mereka menuju kesitu kerana ingin menyiasat ada betulkah sumber air.

Benar, mereka sampai disana dengan melihat seorang wanita dan seorang anak kecil. Mereka tidak merampas, malah meminta izin daripada Hajar untuk berkongsi air malah rela membayar sewa telaga air itu kepada Hajar apabila diminta.

Ismail yang berganti korban kibas mula dewasa. Dan Ibrahim diperintahkan membina Kaabah bersama-sama Ismail diatas runtuhan Kaabah dizaman Adam yang telah terkambus.

Maka setelah selesai dibina Kaabah diperintahkan Ibrahim menyeru sekelian manusia. Maka kata Ibrahim "Wahai Tuhan! Bagaimana suara aku boleh sampai ke pendengaran manusia?"

Tetapi Tuhan menegaskan, tugas Ibrahim hanyalah membuat seruan. DIAlah yang menyampaikan kepada manusia.


Maka berdirilah Ibrahim dibukit Arafah, lalu diseru manusia seluruh dunia supaya datang menziarahi Kaabah. Suaranya didengari oleh seluruh pelusuk dunia dan Tuhan menjatuhkah dalam hati mereka rasa cinta kepada Kaabah.

Maka apabila sampai seru itu-bermulalah ibadah haji. Dengan itu orang ramai datang melakukan ibadah haji ke Kaabah dengan menyahut seruan dan panggilan itu.

Sejak daripada itu seluruh bangsa Arab menganut agama Ibrahim iaitu agama yang Hanif menyembah hanya Tuhan yang Sa.

Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerah dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya. (An Nisaa 4:125)

(Maka benarlah kata Almarhum guruku sepintas lalu yang sentiasa terngiang "haji itu adalah di Arafah, Muhammad berkumpul bersama para sahabatnya di Arafah.")

Bagaimana Sikap Syirik Masuk Ke Semenanjung Arab?
Selepas itu datang seorang lelaki Arab daripada suku Khuzaah yang bernama Amru bin Lu'ayy.

Menyerang suku Jurhum dan menghalau mereka keluar dari Mekah. Dialah yang mula-mula sekali memperkenalkan sembahan berhala kepada suku kaumnya dan mula tersebarnya ajaran itu keseluruh suku-suku Arab yang lain.

Amru bin Lu'ayy adalah seorang hartawan dan dermawan. Dialah yang menyediakan keperluan orang ramai yang datang mengerjakan haji di Mekah setelah dihalau keluar suku Jurhum.

Antara berhala yang diperkenalkan adalah berhala Isaf dan Nailah. Asalnya pemuda dan pemudi dari Yaman yang berbuat zina di tepi Kaabah. Sebagai balasan Tuhan menukarkan mereka menjadi batu. Batu Isaf diletak di Safa dan Batu Nailah di Marwah sebagai pengajaran kepada orang ramai.

Amru bin Lu'ayy memindahkan batu itu ke Kaabah dan menjadikannya berhala yang perlu di sembah. Orang yang tidak tahu asal-usul batu itu percaya kepada Amru bin Lu'ayy dan menjadikan ia sebagai sembahan mereka. Begitulah asal-usul sembahan berhala yang semakin mendapat tempat di Semenanjung Arab.

A117
Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka; (An Nisaa 4:119)

Yang dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambamu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku); (An Nisaa 4:120)

Maka oleh sebab itu, Allah itu asalnya merujuk kepada Tuhan yang Sa didalam agama Ibrahim, ditukar kepada Allah sebagai sebutan Tuhan yang merujuk kepada berhala oleh orang yang terkemudian lagi syirik.

Kalimah Allah suci yang merujuk penuh kepada sebenar-benar Tuhan yang bersifat ketuhanan tetapi telah dirosakkan oleh Amru bin Lu'ayy dan kabilahnya yang menyeleweng daripada landasan Tauhid.

Walaupun bani Jurhum dan Keturunan Ismail tewas dan dihalau keluar dari Mekah tetapi masih ada lagi yang tinggal disana. Tidak punya kuasa.

Sehinggalah pada zaman Keturunan Ismail yang bernama Qusai bin Qilab yang diberi kekuatan dan kekayaan kepadanya. Qusai berjaya menguasai Mekah dan mengembalikan Mekah dan telaga Zam Zam kepada Keturunan Ismail.

Qusai bin Qilab adalah daripada zuriat Ismail yang bernama Fihr. Dan Fihr inilah yang digelar Quraisy. Darinya lahirnya Syaibah yang juga dikenali sebagai Abdul Mutallib.

Abdul Mutallib bangsawan Quraisy bani Hashim inilah orang yang telah diberikan mimpi dan petunjuk oleh Allah taala untuk menemukan semula punca telaga Zam Zam yang hilang semenjak si Amru bin Lu'ayy dan suku Khuzaah membawa masuk agama syirik ke Mekah. Maka itu isyaratnya.

Maka datanglah petunjuk "diantara perut dan darah, disisi patukan gagak hitam yang ada bulu putih, dirumah kampung semut."  Ia tidak akan kering selama-lamanya dan tidak akan berkurang.

Dan seterusnya darinya lahirlah Abdullah anak bongsu kesayangan Abdul Mutallib yang diganti korbannya dengan 100 ekor unta kerana bernazar dan kemudian lahirlah junjungan besar nabi kita Nabi Muhammad s.a.w yang amat-amat kita rindui itu, lalu membersihkan terus Mekah daripada amalan syirik kaumnya.

Muhammad ada menyebut "aku ini anak kepada dua orang yang hendak disembelih."

Oleh itu telah terbuktilah Mekah itu asalnya kering-kontang dibuka oleh Nabi Ibrahim bersama isterinya Hajar dan anaknya Ismail. Tiada langsung amalan penyembahan berhala disitu - jahiliah itu datangnya kemudian.

Maka tersebarlah seruan Tauhid keseluruh dunia dari Mekah dizaman Ibrahim dengan kebesaran Allah taala jadi tunduklah hati sekalian manusia seluruh dunia yang mendengarnya. 

Lalu datanglah mereka berbondong-bondong ke Mekah bagi menunaikan haji menyembah Allah yang Sa.

Begitulah asalnya Mekah menjadi nadi dan punca tersebarnya agama Tauhid ke seluruh pelusuk Alam dan dilayan pula segala kebajikan mereka oleh Keturunan Ismail, pintu bertiang Jurhum pemilik telaga Zam Zam.

"...pasti ada pembelaan daripada Tuhan Yang Maha Baik itu."

sumber.

Wassalam.

kerana rinduku yang tidak tertahan.
The Malay Press.







Read full post »

Isnin, Januari 21, 2013

Response kepada kenyataan TUN M - Pemberian Kerakyatan Sebelum Merdeka ANGKARA Tunku Abdul Rahman?

0 comments


Dr M syor s'jaya siasat pemberian kerakyataan sebelum merdeka


  • 8:08PM Jan 19 2013 (Malaysia Kini)
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.  
    
"Saya hanya mencadangkan sahaja, dan tidak serius tentang itu
(melaksanakannya)...tetapi jika mahu menjalankan siasatan mestilah secara menyeluruh, ia tidak adil sekiranya hanya fokus kepada satu perkara sahaja dan tidak perkara lain.





Selain itu, katanya, pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka dilakukan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj walaupun ia tidak termaktub dalam undang-undang ketika itu.



- Bernama
http://www.malaysiakini.com/news/219422


Berikut adalah response TMP kepada kenyataan TUN M diatas.

Menurut sejarah, Almarhom Dato Onn bin Jaafar menentang pemberian kerakyatan kepada warga asing sehingga menyebabkan MCA berpihak kepada UMNO dalam pilihanraya Penbandaran 1952.

Dato Onn sangat menentang perkara ini tetapi UMNO dibawah Tunku Abdul Rahman menggunakan kesempatan yang ada dengan pemberian 1 juta kerakyatan kepada warga asing menurut kepentingan MCA yang mewakili orang Cina pada waktu itu dan juga British yang sememangnya sayang kepada perniaga-perniaga Cina yang banyak membantu mereka mengaut kekayaan Malaya ketika itu.


Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang, disebabkan apa yang dikatakan ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan kewarganegaraan.

Pada tahun 1952, Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap orang-orang bukan Melayu.

Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953 dan Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP.

Pemusuhan antara Tan dan Dato' Onn bermula ketika Tan menyokong cadangan H.S. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952.

Dato' Onn terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku "The Negotiator" Abdul Rahman. (Bab nego-nego ni kena tanya Pak Habib Janda Baik, Tunku yang habaq kat dia)






Berikut pula adalah ucapan Almarhum Dato Onn yang terakhir sebelum meninggalkan UMNO kerana pandangannya membuka keahlian BERSEKUTU bangsa asing kedalam UMNO dengan tidak mengurangkan sedikit pun kuasa Melayu tidak diterima ataupun disalah tafsir. Dan ternyata beliau telah melihat perkara yang bakal menghantui Umat Melayu Semenanjung, dan sememangnya pandangan jauh beliau adalah tepat!

"Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat satu gerak langkah atau cadangan yang hendak dijalan kan di Tanah Melayu ini mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri

Peta yang dinampak oleh kebanyakkan orang Tanah Melayu ini, barangkali ada berlainan sedikit atau sebanyaknya daripada peta yang terbentang didepan mata saya sendiri

Malangnya mulut saya tertutup.

Tidak dapat hendak menzahirkan kepada Umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan dan tanggungan saya itu,

malang saya berkata mulut saya ini tertutup.

Oleh kerana sekiranya dapat saya menzahirkan, saya percaya tiap2 seorang akan bersama-sama saya berdiri menuntut kemerdakaan Malaya itu.

Inilah kalinya yang akhir sekali saya bangun bercakap dihadapan wakil majlis ini sebagai Yang DiPertua UMNO.

Perkataan itu saya tidak mengubahnya.

Dengan ucapan ini maka saya tamatkan pekerjaan saya."

Almarhum Dato Onn bin Jaafar.
26 Ogos 1951






Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger