"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Jun 08, 2008

Sedutan: Kenapa Manuskrip Undang-undang Kedah?

0 comments
Berikut adalah sedutan teks daripada Manuskrip Undang-Undang Kedah (UUK) yang telah diterjemahkan oleh Mariyam Salim pada tahun 2005. Jika mengikut pada tarikh manuskrip ini siap dikarang pada;

  • Hijratun nabi sallalahu alaihi wassalam, 222 tahun, pada bulan Rabiulawal, pada hari Selasa, zaman Sayidina Ali wa Maulana Paduka Seri Sultan Jamalul 'Alam Badrul Munir duduk di atas takhta kerajaan dinegeri Aceh Darussalam yang mahsyur dibawah angin melimpahkan rahim dan rahmat kepada segala hambanya yang mukmin. Baginda itulah menaruh fakih () Maulana Kadi Rabul Jalil yang khalifah. Tamat.
Seterusnya dikemaskini (update);
  • Hijrat al-Nabi sallallahu alaihi wassalam pada seribu tujuh puluh delapan tahun, tahun Dal, pada bulan / Rabiulawal, hari Isnin, zaman hadirat Maulana Syah Alam semayam di Kota Palas pada ketika itu bahawa titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tua-tua disuruh perbuat undang-undang. Maka bicara oleh Datuk Seri Paduka Tuan serta menteri muafakat. Maka tatkala itu diperbuat undang-undang, sudah lalu dimaklumkan. Maka titah Yang Maha Mulia suruh nyatakan pada Tuan Syeikh 'Aliuddin dan segala pendeta, "Barang yang lazim pada hukum Allah taala itulah kita suruh hukumkan pada panglima negeri dan kweng [penghulu]." Maka mereka itulah jadi kepercayaan pada raja. (Mariyam Salim, 2005, ms 12- UUK)
  • Yang pertama kami nyatakan undang-undang; barang siapa mencuri atau menyamun atau menyabung atau makan madat atau bermain judi atau menyembah kayu-kayuan atau menyembah batu dan minum arak dan tuak atau mengasi dan yang (minum) kilang atau makan ganja dan berbuat dia maka kerja sekalian itu dilarangkan Allah subhanahu wa taala dan Rasulnya. Maka barang siapa ada pekerjaan yang demikian itu derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya. Maka hendaklah segerakan oleh segala yang bekerja taubatkan supaya diampun Allah taala dosanya dan memohon ampun ke bawah duli Yang Maha Mulia. Telah diampun kerja yang lalu itu maka dikerjakannya pula kerja yang dilarangkan Allah taala dan Rasul-Nya itu. Kemudian daripada taubat itu maka hendaklah segala orang yang tua-tua ia berkampung itu beritahu kweng atau panglima. Maka apabila diketahui kweng atau panglima maka hendaklah ditangkap dengan tikamnya, hantarkan ke negeri segala yang derhaka itu.(Mariyam Salim, 2005, ms 12- UUK)
  • Apabila orang tua berkampung tiada memberitahu kweng, ditaksirkan orang kampung itu kerana ia sejahat dengan orang jahat. Apabila diketahui oleh kweng tiada ditangkap itu kerana taksirlah atas kweng selalu ia membenarkan orang yang derhaka pada Allah dan Rasul-Nya dan kepada rajanya. (Mariyam Salim, 2005, ms 12- UUK)
  • Maka ibu bapa, guru, raja ini "Allah a-Haq" ertinya tuhan yang sebenarnya tiada dapat dilalui daripada katanya itu, derhaka namanya, tiada disertai Allah taala pada orang derhaka itu."(Mariyam Salim, 2005, ms 26- UUK)
  • Maka adat pada ketika hendak Hari Raya Haji, berhimpun bermain tiga hari dengan joget atau pendekar, menora dan halau gajah, iaitu perjuangkan gajah bawa bermain tiga petang. Keempat hari itu sembahyang rayalah. Maka bedil meriam itu dipasang segenap petang sembilan pucuk atau sebelas pucuk. Maka pada Hari Raya itu dipasang bedil pada waktu subuh, sekali, raja hendak kemasjid, sekali dan raja balik dari masjid, sekali pasang meriam itu.(Mariyam Salim, 2005, ms 45- UUK)
---------------------------------------
Nota Penulis:
  • Hukum undang-undang Kedah ini ditujukan kepada seluruh hambanya yang Mukmin.
  • Undang-Undang Kedah ini amat langgam atau serasi dengan budaya kita masyarakat 'Melayu' Islam hari ini. Pemerintahnya pada zaman itu (Syah Alam YMM Raja Besar Benua Islam Siam) amat sensitif dengan hukum syara' tetapi tidak zalim seperti yang digambarkan dalam filem2 Melayu terbitan Cathay Keris atau Shaw Bros. 
  • Terdapat klausa untuk bertaubat dan hukuman untuk orang2 yang bersubahat dengan penjenayah! Bukan dihukum semberono tanpa usul periksa seperti yang ditakut2kan dan dilakukan oleh 'orang-orang' yang diberi kuasa (sementara) hari ini.
  • Dari segi 'social responsibility' pula, Undang-Undang Kedah ini telah pun menggariskan perkara asas yang paling penting bagi menjamin keharmonian umat Islam seluruhnya iaitu larangan menderhaka kepada Guru, Ibu dan Bapa dan seterusnya Raja-raja Al-Haq (mukmin yang adil takut ke Allah SWT, bukan kepada raja 'kap00r' yang membujur lalu-melintang patah, semua sebat!)
  • Dari segi sambutan Hari Raya pula, perasaan gembira  dan meriah pada waktu turut sama seperti hari ini, sambutan raya disusuli letupan2 meriam dan bedil. Manakala Sultan Pahang, menurut pengalaman penulis sewaktu di Masjid Al-Taqwa Pekan, sehingga kini masih mengamalkan adat dentuman 11 das bedil, sebelum dan selepas, pulang dari Masjid menunaikan Solat Aidilfitri. Begitulah adat dan kerai'annya turun-temurun tanpa kita sedari telah pun tertulis sebagai Undang-Undang Kedah (Kedah Laws...bukan Common Laws Inggeris yang asing)
Para pembaca sekelian, jika difikirkan secara dalam, kerajaan apakah yang mempunyai gerangan pemerintah yang sepertinya ini?Siapakah pula Tuan Khadi atau Mufti penasihatnya...

Jadi, memang patutlah Sultan atau Amirul Mukminin dahulu kala amat berdaulat, dan tidak boleh kita sebagai rakyat menderhaka,kerana mereka menjalankan pemerintahan berpaksikan Syariat Islam! 

Menderhaka kita , bermakna menentang Allah dan Rasul secara tidak langsung!

Sayang sekali, kita 'Melayu' hari ini diperbodohkan dengan konsep2 karut ciptaan penjajah, bangga dengan kisah dongeng hikayat - Jebat menderhaka kepada Raja kerana mempertahankan Tuah sebab betina...(PGL tua)

Sekian.

UUK juga telah memberi jawapan kepada kemusykilan kenapa negeri2 luar dari nusantara ini dinama Negeri Atas Angin, ini kerana negeri2 disini digelar Negeri Bawah Angin sebelum/semenjak 222 Hijrah lagi, bersamaan 812 Masihi...orang bawah angin dah lama bersunat tu bang oi!

'Melayu' bukalah minda.

Read full post »

Khamis, Jun 05, 2008

Kisah Tok Janggut dan Konspirasi Freemason.

3 comments
...The author of the book, Tok Janggut, Pejuang atau Penderhaka, Prof Nik Anuar Nik of Universiti Kebangsaan Malaysia uncovered the pictures tucked away in the Bodleian Oxford, England when he went there to do research. According to him, after the Tok Janggut rebellion episode,

  • the British officer who documented the incident was told to destroy all records but instead these were secretly hidden and finally made their way to Oxford.
  • the British exploited the Tok Janggut affair further by using their stooges in the government and forcing the palace to endorse their action.Tok Janggut was portrayed as penderhaka (traitor) to the sultan even though he had explained that he was only rebelling against the British rule.
  • the prelude to the Tok Janggut uprising was the Bangkok Treaty on March 10, 1909, when Britain and Thailand agreed to share the States of north and eastern Malaya without consulting the local chiefs and the people.
  • Britain took control of Kedah, Perlis, Kelantan and Terengganu while Thai took Patani, Menara, Jalor and Setol.He said that earlier, in 1902, Thai had conquered Pattani, known in the Malay world as “Serambi Mekah” (the corridor of Mecca) by ousting its last ruler Tengku Abdul Kadir Kamaruddin.
  • “Sir John Anderson, the British governor of the Straits Settlement arrived at Kota Baru from Singapore on a gunboat in 1910 and forced Long Senik, local chieftain to accept and to recognise the Bangkok Treaty and in return the British recognised him as Sultan Mahmud – IV. He was given $2,000 as allowance and $4,800 annually as pension"
  • Tok Janggut went to Mecca to perform the Haj in 1914. There, he met with and received religious instructions from Sheikh Ahmad Al-Fatani who entrusted him with the task of launching a jihad (holy war) against Thai to free Pattani.“
  • His enlightenment against foreign exploitation and oppression of the Muslim world was further reinforced by a fatwa (decree) issued by the mufti of Ottoman Turkey that all Muslims must fight against British direct rule. World War I began that year and Turkey took Germany’s side against Britain.
  • Alarmed, the British used every method to stop Muslims in its colonies from carrying out the fatwa. In Kelantan they forced the sultan to give a written support to the British government"

Sumber: NST.com.my

----------------------------------------------------
Nota Penulis:

Apa yang menarik dalam artikel diatas adalah perkaitan diantara Tok Janggut, Sheikh Ahmad dan juga kerajaan Turki Uthmaniah. Sepintas lalu kita dapat membaca bahawa peperangan menentang Inggeris adalah bersifat global, ini kerana mereka menyerang Islam juga secara global.

Dalam konteks kajian tempatan pula, kejadian ini berlaku setelah kejatuhan Kerajaan Islam Siam-Kedah 1876 (sistem Khalifah juga). Fakta2 diatas juga membuktikan bahawa :
  • Bangkok Treaty 1909 membuktikan siapa yang melorekkan peta baru semenanjung dan membahagikan wilayah2 Islam diantara 2 puak kafir. Siapa pula yang bersubahat mendapat laba hasil dari pembahagian itu. Cara yang sama diguna membahagi tanah palestine dan lebanon kepada Inggeris dan Francis selepas perang dunia pertama.
  • British tidak akan membenarkan sebarang penentangan yang berlandaskan perang sabil dilancarkan oleh umat Islam di koloninya. Seboleh-bolehnya mereka akan memadamkan api kebangkitan Islam dan menghapuskan semua kesan bukti berkenaan Islam sehingga ke akar umbi.
  • Betapa perlunya Inggeris menerapkan semangat kebangsaan @ Malayanisation yang tebal dikalangan umat2 Islam bagi memadam semangat keAgamaan yang telah difatwakan oleh Khalifah Islam Ottoman kepada semua umat Islam didunia terutama ditanah jajahannya disemenanjung. Dan penulis yakin fatwa itu tetap berjalan walaupun tewas ditangan semangat Kebangsaan Turki sendiri!
  • Antara kesan2 atau hasil dari semangat kebangsaan itu adalah, perlabelan bahawa agama Islam dianggap milik istimewa sesuatu bangsa. Sebagai contoh di Turki; kerana fanatiknya siAttartuk dengan nationalisma dan terlampau antinya pada bangsa Arab, pernah disuruh tukar azan dan karangan Al-Quran ke dalam bahasa Turki! Ini kerana baginya Islam itu Arab dan Arab itu Islam. Ia satu tanggapan yang silap sama sekali, dan tanggapan yang serupa juga disemai disini. Agama Islam bukan milik mutlak sesuatu bangsa! Hari ini bangsa Arab dituduh sebagai 'pengganas' dan Barat dan Eropah mengaitkatnya pula dengan Rasullullah S.A.W dan ajaran Islam (video Fitna the Movie)...Itulah akibatnya kerana berfahaman mengikat agama kepada bangsa - sebenarnya memang itulah tujuan asal propaganda mereka. Baik, bagaimana pula dengan kes Sufiah Yusuf? (kita lihat siapa puak bebal yang melatah tak tentuhala, Pakistan ke Melayu?) Sufiah ini pakai label apa didahinya ketika mula memasuki Oxford dahulu? Dan politikus mana yang beria-ia melabelkannya begitu?
  • Seterusnya, Sheikh Ahmad Fatani dalam era ini dianggap pembangkit gerakan politik ulama nusantara (WMShaghir, 2005, ms39). Beliau mempunyai hubungan erat dengan Khalifah Turki Ottoman sebelum kejatuhan mereka pada 1918 ditangan British dengan bantuan semangat Kebangsaan Arab Lawrence of Arabia. Samalah halnya di Malaya, taktik yang sama digunakan British, jangan tak percaya! (Sila baca kisah selanjutnya di WW1 Penutup Perang Sabil?)
  • Untuk pengetahuan pembaca, Sheikh Ahmad Fatani juga telah diangkat sebagai seorang pemikir agong Islam dunia Melayu. Amat disegani lawan dan kawan. Pernah dihimpit Snouck Hurgonje, seorang Orientalis bagi mengorek rahsia2 berkenaan Islam. Beliau juga adalah ulama yang menganjurkan supaya Kelantan dan Pattani bergabung menentang Thai Buddha dan membentuk sebuah kerajaan Islam yang dilindungi Empayar Turki! (WMShaghir, 2005, ms49)
Oleh kerana terdapat sangkut paut Tok Janggut dan Sheikh Ahmad Fatani dalam siri penentangannya dengan Inggeris. Penulis tidak teragak untuk mengatakan perang menentang Inggeris di Malaya ini adalah salah satu cabang perang sabil yang telah digerakkan oleh Khalifah Ottoman (juga kelangsungan dari perang2 terdahulu cuma kali ini suntikan semangat dari Turki). Ia juga mengambil kira perhubungan erat diantara Sheikh Ahmad Fatani dan pemerintah Empayar Turki Ottoman.

Penulis juga tidak keberatan untuk mengaitkan gerakan Freemason secara langsung dalam hal percaturan politik dunia sebelum dan selepas perang dunia pertama. Lebih2 lagi modus operandi mereka adalah menghapuskan sistem pemerintahan Monarki yang berteraskan agama seperti yang terjadi di France (French Revolution 1789-1799), Russia Czar (1917), China Manchu (1909), India Moghul (1862), Turki Ottoman(1918) dan juga dalam konteks tempatan - di Benua Islam Siam-Kedah (1876-1909).

Dan penulis juga menaruh syak bahawa terdapat agen2 evolutionis-orientalis-zoologist yang berfahaman Freemason England yang diasas tahun 1717 (Harun Yahya, 2003, ms155) yang memainkan peranan penting mencatur agenda 'secular humanisme' mereka selari dengan perkembangan British Empire dinusantara. Buktinya, jikalau ke Penang, kita boleh dapati banyak simbol 'the compass and square' dibanggunan lama milik British. Harap2 mereka tidak memadam bukti itu hari ini...(kali terakhir penulis perasan sewaktu berkunjung ke sana ialah pada tahun awal tahun 2000. Pada masa itu cameraphone takde - camera filem pun takde, masih diperingkat awal pengkajian, boleh kenal lambangnya walaupun tidak begitu memberi tumpuan. Tumpang pulak kereta orang, segan nak suh berenti)

(update 120608: Yang meletakkan batu asas bagi pembinaan rumah api Hosbourg Light House di Pulau Batu Puteh 24 May 1850 juga adalah dari golongan Freemason! Oleh itu adakah ini bermakna penulis surat perlepasan (PeMangKuk SUK Johor) yang menjadi bukti utama ICJ dan penyebab kekalahan 'Gail Patani and the team' baru2 ini - adalah juga seorang Mason? Ini perlu siasatan lanjut. Lagi bukti Freemason bertapak di nusantara semenjak pada tahun 1786 : Major Masonic Event in South East Asia in 150 years)

Oleh itu secara amnya, dapat penulis simpulkan bahawa kisah perang nusantara seperti Musuh Bisik 1821, Tok Janggut, Sheikh Ahmad Fatani, Kerajaan Turki Ottoman, Kerajaan Islam Siam Kedah, Kerajaan Moghul India, aliran semangat kebangsaan disamping pengkhianatan anak tempatan, samada ada secara langsung atau tanpa kita sedari jarum itu berjalan hasil daripada gerakan terancang Freemason secara global. Apa yang pasti saat mula jatuhnya kerajaan Empayar2 Islam adalah dalam lingkungan tahun yang sama 1700 - 1900.


Mereka inilah memainkan peranan penting belakang tabir bagi memecah belahkan empayar Islam seluruh dunia. Biarpun jalan cerita dan lakonan dan karektor berbeza2 disetiap negara yang diresapinya, objektifnya tetap sama, cepat atau lambat penegak agama tauhid tetap akan di hapuskan dan dicantas secara berperingkat-peringkat biarpun kelubang cacing! Maka perhati2kanlah alam sekeliling...

Akhir kata, penulis hanya berharap pembaca melihat konteks kejatuhan empayar Islam dari sudut yang lebih luas. Daripada konteks global sehingga membawa kepada mainan politik yang terhidang didepan mata. Apa yang pasti dahulu Empayar Islam ini tersangatlah besarnya; mencakupi dari Mekkah Al Mukarammah sehingga ke serambinya - Pattani Darussalam! Berhubungkait pula diantara satu sama lain - iaitu titisan dari Bani Hasyim! Yang tinggal hari ini hanya puing-puingnya sahaja, bayangkan...

Semoga dengan sedikit input yang tidak seberapa dari penulis ini akan membuatkan tunas baru tumbuh segar dan cepat lah pula merebaknya...sama-samalah kita berdoa ke arah kebaikan.

Sekian.
updated 090608

nb: Hidup Malayalam! (Malaya +Islam?)

Nota tambahan:
Maharaja China Manchu memerintah Qing Dynasty (1641-1911) boleh membuktikan penglibatan mereka membantu tentera Syed Alang Alaudin menyekat kemaraan Thai dan British dalam peperangan dalam lingkungan tahu 1800-1900. (Penulis tidak mahu meletak tarikh secara detail untuk menggambarkan secara kasarnya sahaja).

Kita mesti mengambil kira saat serangan Barat terhadap Manchu dalam Peperangan Opium 1842 telah melemahkan kerajaan Manchu dari dalam. Terdapat juga beberapa siri pemberontakan dari dalam berikutan daripada itu:-

"The leader of the rebellion, Hong Xiuchuan, considered himself a Christian and saw himself as the son of God ordered to save the world. His movement was for sharing wealth, for land distribution and for the Ten Commandments. It favored chastity and an end to foot-binding for women and was opposed to opium smoking. It swept across central-eastern China, intending to drive away" Manchu demons" and rival faiths - the rebels destroying Buddhist and Taoist temples. Chinese intellectuals sided with Manchu rule rather than Hong's rebellion. And Christian missionaries rejected Hong's movement, seeing Hong's views as heretical and his movement as an infringement on their own moves to Christianize.(http://www.fsmitha.com/h3/h38china.htm)

Penulis berpendapat oleh kerana terdapat banyak serangan dan racun dari dalam, akhirnya membawa kepada 'downfall' kerajaan Maharaja Manchu di akhir tahun 1900. Ini dapat dijadikan alasan kukuh menyebabkan bantuan tidak dapat diberikan kepada negara2 Sahabat seIslam dirantau ini. Begitu juga dengan kerajaan Turki Ottoman seperti yang telah diceritakan pada awal slot ini.

Dalam petikan diatas-kita lihat bagaimana permainan politik Inggeris yang meletakkan kambing hitam -Hong Xiuchian (dari kumpulan Dr Sun Yat Seng?) untuk memberontak menghancurkan "Manchu Demons - rival faith - the rebels destroying Buddhist and Taos temple" .(iya ke atau Manchu demons itu refer kepada Islam?) dan pihak missionary christian menafikan penglibatan mereka dalam hal itu, kerana dikatakan bertentangan dengan cara Christian, waa banyak cantik muka?Jadi, siapa lagi punya kerja kalau tak si Masonbebas? Dalam hal ini puak2 kafir ini sama sahaja!

(Sun Yat-sen pula adalah seorang christian yang menjadikan Penang dan Singapore sebagai pengkalan melancarkan dakyah revolusi Kuonmitang. Dia juga mengatakan bahawa "The role that overseas Chinese in Southeast Asia played during the 1911 Revolution was so significant that Sun himself recognized "Overseas Chinese as the Mother of the Revolution")

Kita mesti berpegang pada peringatan ini " Tidak akan aman Yahudi, Nasrani dan Majusi selagi kamu tidak mengikut agama mereka"! Setahu penulis sejarah telah membuktikan yang Nasrani dan Majusi akan saling berganding bahu menghancurkan Islam. Oleh itu teks diatas perlulah dilihat dalam konteks propaganda putar belit sejarah. Fikir dengan kritis apa yang tersirat!

Kemudian:-

"...They ratified the treaties that had been made with the Europeans, and they tried appeasing the Chinese by putting more Chinese rather than Manchus in positions of authority."(http://www.fsmitha.com/h3/h38china.htm)

Ini membuktikan tahkta Kerajaan Manchu telah sedikit demi sedikit dihapuskan pengaruhnya dengan memasukkan orang China dalam kedudukan penting kerajaan. Ini menunjukkan orang China dan Manchu bukan dari golongan yang sama walaupun satu benua! Tak percaya? Cuba lihat contoh dari dekat - Hai San dan Gee Hin pun berperang sesama mereka!

Seterusnya:-

"Prince Kong, in partnership with Cixi, modernized the Manchu army, and he enlisted Westerners against the Taiping rebellion. Some 600 cities had been overrun by the rebels. In the city of Shanghai, Western commercial interests had grown, and there the Westerners sided with Manchu rule. The Westerners financed a pro-Manchu army, which was led by a U.S. citizen, Fred E. War. When he was killed in 1862 an Englishman, Charles G. Gordon, an evangelical Christian, took charge, and he captured many cities for the Manchu. The Taiping rebellion was crushed by 1864, the Manchus suppressed more rebels in 1868, and in 1873 they defeated rebellions among Muslim tribes in Yunnan and Guizhou provinces."(http://www.fsmitha.com/h3/h38china.htm)

Kita lihat diatas, apabila pimpinan kerajaan Manchu yang sudah dipenuhi dengan orang China dan mula menerima pengaruh Inggeris, mereka akhirnya ditentang oleh pejuang-pejuang muslim. Pergolakan itu samalah seperti mana raja-raja melayu menghancurkan pejuang2 agama seperti Tok Janggut disemenanjung ini.

Nampak kaitan dan persamaan jalan ceritanya? Konspirasi siapa?

Rujukan:
Harun Yahya, 2003, Global Freemasonry, Global Publishing, Istanbul
Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah, 2005, Syeikh Ahmad Al-Fatani Pemikir Agung Melayu Dan Islam Jilid 1, Khazanah Fataniyah, KL.
Taiping Rebellion and Second Opium War (accesed 090608);


Read full post »

Isnin, Jun 02, 2008

Berkeris jua Raja Siam?

2 comments

Keris menjadi senjata diraja Siam Ayuthaya? (maaf audio kurang memuaskan)

Film: The Legend of Suriyothai.
Sedikit latar belakang filem ini:

  • The film was financed by Queen Sirikit was and was originally the idea of Queen Sirikit
  • The Queen wanted the Thai people to have a better understanding of their history and felt that a motion picture would be a good way to accomplish this.
  • All props were created for the film, including authentic reproductions of 16th century European, Thai and Burmese weapons.
  • This film, required five years of archaeological and historical research and took more than two years to shoot. It is rumored that the film cost between 8 and 20 million US dollars, making it the most expensive Thai film ever made.
  • However, due to the involvement of theThai Royal Family, any figure is hard to substantiate.
  • Additionally, the royal family’s association with this motion picture allowed filming in locations that would have been difficult or even impossible for any other director to have access to.
  • In 2003, the film was released in the United States, with a running time of 142 minutes. This version was edited by Francis Ford Coppola, release by Sony Pictures Classics was entitled Francis Ford Coppola Presents: The Legend of Suriyothai.

Plot Sinopsis:

Chai Raja's wife, Queen Jitravadee, dies shortly after giving birth to the heir Yodfa. The king takes a new consort, Srisudachan, and has another son by her. After several years of peace, Chai Raja leaves the capital, Ayutthaya, for a military campaign in the north. Soon after, Srisudachan, descended from the deposed U-Tong dynasty, takes Boonsri Worawongsa, another U-Tong descendant, as a lover and starts plotting to take over the throne. [lagi]


Nota Penulis (update 03/06/08):
Scene diatas adalah berkenaan Srisudachan yang didapati bunting 3 bulan oleh Tabib China yang tidak mengetahui 'affair' diantara Srisudachan dengan Boonsri Worawongsa sewaktu Chai Raja keluar berperang. Untuk menutup kes, Srisudachan dan pembantu peribadinya (sibadan besar itu) mengambil keputusan membunuh tabib china itu sebelum rahsia mereka terbongkar.

Bukan kisah affair
Apapun, bukan kisah 'affair' itu yang menarik minat penulis. Penulis hanya berminat dengan cara filem ini digarap. Lebih2 lagi 'scene2' peperangan yang memerlukan senjata dan prop yang dibikin dengan penuh ketelitian oleh tenaga2 kerja filem ini. Walaupun filem ini bercorak propaganda tetapi kesungguhan keseluruhan tenaga produksinya patut dijadikan teladan bagi pembikin filem di Malaysia. Cerita2 yang berasaskan sejarah bukan boleh disiapkan dalam satu bulan, malah makan tahun!

Penekanan bukan sahaja dari aspek sejarah, malah setiap kostum dan set filem ini perlu mendapat 'endorsement' dan 'approval' dari pihak istana raja thai. Rujukannya pula dari 'vault' khazanah istana raja thai sendiri. Itu yang mahal! Begitu juga dengan scene diatas.

Untuk pengetahuan pembaca, selama 5 jam filem ini ditayangkan, penulis tidak faham satu patah perkataan pun, kerana tiada subtitle - 'for Thailand Only Not For Export' katanya. Penulis hanya menghayati scene dan propnya sahaja.

Meskipun tidak faham bahasanya, dalam pemerhatian penulis, tiada satu pun scene dalam filem ini yang melibatkan penggunaan senjata berbentuk keris kecuali dalam scene diatas. 

Kelibat keris hanya datang sekali sahaja dan khas untuk scene pembunuhan tabib china itu! Walaupun sepatutnya keris itu dipegang secara betul, dan patut ada sarungnya...

Kenapa ada keris dalam filem Thai ini? Mudah sahaja kerana raja-raja mereka dahulu memang berkeris kerana Maharaja Siam Islam Dynasti Ayuthia adalah berasal dari Kedah dari keturunan Merong Mahawangsa!

Bukti Maharaja Islam Siam dan Keris
Gambar sisipan buat kajian:

Cuba lihat apa yang tersisip...

Sebuah mural pada perabot dari Ayuthia yang di simpan di Muzium di Bangkok. "King Narai himself is said to have been under Iranian cultural influence in terms of his daily food and dress and his preferred architectural styles", M. Ismail Marcinkowski, Phd, "SAFINE-YE SOLAYMANI" (sejarahnagarakedah.blogspot.com)

Nota tambahan:
Mengikut ceritanya, salasilah keturunan Narai @ Hang Tuah @ Tun Saaban bermula dari Syah Alam Yang Maha Mulia Zahiruddin Mohd Bahadur Syah, Sultan Akhbar Moghul India, Maha Thammaraja(1483 – 1530). Manakala kisah Suriyothai pula adalah pada tahun 1583.

Oleh itu apa kena mengena Raja Siam berketurunan Moghul dan Legenda Suriyothai?
Ada, yang kenanya adalah dari segi Persenjataan!

Prop dan senjata dalam filem Suriyothai dirujuk pada abad ke16. Pengkisahan legenda Suriyothai ini pula mengambil era sebelum jatuhnya Ayuthaya ke tangan puak Sukho Thai.

Manakala mural diatas menunjukkan Maharaja Siam Islam @ Narai menyisip keris dan riwayatnya berkisar dalam abad yang sama. Jadi, tidak mustahil penggunaan keris sebagai senjata rasmi diraja amat relevan dengan kerajaan Siam Islam kerana secara tidak langsung kewujudan keris ini telah dibuktikan oleh filem Suriyothai yang diambil dari 'vault' Raja Siam Islam pada abad ke16.

Kalau mengikut faham masyarakat kita hari ini, keris ini melambangkan siapa? Muay ke Silat? Maka berkeris jua Raja Siam maka ber-adat Melayulah jua kiranya...adat istiadat majlis Raja Iskandar Zulkarnain.

Sekian.

nb: syiok wo...!
Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger