Semangat dan Suara Pemuda Melayu Merdeka!
Bukan berniat hendak memperkecilkan bangsa India Muslim yang kita gelar mamak. Tidak kita nafikan, boleh kata hari-hari segelintir daripada kita mentekedarah roti chanai dan teh tarik mamak. Restoran mereka pun besar-besar mengalahkan restoran Melayu. Tetapi ini lah sabitnya yang berlaku, penangan air tangan mamak sudah memberi bekas (walaupun bukan pada hakikat), maka datang penyakit sampingan melanda orang Melayu hari ini. Penyakit tak kenal, tak boleh membeza mamak ke melayu.
Persoalannya disini adalah, jikalau India Muslim @ Mamak itu kita anggap Melayu, bagaimana status pekerja2 restoran India Muslim di Malaysia yang majoriti di import dari India ? Melayu jugak kah mereka ? Bagaimana pula dengan budaya mereka itu? Kita anggap budaya Melayu jugak kah?
Jika begitu aturan dan cara permainannya, boleh kah kita katakan begini, mana ada mamak-mamak yang hendak menukar identiti bangsanya ke bangsa Melayu bolehlah datang ke Malaysia. Begitukah caranya mengambil kesempatan yang ada?
Oleh itu jika mereka itu sudah menjadi Melayu maka bolehkah kita pergi ke India dan menggelar seluruh India Muslim yang berada di India yang pandai berbahasa Melayu, berbaju Melayu itu Melayu? Adakah saudara mara mereka juga menggelar mereka ini Melayu?
Apa beza yang diimport dengan yang dah sedia ada di sini? Tak kan tokey je jadi Melayu, tukang uli roti pun ada hati...mana aci ye dak? Bulu dada pun beh kurang sama je fesyen puntalnya. La, Bangla pun dok jeling sama, "aku pun ada" kata depa.
Apa beza yang diimport dengan yang dah sedia ada di sini? Tak kan tokey je jadi Melayu, tukang uli roti pun ada hati...mana aci ye dak? Bulu dada pun beh kurang sama je fesyen puntalnya. La, Bangla pun dok jeling sama, "aku pun ada" kata depa.
Disini bukan masalah keimanan atau amal ibadat yang hendak diperkatakan, itu nafsi-nafsi, bukan semua mamak tu jahil dan bukan semua melayu tu alim ulama atau sebaliknya, tetapi ini berkenaan budaya bangsa.
Tanpa budaya bangsa maka hilanglah identiti anugerah Allah taala kepada sesuatu bangsa itu. Bangsa yang tiada identiti bukan bangsa, tetapi tak boleh lah sampai kita nak kata bangsat!
Harap golongan mamak jangan terasa, dalam konteks ini, mereka sepatutnya masih boleh berbangga sebab masih ada budaya bangsa yang dikekalkan di Kerala sana. Dan kita tak nafikan peranan mereka membangunkan negara ini.
Orang kuat Melayu kena jawab la hat ni. Kesian penyimpan rahsia besar Melayu, terselak kain rupanya muka melayu betih mamak. Prasasti o prasasti.
Ini soalan bukan hendak menghina golongan mamak, tetapi soalan logik yang yang hendak dihantar terus ke kepala melayu-melayu keparat yang melacur istilah identiti bangsa demi kepentingan yang 'ntahhapahapa'.
Melayu o Melayu. Apa sudah jadi, krisis identiti?
Nak jawab? Nah, silakan lah.
Another Malay Dilemma.
Another Malay Dilemma.
Wassalam.
*orang India yang telah menjadi Melayu dinegara, malah sesiapa sahaja yang berketurunan India didunia ini, jika balik ke India dan dapat membuktikan dia adalah berketurunan India tetap akan diterima sebagai warga India (special Visa) oleh kerajaan India.
*orang India yang telah menjadi Melayu dinegara, malah sesiapa sahaja yang berketurunan India didunia ini, jika balik ke India dan dapat membuktikan dia adalah berketurunan India tetap akan diterima sebagai warga India (special Visa) oleh kerajaan India.
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.