Pengkhianatan orang-orang yahudi terhadap perjanjian manusia dengan Allah: Ketauhidan sesuai dengan fitrah manusia (Al Quran dan terjemahannya, Mujammaa' Khadim al Haramain 1412, ms 250).
Ayat ini mengkisahkan bagaimana Rasullullah s.a.w memperingatkan orang-orang yahudi tentang hakikat tauhid, iaitu perjanjian manusia dengan Allah taala. Yang mana ketika itu orang Yahudi menyalahkan tok nenek mereka yang syirik dan oleh kerana itu mereka tidak patut dipersalahkan atau dibinasakan atas kesalahan tok nenek mereka.
Tapi dengan turunnya ayat ini menunjukkan bahawa setiap individu atas muka dunia ini telah pun berjanji dan telah pun diberi peringatan atas janji mereka itu oleh Rasulullah s.a.w. Peringatan itu telah diberi berkali-kali kepada mereka supaya kembali kepada kebenaran supaya tidak ada lagi dakwa-dakwi diakhirat kelak.
Perjanjian di alam roh ini bukan baru, malah sejak zaman Nabi Adam a.s lagi. Dan setiap nabi dan rasulullah membawa ajaran dan peringatan yang sama sehinggalah ke zaman Rasulullah s.a.w.
Dan sesunguhnya peringatan hakikat tauhid dan roh Islam ini tidak akan terhenti disitu sahaja. Malah peringatan ini tetap dibawa melalui khalifah-khalifah Islam, para tabi'i tabiin, berpindah zaman walaupun sudah beribu-ribu kali bersalin kertas (risalah al quran mahupun al furqan yang tidak nampak) ke 'dada' para ulama pewaris nabi, guru-guru sebenar guru, atas kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan tetaplah sampai peringatan tauhid ini ke zaman ini dan tidak akan putus sehinggalah sampai kiamat.
Kelak apabila Al Quran dan orang-orangNya itu diangkat maka, sayonara - tunggulah masa hari pembalasan itu sampai.
Sebagai peringatan buat mereka yang mahu berfikir.
Dan sesunguhnya peringatan hakikat tauhid dan roh Islam ini tidak akan terhenti disitu sahaja. Malah peringatan ini tetap dibawa melalui khalifah-khalifah Islam, para tabi'i tabiin, berpindah zaman walaupun sudah beribu-ribu kali bersalin kertas (risalah al quran mahupun al furqan yang tidak nampak) ke 'dada' para ulama pewaris nabi, guru-guru sebenar guru, atas kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan tetaplah sampai peringatan tauhid ini ke zaman ini dan tidak akan putus sehinggalah sampai kiamat.
Kelak apabila Al Quran dan orang-orangNya itu diangkat maka, sayonara - tunggulah masa hari pembalasan itu sampai.
Sebagai peringatan buat mereka yang mahu berfikir.
Al-A'raaf
{171} وَإِذْ نَتَقْنَا الْجَبَلَ فَوْقَهُمْ كَأَنَّهُ ظُلَّةٌ وَظَنُّوا أَنَّهُ وَاقِعٌ بِهِمْ خُذُوا مَا آتَيْنَاكُمْ بِقُوَّةٍ وَاذْكُرُوا مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung (Tursina) ke atas mereka (Bani Israil) seolah-olah gunung itu awan (yang menaungi mereka) dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka, (sambil Kami berfirman kepada mereka): Terimalah dengan bersungguh-sungguh (Kitab Taurat) yang telah Kami berikan kepada kamu dan ingatlah (amalkanlah) apa yang terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa
{172} وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
{173} أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِنْ قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِنْ بَعْدِهِمْ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ
Atau supaya kamu tidak mengatakan: Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?
{174} وَكَذَلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ وَلَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran) dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).
{175} وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat.
{176} وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
{177} سَاءَ مَثَلًا الْقَوْمُ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَأَنْفُسَهُمْ كَانُوا يَظْلِمُونَ
Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.
{178} مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي وَمَنْ يُضْلِلْ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dialah yang beroleh petunjuk dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.