"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Selasa, Julai 28, 2009

Senarai Nama Pokok

5 comments
Tuan-tuan tentu pelik, apa pulak tebiat TMP cerita pokok. Bukannya apa ini semua senarai nama pokok yang terdapat di Tanah Semenanjung ini yang telah pun diberi nama oleh orang jaman dahulu. Menunjukkan orang dulu memang hebat dari segi ilmu Alam sehinggakan ada diantara nama-nama pokok itu kita sendiri pun tidak kenal dan tidak pernah dengar.

Baiklah, jika setiap pokok itu telah diberi nama yang unik, ini bermaksud ia juga unik pada bentuk, sifat dan kegunaan masing-masing.

Jadi dari perbendaharaan bahasa apa atau dari mana datangnya nama-nama tersebut? Ia merujuk pada apa? Dan bagaimana setiap nama itu boleh tercetus?

Penulis yakin hampir kesemua pokok-pokok jenis malar hijau tropikana ini tidak terdapat di benua lain. Jadi siapakah gerangan yang mengajarkan mereka ini. Perlu diingat Pokok atau tumbuhan ialah sebahagian daripada alam benda hidup yang terdapat di alam semesta ini.

Ini baru pokok, belum masuk bab buah, binatang, ikan dan sebagainya lagi. Fikirkanlah...ada cerita disebaliknya.

*Darwin pun datang sini woo...buat kajian Botani dan melahirkan pertubuhan yang bernama Geograhic Explorer. Lepas tu kita pun pakat tukar nama Ilmu Alam jadi Geography. Mana yang lebih besar Ilmu Alam (semesta) atau ilmu geography yang hanya berasaskan bumi sahaja?

Sayang sekali tanpa disedari, kita telah mengambil jalan kebelakang apabila menukar nama mata pelajaran tersebut hanya kerana bahasa Anglish - bangang sungguh.

Senarai pokok (dari Wikipedia)

A
▪ Pokok Adas
▪ Pokok Aji Samat
▪ Pokok Akar Som
▪ Pokok Akar Dani
▪ Pokok Akar Tarum
▪ Pokok Antanan
▪ Pokok Antoi
▪ Pokok Api-api Bulu
▪ Pokok Api-api Jambu
▪ Pokok Api-api Ludat
▪ Pokok Api-api Puteh
▪ Pokok Ara
▪ Pokok Ara Akar Buloh
▪ Pokok Ara Berteh Bukit
▪ Pokok Ara Berteh Paya
▪ Pokok Ara Kelumpong
▪ Pokok Ara Perak
▪ Pokok Ara Songsang
▪ Pokok Asam Gelugor
▪ Pokok Asam Kelubi
▪ Pokok Asam Jawa
▪ Pokok Avokado

B
▪ Pokok Babi Kurus
▪ Pokok Bakau
▪ Pokok Bakau Kurap
▪ Pokok Bakau Minyak
▪ Pokok Bakau Putih
▪ Pokok Bakau Minyak
▪ Pokok Bakawali
▪ Pokok Balau Bukit
▪ Pokok Balau Hitam
▪ Pokok Balau Gajah
▪ Pokok Balau Gunong
▪ Pokok Balau Kumus
▪ Pokok Balau Kumus Hitam
▪ Pokok Balau Kuning
▪ Pokok Balau Laut
▪ Pokok Balau Laut Merah
▪ Pokok Balau Membatu
▪ Pokok Balau Membatu Jantan
▪ Pokok Balau Merah
▪ Pokok Balau Pasir
▪ Pokok Balau Puteh
▪ Pokok Balau Sengkawang Ayer
▪ Pokok Balau Sengkawang Darat
▪ Pokok Balau Tembaga
▪ Pokok Balik Angin
▪ Pokok Balek Angin Bopeng
▪ Pokok Bangun-bangun
▪ Pokok Batai
▪ Pokok Batai Hutan
▪ Pokok Bawang
▪ Pokok Bayam
▪ Pokok Bayas
▪ Pokok Bayur
▪ Pokok Bayur Bukit
▪ Pokok Bebaru
▪ Pokok Bebaru Bulu
▪ Pokok Bebatu
▪ Pokok Bebusok
▪ Pokok Bebuta
▪ Pokok Beka
▪ Pokok Bekak
▪ Pokok Bekoi
▪ Pokok Belang Rimau
▪ Pokok Belimbing Besi
▪ Pokok Belimbing Buluh
▪ Pokok Beluntas
▪ Pokok Bendi
▪ Pokok Bertih
▪ Pokok Blewah
▪ Pokok Bengang
▪ Pokok Berangan
▪ Pokok Berembang
▪ Pokok Berembang Bukit
▪ Pokok Beruas
▪ Pokok Berus
▪ Pokok Berus Mata Buaya
▪ Pokok Betik
▪ Pokok Bidara
▪ Pokok Biku-biku
▪ Pokok Bintangor
▪ Pokok Bintangor Batu
▪ Pokok Bintangor Bukit
▪ Pokok Bintangor Bunga
▪ Pokok Bintangor Bunut
▪ Pokok Bintangor Daun Karat
▪ Pokok Bintangor Daun Panjang
▪ Pokok Bintangor Gambut
▪ Pokok Bintangor Gasing
▪ Pokok Bintangor Gunong Daun Besar
▪ Pokok Bintangor Gunong Daun Kecil
▪ Pokok Bintangor Jangkang
▪ Pokok Bintangor Kelim
▪ Pokok Bintangor Kuning
▪ Pokok Bintangor Laut
▪ Pokok Bintangor Lekok
▪ Pokok Bintangor Lilin
▪ Pokok Bintangor Merah
▪ Pokok Bintangor Puteh
▪ Pokok Bitis
▪ Pokok Bitis Bukit
▪ Pokok Bitis Paya
▪ Pokok Bonglai
▪ Pokok Bonglai Bukit
▪ Pokok Bruas
▪ Pokok Buah Keras Laut
▪ Pokok Buey
▪ Pokok Buluh
▪ Pokok Bunga Anggerik
▪ Pokok Bunga Kekwa
▪ Pokok Bunga Kemboja
▪ Pokok Bunga Kertas
▪ Pokok Buah Kundang
▪ Pokok Buah Mangga
▪ Pokok Bunga Raya
▪ Pokok Bunga Tapak Dara
▪ Pokok Bunga Teluki
▪ Pokok Bungor
▪ Pokok Butang Ungu
▪ Pokok Buah Naga
▪ Pokok Bunga Patma

C
▪ Pokok Cekur
▪ Pokok Cekur Bukit
▪ Pokok Cempaka Hutan
▪ Pokok Cempaka Putih
▪ Pokok Cempaka Telor
▪ Pokok Cempedak
▪ Pokok Cengkih
▪ Pokok Cengkih Hutan
▪ Pokok Ceri Terengganu
▪ Pokok Changkai
▪ Pokok Chenderai
▪ Pokok Chengal
▪ Pokok Chengam
▪ Pokok Chiamau‎
▪ Pokok Chicha
▪ Pokok China Maki
▪ Pokok Chuchor Atap
▪ Pokok Cili
▪ Pokok Cincau
▪ Pokok Cinta Mula

D
▪ Pokok Damak Damak
▪ Pokok Damar Hitam Bulu
▪ Pokok Damar Hitam Gajah
▪ Pokok Damar Hitam Katup
▪ Pokok Damar Hitam Pipit
▪ Pokok Damar Hitam Sengkawang Puteh
▪ Pokok Damar Hitam Siput Besar
▪ Pokok Damar Hitam Siput Jantan
▪ Pokok Damar Hitam Telepok
▪ Pokok Damar Hitam Siput
▪ Pokok Damar Hitam Kelim
▪ Pokok Damar Minyak
▪ Pokok Daun Dewa
▪ Pokok Daun Lidah Gajah
▪ Pokok Daun Patok Tuau
▪ Pokok Daun Semun
▪ Pokok Daun Tajam
▪ Pokok Dedawai Berisi
▪ Pokok Dedalu
▪ Pokok Dedap
▪ Pokok Dedaru
▪ Pokok Dedo
▪ Pokok Delek Tembaga
▪ Pokok Dendulang
▪ Pokok Depu Pelanduk
▪ Pokok Dewa
▪ Pokok Dudar
▪ Pokok Duit-duit
▪ Pokok Duku
▪ Pokok Dungun
▪ Pokok Dungun Paya
▪ Pokok Durian
▪ Pokok Durian Batang
▪ Pokok Durian Belanda
▪ Pokok Durian Beludu
▪ Pokok Durian Bujor
▪ Pokok Durian Daun
▪ Pokok Durian Daun Besar
▪ Pokok Durian Daun Tajam
▪ Pokok Durian Ijau Laut
▪ Pokok Durian Kampong
▪ Pokok Durian Merah
▪ Pokok Durian Paya
▪ Pokok Durian Tupai

E
▪ Pokok Ekor Kuda
▪ Pokok Ekor Sabit
▪ Pokok Ekor Tupai
▪ Pokok Ekor Tupai Lebat
▪ Pokok Ekor Kucing

G
▪ Pokok Gaham Badak
▪ Pokok Gajah Tarik
▪ Pokok Gajus
▪ Pokok Galak Tua
▪ Pokok Gambas
▪ Pokok Gapis
▪ Pokok Gedabu
▪ Pokok Gegatal
▪ Pokok Gelam
▪ Pokok Gelenggang
▪ Pokok Geli-geli
▪ Pokok Genggam Fatimah
▪ Pokok Genjer
▪ Pokok Gerok
▪ Pokok Geronggang Derum
▪ Pokok Geronggang Derum Bukit
▪ Pokok Geronggang Derum Seluncor
▪ Pokok Geronggang Geronggang
▪ Pokok Gerutu Gerutu
▪ Pokok Gerutu Pasir
▪ Pokok Gerutu Pasir Daun Besar
▪ Pokok Giam
▪ Pokok Giam Bayan
▪ Pokok Giam Hantu
▪ Pokok Giam Jantan
▪ Pokok Giam Kanching
▪ Pokok Giam Lintah Bukit
▪ Pokok Giam Malut
▪ Pokok Giam Melukut
▪ Pokok Giam Palong
▪ Pokok Giam Rambai
▪ Pokok Godobos
▪ Pokok Gohor
▪ Pokok Gorek
▪ Pokok Gude
▪ Pokok Gurah

H
▪ Pokok Halia
▪ Pokok Halia Bara
▪ Pokok Hampas Tebu
▪ Pokok Handeuleum
▪ Pokok Hantu Duri
▪ Pokok Hempedu Bumi
▪ Pokok Hujan Panas Daun Besar

I
▪ Pokok Inggir Burong
▪ Pokok Ipoh

J
▪ Pokok Jagung
▪ Pokok Jalong
▪ Pokok Jambu Air
▪ Pokok Jambu Arang
▪ Pokok Jambu Batu
▪ Pokok Jambu Bol
▪ Pokok Jambu Mawar
▪ Pokok Jangkang Bukit
▪ Pokok Jangkang Paya.
▪ Pokok Jarret Keledang Tampang
▪ Pokok Jelawai
▪ Pokok Jelawai Jaha
▪ Pokok Jelawai Ketapang
▪ Pokok Jelawai Mempelam Babi
▪ Pokok Jelawai Mentalun
▪ Pokok Jelutong
▪ Pokok Jelutong Pipit
▪ Pokok Jemerlang
▪ Pokok Jemerlang Laut
▪ Pokok Jemuju
▪ Pokok Jenjulong
▪ Pokok Jering
▪ Pokok Jeruju
▪ Pokok Jeruju Hitam
▪ Pokok Jeruju Putih
▪ Pokok Jarum Tujuh Bilah
▪ Pokok Jintek Bukit
▪ Pokok Jintek-jintek
▪ Pokok Jitang
▪ Pokok Jotang

K
▪ Pokok Kabung
▪ Pokok Kacang Soya Hijau
▪ Pokok Kacang-kacang
▪ Pokok Kacip Fatimah
▪ Pokok Kahak Kambing
▪ Pokok Kamap
▪ Pokok Kandis
▪ Pokok Kangsar
▪ Pokok Kangkung
▪ Pokok Kapur
▪ Pokok Karas
▪ Pokok Kari
▪ Pokok Kasah
▪ Pokok Kasai
▪ Pokok Kasai Daun Besar
▪ Pokok Kasai Daun Kechil
▪ Pokok Kasai Daun Lichin
▪ Pokok Kayu Arang
▪ Pokok Kayu Rindu
▪ Pokok Kedang Belum
▪ Pokok Kedondong
▪ Pokok Kedondong
▪ Pokok Kedondong Bulan
▪ Pokok Kedondong Bulan Bulu
▪ Pokok Kedondong Gergaji
▪ Pokok Kedondong Kemasul
▪ Pokok Kedondong Kerantai
▪ Pokok Kedondong Kerantai Bulu
▪ Pokok Kedondong Kerantai Licin
▪ Pokok Kedondong Keruing
▪ Pokok Kedondong Kerut
▪ Pokok Kedondong Kijai
▪ Pokok Kedondong Matahari
▪ Pokok Kedondong Mempelas
▪ Pokok Kedondong Puteh
▪ Pokok Kedondong Senggeh
▪ Pokok Kedondong Sengkuang
▪ Pokok Kedondong Serong
▪ Pokok Kekabu
▪ Pokok Kekabu Hutan
▪ Pokok Kekatong
▪ Pokok Kekatong Laut
▪ Pokok Keladan
▪ Pokok Keladi
▪ Pokok Keladi Sebaring
▪ Pokok Keladi Seberang
▪ Pokok Kelapa
▪ Pokok Kelapa Sawit
▪ Pokok Kelat
▪ Pokok Kelat Gelam
▪ Pokok Kelat Jambu Laut
▪ Pokok Kelat Hitam
▪ Pokok Kelat Merah
▪ Pokok Kelat Paya
▪ Pokok Keledang Babi
▪ Pokok Keledang Bangkong
▪ Pokok Keledang Keledang
▪ Pokok Keledang Tampang Bulu
▪ Pokok Keledang Tampang Gajah
▪ Pokok Keledang Tampang Hitam
▪ Pokok Kelempayan
▪ Pokok Kelor
▪ Pokok Kelumpang
▪ Pokok Kelumpang Jari
▪ Pokok Kelumpang Telur
▪ Pokok Keman
▪ Pokok Kemandilan
▪ Pokok Kemangi
▪ Pokok Kemarongan
▪ Pokok Kembang Semangkok
▪ Pokok Kembang Semangkok Bulat
▪ Pokok Kembang Semangkok Jantong
▪ Pokok Kembang Songsang
▪ Pokok Kemenyan
▪ Pokok Kempas
▪ Pokok Kemuning
▪ Pokok Kemuning Hutan
▪ Pokok Kemunting
▪ Pokok Kemunting Cina
▪ Pokok Kenanga
▪ Pokok Kenidai
▪ Pokok Kerak Nasi
▪ Pokok Keranji
▪ Pokok Keranji Bulu
▪ Pokok Keranji Kuning Besar
▪ Pokok Keranji Kuning Kecil
▪ Pokok Keranji Paya
▪ Pokok Keranji Tebal Besar
▪ Pokok Keranji Tebal Kecil
▪ Pokok Keranji Tunggal
▪ Pokok Kerdas
▪ Pokok Keredas
▪ Pokok Keresmen
▪ Pokok Kerlik
▪ Pokok Kertak Tangga
▪ Pokok Keruing
▪ Pokok Keruing Baran
▪ Pokok Keruing Beledu
▪ Pokok Keruing Belimbing
▪ Pokok Keruing Bukit
▪ Pokok Keruing Bulu
▪ Pokok Keruing Chogan
▪ Pokok Keruing Etoi
▪ Pokok Keruing Gasing
▪ Pokok Keruing Gombang Merah
▪ Pokok Keruing Gondol
▪ Pokok Keruing Gombang
▪ Pokok Keruing Gunong
▪ Pokok Keruing Kertas
▪ Pokok Keruing Kerut
▪ Pokok Keruing Kesat
▪ Pokok Keruing Kipas
▪ Pokok Keruing Latek
▪ Pokok Keruing Mempelas
▪ Pokok Keruing Mengkai
▪ Pokok Keruing Merah
▪ Pokok Keruing Neram
▪ Pokok Keruing Padi
▪ Pokok Keruing Paya
▪ Pokok Keruing Perak
▪ Pokok Keruing Pipit
▪ Pokok Keruing Rengkai
▪ Pokok Keruing Ropot
▪ Pokok Keruing Sarawak
▪ Pokok Keruing Sendok
▪ Pokok Keruing Sol
▪ Pokok Keruing Temak
▪ Pokok Kesum
▪ Pokok Ketapang
▪ Pokok Ketedang Temponek
▪ Kobis Bulat
▪ Pokok Koro
▪ Pokok Krepal
▪ Pokok Krokot
▪ Pokok Kubis Hutan
▪ Pokok Kulim
▪ Pokok Kuncur
▪ Pokok Kundor
▪ Pokok Kundang Hutan
▪ Pokok Kundang Rumenia
▪ Pokok Kungkur

L
▪ Pokok Labu Feringgi
▪ Pokok Labu Mie
▪ Pokok Labu Parang
▪ Pokok Labu Siem
▪ Pokok Lada Hitam
▪ Pokok Laici
▪ Pokok Lam Kedondong
▪ Pokok Langsat
▪ Pokok Lanjut
▪ Pokok Leban
▪ Pokok Legetan
▪ Pokok Lemuni Kuning
▪ Pokok Lenggadai
▪ Pokok Lengkuas
▪ Pokok Lengkuas Genting
▪ Pokok Lidah-lidah
▪ Pokok Lidah Jin
▪ Pokok Limau Bali
▪ Pokok Limau Lelang
▪ Pokok Limau Purut
▪ Pokok Longan
▪ Pokok Lotong
▪ Pokok Ludai
▪ Pokok Lulai

M
▪ Pokok Machang
▪ Pokok Mahang
▪ Pokok Mahang Gajah
▪ Pokok Mahang Merah
▪ Pokok Mahang Puteh
▪ Pokok Mahang Serindit
▪ Pokok Maharaja Kayu
▪ Pokok Malabera
▪ Pokok Malabera Bukit
▪ Pokok Mamah Pelandok
▪ Pokok Manchoi
▪ Pokok Mangga
▪ Pokok Mangitan
▪ Pokok Mangkokan
▪ Pokok Marajali
▪ Pokok Mata Keli
▪ Pokok Mata Kucing
▪ Pokok Mata Ulat
▪ Pokok Medang
▪ Pokok Medang Kasap
▪ Pokok Medang Kemangi
▪ Pokok Medang Lebar Daun
▪ Pokok Medang Payong
▪ Pokok Medang Pisang
▪ Pokok Medang Sintoc
▪ Pokok Medang Teja
▪ Pokok Medang Teja Lawang
▪ Pokok Melaka
▪ Pokok Melembu
▪ Pokok Melunak
▪ Pokok Melunak Bukit
▪ Pokok Melunak Pusat Beludu
▪ Pokok Membuloh
▪ Pokok Membuloh Bulu
▪ Pokok Mempari
▪ Pokok Mempening
▪ Pokok Mempisang
▪ Pokok Mempoyan
▪ Pokok Menarong
▪ Pokok Menasi
▪ Pokok Mendaroh
▪ Pokok Mendong
▪ Pokok Menggambong
▪ Pokok Mengkal
▪ Pokok Mengkirai
▪ Pokok Mengkudu
▪ Pokok Mengkudu Siam
▪ Pokok Mengkulang
▪ Pokok Mengkulang Jari
▪ Pokok Mengkulang Jari Bulu
▪ Pokok Mengkulang Siku Keluang
▪ Pokok Mengkundor
▪ Pokok Mensirah
▪ Pokok Mentigi
▪ Pokok Mentua Taban
▪ Pokok Mentulang Bulu
▪ Pokok Mentulang Daun Bujor
▪ Pokok Mentulang Daun Lebat
▪ Pokok Meraga
▪ Pokok Meransi
▪ Pokok Meranti
▪ Pokok Meranti Bakau
▪ Pokok Meranti Batu
▪ Pokok Meranti Belang
▪ Pokok Meranti Bukit
▪ Pokok Meranti Bumbong
▪ Pokok Meranti Bunga
▪ Pokok Meranti Daun Besar
▪ Pokok Meranti Jerit
▪ Pokok Meranti Kepong
▪ Pokok Meranti Kepong Hantu
▪ Pokok Meranti Langgong
▪ Pokok Meranti Lapis
▪ Pokok Meranti Laut
▪ Pokok Meranti Melantai
▪ Pokok Meranti Mengkai
▪ Pokok Meranti Nemesu
▪ Pokok Meranti Pa'ang
▪ Pokok Meranti Paya
▪ Pokok Meranti Pepijat
▪ Pokok Meranti Pipit
▪ Pokok Meranti Rambai Daun
▪ Pokok Meranti Sarang Punai
▪ Pokok Meranti Sarang Punai Bukit
▪ Pokok Meranti Sengkawang Bulu
▪ Pokok Meranti Sengkawang Merah
▪ Pokok Meranti Seraya
▪ Pokok Meranti Seraya Daun Besar
▪ Pokok Meranti Temak
▪ Pokok Meranti Temak Nipis
▪ Pokok Meranti Tembaga
▪ Pokok Meranti Tengkawang Ayer
▪ Pokok Merawan
▪ Pokok Merawan Batu
▪ Pokok Merawan Bunga
▪ Pokok Merawan Daun Bulat
▪ Pokok Merawan Gunong
▪ Pokok Merawan Jangkang
▪ Pokok Merawan Jantan
▪ Pokok Merawan Jeruai
▪ Pokok Merawan Kelabu
▪ Pokok Merawan Mata Kuching Beludu
▪ Pokok Merawan Mata Kuching Bukit
▪ Pokok Merawan Mata Kuching Hitam
▪ Pokok Merawan Mata Kuching Merah
▪ Pokok Merawan Mata Kuching Pipit
▪ Pokok Merawan Meranti
▪ Pokok Merawan Palit
▪ Pokok Merawan Penak
▪ Pokok Merawan Siput
▪ Pokok Merawan Siput Jantan
▪ Pokok Merawan Ungu
▪ Pokok Merbatu
▪ Pokok Merbatu Pipit
▪ Pokok Merbau
▪ Pokok Merbau Ipil
▪ Pokok Merbau Kera
▪ Pokok Meribut
▪ Pokok Merpauh Daun Runching
▪ Pokok Merpauh Daun Tebal
▪ Pokok Merpauh Periang
▪ Pokok Mersawa
▪ Pokok Mersawa Durian
▪ Pokok Mersawa Gajah
▪ Pokok Mersawa Kesat
▪ Pokok Mersawa Kuning
▪ Pokok Mersawa Merah
▪ Pokok Mersawa Paya
▪ Pokok Mertas
▪ Pokok Mesepat
▪ Pokok Miku
▪ Pokok Minyak Berok
▪ Pokok Miq
▪ Pokok Misai Kucing

N
▪ Pokok Nangka
▪ Pokok Nanas
▪ Pokok Nenas Batu
▪ Pokok Nipah
▪ Pokok Nipis Kulit
▪ Pokok Nyalas
▪ Pokok Nyatoh
▪ Pokok Nyatoh Durian
▪ Pokok Nyatoh Ekor
▪ Pokok Nyatoh Gunong
▪ Pokok Nyatoh Jambak
▪ Pokok Nyatoh Kabu
▪ Pokok Nyatoh Ketiau
▪ Pokok Nyatoh Mayang
▪ Pokok Nyatoh Nangka Kuning
▪ Pokok Nyatoh Nangka Merah
▪ Pokok Nyatoh Pipit
▪ Pokok Nyatoh Puteh
▪ Pokok Nyatoh Semaram
▪ Pokok Nyatoh Sidang
▪ Pokok Nyatoh Sundek
▪ Pokok Nyatoh Surian
▪ Pokok Nyatoh Taban Merah
▪ Pokok Nyatoh Taban Puteh
▪ Pokok Nyatoh Tembaga
▪ Pokok Nyatoh Tembaga Kuning
▪ Pokok Nyireh Batu
▪ Pokok Nyireh Bunga
▪ Pokok Nyonya Makan Sirih
▪ Pokok Nilam

O
▪ Pokok Oblonga
▪ Pokok Oregano
▪ Pokok Otak Udang Daun Tajam
▪ Pokok Otak Udang Daun Tumpul

P
▪ Pokok Pagar
▪ Pokok Pagar Anak
▪ Pokok Pagoda
▪ Pokok Pakis Merah
▪ Pokok Paku Larat
▪ Pokok Palma Todi
▪ Pokok Panah Arjuna
▪ Pokok Pandan
▪ Pokok Pandan Serani
▪ Pokok Pasak
▪ Pokok Patawali
▪ Pokok Pauh Kijang
▪ Pokok Payung Ali
▪ Pokok Pecah Kaca
▪ Pokok Pecah Periuk
▪ Pokok Pelawan
▪ Pokok Pelong Beludu
▪ Pokok Pelong Lichin
▪ Pokok Penaga
▪ Pokok Penaga Bayan
▪ Pokok Penaga Tikus
▪ Pokok Penarahan
▪ Pokok Penarahan Arang
▪ Pokok Penarahan Arang Ayer
▪ Pokok Penarahan Arang Bukit
▪ Pokok Penarahan Arang Gambut
▪ Pokok Penarahan Laut
▪ Pokok Penawar Pahit
▪ Pokok Penerahan Arang Bukit
▪ Pokok Pepauh
▪ Pokok Pepijat
▪ Pokok Pepulut
▪ Pokok Perah
▪ Pokok Perah Ikan
▪ Pokok Perepat
▪ Pokok Peria Katak
▪ Pokok Periuk Kera
▪ Pokok Petai
▪ Pokok Petai Belalang
▪ Pokok Petai Kerayong
▪ Pokok Petai Meranti
▪ Pokok Petaling
▪ Pokok Petola Ular
▪ Pokok Pinang
▪ Pokok Pinang Hutan
▪ Pokok Pisang
▪ Pokok Podo Bukit
▪ Pokok Podo Cuchor Atap
▪ Pokok Podo Kebal Musang
▪ Pokok Podo Kebal Musang Gunong
▪ Pokok Podo Laut
▪ Pokok Pong-pong
▪ Pokok Portia
▪ Pokok Prain Keranji
▪ Pokok Pudu
▪ Pokok Pulai
▪ Pokok Pulai Basong
▪ Pokok Pulai Penipu Bukit
▪ Pokok Pulai Penipu Paya
▪ Pokok Punah
▪ Pokok Punggai
▪ Pokok Punggai Daun Besar
▪ Pokok Pupoi
▪ Pokok Putat
▪ Pokok Putat Kedang

R
▪ Pokok Rambai
▪ Pokok Rambai Hutan
▪ Pokok Rambutan
▪ Pokok Rambutan Hutan
▪ Pokok Rambutan Pachat
▪ Pokok Ramin Dara Elok
▪ Pokok Ramin Daun Tebal
▪ Pokok Ramin Melawis
▪ Pokok Ramin Pinang Muda
▪ Pokok Ramin Pipit
▪ Pokok Rancang Besi
▪ Pokok Rawa
▪ Pokok Redan
▪ Pokok Rengas
▪ Pokok Rengas Ayer
▪ Pokok Rengas Kerbau Jalang
▪ Pokok Rengas Padi
▪ Pokok Reriang
▪ Pokok Resak
▪ Pokok Resak
▪ Pokok Resak Buah Kana
▪ Pokok Resak Bukit
▪ Pokok Resak Daun Panjang
▪ Pokok Resak Daun Runching
▪ Pokok Resak Degong
▪ Pokok Resak Gajah
▪ Pokok Resak Gunong
▪ Pokok Resak Julong
▪ Pokok Resak Kechil
▪ Pokok Resak Keluang
▪ Pokok Resak Langgong
▪ Pokok Resak Laru
▪ Pokok Resak Laut
▪ Pokok Resak Letop
▪ Pokok Resak Lidi
▪ Pokok Resak Mempening
▪ Pokok Resak Padi
▪ Pokok Resak Paya
▪ Pokok Resak Pipit
▪ Pokok Resak Puteh
▪ Pokok Resak Ranting Kesat
▪ Pokok Resak Tempurong

S
▪ Pokok Saga
▪ Pokok Saga Daun Tumpul
▪ Pokok Saga Hutan
▪ Pokok Samak Pulut
▪ Pokok Sambiloto
▪ Pokok Sambung Nyawa
▪ Pokok Sawa Luka
▪ Pokok Sawah
▪ Pokok Sawi
▪ Pokok Sayur Paku
▪ Pokok Selasih
▪ Pokok Selom
▪ Pokok Semarak Api
▪ Pokok Sembung
▪ Pokok Sena
▪ Pokok Sengkuang
▪ Pokok Sentang
▪ Pokok Sentul
▪ Pokok Sepetir Beludu Besar
▪ Pokok Sepetir Daun Nipis
▪ Pokok Sepetir Daun Tebal
▪ Pokok Sepetir Lichin
▪ Pokok Sepetir Mempelas
▪ Pokok Sepit Udang
▪ Pokok Sepul
▪ Pokok Serai Kayu
▪ Pokok Sesendok
▪ Pokok Sesudu
▪ Pokok Setang
▪ Pokok Setawar
▪ Pokok Setumpol
▪ Pokok Sial Menahun
▪ Pokok Simbukan
▪ Pokok Simpoh
▪ Pokok Simpoh Air
▪ Pokok Simpoh Beludu
▪ Pokok Simpoh Daun Merah
▪ Pokok Simpoh Gajah
▪ Pokok Simpoh Padang
▪ Pokok Simpoh Paya
▪ Pokok Simpoh Puteh
▪ Pokok Simpoh Ungu
▪ Pokok Sintrong
▪ Pokok Sirih
▪ Pokok Sirih Hutan
▪ Pokok Siti Fatimah Merah
▪ Pokok Sukun
▪ Pokok Sungkai
▪ Pokok Surian Batu
▪ Pokok Surian Bawang
▪ Pokok Surian Wangi
▪ Pokok Susun Kelapa

T
▪ Pokok Tampoi
▪ Pokok Tambang Besi
▪ Pokok Tanduk Kijang
▪ Pokok Tanduk Rusa
▪ Pokok Tapak Sulaiman
▪ Pokok Tasbih
▪ Pokok Tebu Hitam
▪ Pokok Teh
▪ Pokok Teh Assam
▪ Pokok Teh Nilgiri
▪ Pokok Telor Buaya
▪ Pokok Telusok Ayam
▪ Pokok Temak Batu
▪ Pokok Tembikai
▪ Pokok Tembikai Susu
▪ Pokok Tembikai Madu
▪ Pokok Tembusu
▪ Pokok Tembusu Hutan
▪ Pokok Tembusu Padang
▪ Pokok Tempinis
▪ Pokok Temponek
▪ Pokok Tengar
▪ Pokok Tepus
▪ Pokok Tepus Sigung
▪ Pokok Tepus Batu
▪ Pokok Tepus Harimau
▪ Pokok Tepus Merah
▪ Pokok Terap Hitam
▪ Pokok Terap Nasi
▪ Pokok Terung
▪ Pokok Terung Asam
▪ Pokok Terung Bulu
▪ Pokok Terung Manggul
▪ Pokok Terung Pipit
▪ Pokok Terung Rembang
▪ Pokok Terung Telunjuk
▪ Pokok Terentang
▪ Pokok Terentang Daun Besar
▪ Pokok Terentang Daun Kecil
▪ Pokok Terentang Simpoh
▪ Pokok Teruntum Merah
▪ Pokok Teruntum Puteh
▪ Pokok Tetebu
▪ Pokok Tetiup
▪ Pokok Timun
▪ Pokok Tinjau Belukar
▪ Pokok Tetulang
▪ Pokok Tomato
▪ Pokok Tongkat Ali
▪ Pokok Trumpet
▪ Pokok Tualang
▪ Pokok Tuba Buah
▪ Pokok Tui
▪ Pokok Tulang Daing
▪ Pokok Tumu Merah
▪ Pokok Tumu Puteh
▪ Pokok Tutor
▪ Pokok Tutup Bumi


U
▪ Pokok Ubah
▪ Pokok Ubi Stela
▪ Pokok Ubi Jaga
▪ Pokok Ubi Kayu
▪ Pokok Ubi Keledek
▪ Pokok Ulam Raja
Read full post »

Sabtu, Julai 25, 2009

KIAS TERSIRAT: THE PRAYERS (LA-ILAHA-IL-LALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH)

2 comments

Dear Readers.
Nothing is new about this clip. It is the same one taken from the 'Maka Malayu Perlu Barcakap' entri. I just feel that it needs a raised-up as it was nested too deeply underneath the above said entri.
Actually I don't know if it has any good to the - perhaps MJ fan.
That's all.


Excerpts:
Ini adalah versi baru Kias Tersirat : The Prayers. Terdapat sedikit penambahan dari movie yang terdahulu. Harap Maklum.
Berikut adalah tambahan kepada para pembaca untuk mendapatkan gambaran serba sedikit tentang bagaimana penyebaran dakwah Islamiah itu boleh berlaku ke seluruh pelusuk dunia. Tanda rahmat Tuhan kepada seorang hambanya yang telah berfkir - itulah Raja Viking, yang telah mendapat tahu tentang 'awal kejadian' atau disebut 'the beginning' dari ajaran kitab lama seperti yang tersdapat dalam 'warrior prayer' umat Viking tersebut.

Dibuktikan juga di dalam movie ini peranan JAWI dan DOA sebagai alat untuk menyambung dan menyebar dakwah Islamiah itu sendiri.



Read full post »

Rabu, Julai 22, 2009

Who is the Real Malay? (updated with facts from UUK)

8 comments









Tidak mahu mengulas panjang.
Tidak mahu mengulas panjang, cuma ingin menyorot kembali realiti sebuah kehidupan masyarakat silam di Semenanjung Siam-Malaka ini menerusi foto-foto vintage kiriman seorang kenalan.

Melalui subjeknya yang menarik, iaitu Malayu dan Sakai, maka dapat kita fikirkan persamaan dan perbezaannya antara dua golongan ini. (contohnya dari raut wajah-hidung-mata dan rambut)

Persoalan yang timbul, adakah Malayu itu sebenarnya satu rumpun bangsa atau hanya segolongan kaum diantara kaum-kaum lain yang menghuni Tanah Semenanjung ini?

Adakah Umat Malayu moden hari ini berasal dari Malayu yang sebenar-benar Malayu?

Atau tuan-tuan hanya menjadi bangsa Malayu Moden melalui istilah perlembagaan sahaja, yang mana teras dan identiti bangsa itu jelas merujuk kepada BAHASA MALAYU dan ISLAM?

Jadi siapakah sebenarnya Malayu sejati itu - orang asli Semenanjung?

-----------------------------------------
Updated 26.07.09

Apa kaitan gambar-gambar diatas dengan UUK?

Untuk itu sila renungkan petikan dari UUK ms 5:
"Maka barang jenis kain yang patut jadi faedah diambil beli-belian kira-kira sebahagi dan sebahagi dilepaskan. Maka segala jenis kain dibawa oleh syahbandar dan mata-mata kepada panglima bandar. Maka jenis macam-macam kain itu dimaklumkan pada raja"

"Syahadan jika nakhoda itu mengkehendaki membeli rotan dan damar batu dan getah dan tiang layar dan barang dan sebagainya, maka hendaklah memberitahu syahbandar"

"Bermula jika ada piutang nakhoda di dalam pasar (cth: gambar 5) hendaklah diberitahu panglima bandar dan syahbandar supaya dikeluar oleh panglima bandar dan syahbandar"

Berdasarkan beberapa petikan yang lain, dapatlah disimpulkan bahawa kain telah diklasifikasikan sebagai barangan import. Selalunya datang dari Benua Keling.

Jadi secara logiknya sudah tentulah orang-orang asli yang membawa damar, rotan, GETAH dan orang Malayu yang membikin TIANG LAYAR (cth: gambar 3) juga membuat pertukaran barang sesama mereka berdasarkan sistem 'barter'. Inflasi sifar...

Dibuktikan juga melalui gambar diatas bahawa kain memang menjadi 'basahan' hampir kesemua rakyat marhaen dari dulu, kini dan selamanya.

Tuan-tuan yang dihormati, inilah yang dinamakan undang-undang raja. Undang-undang berlandaskan syariat Islam, yang di guna pakai oleh raja maha besar Benua Siam bersesuaian dengan kaedah dan kehidupan pada masa itu.

UUK juga dengan jelas menggariskan protokol kedudukan diantara golongan pembesar, pegawai kerajaan, ketua kampung dan golongan rakyat jelata.

Sila perhatikan petikan ini pula, UUK ms 38:
"Jika seorang bergelar Tun di negeri, seorang bergelar Raja di hutan, sama tara duduknya, ertinya setara itu bertimbalkan duduknya. Demikian beza di hutan dengan negeri itu."

Maksudnya pembesar-pembesar yang telah diberi gelaran itu samada pembesar negeri atau pembesar di hutan sama sahaja kedudukannya. Atau dengan lain kata di sisi Maharaja Siam itu, Tun itu "equal" Raja di hutan. Kerana 'di hutan' itulah terdapat barang dagangan yang tinggi nilainya untuk di eksport.

Kesimpulannya, Undang-undang Kedah itu jika dikaji dengan lebih mendalam, maka dapat ia menjadi pen pictures yang mengambarkan dengan jelas warna-warni kehidupan pelbagai lapisan masyarakat di Benua Siam ini semenjak dari 222 Hijrah sehinggalah kepada kedatangan Inggeris ke Tanah Semenanjung.

Realitinya sama sahaja dahulu dan sekarang - ada kaya ada miskin, ada Islam ada yang kafir. Cuma dahulu The Malay Boys merempit dengan basikal hari ini dengan motosikal.

-----------------------------

* Secara praktikalnya teknologi kamera hanya boleh digunakan oleh orang ramai di eropah ialah pada tahun 1839 melalui kamera pertama yang diberi nama 'Dauguerrotype camera' yang menggunakan plate besi sebagai media penyimpan imej. Hanya orang kaya atau yang berkhidmat dengan kerajaan atau press sahaja yang mampu memiliki kamera jenis Daguerrotype ini.

Kemudian teknologi dan inovasi kamera berkembang sehinggalah pada tahun 1881, George Eastman seorang Amirika mencipta teknologi 'filem' yang mudah diselenggara, iaitu Kodak. Dengan penggunaan kodak, badan kamera dapat dikecilkan dan teknologi itu dapat dinikmati oleh kebanyakkan kerana ianya lebih murah dan mudah berbanding Daguerrotype yang besar, berat dan mahal.

Jadi berkemungkinan besar gambar-gambar diatas ini diambil menggunakan Daguerrotype seawal 1839 atau Kodak seawal 1881. (circa 1839-1910)

foto-foto vintage sumbangan: Ariyo Adam

--------------------------------------

Sekilas pandang.
*Dari foto itu nampak gaye, bukan semua Sa-Kai rupe macam Ma-La-Yu...dan bukan semua Ma-La-Yu rupe macam Sa-Kai...ialah dalam adik beradik pun bukannya seme hensem dan muke serupe...perangai pun berlain.

Cuba fikir, tak pelik ke, duduk dalam hutan rimba, ada juga yang boleh dikategorikan sebagai 'kira ok' tapi tiada sifat MALU dalam diri mereka?

Tapi yang jenih 'kira ok' ni la ada harapan jadi 'glamer', ada harapan naik tahkta, tatkala disunting putera raja (selalunya masa berburu)...paling kurang pun menjadi dayang istana bak 'Kasuma Dewa' kisah Hang Tuah pahlawan Malaka.

Bukan cakap kosong tapi umpama kisah Pir Abu adik beradik Tun Syaaban (Hang Tuah) yang menikah dengan seorang perempuan Batak tanpa perkenan Tuanku Baginda Raja Besar Benua Siam. Dari penikahan itu lalu lahirlah Raja Sulaiman 'Raja Tui Yangkam Belat Yukbat' - Raja Bersiung yang dihukum bunuh oleh Hang Tuah di Singgora.
Read full post »

Khamis, Julai 16, 2009

Imam Syafie Penghulu Imam (updated)

0 comments
"Mana ko dapat tu, Imam Syafie penghulu segala imam?" Soal seorang kenalan dalam masa menyembang tentang masalah umat Malayu di Malaya tercinta ini.

Soalan sebegini sememangnya menarik, tetapi payah hendak dijawab oleh 'orang awam' seperti penulis. Masalahnya bukan apa, sebabnya penyataan itu 'tak de dalam Al-Quran atau pun hadis', jadi sudah dikira macam mengada-ngadakan cerita pulak. Hendak buka Al-Quran dan Hadis, kita pun bukannya pakar, kang tersalah sedut kang lain pulak jadinya.

Oleh kerana tidak mahu menimbulkan fitnah yang berpanjangan dan demi kebaikan para pembaca, disini penulis sertakan sebuah buku karangan H Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki berkenaan Imam Syafie. Jadi bukanlah penulis sengaja melebih-lebihkan cerita keunikan umat Malayu yang bermazhab Syafie, tetapi hakikatnya, kelebihan Imam Syafie itulah yang menjadikan keberuntungan kepada umat Malayu yang mengikutnya dan bukanlah sebaliknya.

Berkenaan dengan tajuk 'penghulu' tersebut silalah rujuk kepada guru-guru yang mempunyai nasab yang lengkap dan boleh dipercayai hulu dan pangkalnya. Terkadang ada juga yang berguru Agama Islam dengan Tok Guru omputih fahaman Orientalis, jadi susahlah sikit, takut-takut tidak ada barkat, yang kita tidak mahu itu ilmu yang tiada barkat. Cakap pandai, tetapi kosong, maka rugilah kita yang mendengar dan beramal dengannya.

Yang bercakap banyak dalam tele tu, belum bertemu ruas...gamaknya.

Sedikit mengenai nasab Imam Syafie:
Beliau adalah Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Uthman bin Syafi'e bin al-Saib bin Ubaid bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutthalib bin Abdul Manaf bin Qusai al-Quraisyi al-Muthalibi Al-Syafi'e. Pertemuan nasab beliau dengan Rasullullah s.a.w adalah pada datuknya yang keempat iaitu Abdul Manaf.

Sedikit dari mutiara kata Imam Syafie:
"Barang siapa tidak menyenangi ilmu bererti tidak akan ada kebaikan pada dirinya. Oleh itu jangan sampai ada diantara anda dan dia saling kenal-mengenal dan menjadi teman".

"Sebagaimana mata mempunyai batasannya, begitulah dengan akal yang juga mempunyai ruang lingkup yang terbatas"

"Wahai Rabi', tuntutlah ilmu walaupun di negeri China"

Sedikit sedutan dari buku diatas:
"Janganlah kalian mencela orang-orang Quraisy kerana ilmu salah seorang daripada ulamanya bakal memenuhi seluruh alam ini" (H.R Baihaqi, Abu Daud dan Hakim)

"Cintailah Arab kerana tiga perkara: Kerana saya orang Arab, Al-Quran berbahasa Arab dan pertuturan Ahli Syurga dengan Bahasa Arab."

"Ya Salman, janganlah engkau membenciku kerana nanti menyebabkan engkau akan terpisah dari agamamu." Jawab Salman: "Wahai Rasullullah, bagaimana mungkin saya membencimu sedangkan engkau menyebabkan kami mendapat hidayat".

Sabda Rasullullah: "Jangan engkau membenci Arab, kerana kalau engkau membenci Arab bererti engkau membenci diriku". (H.R Ahmad bin Hambal, Tarmizi, Hakim, Tabrani dan Abu Nu'aim)

Imam Syafie di Yaman.
Sebelum ke Baghdad, Imam Syafie mengembara ke Yaman. Kerana baginya di Yaman terdapat sebilangan besar Ulama besar yang merupakan anak murid kepada Imam Ibnu Juraij yang wafat pada 150 Hijrah.

Imam Syafie yang pada awalnya tidak berkemampuan ke Yaman akhirnya berjaya ke sana setelah bertemu dengan seorang lelaki keturunan bani Abdul Muttalib di Mekah, yang menjadi gabenor disalah satu wilayah dalam negeri Yaman.

Di Yaman, setelah mengetahui hal kepintaran dan keperibadian Imam Syafie, Gabenor itu telah telah menawarkan jawatan tinggi dalam hal ehwal hukum syarak di negerinya. Imam Syafie telah menyambut baik tawaran tersebut dan telah bekerja di suatu tempat bernama Najran.

Disamping berguru dengan beberapa Ulama tersohor di Yaman, Imam Syafie juga telah berkahwin dengan Hamidah bin Nafi iaitu cucu Sayidina Uthman bin Affan dan dari perkahwinan itu beliau mendapat tiga orang anak. Seorang bernama Abu Uthman Muhammad bin Muhammad bin Idris yang kemudiannya menjadi qadi di Halab (Aleppo) Syam, dua orang lagi perempuan bernama Fatimah dan Zainab.

Sewaktu di Yaman beliau di fitnah dan akhirnya di bawa ke penghadapan Khalifah Harun al-Rasyid di Baghdad kerana dituduh berkomplot bersama-sama golongan Alawiyin untuk mengembalikan pemerintahan kepada keluarga Sayidina Ali, dan dituduh untuk melakukan [harua-hara] menjatuhkan kerajaan Bani Abassiah. Oleh kerana kepandaianya berdialog dan berhujah di hadapan Khalifah Harun al-Rasyid akhirnya beliau hanya dihukum penjara sahaja. Waktu itu beliau dikatakan berumur 34 tahun.

Sewaktu didalam penjara di Baghdad, Imam Syafie bermimpi:

"Suatu malam ketika saya dalam penjara di Baghdad, saya telah bermimpi didatangi oleh Sayidina Ali ra. Sayidina Ali ra. telah duduk dihadapan saya. Beliau telah memecat cincin yang dipakainya, dan kemudian menyarungkannya ke tangan saya.

Saya telah menceritakan tentang mimpi saya tersebut kepada Imam Muhammad bin Hassan dan meminta beliau supaya mencari seseorang yang handal dalam ta'bir mimpi. Apabila penta'bir mimpi datang, saya telah menceritakan kepadanya tentang mimpi tersebut."

Katanya "Jika benar mimpi tuan guru itu, suatu hari nanti segala pandangan dan pendapat tuan guru akan tersebar dan diamalkan di seluruh pelosok dunia dimana sahaja sampainya dan tersebarnya nama Sayidna Ali RA."- (Imam Baihaqi meriwayatkan dari Imam al-Rabi')

Imam Syafie dibebaskan dari penjara dan Khalifah Harun al-Rashid mengetahui bahawa Imam Syafie berbangsa Quraish dari keturunan bani Abdul Muttalib dan sebelum ini beliau di fitnah. Imam Syafie telah dipandang tinggi oleh khalifah, ini dapat dibuktikan bila mana suatu ketika beliau ditawarkan jawatan qadi dan kadang-kadang dijemput menghadap khalifah semata-mata untuk memberi nasihat dan tazkirah kepada khalifah.

Mimpi berjumpa Rasulullah s.a.w
Imam Syafie berkata: "Saya pernah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w sebelum saya baligh lagi. Baginda telah bersabda kepada saya: " Wahai anak!" Saya jawab: "Labbaika ya Rasulullah!"

Tanya Baginda: "Dari mana asal keturunanmu?" Saya menjawab: "Dari keturunanMu." Baginda menambah: "Sila dekatkan diri kamu ke sini." Kemudian Baginda mengambil air liurNya dan saya pun membuka mulut saya. Lalu baginda menyapukan air liurNya tadi ke lidah, mulut dan kedua bibir saya, lantas Baginda bersabda: "Pergilah kamu, semoga Allah s.w.t memberkatimu".

Setelah itu saya tidak pernah lagi terkeliru dalam hal membaca dan menghafal Hadis mahupun syair atau sastera.

Abu Hassan al-Syafie berkata "Aku telah bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w Aku bertanya "Wahai Rasulullah, ganjaran apa yang seharusnya diberikan kepada Imam Syafie terhadap ucapan Salawat dan Salamnya yang terdapat dalam kitab al-Risalah (Wa Solallahu'ala Muhammad Kullama Zakarahul Zakirun, waghafala'an zikrhil Ghafilun)." Rasullullah menjawab: "Sebagai balasannya, dia dibebaskan dari hisab."

Jadi tuan-tuan sekalian, walau-bagaimana sekalipun sejarah kita diubah dan dan digodam oleh orientalis, umat Malayu masih lagi beruntung besar kerana masih menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w yang setia dari jaman dahulu sampailah sekarang. Oleh itu disamping kita mencari asal-usul sejarah realiti bangsa yang telah digelapkan, jangan pula sampai hati kita digelapkan oleh anasir-anasir lain yang lebih berbahaya yang tidak membawa kita diatas landasan yang telah digariskan imam-imam terdahulu yang bersusur galur dan diakui sampai ke Rasullulah S.A.W

Juga berterima kasihlah kita tidak terhingga kepada Sultan-sultan (Khalifah) dan ulama-ulama yang berjiwa panglima yang terdahulu mempertahankan aqidah umat Malayu Islam di No-San-Ta-Ra ini dengan bersungguh hati. Samada melalui jalan dakwah atau atas jalan perang fisabillah mempertahankan agama Allah. Dalam segala hal, soalnya pegangannya hati itulah yang akan diambil kira dipenghujungnya kelak. Hakikatnya, itulah realitinya sejarah ini - dan itulah benteng terakhir umat Islam di Malaya hari ini.

Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger