"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Jun 14, 2009

Maka Malayu Perlu Barcakap

Ikatan Malayu Bersatu (movie updated 190609)

Sebenarnya banyak sangat masalah dan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh umat Malayu di Malaya ini. Antaranya yang lepas adalah cubaan menutup dan menggelapkan fakta sejarah dan ada juga yang cuba menyerang aqidah umat Malayu yang beragama Islam mengikut Ahlus Sunnah dan bermazhab Syafie. Perkara serangan berkenaan aqidah ini telah pun disebut dan dipatahkan oleh Almarhum Syeikh Abdullah Fahim dan beberapa ulama ahli sunnah, lama dahulu.

Manakala baru-baru ini timbul pula golongan baru berpendidikan tinggi wanita yang cuba membawa aliran pemikiran baru Islam liberal. Ini pun menjadi hal juga. Ada juga yang berpolemik samada Malayu itu patut bersatu atau pun tidak. Segelintir orang-orang siasah memang tidak berkehandakan akan penyatuan Malayu itu kerana atas prinsip kepartian dan prejudis masing-masing. Ada juga ahli siasah yang berjuang atas kepentingan peribadi dan kroni.

Jadi jika hendak mengikut rentak dan pembawakkan ahli-ahli siasah dan golongan elit seperti ini maka sampai kesudahlah kita hidup tanpa tujuan dan bercerai-berai.

Seketika, penulis pohon agar dibuangkan dulu semangat kepartian yang telah menebal dijiwa, kembalilah pada asal-usul kita iaitu umat yang telah diberi nama Malayu yang beragama Islam itu.

Kepada umat dari bangsa yang lain, disini juga bukan tempat untuk penulis bersifat chauvinis, tetapi dalam menyelami sejarah umat Malayu, penulis tidak dapat lari daripada memberikan fakta-fakta yang boleh disifatkan sebagai perkauman. Penulis hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang umat Malayu yang beragama Islam.

Apa sahaja hasilnya nanti kita tunggu dan lihat sahajalah. Yang penting bagi penulis adalah ikatan Malayu bersatu itu yang mesti diutamakan.

Merangkumkan kisah sejarah nabi-nabi

Untuk mengupas dilemma ini, penulis cuba merangkumkan segala perjalanan sejarah dari asal kejadian manusia berpandukan kisah nab-nabi dan tafsir Al-Quran serta hadis Rasulullah s.a.w disamping merujuk kepada buku Undang-undang Kedah dan beberapa tafsir, termasuklah beberapa perkara yang berkaitan dengan perkara ghaib kerana percaya kepada perkara yang ghaib itu termasuk juga dalam rukun iman.

Jika kita hendak mengkaji sejarah hanya berasaskan hukum logik dan material sahaja maka penghujungnya kita akan kembali kepada teori evolusion. Maka samalah kita dengan puak-puak yang ingkar itu.

Dato Onn dan Malayu

Apabila menyebut Malayu, maka tidak dapatlah kita hendak mengenepikan Almarhum Dato Onn. Memang tidak dinafikan peranannya dalam menyatu padukan umat Malayu sewaktu menentang Malayan Union, tetapi ia tidak patut berhenti disitu sahaja. Malah kita generasi hari ini patut menyelami asas perjuangan beliau dengan sedalam-dalamnya.

Oleh itu mengambil kira kekuatan dalaman Dato Onn Ja’afar dalam usaha jerihnya menyatu padukan umat Melayu itu – satu perpaduan yang terlerai setelah kemangkatan Duli Yang Di Pertuan SIAM-KEDAH Sultan Jaafar Muadzam Syah 1876 (yang dibunuh secara terancang oleh pakatan Thai-British dan pengkhianat agama) membuatkan penulis bertekad untuk menyelidik apakah yang sebenarnya tersirat disebalik perjuangan Dato Onn ini.

Jasa dan bakti Dato Onn yang paling utama adalah kerana beliau mengikat Malayu dan Islam dalam penakrifan istilah Malayu itu sendiri:

“Before the formulation of the federal constitution, I remember Dato Onn was busy drafting his version of what the constitution should include…One is the definition of Melayu…Islam to be recognized as the official religion of the state” (Mohamed Abid, 2003, p79)

Sebelum itu, jika kita ingin mengetahui peribadi seseorang itu maka lihatlah apa yang dibacanya dan lihatlah juga rakan pergaulannya.

“I was involved in an inner circle discussion group on political, cultural, and religious matters. Other members included Haji Anwar; Syed Alwi [ibni] Syed Sheikh al-Hadi, Syed Abdul Kadir, Dato Abdullah Mohammad, Ungku Abdul Aziz dan juga Wan Abdul Hamid.”(Mohamed Abid, 2003, p81)

Melihat kepada ‘inner circle’ nya sahaja sudah cukup untuk kita meyakini akan arah tuju perjuangan Dato Onn itu.

Sebelum penulis bercerita panjang, kepada tuan-tuan umat Melayu sekalian, hayatilah pesan dan kata kunci Dato ini:

“Umat Malayu jangan sembah kepada sesiapa melainkan Allah”

Tidak pernah bersua hanya berpandukan teks ucapan sahaja

Almarhum Dato Onn, walaupun tidak pernah bersua, namun beliau adalah seorang tokoh politik Melayu yang amat penulis rindui. Daya pemikiran dan gerak kerjanya yang praktikal serta berhemah menyentap jiwa penulis ke alam perjuangannya.

Dikurniakan ALLAH s.aw. akal fikiran yang berpandang-jauh. Berani kerana agama, sangat berpegang pada tauhid yang kukuh. Seorang yang berterus terang tetapi suka berlapik dan berkias. Memperjuangkan keadilan tapi bertempat. Gentleman bukan diktator. Memang tidak terdapat pada mana-mana pemimpin politik dewasa ini.

Baiklah, dalam hal ini, pada pendapat penulis adalah baiknya dimulakan dengan berpandu-sumberkan teks ucapannya yang telah di rangkumkan oleh Mohamad Abid dalam sebuah buku yang bertajuk Reflections of Pre-Independence of Malaya. Hasilnya juga nanti adalah refleksi terhadap Malaya pra-kemerdekaan oleh generasi selepas merdeka.

Bagi penulis menyelami ucapan yang tidak dirancang adalah lebih baik berbanding ‘speech’ yang telah disiap tulis kerana 'speech' yang kemudian itu selalunya terikat dengan ‘speech policy’ yang menghilangkan masin-rasa sesuatu penyampaian itu.

Apa maksudnya ini?

“Malang mulut saya tertutup, malang saya kata mulut saya tertutup tidak dapat menzahirkan kepada Umat Melayu semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu. Oleh kerana sekiranya dapat saya zahirkan, saya percaya tiap-tiap seorang akan bersama dengan saya berdiri menuntut kemerdekaan Malaya itu.”

(Ucapan terakhir beliau sebagai YDP UMNO Ogos 1951)

Baiklah, setelah menyemak kembali ucapan-ucapan Dato Onn dari semenjak sebelum Malayan Union sehinggalah beliau meninggalkan UMNO, mengertilah penulis tentang intipati perjuangan Dato Onn mengenai apa yang dimahukannya dengan makna sebuah kemerdekaan Nagara Malayu yang sejati.

Tetapi sayangnya dalam usaha beliau untuk menyatukan umat Malayu dan Malaya bagi mendapatkan kemerdekaan mutlak dari British beliau digagalkan oleh orang-orang Melayu sendiri.

“Sokong yang diharap, sokong itu membawa rebah. Pagar yang diharap,pagar itu memakan padi. Perkataan itu saya tidak mengubahnya.” (Mohamed Abid, 2003, 192)

“Barang siapa yang memikul jawatan YDP UMNO saya memohon dan menyembah kepada orang itu supaya menunjukkan kasihan kepada tanah airnya, bukan cuma cakap-cakap.” (Mohamed Abid, 2003, p169)

Punca hanya kerana ingin membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu, beliau dituduh penderhaka dan pengkhianat. Adalah benar tuduhan itu?

Sebenarnya ramai yang tersalah faham mengenai usaha beliau untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu kerana sifat ‘narrow parochialism’ Melayu telah berjaya di manipulasi oleh British dan konco-konconya.

Dibawah ini kita lihat hemah Dato Onn dalam usahanya menuntut kemerdekaan itu, bersikap adil dan praktikal juga adanya:

Petikan ucapan Dato Onn di Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Mac 1951:

Misalnya ialah sekiranya dalam satu kampung itu diadakan sebatang jalan raya dan disambungkan kepada kampung yang lain serta disambungkan lagi sehingga keluar ke jalan raya maka tak dapat tidak jalan yang seumpama itu tidak boleh dihadkan penggunaannya kepada orang Melayu sahaja melainkan hendaklah dilapangkan dan dibukakan kepada penggunaan siapa juga yang melalui kampung itu.

Demikianlah juga sekiranya diadakan ikhtiar mengadakan air minum yang bersih di dalam kampung-kampung itu maka barang mustahil hendak diletakkan suatu pelekat pada paip umpamanya, air ini hendaklah diambil untuk orang Melayu sahaja. Begitulah kepada pekerjaan yang akan dijalankan itu,iaitu meliputi kepada dan bagi penggunaan penduduk-penduduk di dalam kampung-kampung itu.

Tetapi faedahnya tentulah akan lebih menumpah kepada orang Melayu sebabnya mereka itulah yang ramai duduk didalam kampung-kampung itu.

*Maksudnya disini jalan dan air bersih itu adalah Perjuangan Malayu jika dikongsi kelebihan perjuangan Malayu dengan bangsa lain tidak akan mendatangkan rugi kerana orang Malayu adalah majoriti di dalam perjuangan itu.

Kemudian sambungnya:

Saya membayangkan pada pagi ini, saya sebutkan lagi 'saya membayangkan' saya ulangi sekali lagi saya membayangkan kerana saya bimbang percakapan saya ini akan dikelirukan apabila keluar daripada majlis ini.

Saya membayangkan iaitu dengan kuasa yang ada kepada saya sebagai Yang Dipertua UMNO menurut Fasal 13 (2) didalam Undang-undang Tubuh UMNO ini...

...iaitu supaya dibukakan pintu UMNO kepada lain-lain orang yang bukannya daripada bangsa Melayu dan kemudian dipinda namanya itu daripada 'Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu' dijadikan United Malaya.

Saya ulangi sekali lagi United Malaya bukannya Malayan. Saya ulangkan bukannya Malayan Organisation.

Maka adalah dicadangkan sekiranya mendapat persetujuan supaya ditukar sebutan kepada United Malays National Organization dan dijadikan United Malaya National Organisation.

*Maksudnya disini adalah adapun dibukakan keahlian dan ditukar nama United Malays kepada United Malaya, Malayu tetap Malayu kerana maksudnya United Malaya itu adalah Nagara Malaya dan bukan merujuk kepada baka.

Dato Onn memang tidak hendak sama sekali menukar nama Malayu kepada Malayan kerana apa? Apa sebab Dato Onn begitu mempertahankan nama Malayu itu?

Dibawah ini penulis cuba bentangkan rasional Dato Onn itu berdasarkan refleksi terhadap Sejarah Realiti Umat Malayu dan Islam.

Asal dunia ini Islam, Malayu itu Islam.

Mengapa Malayu itu asalnya Islam? Kembali kita merenung sejarah kejadian alam yang bermula dari Nur Muhammad kekasihNya.

Setiap mahkluk didunia ini dijadikan keranaNya. Maka tiada satu pun yang kafir. Hatta Iblis itu yang asalnya menjadi ketua kepada segala malaikat – itu adalah Islam, terjadi dari unsur api.

Baiklah, dari mana pula datangnya api itu? Bolehkah kita mencipta api? Api itu tidak ada melainkan kita sendiri yang mencarinya. Maka disitulah datangnya sifat api itu – sombong. Itulah sifat iblis. Manakala Iblis juga asalnya bernama Azazel, Islam juga asalnya.

Jika begitu bermakna segala isi kandung dunia ini pun adalah Islam, tiada yang tidak Islam. Maka dunia Islam itu adalah kita. Melainkan kita kita lupa pada asal usul kita. Inilah kisahnya genggaman yang terlepas!

Teori evolusi terbelit dan menikam diri sendiri

Puak sejarawan evolusionis mengatakan dunia ini terjadi dengan sendirinya. Tetapi disinilah datangnya kecelaruan pada teori mereka itu. Kerana puak-puak ini percaya pula pada iblis dan syaitan yang disebut ‘devils’.

Jika ditanya kepada mereka dari mana datangnya Iblis, siapa yang menjadikan iblis itu, tentulah mereka kacau untuk menjawabnya.

Masih ingat kisah Nabi Soleh a.s dan mukjizat yang dibuktikan dengan seekor unta betina yang keluar dari batu? Adakah batu itu berevolusi lalu mengeluarkan seekor unta betina? Tentunya tidak. Itu adalah kehendak Allah taala yang menjadikan apa yang dikehendaknya tanpa induk.

Kisah sejarah Nabi Soleh a.s ini telah membuktikan bahawa sudah ada fahaman 'evolution' sejak dari zaman dahulu lagi. Ia bukan fahaman yang baru ujud. Cuma dalam dunia hari ini ia nampaknya telah dimodenkan sikit.

Al-Qamar 54 Ayat 27

“Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka).

Maka ujian jugalah bagi kita hari ini untuk percaya akan perkara ghaib disamping kisahnya yang boleh diambil bagi menentang puak-puak Darwin ini.

Azazel @ Iblis bersumpah menyesat manusia

Atas sifat sombongnya itu, Iblis berjanji akan menyesat manusia tetapi atas keizinan Allah s.w.t. Oleh itu para pengikut Iblis ini mengajar manusia yang bersetuju dengan mereka akan teori evolusi – big bang! Supaya manusia itu sesat lalu terlucut pegangan dan kepercayaannya atas sifat Kun Fayakun Allah s.w.t

Tetapi yang sesat itu adalah orang-orang yang tidak beriman dan lupa kepada Allah s.a.w. Bukannya semua. Maka disinilah bakal terjadinya pertembungan dua fahaman iaitu fahaman tauhid dan fahaman iblis.

Jika dikaji kisah para nabi-nabi terdahulu, mereka berdakwah dan berjuang mengembalikan manusia kepangkal jalan iaitu tauhid kerana sudah menjadi tabiat manusia itu akan menyimpang dari janji-janji mereka sewaktu awal kejadian mereka itu.

Ini menunjukkan sifat kasih Allah s.a.w kepada mahkluknya. Tidak akan diturun bala ke atas sesuatu kaum itu melainkan telah diturunkan kepada mereka para rasul dan nabi untuk mengembalikan mereka ke pangkal jalan.

Tidak menolak sebarang kemungkinan

Penulis tidak menolak sebarang kemungkinan yang setiap golongan manusia di serata benua di dunia ini dahulunya telah diturunkan nabi-nabi dikalangan mereka. Cuma kita sahaja yang tidak kenal.

Tapi jika kita menyelidik kitab-kitab dan manuskrip mereka barulah kita akan dapati bahawa terdapat juga beberapa persamaan dari segi fahaman tentang wujudnya tuhan, malaikat, kebaikan dan keburukan dan akhirnya ada pula kehidupan selepas mati.

Penulis tertarik dengan doa Pahlawan Viking yang mana patut kita mendalami maksudnya:

Lo, there do I see my father
Lo, there do I see my mother and my sisters
and my brothers
Lo, there do I see the line of my people back
to the beginning
Lo, they do call to me
They bid me take place among them
in the Halls of Valhalla
Where the brave may live forever...

Tersebut juga dalam sejarah yang mengatakan bahawa terdapat 313 para rasul yang diutuskan kepada manusia disampingnya terdapat 124,000 para nabi.

Tidak termasuk lagi para wali Allah yang bertebaran di muka bumi ini. Jadi bolehlah dikatakan setiap umat di dunia ini terdapat nabi yang telah diutuskan kepada mereka pada setiap zaman.

Bagaimana pula di Tanah Malayu ini?

Baiklah, jika diambil kisah yang dipetik dari SNK, maka di atas Gunung Jerai itu telah ada seorang manusia bernama Wali Om Mustafa – anak kepada Nabi Nuh. Kita juga tahu yang Nabi Nuh ini hidupnya lama sehingga tersebut kisah yang dia hidup 950 tahun.

Atas banjir besar yang melanda dunia pada zamannya maka Nabi Nuh bersama bahteranya menyusur laju sehingga ke Gunung Jerai mengambil anaknya.

Disinilah kita mesti mengambil logik akal, atas dasar apakah anaknya itu diselamatkan? Perlu diingatkan diatas kapal Nabi Nuh itu hanyalah terdiri dari orang-orang yang beriman!

Oleh itu apa tugas Wali Om Mustafa di Gunung Jerai itu wahai tuan-tuan? Jika tuan-tuan pernah naik ke Gunung Jerai, apakah yang terbentang dibawahnya. Bukankah jelapang padi?

Jika kita semak pula kisah mitos dan legenda bangsa-bangsa yang ada diseluruh dunia ini maka kita akan berjumpa dengan kisah banjir besar yang sama dengan kisah Nabi Nuh a.s. Dan diceritakan kembali bahawa ada 44 pasang manusia di dalam bahtera Nabi Nuh itu.

Banjir besar Nabi Nuh a.s itu juga dikatakan bertujuan untuk membersihkan dunia ini dari keturunan Qabil yang membunuh Habil dalam sejarah Nabi Adam a.s.

Jadi untuk mengatakan umat Malayu dirantau ini beragama Hindu adalah sesuatu yang boleh disangkal sama sekali. Siapa dahulu Nabi Nuh atau Nabi Ibrahim yang disebut-disebut sebagai Brahma dalam kitab Hindu Veda itu?

Siapa dahulu Azazel atau Adam a.s yang Tuhan jadikan? Apakah pegangan Azazel itu didunia ini sebelum diangkat menjadi imam para malaikat dan kemudiannya menjadi Iblis laknatullah?

Tidak dapat dinafikan jika kita berpandukan Al-Quran dan hadis maka sudah terang dan nyatalah bahawa asal seluruh agama di dunia ini adalah berasaskan tauhid, tetapi seperti yang telah diberitahu tadi, manusia itu akan sentiasa lupa dan disesatkan oleh Iblis dan konco-konconya.

Hari ini berapa ramai umat Islam yang telah disesatkan? Untung kita sebagai umat Muhammad s.a.w kerana Kitab Al-Quran itu terpelihara daripada dirosakkan oleh tangan-tangan jahat puak iblis. Sebelum itu Taurat, Zabur dan Injil habis digodam.

Harapnya kisah sejarah ini berjaya membuka sedikit pintu hati tuan-tuan sekalian.

Sejarah Nabi Nuh, Raja Iskandar Zulkarnain dan Merong Mahawangsa.

Baiklah, Al-Quran telah menceritakan bahawa Zuklkarnain itu mempunyai angkatan tentera yang besar dan menyebarkan agama tauhid dari Barat ke Timur. Sehinggalah perjalanannya sampai ke tempat matahari terbit dan berjumpa dengan dua puak yang bermusuhan.

Maka atas rayuan satu puak lagi maka dibina lah tembok besi bagi mengurung puak yang ganas itu. Adalah menjadi tugas baginda sebagai RAJA, sebagai penyelamat kepada puak yang tertindas dan teraniaya. Maka atas perintahnya dibinakanlah tembok besi yang menjadi tanda rahmat (kasihan) dari Allah s.a.w kepada puak yang teraniaya itu.

Sekarang timbul persoalan, adakah golongan yang diselamatkan oleh Raja Iskandar Zulkarnain itu kekal kafir (jika asalnya kafir) dan adakah mereka ini kemudiannya beriman? Jika mereka ini beriman siapakah mereka ini?

Maka sampai masa maka akan runtuhlah tembok dan sekali lagi peperangan akan berlaku. Dendam mereka tidak berkesudahan kerana mereka ini terkurung sudah sekian lama, pastinya cerita Zulkarnain ini pun mereka turunkan kepada anak cucu mereka.

Apabila mereka keluar fahaman dan perangai tetap sama, tidak berperi kemanusian dan tidak beriman. Bukit-bukau gunung-ganang habis semua ditarah, segala menda yang tulang belakang mengadap ke langit habis semua diratah.

Tetapi, seperti yang telah dikisahkan oleh ulama-ulama terdahulu, puak yang berfahaman Jut Majut ini tidak akan terlawan oleh orang-orang mukmin. Menurut Al-Quran bukan semuanya terkurung malah ada yang terlepas dan sebenarnya ada bersama-sama kita sekarang:

Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 99:

“Kami tinggalkan sebahagian keturunan Yajuj dan Maajuj bercampur baur dengan manusia. Dan ketika ditiup sangsakala, dihari kiamat, lalu kami kumpulkan mereka disatu tempat(padang Mahsyar)”

Sehinggalah Allah s.w.t mengeluarkan tentera-tentera Nya dari dalam bumi untuk menjahamkan mereka. Begitulah kesudahannya.

Ke mana perginya golongan yang mengikut Zulkarnain?

Baiklah tuan-tuan, dari kisah di atas, kita sudah tahu bahawa mereka yang diselamatkan oleh Raja Iskandar Zulkarnain itu sudah tentunya menjadi pengikutnya yang beriman. Kemana perginya golongan ini wahai tuan-tuan?

Sekarang mari kita merenung sejenak sejarah Yunnan yang berhijrah ke rantau Asia Tenggara.

“Mengikut catatan sejarah dalam lebih kurang tahun 2500 tahun sebelum masehi, maka mengembaralah satu puak yang besar orang-orang dari Yunnan ke-daerah Asia Tenggara…kemudian kira-kira 1500 tahun sebelum masehi satu puak yang lebih besar lagi dari keturunan ini keluar mengembara ke selatan. Inilah dia Melayu-Proto dan Malayu-Deutro” (Drs Ismail Hussein, 1966)

Jika diambil kira daripada catatan sejarah ini tanpa diambil kira catatan tahun yang telah diberikan dan dikaitkan dengan pula dengan kisah anak Nabi Nuh dan kisah Raja Iskandar Zulkarnain, maka adalah menjadi logik dan harus golongan Proto itu hidup dizaman oleh Wali Om Mustafa anak Nabi Nuh dan golongan Deutro itu pula adalah antara golongan yang mengikut Raja Iskandar Zulkarnain, dan disambung pula oleh Merong Mahawangsa silih berganti menuju tempat yang sama iaitu Semenanjung Tanah Malayu. Maka disitulah ujud kesinambungan diantara zaman itu.

Golongan yang berhijrah itu pula pada hemat penulis tidak sampailah beribu-ribu orang melainkan beberapa kelompok dan kumpulan sahaja. Malaya hari ini pun berapa juta sahaja rakyatnya semenjak 1500 yang lalu. Bukannya ramai sangat pun.

Maka pada pendapat penulis golongan beriman inilah datuk-nenek kita orang Malayu yang mana telah ditanam benih tauhid yang akan disampaikan kepada generasi-generasi yang berikutnya.

Kenapa umat Malayu kuat berpegang pada ajaran Islam?

Tuan-tuan tentu pelik kenapa umat yang dibangsakan dengan Malayu ini amat kuat pegangan agama Islamnya? Atas dasar apa seseorang itu boleh berubah dari jahat kepada baik?

Maka berterima kasihlah kepada tok-nenek kita dahulu yang mendoakan supaya cucu-cicitnya tetap atas landasan Islam dan terpelihara akan iman mereka.

Bukankan doa ini juga kita amalkan selepas solat? Inilah kelebihan orang-orang mukmin – bukankah doa itu adalah satu senjata yang ampuh?

Kisah seterusnya ini mungkin boleh dijadikan pedoman buat pembaca sekalian:

“Setelah ulama-ulama Patani banyak mati dibunuh oleh Siam, ada pula yang ditangkap dan dilokap di Bangkok, pada suatu malam Panglima Wan Pa bertemu dengan lailatul qadar diperigi Bendang Daya. Malam itu Panglima Wan Pa berdoa agar keturunannya ada yang menjadi ahli ilmu untuk menggantikan para ulama Patani yang telah hampir habis,(Wan Mohd Saghir, 2005, p38)

*Bangkok menunjukkan pusat pemerintahan Thai.

Makbul doa ini lalu lahirlah Syeikh Ahmad Fathani, seorang ulama, pemikir agung Malayu dan Islam.

Jikalau masih tidak percaya, tuan-tuan masih ingat kisah Sayidina Umar al Khatab dan Sayidina Ali berjumpa dengan Uwais Qarni di Yaman atas permintaan Rasulullah s.a.w untuk mendoakan umat Islam keseluruhannya?

Mengenai Uwais Qarni (rahmatullah alayh), Rasulullah ( صلى الله عايه وسالم ) berkata:

"Uwais Qarni is the noblest of the Tabieen with ihsaan." (The highest stage of ihsaan is to worship Allah Ta'ala as if you are seeing Him.)”

Sometimes Rasulullah ( صلى الله عايه وسالم ) would turn in the direction of Yemen and say:

"I perceive the fragrance of love from Yemen."

Berkenaan dengan permintaan kedua-dua sahabat Rasullullah s.a.w itu, telah pun ditunaikan oleh Uwais, katanya:

"I have already made dua. You should not desire more. In the Tashahhud of every Salaat I say: "O Allah! Have mercy on all the believing men and women and forgive them."

Begitulah kisahnya kekuatan doa ini wahai tuan-tuan sekalian.

Tetapi, adakah generasi Malayu yang lain terlepas dari godaan iblis? Tetap tidak, mana yang kuat maka tetaplah mereka diatas landasan yang tepat, mana yang terlupa maka sesatlah jadinya.

Disitulah pula datang tugas kepada para ulama pewaris nabi untuk memastikan warisan Rasullullah s.a.w tetap terpelihara hingga akhir zaman. Ulama pewaris nabi ini tidak perlu sijil untuk berdakwah kerana mereka sudah kenal diri dan tuhan yang menjadikannya.

Dan siapa pula yang layak untuk memberi sijil kepada mereka. Boleh jadi sebagai syarat kerajaan maka undang-undang itu perlulah juga dipatuhi.

Puak Iblis pula telah dapat mengesan kelebihan senjata mukmin ini, maka segala pemakanan kita diracuni dan order baru dunia (NOW) hari ini menjadikan kita orang Islam yang tidak lepas dari bercakap bohong dengan tidak kita sedari. Maka jadilah doa kita tidak makbul. Lepas itu kita menyalahkan Tuhan pula kerana doa tidak makbul.

Perkara ini semua telah mereka kaji, bukan baru malah beribu tahun yang lalu. Semenjak zaman Nabi Adam a.s lagi.

Mengapa Sayidina Saad abi Waqas diutus ke China?

Maka persoalannya sekarang, mengapakah Rasullullah s.a.w mengutuskan Panglima Saad abi Waqas ke negeri China? Mengapakah Rasulullah menyuruh menuntut ilmu sehingga ke negeri China?

Bukankah itu adalah satu kesinambungan untuk menyiram kembali benih-benih tauhid yang telah ditanam oleh Raja Iskandar Zulkarnain seperti yang telah diberitakan oleh Al-Quran?

Maka timbul lagi persoalan, mengapakah dengan senang Maharaja China Sai Tee Sung menerima Islam? Tidak perlu pelik, ambil sahaja contoh penduduk Mekah dan Madinah.

Seperti yang telah kita ketahui bahawa penduduk Madinah senang menerima Islam berbanding penduduk Mekah – sebab?

Kerana mereka sudah ada pengetahuan akan datangnya Rasul Akhir Zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w, manakala penduduk Mekah pula masih ego dan sombong dengan agama datuk nenek mereka - penyembah berhala.

Timbul lagi persoalan, adakah Raja Iskandar Zulkarnain tahu akan kisah Nabi Akhir Zaman? Tentunya beliau juga tahu. Kerana kisahnya Israk Mikraj menjadi rujukan.

Iaitu sebelum Mikrajnya Rasulullah, baginda menjadi Imam kepada seluruh para nabi dan rasul yang terdahulu di Masjid Al-Aqsa!

Manakala menurut ceritanya Raja Iskandar Zulkarnain itu pula diapit oleh dua orang nabi iaitu Nabi Khidir a.s dan Nabi Alias a.s.

Jadi mahkluk naga yang telah diberikan menghembus api itu datang dari mana? Bukankan Nabi Khidir a.s ini ditugaskan untuk menjaga air.

Kisahnya Nabi Khidir a.s ini juga ada tersebut di dalam Undang-undang Kedah dimuka surat 97:

“Demikianlah hukumnya belayar. Pepatah itu daripada Nabi Khidir dan Nakhoda Jinad dan Nakhoda Dewa dan Nakhoda Samat yang empunya bicara dan hukum itu.”

Merong Mahawangsa diutus ke Tanah Semenanjung

Kemudiannya sebelum runtuh kerajaan Dinasti Tang, Maharaja Sai Tee Sung sempat mengarahkan cucunya yang bergelar Murong Maha Wang Ser menyebarkan agama Islam ini ke Semenanjung Tanah Melayu.

Mengapa ke sini? Kerana asalnya kisah anak Nabi Nuh dahulu. Disini dahulu pernah ada benih tauhid yang telah ditanamkan – No San Tara - tunas muda tunggu cambah!

Surah Al-An'aam 6 Ayat 84:

Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya dan Nabi Isa dan Nabi Ayub dan Nabi Yunus dan Nabi Harun dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur.

Maka bermulalah kisah Merong Mahawangsa di Kedah yang membawa maksud ‘Surat Watiqah’ di utara Semenanjung Tanah Melayu. Kisah ini diceritakan dengan terperinci oleh blog SNK. Jemputlah kesana untuk mengetahui kesudahannya.

Malayu dan Siam itu adalah serumpun

Kalau mengikut penulis, logik tafsir Ma-La-Yu dalam bahasa Siam, maka angkatan yang datang kemudian mengikut Merong Mahawangsa inilah yang digelar Malayu kerana maksud Ma-La-Yu ialah Mari Duduk Sini, itu golongan kemudian yang dijemput oleh Merong Mahawangsa untuk duduk disini –di Kedah dan seluruh Semenanjung Siam-Malaka. Dan jika mengikut bahasa Champa, 'siam' itu maksudnya 'baik'.

Mereka yang telah datang awal itu disebut Siam kerana dari tempat bernama Xian di China pusat Maharaja Qin. Tetapi kalau mengikut takrif yang lebih luas maka yang datang dari Xian itu juga sepatutnya juga adalah Malayu.

Contohnya hari ini, siapa sahaja yang datang dari Indonesia kita gelar sebagai Indon, padahal kita dan mereka tiada bezanya. Bercakap Malayu beragama Islam. Cuma mungkin dari ‘tribe’ yang berlainan itu sahajalah.

Baiklah yang menjadi kekeliruan disini adalah sebab kita mengkaji Malayu dahulu baru kita mengkaji Siam. Kalau hendak mengikutkan yang asal, maka istilah Malayu itu adalah dari perkataan Siam.

Maka asalnya penduduk di rantau ini adalah berbahasa Siam selepas itu baru Malayu. Dan Malayu dan Siam itu sebenarnya dari punca yang sama Raja Iskandar Zulkarnain.

Disinilah baru datangnya logik bahawa keturunan Raja-raja Siam @ Malayu itu berasal dari Raja Iskandar Zulkarnain seperti yang ditakwilkan dalam kitab-kitab Malayu lama.

"...dan pada majlis istana Raja Iskandar Zulkarnain datang Paduka Seri Sultan di atas kerajaan sekarang maka adalah ia [] akan martabat raja pada hal perintahkan segala adat tuannya atas segala menteri itu." (UUK, 2003, p49)

Manakala Raja Iskandar Zulkarnain pula membawa syariat Nabi Ibrahim a.s :

"Syahadan maka dipukul gendang NOBAT lagu Ibrahim Khalilullah. Maka menjunjung duli betara tiga kali, iaitu mengatakan DAULAT TUANKU". (UUK, 2003, p33).



Maka bolehlah dikatakan bahawa kita ini Malayu yang sudah ada 'contact' dengan Nabi Ibrahim semenjak dari zaman dahulu kala - itulah juga yang digelarkan Bani Jawi.

Merong Mahawangsa datang membawa surat watiqah (kedat)

Ini juga bermaksud jika pun telah ada penempatan dikawasan ini ia adalah satu kawasan dibawah satu naungan sebuah empayar yang besar. Jadi tiada sebab untuk penduduk setempat untuk menolaknya sebagai raja yang sah.

Dan sebab itu jugalah Panglima Saad abi Waqas dihantar untuk terus mengadap Maharaja China kerana ia adalah penguasa di daerah Asia yang menunggu untuk menyebarkan syiar Islam dirantau ini.

Kerana itu jugalah wilayah dan kepulauan di Asia Tenggara ini asal majoritinya beragama Islam. Jika kita betul-betul mengkaji maka terbukti bahawa kerajaan Champa, Laos dan segala yang di Selatan China itu adalah wilayah Islam!

Kerjasama Jawi dan Malayu

Hari ini pembaca tentu tertanya-tanya kenapa umat Malayu semua bermazhab Syafie. Padahal imam Syafie ini lahir kemudian dari kewujudan umat Malayu itu. Disinilah kelebihannya umat Malayu itu yang mendapat ‘first hand information’ daripada para sahabat Rasullulah yang berasal dari Yaman - bukannya dari India seperti yang diceritakan oleh sejarawan yang lepas-lepas.

Maka kerjasama antara orang Arab dari Yaman yang digelar Jawi dan Malayu tadilah akhirnya melahirkan kita orang Malayu ahli sunnah yang berpegang kukuh pada mazhab Syafie - penghulu segala mazhab - tidak lari ia dari ahklak pembawakkan Rasullullah s.a.w serta para sahabat yang mulia peribadi, beradap dan bersopan santun itu.

Bukankah Imam Syafie juga bersusur galur dari Bani Hashim? Siapakah yang mulanya menyebarkan Islam di Tanah Malayu, bukankah dari tangan Bani Hashim juga adanya? Siapakah permaisuri kepada Merong Mahawangsa, bukankah baginda dari golongan Bani Hashim juga.

Baiklah, selepas dibuka Kedah barulah anaknya Merong Mahawangsa bernama Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir, membuka Negeri Siam Lancang maka mereka disana digelar orang-orang Siam padahal mereka juga adalah asalnya Malayu muslim.

Maka lahirlah Empayar Malayu terbesar yang mengusai seluruh Nusantara yang dikenali sebagai Empayar Islam Benua Siam-Kedah. Berpusat di Ayuthia (maksudnya tempat bersemayam raja), yang sentiasa menghadapi lawan dari puak Jut Majut yang turun dari Tibet - bukankah Tibet itu terletak ditempat yang tinggi serupa gunung?

Sehinggakan pada suatu ketika pernah Parameswara – Sultan Rijaludin Mohamad Johan Syah menghantar bala tentera untuk mengambil balik Phreah Vi Hear dari tangan puak Jut Majut bagi pihak Siam. Dan hari ini menjadi pertikaian pula tempat itu samada di Kemboja atau Siam. Tidak mengapalah kerana kedua-dua wilayah itu adalah asalnya wilayah Empayar Siam-Kedah.

Serangan puak Sukhotai yang berterusan ini akhirnya berjaya setelah menakluk Ayuthia pada 1767! Mereka puak Sukhotai ini pula bekerjasama dengan puak-puak Serani dan Majusi menjalankan polisi balas dendam mereka terhadap orang Malayu-Siam di Ayuthia dan hari ini pula di utara Semenanjung Siam-Malaka!

Jika kita selak balik sejarah, bukankah ini adalah ulang tayang persengketaan yang telah berlaku semenjak dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain lagi?

Siapa musuh sebenar kita hari ini?

Musuh sebenar kita orang di Malaya bukanlah Cina, India dan Malayu, musuh sebenar kita sebenarnya adalah musuh yang bersifat global yang memerintah dunia melalui doktrin pecah perintah.

Kita semuanya telah dikorbankan demi menjalankan agenda jahat mereka, dan pada penulis Dato Onn Ja’afar sebenarnya berjuang menentang musuh-musuh itu yang berselindung disebalik tema agama, kaum dan bangsa.

Musuh-musuh kita ini menjalankan dakyah mereka dan melebihkan cerita-cerita konflik berbanding sikap penyatuan yang sebenar. Dan itu adalah salah satu elemen terpenting untuk menjadikan keberkesanan propaganda mereka.

Kepada tuan-tuan yang telah pun mengikuti perkembangan blog SNK, maka seharusnya sudah mendapat satu kefahaman bahawa dahulunya benua India, Siam dan China adalah bersaudara dibawah satu payung iaitu Islam dan dunia ini pun diperintah oleh Islam. Dan dibawah pemerintahan Islam segalanya berjalan dengan adil.

Contoh yang paling nyata adalah di Palestine sendiri. Kekecohan yang berlaku adalah disebabkan oleh pemerintahan zionis – illuminati. Dan sebelum itu Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman damai tanpa sengketa.

Ada juga cakap-cakap yang penulis sendiri dengar “Adakah Inggeris memulangkan UUK dengan satu agenda baru dan itu juga adalah muslihat mereka memecah belahkan kita di Malaya?”

Bukanlah tujuan memasukkan dialog ini sebagai satu yang memperli, tetapi soalan-soalan begini sebenarnya amat penting bagi penulis sendiri untuk mencari jawab yang rasional baginya.

Maka jawab penulis senang sahaja, bukan semua orang Inggeris itu ahli Secret Society, ada diantara rakyat mereka yang menentangnya secara terang-terangan.

Jawapan penulis yang kedua pula, bila sampai masa kebenaran akan timbul, tiada siapa yang akan berupaya menentangnya, biarpun Sultan Firaun!

Ikatan yang terlerai

Penguasaan jurai Merong Mahawangsa atau nama lainnya Sultan Muzaffar Syah 1 berakhir dengan terbunuhnya Duli Yang DiPertuan Siam-Kedah iaitu Sultan Jaafar Mad Azam Syah pada tahun 1876.

Pembunuhan kejam itu tidak perlulah diperincikan disini tetapi tidak jika melihat pembunuhan kejam oleh Thai dan puak Firaun di Selatan Siam dan pembunuhan umat Malayu Islam di Tak Bai pada tahun-tahun yang lepas, bolehlah diyakini akan sifatnya Jut Majut itu.

Dengan syahidnya Almarhum Sultan Jaafar Mad Azam Syah – Khalifah Islam (dalam maksud Arabnya) maka terlerailah ikatan raja-raja yang bernaung dibawahnya. Maka puak Firaun – evolution – majusi pengikut iblis ini tadi pun mengangkatlah raja-raja baru dari kalangan pengikut mereka.

Segala urusan jual beli pajak gadai Tanah Melayu ini sudah pun dibuktikan oleh sebuah buku terbitan ITNM, 2008 bertajuk Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia. Ini bukan tuduhan melulu tapi adalah sejarah realiti beserta bukti dan tandantangan diterbitan pula oleh agensi yang dilantik kerajaan!

Peranan Almarhum Dato Onn bin Jaafar

Maka mari kita kembali menyelidik peranan Dato Onn dalam hal menyatukan umat Malayu kembali kepada asal. Ini tidak banyak diperkatakan. Kalau adapun mungkin dari sudut politik yang samar dan digelapkan juga dari sejarah Malaysia hari ini.

Yang diangkat bagai nak rak adalah Tunku Abdul Rahman dan 2 ekor lagi mahkluk Allah yang menumpang tui! Yang ruginya umat Malayu itu sendiri!

Penulis tidak pasti samada tulisan seumpama ini akan dikenakan tindakan atau tidak, tetapi atas dasar kepentingan umat Malayu sejagat dan kepentingan agama Islam maka penulis dengan ini mengambil risiko yang bakal mengundang masalah kepada penulis sendiri.

Tapi demi kasih kepada umat Malayu harapnya pihak berwajib juga dapat mengambil jalan yang waras dalam membaca kisah sejarah berbentuk refleksi ini.

Ini juga bagi menjawab segala tohmahan dan cercaan kepada umat Malayu yang dikatakan pendatang oleh segelintir ketua-ketua parti siasah yang pernah bermastautin di Malaya ini. Hari ini ketua parti siasah itu datang kembali, atas apa tujuan?

Baiklah, para pembaca mungkin tertanya-tanya, adakah Dato Onn tahu atau tidak akan kisah Empayar Islam Siam-Kedah ini?

Jawapannya senang sahaja, dia mungkin tahu, jikapun beliau tidak tahu, para pembaca perlu yakin bahawa setiap perjuangan yang berlandaskan agama dan keimanan akan menuju punca yang sama iaitu tauhid.

Maka jikapun Dato Onn tidak tahu, tetapi perjuangannya itu sudah tentunya di lorongkan atau diilhamkan oleh satu kuasa yang Maha Besar. Oleh itu jika pun dia tidak tahu maka beliau akan diberitahu.

Apakah asas perjuangan Dato Onn?

Asas perjuangannya adalah Malayu Bersatu. Adakah bersatu itu kehendak iblis atau kehendak agama Islam? Siapakah yang akan beserta di atas perjuangan murni yang sedemikian wahai tuan-tuan sekalian?

Apakah maksud tersirat disebalik perkataan UMNO yang diilhamkan Yang Mulia Zaaba itu? AMANU – beriman! Tetapi ini dizaman Dato Onn. Zaman selepasnya penulis tidak tahu samada ia masih valid atau tidak.

Di zaman itu UMNO atau PEKEMBAR belum lagi menjadi parti siasah, ia adalah pertubuhan yang menyatukan seluruh umat Malayu dari pelbagai pertubuhan untuk berpadu menentang Inggeris.

Jadi asasnya bukan politik! Maka sesuailah AMANU itu dijadikan nama bagi pertubuhan yang menyatukan umat Malayu yang beragama Islam itu.

Rasional Dato Onn menyanggah idea lain selain penyatuan Malayu

Sesuai dengan ajaran Rasullullah s.a.w, Dato Onn tidak mengamalkan pendekatan secara kekerasan, melainkan berdiplomasi juga adanya dalam tugasnya menyatukan umat Malayu itu.

Penulis juga yakin, dipenghujung perjuangan Dato Onn adalah menjadi objektifnya untuk menjadikan Malaya sebuah negara yang bersifat adil kepada semua bangsa yang menyatakan taat-setia yang tidak berbelah bahagi terhadap Negara ini berlandaskan perinsip-perinsip keadilan dan perundangan berlandaskan agama Islam yang bukan atas nama secularism.

Yang mana Malayu itu menjadi tunjang yang tidak bergantung harap dengan kontrak sosial yang kabur yang menjadi mainan dan tuntutan sebahagian ahli-ahli parti siasah yang telah menyembunyikan sejarah realiti umat Malayu dirantau ini.

Indirect rule dan sekularisma Malaya

Jika mengambil kira ‘inner circle’ Dato Onn dalam masa merangka perlembagaan persekutuan penulis pasti bahawa agenda sekularisma ini tidak termasuk kira dan juga tiada istilah kongsi kuasa dan kontrak sosial. Kerana Islam dan Malayu itu mengikut sejarahnya adalah sememangnya tuan disini.

Mengapa pula idea kontrak sosial ini timbul?

Abdul Rahman upheld the independence social contract of a secular Malaysia with Islam as its official religion. On the occasion of his 80th birthday, Abdul Rahman stated in the The Star newspaper of 9 February 1983 that the "country has a multi-racial population with various beliefs. Malaysia must continue as a secular State with Islam as the official religion."

Bukankah ini yang diinginkan sangat oleh puak-puak illmuminati, sama kaedahnya dengan Turki! - Novus ordo seclorum - New order of the Ages. (20 June 1782) yang diimpikan oleh puak illuminati Amirika.

Adakah TAR juga dari kalangan mereka? Penulis tidak mampu untuk mengandaikannya kerana belum pernah berjabat tangan dengan-nya.

Selepas dikaji dan difahami, adalah boleh ditafsirkan bahawa pendekatan yang diambil oleh pemimpin PEKEMBAR selepas itu adalah seratus peratus mengikut acuan British.

Dimana Malayu akhirnya terpaksa berdepan dengan tuntutan perkongsian kuasa yang tidak munasabah akibat dari kontrak sosial yang palsu.

Perlu diketahui bahawa bangsa-bangsa lain yang dibawa masuk oleh British sebenarnya adalah warga British dan bukannya warga Tanah Malayu yang asal seperti yang telah dikupas sebelum ini.

Disinilah nanti akan timbulnya berbagai rasa tidak puas hati bangsa-bangsa lain di Tanah Malayu ini. Disamping Chin Peng, Lee Kuan Yew adalah bapak segala malapetaka yang menjalankan segala dakyah dan tuduhan itu. Selayaknya puak Cina Selat seperti ini di-ke-ran-dut-kan sebakul - tiada beza taraf.

Hinggakan ada yang mengatakan bahawa Malayu itu juga pendatang dan selayaknya status bumiputera itu di beri kepada Orang Asli.

Yang menghairankan penulis, Dato Onn tidak pernah berhasrat untuk mengambil Singapura menjadikan ia sebahagian dari Tanah Melayu. Apa sebabnya penulis tidak pasti, tetapi jawapannya telah pun ada yang mana Singapura hari ini sememangnya tidak tergolong dari Tanah Malayu atas sebab kepentingan perancangan golongan tertentu.

“Barangkali dengan jalan berunding dapat kita minta supaya Pulau Pinang dan Melaka dipulangkan balik kepada kita sebagaimana negeri Dinding telah dipulang kepada kerajaan Perak itu. Akan tetapi berkenaan Singapura payahlah kita hendak meminta supaya dipulangkan balik kepada kita, (Mohamed Abid, 2003, p107)

Malayu tidak melawan akibat penipuan sejarah

Orang Malayu sememangnya telah dirancang supaya tidak dapat melawan segala tuduhan-tuduhan itu kerana sejarah asal kita telah digelapkan sehingga kita semua menjadi dungu.

Empayar kita hanyalah berusia 100 tahun. Kita mundur tidak berupaya menentang Portugis dan sebagainya. Akibat dari sejarah palsu itu juga kita terlepas Pulau Batu Puteh!

Antara pihak-pihak yang telah menjadi dungu akibat penipuan sejarah itu adalah orang silat. Orang-orang silatlah yang paling teraniya dan teruk terperangkap menjadi mangsa propaganda ini kerana mereka inilah pada asalnya adalah tulang belakang kekuatan Malayu itu – tentera Islam-Siam-Malayu. Mereka dihina dihinjak maruah mereka dengan cerita kejatuhan Melaka. Hang Tuah palsu adalah puncanya!

“Hari ini tetap juga orang silat menjadi barisan ketiga dalam level pertahanan Negara,” kata Dato Zainal Abidin Sakom pada satu ketika dahulu. Ialah kerana mereka ini orang awam.

Tetapi jika difikir kembali pasukan pertahanan utama kita juga dilengkapi dengan seni mempertahankan diri. Cuma apakah bentuknya, dari mana diceduknya? Apakah mereka sebenarnya yakin akan keupayaan silat yang telah dilucutkan kemampuan dalam kisah penjajahan Portugis?

Malayu itu sememangnya Agong di Tanah Malayu

Baiklah penulis tidak mempertikaikan apa sahaja status yang dilabel kepada Malayu kerana sesuai dengan nama, mereka ini memang kaum yang datang.

Tetapi perlu dingat Malayu adalah kaum yang berhijrah ke sini yang membina ketamadunan di Tanah Malayu ini bersusur galur dan berkesinambungan dari benih-benih tauhid yang disemai semenjak zaman Nabi Nuh lagi. Ia bukan baru. Ma-la-yu dalam takrif yang lain juga membawa maksud MAnusia LAma Yang telah Ujud.

Malayu yang menjadi Raja di sini adalah rasmi dengan surat Watiqah. Malayu yang asal tinggal dibumi ini adalah menjadi pemerintah yang menguasai seluruh Nusantara memerintah berlandaskan syariat Islam.

Mereka tidak menindas orang asli seperti di nagara-nagara moden yang lain! Kerana Merong Mahawangsa itu adalah Raja Siam yang datang membawa bendera keamanan atas sikapnya sebagai pendakwah.

Malayu yang datang ke sini adalah dari Malayu yang beriman semenjak dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain lagi.

Ia bukan setakat 500 tahun malah beribu-ribu tahun yang lampau, silih berganti menunggu syiar Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman.

Cerita tentang Islam dan Nabi Akhir Zaman itu telah diperturunkan dari generasi ke generasi yang berikutnya sehinggalah kita mewarisinya hari ini. Begitu juga halnya penduduk Arab yang menunggu saat kelahiran itu.

Sesungguhnya apa sahaja fitnah dan tuduhan yang mengatakan Malayu itu beragama hindu tidak dapat diterima sama sekali. Kerana asal bumi ini pun adalah tunduk kepada perintah Allah s.w.t!

Segala agama ciptaan manusia yang lahir selepas nabi Adam a.s adalah dikira baru kerana Islam lah dahulu yang menguasai bumi ini. Awal dan akhir adalah Muhammad s.a.w.

Jadi apakah cara mereka untuk menafikan kebesaran Nabi Muhammad s.a.w itu? Tidak lain dan tidak bukan melalui teori evolusi!

Maka hari ini Malayu telah bercakap

Apakah salah Malaya dipimpin oleh orang Melayu-Islam yang mana segala bangsa yang ada di dalamya duduk bersatu tiada bercerai-berai? Ini telah dibuktikan dengan adanya Undang-undang Raja atau dengan nama lainnya Undang-undang Kedah.

Jangan pula tuan-tuan pelik dengan penggunaan istilah undang-undang Raja, kerana Nabi Yusuf a.s sewaktu menjadi Perdana Menteri Mesir juga menggunakan undang-undang Raja dalam proses menyatukan kembali saudara-saudaranya sehingga dapat bertemu kembali dengan ayahandanya Nabi Yaakob a.s dengan kehendak Allah s.a.w

Surah Yusuf 12 ayat 76:

“…Tidaklah dia akan dapat mengambil saudara kandungnya menurut undang-undang raja, kecuali jika dikehendaki oleh Allah. (Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui,”

Seterusnya adakah logik umat Malayu membenarkan bangsa lain memerintahkan nagara ini? Adakah logik Ghana – Afrika membenarkan orang Sri Lanka memerintah negara mereka?

Adakah logik Republik China membenarkan orang Taiwan memerintah nagara mereka? Adakah logik Jepun membenarkan orang China memerintah mereka? Adakah logik orang Thailand membenarkan orang Siam memerintah mereka? Adakah logik Singapura membenarkan orang Malayu menjadi Perdana Menteri? Mungkin tidak sama sekali.

Barrack Obama, walaupun nampaknya macam seorang Afrika tetapi dia adalah seorang Yahudi, dan sebab itulah Amerika membenarkan dia menjadi Presiden, supaya negara-negara lain tertipu lalu menjadikan ianya sebagai contoh demokrasi terulung! Kononnya. Polisinya tetap sama menjurus kepada kedaulatan Negara Israel.

Baiklah, tentu tuan-tuan tetap mahu mempertikaikan fakta ini, tetapi tuan-tuan juga perlu tahu bahawa bani Israel itu tidak semestinya berkulit cerah. Nabi Daud a.s adalah contoh yang nyata dan tidak perlu diperjelaskan lagi.

Surah An-Naml 27 Ayat 44

“…Nabi Sulaiman berkata: Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca. (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam.”

Menurut ceritanya, Balqis ini adalah datangya dari benua Afrika, maka persoalannya adakah baginda sahaja yang memeluk Islam, bagaimana pula dengan pengikutnya? Ada atau tidak perkahwinan campur diantara bani Israel dan warga benua Afrika?

Jangan sampai terpedaya

Kita di Malaya jangan sampai terpedaya oleh slogan-slogan demokrasi dan falsafah barat yang bertujuan memorak perandakan Negara kita yang tercinta ini. Mereka sedang mempersiapkan angkatan mereka, maka kita juga perlu bersedia.

Sebagai umat Islam, kita juga perlu yakin dengan tanda-tanda kiamat yang telah diberitakan oleh para ulama terdahulu. Antara tanda-tandanya adalah akan adanya peperangan akhir zaman antara Kebenaran menentang Kebatilan.

Jika kita memandang sepi perkara ini maka tergolonglah kita dalam kelompok yang ‘ignorance’. Sedangkan puak yahudi dan majusi pun percaya akan hal ini apatah lagi kita sebagai seorang muslim.

Hari ini penulis ingin mengambil kesempatan untuk memberitahu perkara ini dalam konteks sejarah semoga kita semua tidak tergolongan dalam golongan yang rugi.

Inilah sebenarnya yang paling ditakuti oleh puak-puak illmuninati. Apabila Melayu-Islam mula untuk kembali kepada asas perpaduan yang berlandaskan pegangan agama yang kuat maka secara tidak langsung segala kebatilan akan di cantas dan ia akan menjadi gangguan kepada perancangan mereka untuk menjalankan indirect rule Malaysia yang sememangnya dalam agenda mereka sejak awal lagi iaitu semenjak 1937, malah sebenarnya ia lebih awal dari itu.

Jadi secara tidak langsung apa yang dilakukan Dato Onn itu sebenarnya bukanlah berdasarkan teori dan falsampah semata malah adalah satu tindakan praktikal yang sememangnya dianjurkan oleh agama Islam.

Secara tersiratnya kerja Dato Onn itu sebenarnya mengembalikan kuasa sebenar Malayu di bawah satu payung perpaduan Islam yang asal yang dahulunya di terajui oleh Duli Yang Dipertuan Siam Kedah Long Jaafar.

Jika perkara ini dizahirkan oleh Dato Onn pada waktu tersebut, adakah semua umat Melayu akan menyokongnya? Penulis pasti seratus peratus!

Dato Onn Jaafar membaca perancangan mereka

Dato Onn Ja’afar memang mempunyai satu kekuatan dalaman yang tidak dapat ditembusi oleh puak-puak British, kerana beliau mengetahui perkara tersirat disebalik apa yang tidak diketahui oleh umat-umat Malayu ketika itu.

Agenda jahat Secret Society dapat dibacanya dengan jelas. Kekuatan seperti ini tiada pada pemimpin-pemimpin PEKEMBAR selepasnya. Siapa Dato Onn Ja’afar ini sebenarnya? Entahlah.

Kesimpulannya

Apakah objektif utama dalam perjuangan Dato Onn apabila menuntut kemerdekaan? Tidak lain dan tidak bukan PENYATUAN SEMUA BANGSA DI MALAYA dibawah satu kepimpinan, dibawah satu suara iaitu SUARA MELAYU-Islam tiada berkongsi kuasa, yang dikiaskan sebagai Suara AMANU. Bukankan itu realitinya yang sepatutnya yang dilakukan oleh orang yang beriman sekalian? BERSATU.

Adakah perjuangan Dato Onn menyatu padukan Malayu dan berkehendak akan Malayu memerintah nagara ini tanpa campurtangan pihak British – indirect rule, itu dianggap sebagai satu pengkhianatan.

Adakah penyatuan Malayu itu perkara baru yang ingin dibuat atau sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan bagi menghadapi musuh diakhir zaman.

Apakah perjuangan Dato Onn itu berlandaskan perkara yang sia-sia atau sememangnya bertujuan untuk mengembalikan Malaya kepada sifatnya yang asal.

Unik dan untungnya umat Malayu kerana bertuhankan Allah taala, berasulkan Muhammad s.a.w, berajakan Iskandar Zulkarnain, berimamkan Syafie - duduknya pula di Semenanjung Emas - boleh dikatakan segala ilmu yang baik-baik dan amat tinggi nilainya pada sejarah itu ada pada kita - tidak kalah kita dengan lain bangsa mahupun bahasa yang ada di dunia ini - bukankah ini tanda 'Sumu ul Amir' - gelaran Arab bagi satu bangsa darjat yang tinggi lagi mulia?

Andaikata sejarah sebegini yang diajarkan disekolah maka apakah kesannya kepada jati diri dan kekuatan sebenar umat Malayu itu wahai tuan-tuan yang dikasihi sekalian?

Maka mungkin bebaslah mereka dari cengkaman The Malay Dilemma yang membelengu mereka selama ini.

Akhirul kalam, harapnya dapatlah tuan-tuan memikirkan sedalam-dalamnya maksud IKATAN MALAYU BERSATU itu.

Dengan kahendak Allah taala dan dengan barkat junjungan besar kakasihNya Muhammad s.a.w, semoga mendapat manafaat.

Sekian.

Terima kasih.

The Malay Press
Kuala Lumpur, Malaya, 2009

*teks ini telah dihantar ke ruangan artikel akhbar perdana bagi penyiaran umum.

-------------------------

Ini adalah versi baru Kias Tersirat : The Prayers. Terdapat sedikit penambahan dari movie yang terdahulu. Harap Maklum.

Berikut adalah tambahan kepada para pembaca untuk mendapatkan gambaran serba sedikit tentang bagaimana penyebaran dakwah Islamiah itu boleh berlaku ke seluruh pelusuk dunia. Tanda rahmat Tuhan kepada seorang hambanya yang telah berfkir - itulah Raja Viking, yang telah mendapat tahu tentang 'awal kejadian' atau disebut 'the beginning' melalui ajaran kitab lama seperti yang tersebut dalam 'warrior prayer' umat Viking tersebut. Dibuktikan juga di dalam movie ini peranan JAWI dan DOA sebagai alat untuk menyambung dan menyebar dakwah Islamiah itu sendiri.

4 comments:

  1. Alhamdulillah Allahu Akbar Kabira Walhamdulillahi Kasira Kasih Allah Tak Terhingga pada tuan dan kita sekelian.Amin.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.datuk Onn seorang ahli mahrifah?...
    ada sikit kisah kisah perjalanan Hakikat dlm blog http://siraltalmustaqim.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. entahla..tapi terbukti dia seorang yang bijaksana tapi merendah diri.

    BalasPadam
  4. Assalamu'alaikum,

    Alhamdulillah. Dengan limpahan kurnia Rahmat dan BarakahNya, akhirnya, saya terjumpa blog tuan.

    Terima kasih atas maklumat yang ringkat tapi padat.

    Blog ini perlu dipanjangkan kepada semua umat Islam.

    Wabillahi Taufiq wal Hidayah.

    Mudah mudahan Muslimin Muslimat sedar dari alpa dunia.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger