"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Jumaat, Jun 12, 2009

Sejarah

1. Seorang tetamu datang berjumpa saya kerana masalah yang dihadapi olehnya. Semasa dia menuju pintu keluar dia berkata, " Saya sedih anak saya yang sedang bersekolah tak tahu langsung sejarah Malaysia."

6. Mungkin sejarah tak ada kena mengena dengan jenis kerja yang akan dibuat oleh kita. Tetapi tanpa sejarah kita tidak tahu siapa kita, dari mana kita datang dan kenapakah kita berada di sini dan tidak di tempat lain. Apabila kita tidak tahu dari mana kita datang, maka sukar bagi kita menentukan kearah mana kita akan pergi. Mungkin kita percaya kita sedang maju kehadapan tetapi sebaliknya kita sedang undur ke belakang.

9. Sekarang kita bukan sahaja baca tetapi kita perlu faham apa yang dibaca dan kita tahu relevannya kepada kehidupan masa depan kita.



--------------------------------------
Terima kasih Dr. M, jika ada masa kelapangan dan panjang umur mungkin satu hari besok TMP pun akan datang mengadap bersemuka dan berbincang tentang sejarah reality umat Melayu hari ini. Biarlah generasi akan datang belajar dan faham Sejarah Realiti daripada disumbatkan kepala mereka dengan Sejarah Fantasi penuh propaganda dan hipokrasi yang menghilangkan jati diri.

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger