"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Jun 03, 2009

MOVIE KIAS TERSIRAT:CENDAWAN BERACUN



CENDAWAN BERACUN.
Adalah kiasan dari kata-kata Dato Onn Jaafar yang bertujuan untuk menyedarkan umat Melayu Islam di Semenanjung Tanah Melayu akan bahaya yang akan mereka hadapi sewaktu nagara dalam saat menghadapi pergolakan dan perebutan kuasa diantara fahaman kafir puak Komunis Soviet dan puak kafir Secular Demokrasi British. Yang menjadi mangsanya adalah umat Melayu-Islam. Perkara yang paling membimbangkan beliau ialah bila mana racun-racun ini mula menjalar melalui nama Islam (yang menjadi asas kekuatan Melayu dari dahulu sehingga hari ini) langsung melemahkan pegangan mereka dari dalam dan seterusnya menghancurkan. 'Infiltration' ini masih berlaku sehinggalah ke saat ini. Maka betullah kata Dato Onn, ternyata - walaupun selepas 'merdeka' tetap "Umat Melayu hidup dikelilingi bahaya disegenap tempat..."


Sedikit dari Dr.M (June 4, 2009): tq..

5. Selepas KMM barulah datang Chin Peng dan PKM. Chin Peng berjuang untuk mendirikan sebuah Communist Dictatorship di mana dia akan menjadi diktator. Bagi orang yang bukan Komunis, terutama bagi orang Malayu kejayaan Chin Peng bukan akan membawa kemerdekaan tetapi mengganti penjajahan British dengan penjajahan Komunis pimpinan Chin Peng dengan majoriti daripada pemerintahan terdiri daripada kaum Cina. Melayu yang akan ada dalam pemerintahan Komunis ini hanyalah hiasan, seperti juga kita lihat keadaan di Singapura sekarang.

6. Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu lambat laun akan terhapus.



Kata allahyarham Dato Onn pula (10-12 January 1947):

"Orang Melayu sendiri sudah merasa demokrasi Bintang Tiga setahun dahulu dari kerajaan yang kononnya terdiri dari tiga bangsa iaitu Cina, Melayu dan India, tetapi yang memerintah masa itu Cina sahaja. Dimana duduknya orang Melayu?"

Maka beringatlah tuan-tuan sekalian...hari ini spiritual blindness pula menjadi tujuan.

*Movie is also available in TMP's facebook.

Klip ini adalah sebuah tribute dari TMP buat ahli-ahli pasukan keselamatan nagara dan anggota keluarga mereka yang telah terkorban jiwa dan raga dalam menghadapi musuh, mempertahankan bangsa dari racun-racun yang merosakkan agama dan nagara.

Also dedicated to my grandad (SC) and my great grandad (SC) - who fought bravely and gunned down one of the most wanted bandit in hutan Pahang - Chini area.

Alfatihah buat:
Tok Engku Sayed Mahmood (84) ibni Tok Engku Syed Abdul Rahman (Tok Burok Pekan)
sekembalinya beliau kerahmatullah
5hb June 2009 bersamaan 12 Jamadil Akhir 1430 Hijrah
Jumaat : 2.13pm

6 comments:

  1. Salam.

    Berapa byk org Islam yg kena bunuh/seksa masa komunis bermaharajalela dulu? Takkan depa tak tau.

    Nie nak bawak balik plak mamat sorang tu. Bengong betol.

    al-Fatihah kpd semua pejuang melayu(Islam) Dato Onn, Kiyai Salleh dan lain2.

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. kiyai salleh selendang merah, anak murid dia ada lagi ke?

    BalasPadam
  3. Salam.

    Insya Allah ada lagi. Selagi perjuangan itu berdasarkan TAUHID, insya Allah, patah bertumbuh hilang berganti.

    Wassalam

    BalasPadam
  4. ADA MAMAT MANGKOK AYOUN YANG BERNAMA MAT AMIN BUKA BLOG KONONYA DEPA LA PEJUANG YANG SEBENAQ. BILA KITA BAGI KOMEN DEPA TAK BERANI PUBLISH. HARAM TMP DAPAT CADANGKAN KAT RTM TV3 DAN SEMUA RANGKAIAN TV HARI-HARI KITA TAYANGKAN FILEM BUKIT KEPONG

    BalasPadam
  5. DEPA TU BEKAS MANGKOK2 AYOUN KOMUNIS REGIMEN 10 YANG TAK MENGAKU KOMUNIS.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger