"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Selasa, Mei 19, 2009

MOVIE KIAS TERSIRAT: DATO' ONN BIN JA'AFAR (the seal of the Ottoman Empire)



Tokoh pemimpin Melayu yang amat penulis...tidak terkata, mungkin tiada galang-ganti serupanya lagi.

Setelah penulis membaca, amati, hayati dan fahamkan ucapan-ucapannya yang terdahulu dan bandingkan dengan situasi hari ini, maka mengertilah penulis akan maksud kata-katanya yang tersirat.


Kias Tersirat adalah salah satu daripada project TMP dan siri ini adalah A Tribute to Dato' Onn.

Al Fatihah buat Allahyarham.

(video youtube updated 20.05.09 dan teks penuh masih dalam proses pembikinan)


--------------------------------------

Selingan foto vintage:

Allahyarham Dato Onn sewaktu bertanding pilihanraya 1959 menggunakan logo paling hampir dengan jiwa-raga umat Melayu iaitu 'se-ikat padi' . Jika tidak beliau, tentu sekali idea itu diilhamkan oleh orang yang sangat rapat dan memahami perjuangan beliau. Waktu itu pula kawan yang boleh dijadikan sahabat amat susah dicari. Ramai yang lari!

(Tuan-tuan sekalian, jika diselidik dipenghujung perjuangannya, Dato Onn bersetuju menggunakan padi sebagai simbol. Dato Onn ini seorang yang amat perihatin akan soal logo. PKMM keluar PEKEMBAR adalah juga kerana logo. Tetapi kenapa kali ini padi pula dipilih? Dan hari ini pula kita dikejutkan dengan pembongkaran rahsia Sejarah Nagara Kedah! Adakah ini satu kebetulan? Atau secara simboliknya merujuk Parti Nagara...Kedah? - *terkadang terbawak sampai boleh lari tajuk. - selain Malaysia antara nama lain yang dicadangkan bagi negara baru ini ialah Langkasuka)

Bagi penulis ianya mengandungi mesej tersembunyi yang amat seni. Ditinggalkan untuk kita, anak cucu-cucunya generasi Melayu hari ini. Marilah
difikirkan sedalam-dalam akan maksud kiasnya yang tersirat. Mesejnya yang nyata pada kita - yang nampak adalah tetap kepada tujuan dan perjuangannya yang asal iaitu untuk mengembalikan IKATAN MELAYU BERSATU. Selain itu apa pula pengisiannya?

Dengan logo dan parti barunya, Dato Onn akhirnya berjaya memenangi satu kerusi di Terengganu. Walaubagaimanapun Parti Nagara dibubarkan selepas kembalinya beliau kerahmatullah pada pada 18 Januari 1962.

Dato Onn, tidak pernah luntur Semangat Melayu-nya. Tidak gila pangkat, tidak gila harta, bukan pengkhianat, tak heran kat raja, bukan penderhaka. Perjuangannya berlandaskan Agama untuk kepentingan Bangsa dan Nagara.

Hidup Malayu!







Tun Hussein Onn signature. Mengambil contoh bentuk the Seal of the Ottoman Empire. Perlu diingat ketiga-tiga signature diatas ini berbeza diantara satu sama lain - ia disesuai mengikut nama khalifah pada waktu itu. Tetapi mengapa pula Onn mengambil the Seal of the Ottoman Empire? Adakah ini hanya sebagai corak-seni-khat dari arkib negara atau memang ada pertalian darah? Selalunya orang tidak akan guna cop mohor Khalifah Empayar Islam Ottoman secara suka-suka melainkan ada cerita disebaliknya...tentunya orang arkib lebih mengetahui.

16 comments:

  1. Salam.

    Dia nampak apa yg dah jadik lanie. Semoga pejuangan beliau diteruskan supaya Islam naik semula sebagaimana zaman Rasulullah.

    Datuk Onn tidak perjuangkan Assobiah tetapi beliau perjuangkan Islam. (bagi sapa2 yg nampak). Yg buta perut sampai mati pon tak nampak.

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. Selepas beliau keluar UMNO, seperti ada tangan-tangan ghaib memastikan beliau tidak lagi kembali ke arus politik perdana.

    Satu lagi yang aku ingat tentang beliau ialah antara pelopor awal penubuhan Silat Seni Gayung khususnya di Johor.

    Keluarga beliau ni ada link dengan Turki.

    BalasPadam
  3. Salam.

    Mmg Allahyarham takleh masuk balik. Cuba tgk kepala dia sapa.

    Wassalam.

    BalasPadam
  4. PEKEMBAR dibawah Dato Onn berbeza dengan PEKEMBAR bawah TAR.

    Satu cerita bersatu, bimbang akan merbahaya yang akan menjahanamkan bangsa Melayu dan agama Islam.

    Yang satu lagi kaki dancing, lumba kuda, loteri haram.

    Peliknya TAR ini ahli UMNO ke tidak? Dari mana datangnya?

    PEKEMBAR dah kena hijacked sebenarnya. British hijacked pakai orang dalam.

    BalasPadam
  5. TAR seorang putera raja yang enjoy sakan di England dengan tak semena-mena ditonjolkan menjadi pemimpin no.1 parti tersebut. Latarbelakang pendidikan England dan darah raja kacukan SAH dan Thai (Manjalara) seakan menepati ciri-ciri dikehendaki puak Masonic.

    Selepas rundingan di London, di antara perkara pertama beliau lakukan ialah mengisytiharkan kemerdekaan yang bakal diperolehi itu di Melaka. Kenapa Melaka? Bermulalah propaganda empayar Melaka 1511 itu untuk menenggelamkan Empayar Nagara Kedah.

    BalasPadam
  6. http://krustudios.com/krunews/?p=70

    harap pihak - pihak berkenaan hubungi KRU

    BalasPadam
  7. drag...aku suspek ada agenda dibelakang filem ini. cuba lihat agenda filem Raja Bersiong yang dikawal selia oleh TAR - 1967 kalau x silap. Apa agendanya?

    Oleh itu jikalau ia sudah menjadi agenda pihak-pihak yang ingin menutup sejarah reality adakah filem pada dasarnya ini akan memaparkan kebenaran? Lihat juga filem Suriyothai - rujukannya adalah vault Diraja Thai.

    Jika benar KRU prod itu ikhlas sudah tentu waris Merong Mahawangsa yang benar akan dirujuk tanpa soal bicara.

    Bukannya berselindung disebalik penafian 'tiada bahan rujukan' untuk menutup agenda tersirat dibelakan tabir.

    faham-faham sendirilah pihak mana yang akan dirujuk...bukankah At Tarikh Salahsalah Negeri Kedah...?

    UNDANG-UNDANG KEDAH sudah berada dipasaran...apa pulak xde bahan rujukan...jangan cuba memperbodohkan orang Melayu lagi.

    BalasPadam
  8. tapi xpe kalau RUK studios bule buat filem...TMP pun bule...kita tengok la nanti MERONG mana yang lagi power..

    Merong Mahawangsa vs Merong Setiawangsa.

    BalasPadam
  9. Kemungkinan tu ada..untuk menutup sejarah sebenar negara Malaysia ini.

    Harap harap TMP boleh buat filem pasal Merong Mahawangsa yang lebih best dan tepat dengan fakta...tapiiiiii..kalau abang TMP baca sinopsis yang diberikan oleh KRU

    http://www.thefilmcatalogue.com/catalog/FilmDetail.php?id=7356

    ada sebut pasal Merong Mahawangsa keturunan Raja Iskandar Zulkarnain..

    BalasPadam
  10. ok ok insyaAllah...tunggu je nanti...sampai masa sok kuwarla dia tu. Depa pun kuwar 2010..

    Ni tengah buat research...base on Al Quran dan Hadis and Undang-Undang Kedah dan SNK.

    tapi kalau tengok dalam cataloge tu depa kata:

    "Based loosely on the 16th century historical document entitled The Malay Annals".

    Ni Fully Funded!

    so technically tengok macam grand jer ni...

    TMP movie mungkinle x grand macam RUK tapi tengok je la apa outcome dia nanti.

    BalasPadam
  11. Fully funded oleh siapa? rasanya cubaan untuk tutup sejarah sebenar nie..

    Blog Sejarah Nagara Kedah dah cecah ratusan ribu orang yang baca..

    kat Multiply www.narai2009.multiply.com (copy dari SNK) dah jadi ikutan user multiply..

    mesti ada pihak tertentu tidak mahu sejarah sebenar dibongkar ..

    entahlah..

    BalasPadam
  12. Allah bersama dengan pihak yang benar lebih-lebih lagi yang memperjuangkan ugamaNya.

    Pihak yang zalim dan menipu tak selama-lamanya terus menang (kalau ya pun sementara saja dan tak senang duduk).

    BalasPadam
  13. worry? 50 tahun kena tipu..nak kena tipu sekali lagi dah mcm mangli (lali) dah..

    geram ja...sebab depa dok butakan mata dan pekakkan telinga...

    BalasPadam
  14. Rakyat Malaysia punyai ikatan kuat hasil Perlembagaan Persekutuan
    02/06/2009 2:07pm - utusan

    “Sama ada disedari atau tidak, kita mempunyai IKATAN yang kuat sebagai manifestasi daripada ROH dan SEMANGAT perlembagaan negara kita,” katanya semasa merasmikan Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan di sini, hari ini. - kata Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah.

    -Bernama

    macam biasa dengar, tapi bukan roh dan semangat perlembagaan...tapi sebenarnya ROH ISLAM dan SEMANGAT MELAYU...itu yang tepat.

    itula kiasan IKATAN MELAYU BERSATU yang sejati!

    depa ni suka kona suka-suka hati...

    BalasPadam
  15. Stadium Sultan Mizan runtuh
    02/06/2009 10:25am


    KUALA TERENGGANU 2 Jun – Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh pagi ini menyebabkan kira-kira 70 peratus daripada strukturnya musnah.

    Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa diterima dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu. - Utusan

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger