"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Julai 22, 2009

Who is the Real Malay? (updated with facts from UUK)










Tidak mahu mengulas panjang.
Tidak mahu mengulas panjang, cuma ingin menyorot kembali realiti sebuah kehidupan masyarakat silam di Semenanjung Siam-Malaka ini menerusi foto-foto vintage kiriman seorang kenalan.

Melalui subjeknya yang menarik, iaitu Malayu dan Sakai, maka dapat kita fikirkan persamaan dan perbezaannya antara dua golongan ini. (contohnya dari raut wajah-hidung-mata dan rambut)

Persoalan yang timbul, adakah Malayu itu sebenarnya satu rumpun bangsa atau hanya segolongan kaum diantara kaum-kaum lain yang menghuni Tanah Semenanjung ini?

Adakah Umat Malayu moden hari ini berasal dari Malayu yang sebenar-benar Malayu?

Atau tuan-tuan hanya menjadi bangsa Malayu Moden melalui istilah perlembagaan sahaja, yang mana teras dan identiti bangsa itu jelas merujuk kepada BAHASA MALAYU dan ISLAM?

Jadi siapakah sebenarnya Malayu sejati itu - orang asli Semenanjung?

-----------------------------------------
Updated 26.07.09

Apa kaitan gambar-gambar diatas dengan UUK?

Untuk itu sila renungkan petikan dari UUK ms 5:
"Maka barang jenis kain yang patut jadi faedah diambil beli-belian kira-kira sebahagi dan sebahagi dilepaskan. Maka segala jenis kain dibawa oleh syahbandar dan mata-mata kepada panglima bandar. Maka jenis macam-macam kain itu dimaklumkan pada raja"

"Syahadan jika nakhoda itu mengkehendaki membeli rotan dan damar batu dan getah dan tiang layar dan barang dan sebagainya, maka hendaklah memberitahu syahbandar"

"Bermula jika ada piutang nakhoda di dalam pasar (cth: gambar 5) hendaklah diberitahu panglima bandar dan syahbandar supaya dikeluar oleh panglima bandar dan syahbandar"

Berdasarkan beberapa petikan yang lain, dapatlah disimpulkan bahawa kain telah diklasifikasikan sebagai barangan import. Selalunya datang dari Benua Keling.

Jadi secara logiknya sudah tentulah orang-orang asli yang membawa damar, rotan, GETAH dan orang Malayu yang membikin TIANG LAYAR (cth: gambar 3) juga membuat pertukaran barang sesama mereka berdasarkan sistem 'barter'. Inflasi sifar...

Dibuktikan juga melalui gambar diatas bahawa kain memang menjadi 'basahan' hampir kesemua rakyat marhaen dari dulu, kini dan selamanya.

Tuan-tuan yang dihormati, inilah yang dinamakan undang-undang raja. Undang-undang berlandaskan syariat Islam, yang di guna pakai oleh raja maha besar Benua Siam bersesuaian dengan kaedah dan kehidupan pada masa itu.

UUK juga dengan jelas menggariskan protokol kedudukan diantara golongan pembesar, pegawai kerajaan, ketua kampung dan golongan rakyat jelata.

Sila perhatikan petikan ini pula, UUK ms 38:
"Jika seorang bergelar Tun di negeri, seorang bergelar Raja di hutan, sama tara duduknya, ertinya setara itu bertimbalkan duduknya. Demikian beza di hutan dengan negeri itu."

Maksudnya pembesar-pembesar yang telah diberi gelaran itu samada pembesar negeri atau pembesar di hutan sama sahaja kedudukannya. Atau dengan lain kata di sisi Maharaja Siam itu, Tun itu "equal" Raja di hutan. Kerana 'di hutan' itulah terdapat barang dagangan yang tinggi nilainya untuk di eksport.

Kesimpulannya, Undang-undang Kedah itu jika dikaji dengan lebih mendalam, maka dapat ia menjadi pen pictures yang mengambarkan dengan jelas warna-warni kehidupan pelbagai lapisan masyarakat di Benua Siam ini semenjak dari 222 Hijrah sehinggalah kepada kedatangan Inggeris ke Tanah Semenanjung.

Realitinya sama sahaja dahulu dan sekarang - ada kaya ada miskin, ada Islam ada yang kafir. Cuma dahulu The Malay Boys merempit dengan basikal hari ini dengan motosikal.

-----------------------------

* Secara praktikalnya teknologi kamera hanya boleh digunakan oleh orang ramai di eropah ialah pada tahun 1839 melalui kamera pertama yang diberi nama 'Dauguerrotype camera' yang menggunakan plate besi sebagai media penyimpan imej. Hanya orang kaya atau yang berkhidmat dengan kerajaan atau press sahaja yang mampu memiliki kamera jenis Daguerrotype ini.

Kemudian teknologi dan inovasi kamera berkembang sehinggalah pada tahun 1881, George Eastman seorang Amirika mencipta teknologi 'filem' yang mudah diselenggara, iaitu Kodak. Dengan penggunaan kodak, badan kamera dapat dikecilkan dan teknologi itu dapat dinikmati oleh kebanyakkan kerana ianya lebih murah dan mudah berbanding Daguerrotype yang besar, berat dan mahal.

Jadi berkemungkinan besar gambar-gambar diatas ini diambil menggunakan Daguerrotype seawal 1839 atau Kodak seawal 1881. (circa 1839-1910)

foto-foto vintage sumbangan: Ariyo Adam

--------------------------------------

Sekilas pandang.
*Dari foto itu nampak gaye, bukan semua Sa-Kai rupe macam Ma-La-Yu...dan bukan semua Ma-La-Yu rupe macam Sa-Kai...ialah dalam adik beradik pun bukannya seme hensem dan muke serupe...perangai pun berlain.

Cuba fikir, tak pelik ke, duduk dalam hutan rimba, ada juga yang boleh dikategorikan sebagai 'kira ok' tapi tiada sifat MALU dalam diri mereka?

Tapi yang jenih 'kira ok' ni la ada harapan jadi 'glamer', ada harapan naik tahkta, tatkala disunting putera raja (selalunya masa berburu)...paling kurang pun menjadi dayang istana bak 'Kasuma Dewa' kisah Hang Tuah pahlawan Malaka.

Bukan cakap kosong tapi umpama kisah Pir Abu adik beradik Tun Syaaban (Hang Tuah) yang menikah dengan seorang perempuan Batak tanpa perkenan Tuanku Baginda Raja Besar Benua Siam. Dari penikahan itu lalu lahirlah Raja Sulaiman 'Raja Tui Yangkam Belat Yukbat' - Raja Bersiung yang dihukum bunuh oleh Hang Tuah di Singgora.

8 comments:

  1. Salam hormat tuan,
    salam hamba menumpang lalu,

    terima kasih seadanya,

    BalasPadam
  2. salam TMP,

    saya nk tanya sikit perihal keturunan 'KU' di Kedah bagaimana ia bermula. Memandangkan TMP mmg arif sejarah negeri kedah ini.

    Ini kerana ramai dikalangan kawan2 bertanyakan hal itu.

    Terima Kasih daun keladi...
    -Pak Ku-

    BalasPadam
  3. salam KM Ridzuan.

    Perihal gelaran Ku ini saya cadangkan tuan bertanya dengan Nai Long Mazlan @ Anai2 di blog sebelah - sejarah negara kedah di link sebelah kanan.

    maka mereka lebih arif bab gelaran dan kerabat kedah.

    tq

    BalasPadam
  4. tuan rumah,
    blog ini sungguh bermanfaat dan br hari ni sy jumpa blog ni drp link di forum cari.
    teruskan usaha2 murni ini dlm membebaskan minda melayu drp terus dijajah.

    BalasPadam
  5. wow mengkagumkan...

    Ini kali pertama saya berkunjung ke laman blog saudara. Saya tidak sangka kandungan yang dikumpul benar benar memberi manfaat kepada saya. Bahan yang ada sangat eksklusif dan mahal nilainya.

    Terima kasih kerana mewujudkan laman blog seperti ini, ia sangat bermanfaat dan besar sumbangannya kepada orang Melayu seperti saya

    BalasPadam
  6. Selamat datang ke blog yang tak seberapanya ini. sebagai orang awam yang tiada upaya dalam segi persenjataan, maka ini sahajalah yang dapat disumbangkan bagi mempertahankan kedaulatan Agama-Bangsa dan Tanahair yang dicintai ini.

    Apa yang saya harapkan, andaikata pihak bersenjata kita juga tahu akan asal-usul mereka, dan tanggungjawab mereka sebagai barisan depan kita amat saya sanjung tinggi - dengan adanya pengkisahan semula sejarah realiti ini diharapnya mereka tahu apa yang mereka pertahankan - bukan calang-calang warisan.

    Hidup angkatan Panglima Hitam!

    BalasPadam
  7. Kali pertama bertandang terus terpana.

    Teruskan kerja murni ini saudara.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger