Sedutan dari filem Braveheart: Scottish vs Anglish
Untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai sejarah pejuang-pejuang bangsa yang terdahulu, tidak dapat tidak, generasi hari ini terpaksalah 'membaca, menghayati dan berfikir dengan kritikal' (Tun Hanif Omar, 2009) akan setiap peristiwa yang berlaku, melalui lembaran pengalaman yang telah diharungi oleh individu yang digelar pejuang tersebut.
Perlu diingat, demi Malayu dan Islam adakala mereka bertegang urat dan adakalanya mereka duduk semeja apabila tujuan dan matlamat mereka itu SATU. Perjuangan bukan atas dasar peribadi.
Sekilas menyelak lembaran tersebut dapatlah disimpulkan bahawa Dr. Burhanuddin Helmi yang pernah satu ketika ber-lain pandangan dengan Dato Onn, juga pernah bersama menyinsing lengan berganding bahu mempertahankan Islam dan Malayu demi masa depan anak bangsanya hari ini.
Menurut catatan sejarah, Dr. Burhanuddin, Dato Onn dan Ahmad Boestamam adalah antara mereka yang tidak bersetuju dengan idea perlembagaan Lord Reid yang didokong oleh Ketua Perikatan (one man show) menghasilkan kontrak sosial Pak Kaduk. Bukan itu sahaja malahan terdapat bantahan daripada wakil 'pertubuhan kebangsaan' Melayu Pulau Pinang dan Terengganu, tetapi mereka juga tidak dilayan. Ini adalah sejarah realiti yang perlu dihayati oleh generasi Malayu masa kini.
Melalui lembaran sejarah juga, kita hari ini perlu sedar dan tahu, siapakah manusia yang telah memperjudikan nasib umat Malayu di Malaya ini, dari dulu, kini dan mungkin selamanya...ciri-cirinya barua itu-lah yang perlu diambil kira, bukan orangnya.
Penulis ingin sekali mengupas panjang lebar tentang kerjasama ketiga-tiga tokoh diatas, tetapi buat masa ini cukuplah sekadar memberitahu bahawa mereka ini berjuang atas dasar mempertahankan kelangsungan hidup Umat Malayu dan Islam di Tanah Air ter-chinta ini dan tidak akan sesekali menjual bangsa demi pangkat dan harta.
Baik disini, penulis ingin membawakan sedutan dari memoir Ahmad Boestamam sewaktu ditawarkan untuk menjadi 'British Agent' pada satu ketika dahulu.
Dengan harapan agar ia dapat membuka fikiran pembaca sekalian kepada 'world view' atau 'weltanschauung' yang baru, supaya dapatlah sama-sama kita berpijak pada bumi nyata dan tidak menyokong mana-mana pihak secara membabi buta.
Ikuti perbualan berikut antara Ahmad Boestamam (AB) dan Tuan Fenner (TF):
TF: "Saya kasihan kepada tuan, Boestamam, dan saya mahu menolong tuan tetapi dengan syarat..."
AB: "Syarat apa?" Saya mencelah bertanya.
TF: "Dengan syarat tuan menolong saya pula."
AB: "Bagaimana saya boleh menolong tuan?"
TF: "Dengan menjadi 'British Agent."
AB: Bila saya tanyakan apa dia yang dikatakan British Agent itu lantas dia menjelaskan bahawa ia lebih besar dari 'Special Branch', sebab 'Special Branch' hanya bertugas di dalam negeri sedang 'British Agent' boleh bertugas di luar negeri. Dan bila 'British Agent' ini bertugas di luar negeri dia boleh menggunakan bahkan dibekalkan dengan wang seberapa banyak yang dia suka.
AB: "Tugasnya?" Saya bertanya.
TF: "Memberikan laporan kepada kerajaan British akan aktiviti-aktiviti musuh kerajaan British itu."
TF: ..."Dr. Burhanuddin dan Ishak Haji Muhammad adalah rakan-rakan seperjuangan tuan. Bagaimana mereka boleh hidup? Siapa yang membelanjai hidup mereka? Adakah mereka menerima bantuan dari Parti Komunis Malaya? Tuan siasatlah perkara ini dan kemudian laporkan kepada saya."
TF: "Selain daripada itu banyak lagi perkara-perkara yang tuan boleh siasat dan laporkan kepada saya. Untuk melaporkan ini tuan boleh datang berjumpa saya dua kali dalam seminggu dan setiap kali tuan menemui saya nanti dengan laporan tuan itu saya akan beri tuan $1,000.00 dengan wang tunai ataupun cek mengikut pilihan tuan."
TF: "Untuk menjalankan tugas ini tuan akan diberi senjata, kereta untuk kenaikan tuan dan rumah untuk kediaman tuan di Kuala Lumpur. Bagaimana?"
AB: Tawaran itu sungguh-sungguh mengiurkan. Dua kali seminggu bererti sekurang-kurangnya delapan kali sebulan. Kalau setiap kali saya boleh menerima seribu ringgit, maka dalam sebulan pendapatan saya tentu berumlah 8 x 1000 sama dengan $8,000.00 atau hampir-hampir dua kali ganda gaji Perdana Menteri. Tidakkah ini suatu pendapatan yang mewah sekali? Tetapi [dengan syarat] saya harus mengkhianati kawan-kawan seperjuangan saya seperti Dr. Burhanuddin dan Ishak Haji Muhammad.
AB: Tiba-tiba wajah kedua-dua kawan seperjuangan saya ini terbayang diruangan mata saya. Tidak, saya tidak sanggup hendak mengkhianati kawan-kawan seperjuangan saya...
Tuan-tuan sekalian, tipu helah British merasuah dan menawarkan ganjaran kepada puak-puak feudal-bangsawan dan pengkhianat bangsa untuk menjadi Agent British ini bukan baru, malah kalau mengikut sejarah dunia ia berlaku semenjak 1314 Masihi lagi.
Barua British ini bukan datang daripada penulis, tetapi William Wallace yang cakap lama dulu.
Dalam filem Braveheart yang mengisahkan konflik English vs Scottish untuk mendominasi kepulauan yang menjadi United Kingdom sekarang, Raja England ketika itu King Edward I bergelar Longshank menggunakan rasuah tanah ladang dan kekejaman terhadap musuh untuk membina empayar.
BalasPadamPihak bangsawan dan keluarga diraja Scotland habis dirasuahnya, hanya tinggal watak William Wallace dibintangi Mel Gibson sebagai ketua penentang yang masih ada braveheart, itupun akhirnya ditangkap dan disiksa hingga mati.
Longshank disifatkan para sejarawan sebagai pembina asas kepada dominasi English menjadi kuasa besar dunia.
Pemimpin pertama PKM, Lai Te seorang berbangsa Vietnam di Singapura juga seorang agen British. Tidak hairanlah Chin Peng dalam usia semuda 19 tahun menjadi ketua PKM Perak dan dalam umur 20an menjadi ketua PKM. Ini kerana hampir kesemua barisan pemimpin senior ditangkap atau dibunuh atas pengkianatan Lai Te yang memudiannya melarikan wang parti sebanyak 1 juta ke Thailand dan Hong Kong.
Raja-raja daerah yang bersesongkol dengan British dan menderhaka terhadap raja besar Empayar Siam Islam juga dipercayai agen British, ada yang memakai Victoria Cross pada baju rasmi yang ditempah khas dari London.
Moral of the story...TERGADAINYA NAGARA KITA INI ADALAH KARENA ADANYA BARUA BRITISH DALAM KERAJAAN PERIKATAN yang bertujuan menjaga dan memantau kepentingan British dan Rakyat British yang kemudiannya menjadi warga Malaya yang digelar sebagai NON-BUMI...
BalasPadamjadi takkan dulu je ada barua, hari ini ... sekaran ini xde ke??
Sekarang dipanggil Politik Wang. Barua-barua ni mencari keuntungan politik tetapi pembayar2 ini yang sedang melabur tentu sahaja mengharap pulangan setiap pelaburannya... maka hasilnya polisi yang menguntungkan pelabur mesra peniaga dan tidak mesra pengguna yg kudukut pasti akan dibuat untuk membalas jasa.
BalasPadam