Cuma yang tidak dijangka adalah betapa 'excited'nya para pengacara setesen televisyen membuat andaian demi andaian telahan demi telahan analisis demi analisis yang tiada kesudahan yang terkadang terkedu juga dek kerana ulasan jujur si tetamu undangan keturunan cina dari ALAM MELAYU.
Jika boleh dibuat undi popular maka popular lagi pak-pak nujum piliharaya ini daripada golongan yang berpakat dengan rakyat -- agaknya begitulah kata hati beberapa golongan, memang sedikit membosankan.
Walaubagaimanapun, keputusan akhir melayakkan UMNO-BN memerintah Malaysia tanpa perlu sangat kepada MCA dan MIC. Mutlak Melayu meneraju kerajaan bila undi Cina beralih ke Pakatan. Itulah suara mereka yang mahu menumbangkan kerajaan yang akhirnya masuk kelangkang pembangkang.
Jika 55 tahun dahulu berlaku sudah tentu British membatalkan keputusan -- wajib kongsi kuasa kata mereka!
Kali ini kontrak so-sial telah pun dilongkangkan, hanyut bersamanya sebuah ikatan yang longgar, realiti perasaan yang tidak dapat disembunyikan. Timbul tenggelam, lemas dilanda perasaan puas, geram, cemas dan senyum yang tanpa dibuat-buat -- umpama kelegaan dibilik termenung yang tiada taranya.
Jika itu yang mereka mau, maka biar sungguh bagai dikata -- Melayu sepatutnya meneruskan memerintah Malaysia ini seadanya. Inilah masanya, tidak perlu dibahagi kuasa. Sepatutnya tiada pun istilah "Melayu pilih politik, Cina pilih Ekonomi" -- siapa yang memandai mengadakan kontrak sebegini diawalnya?
Keselamatan semua bangsa adalah terpelihara walaupun tiada siapapun yang membayar jizyah di negara ini. Manalah tahu negara Islam idaman Pas ada fasal bayar jizyah di dalamnya.
Impak piliharaya kali ini terus mengenai MCA -- ia parti yang harus dibubarkan. Mereka dianggap tiada peranan dalam kerajaan selagi tidak sanggup berkokok seperti DAP. Orang cina sudah pun menghantar isyarat yang jelas yang mereka mahu wakil yang radikal yang pandai berkokok dan "bersih" seperti DAP di dalam kerajaan bayangan.
Oleh itu selagi MCA bergerak seumpama Mat Koh Lebai Sukun (dilhat tidak bersih cina-nya) dan tidak radikal -- walaupun polarisasi kaum negara ini adalah hasil tangan dan pilihan cauvenis totok mereka juga pada awalnya, orang cina sudah tidak mahu apa-apa lagi daripada mereka kerana sudah dapat apa yang dicita. Maka elok sangat dibubarkan sahaja. Apa lagi mau?
Dan ini kontrak sosial tiada hitam putih maaa.
Kepada pak-pak nujum piliharaya pula akhir kata selamat hari raya!
Yaaabeda-bedu...
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.