Tanpa seorang yang bernama Anwar Ibrahim orang Melayu mungkin masih terawang dibuai mimpi indah berselimut fantasi kulit babi.
Anwarlah orangnya yang mengejutkan orang Melayu daripada mimpi tersebut. Anwar Ibrahim berjaya membuatkan orang Melayu tersedar dan lebih berhati-hati dengan perihal masa depan bangsanya.
Orang Melayu selama hari ini rupanya telah ditipu hidup-hidup oleh UMNO yang mendendang lagu syahdu untuk orang Melayu terus tidur -- lena.
Selimut yang lembut yang disediakan oleh para "pejuang" UMNO jaman dahulu untuk bangsa Melayu selama 56 tahun itu rupanya haram tak boleh pakai.
Tanpa Pak Anwar mungkin orang UMNO juga terus tidur -- mungkin ada yang tidak perasan pun. "Sekarang baru tauuu..." kata Ahmad Nisfu. "Tsunami..." sambut Perdana Menteri.
Terima kasih Pak Anwar kerana menyedarkan Melayu khasnya orang UMNO, dengan harapan jangan lah Pak Anwar pula yang berselimut dengannya. (Kalau tak boleh selimut, kasut boleh? Cuba tanya Dr Ustaz, mana tahu dibolehkan pulak)
Walaupun cara kejut itu nampak macam salah; serupa disimbah air sebaldi, tapi ada hikmah disebaliknya.
Siapa yang tak marah kena kejut time syok tidur…"kasi potong filem," kata P.Ramlee.
Maka teruskan perjuangan mu dan peranan mu disebalik sana.
Sekian.
Terima kasih.
ajis baca bunyi syair, sudin baca bunyi arab…ramlee…?
Jangan marah haaa...nanti kena jual.
Al Fatihah buat Pak Sudin
Pelawak veteran S. Shamsudin, 84, meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa 4 June 2013 di Hospital Alexendra, Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair.
Al Fatihah buat Pak Sudin
Pelawak veteran S. Shamsudin, 84, meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa 4 June 2013 di Hospital Alexendra, Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair.
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.