"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Oktober 23, 2011

Soalan buat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria

Assalamu'alaikum wbt, Yang Mulia Ustaz.

Maaf, saya ingin mencelah bertanya berkenaan undang-undang murtad dalam sejarah tanah Melayu. Sementelah ustaz telah bercakap mengenai sejarah kedatangan Islam dan ajaran Islam yang dibawa ke Tanah Melayu, bolehkah ustaz nyatakan dengan jelas dimana ada bukti undang-undang murtad telah dijalankan oleh pemerintah Islam di Tanah Melayu berasaskan undang-undang Perak, Pahang dan Terengganu dizaman purbakala?

Soalan ini diajukan supaya nanti Road Show yang hendak diadakan diseluruh negara lebih mantap dan tidak dipertikai pula oleh puak-puak Yahudi dan Nasrani yang sememangnya bergantung kepada Common Law untuk menidakkan undang-undang syariat yang telah terpakai sebelum kedatangan pendatang haram Inggeris di Tanah Melayu.

Masjid Putrajaya - gambar hiasan

Umat Islam generasi baru sepatutnya mengetahui sejarah Islam Nusantara dengan lebih telus dan terperinci.

Terima kasih ustaz.

Wassalam. 

Sebagai response kepada berita dibawah:




SHAH ALAM 22 Okt. – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberikan ingatan bahawa kelemahan dan perpecahan umat Islam yang berlaku hari ini menyebabkan ada pihak yang berani memesongkan akidah penganutnya, selain menghina agama tersebut sedangkan sebelum ini Islam begitu dihormati.

Beliau yang menjadi tumpuan kira-kira 10,000 peserta Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) sebagai pemidato terakhir mengimbas kembali bagaimana kekuatan orang Melayu yang tetap berpegang teguh dengan agama mereka meskipun ketika dijajah selama 500 tahun.

Malah beliau menyatakan, orang Melayu juga diberikan keistimewaan oleh Allah sebagai bangsa yang mempunyai kefasihan apabila dapat menguasai bacaan ayat suci al-Quran meskipun kitab suci itu diturunkan dalam bahasa Arab.

“Dalam semangat yang masih ada hari ini kita perlu pertahankan Islam. Bangsa Melayu adalah bangsa yang istimewa kerana Melayu dikaitkan dengan Islam sehingga ia membawa kepada pengertian dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kedatangan pendakwah ke Tanah Melayu menyebabkan orang Melayu menjadi Islam dan kedatangan Islam membolehkan orang Melayu membina empayar berasaskan kepada undang-undang Islam di Perak, Pahang dan Terengganu,” katanya pada perhimpunan tersebut di Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Menurut beliau, sejak zaman penjajahan lagi, kuasa kuffar tidak henti-henti berusaha untuk memesongkan akidah umat Islam di Tanah Melayu termasuk dengan mengadakan pelbagai muslihat.

“Hari ini usaha tersebut dilakukan secara terang-terangan kerana kedudukan orang Melayu semakin lemah. Kerana kelemahan itu, Islam yang satu ketika dahulu dihormati, (telah diganggu-gugat oleh) mereka (yang) berusaha memesongkan dan menghina kita,” katanya.

3 comments:

  1. Saya pon xtau ade ke tidak...
    Kalau dah tak de... takkan nak melalak jer...
    rasanya kene le buat kan...

    BalasPadam
  2. Asas hukuman ke atas murtad telah digariskan dalam Islam. Rasa2 kalau penulis buat kajian mesti jumpa punya...jadi nak biarkan orang islam murtad ke? Kenalah pemimpin2 kita yang islam berbuat sesuatu..takkanlah nak dapatkan hak orang islam nak kena dengar org kafir kata..hukum Al-Quran kan untuk org islam saje...fikir2 kan lah...

    BalasPadam
  3. Asas tarbiah dan hukum untuk org islam yang murtad memang ada dalam islam..jadi sewajibnya orang-orang islam yang punya 'kuasa' berbuat sesuatu..Takkanlah nak laksanakan hak orang islam untuk amal agamanya secara menyeluruh pun kena dengar pendapat orang bukan Islam..Kalau hak laksanakan undang2sivil kita dah sediakan untuk bukan Islam kena lak 'pemimpin' kita tak sediakan hukum islam untuk kita umat Islam? Ada hukum islam tapi tak menyeluruh (hukum terpilih sahaja)...fikir2kanlah

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger