"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Isnin, Oktober 17, 2011

MAKA MALAYU PERLU BERCAKAP 3 - Tanah Genting Kra Malayu Punya!

Bukti Sempadan Tanah Malayu yang digariskan oleh pendatang haram Inggeris/Perancis dan telah diserahkan secara haram oleh Inggeris kepada Thai tahun 1909!

Kecoh Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertegas isu sempadan Malaysia- Indonesia. Katanya rakyat Indonesia terutama penuntut-penuntut universiti di Indonesia terkeliru dan menafikan tindakan bahawa Malaysia menempatkan askar PGA di Camar Bulan Indonesia.

Kelam kabut menteri kita bersilat menafi tuduhan cerdik pandai Indonesia. Semestinya begitu kerana Dato Seri kita itu bertindak sebagai panglima yang mengiringi DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke Indonesia. Sebagai menteri pertahanan, maka kena tahanlah, jika tidak begitu bukan panglima lah namanya. Syabas Dato Seri!

Melihatkan tindakan sebegitu, harapan TMP, supaya Dato Seri menunjukkan ketegasan yang sama sebagai Panglima Pengiring DYMM Agong terhadap isu sempadan Semenanjung Tanah Melayu di Tanah Genting Kra di utara sana. Sudah tentu orang Malayu tidak akan dituduh berhalusinasi kerana sudah jelas ada batu sempadan sebagai saksi.

Walaupun kita hari ini berasa sedih dan kecewa kerana sudah ada segelintir pemimpin Melayu yang sudah buta semangat bangsa Malayu dengan mengangkat bukan Malayu sebagai pemimpin dengan alasan bahawa tiada orang Malayu yang layak - maka jika begitu tidak mengapa, jangan biarkan perkembangan negatif itu melembamkan kita.  Bagi yang lainnya, tinggalkan mereka yang buta itu dengan halusinasi mereka, umpama siluncai dengan labu-labunya...biarkan. (Dalam konteks am-nya, TMP yakin Dato Seri juga sudah sedia maklum tentang perkara ini.)

Harapannya presiden yang sebegitu itu janganlah pulak dijadikan alasan yang dapat melemahkan semangat orang kita, malah jadikanlah ia sebagai satu isyarat yang menunjukkan betapa lemahnya jati diri umat Melayu hari ini.

Maka dengan isyarat itu juga semakin jelaslah menunjukkan bahawa cabaran dan rintangan dihadapan ini bukan semakin kecil malah semakin besar. Menjadi semakin beratlah tanggungjawab yang harus dipikul demi mempertahankan hak anak-anak bangsa yang tinggal ditanah kangkang yang sudah tidak seberapa ini - diutara mati mak, diselatan mati bapak.


Justeru, disarankan supaya orang Malayu yang masih tegar semangat Malayunya itu bertindaklah secara bijak atas dasar sejarah bangsa yang benar, demi mengangkat sejarah realiti umat Malayu dan Islam nusantara ke martabat yang lebih tinggi dan selayaknya sebagai tuan kepada Tanah Malayu ini.

Dan harus benar kita mengambil iktibar atas semangat satu padu bangsa Indonesia yang tidak pernah bertolak ansur isu sempadan nagara tercinta mereka. Syabas juga kepada Indonesia yang menunjuk sapa bangsa tuan di nusantara ini!

Soalan mudah untuk semua, apa untung dan signifikannya sejarah realiti Umat Malayu dan kisah sempadan Tanah Genting Kra di utara itu kepada pemimpin bukan Malayu?

Kenapa Malayu masih tidor?

Demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

Wassalam.

HAB
The Malay Press.


0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger