Manakala hendak ke luar negara mestilah seseorang itu mempunyai passport. Tanda pengenalan rakyat Malaysia dibawah kerajaan yang dinaungi oleh Duli Yang DiPertuan Agong Malaysia.
Maka setakat yang aku tahu, passport antarabangsa itu punyai dua macam. Satu yang 2 tahun dan satu yang 5 tahun. Yang 2 tahun itu sebenarnya memberikan kelonggaran untuk keluar negara hanya selama 1 tahun 6 bulan dan bayarannya hanya seratus ringgit Malaysia sahaja, begitulah juga yang 5 tahun hanya punyai tempoh 4 tahun 6 bulan dan bayarannya hanya tiga ratus ringgit Malaysia sahaja.
Kerajaan Malaysia tidak membenarkan rakyatnya keluar negara jika tempoh passport berbaki 6 bulan dari tarikh sah sesuatu passport itu. Ini ada tertulis didalam passport.
Oleh itu sebaik-baiknya jika punya perancangan jangka panjang hendak keluar negara, biarlah passport itu punya tempoh sah selama 5 tahun. Ia akan memudahkan seseorang untuk membuat perancangan kerana tidak perlu berulang alik ke pejabat imigresen dan beratur panjang menunggu giliran. Lebih-lebih lagi dipenghujung tahun, yakni di musim cuti persekolahan yang menjelang tiba. Nala punya ramai...
Aku sebenarnya buat tak endah bab 6 bulan tarikh sah passport. Belakang aku ingat buleh la tahan sampai 2 tahun, rupanya lepas kira campur tolak, alamak kena 'renew' jugak. Adoi, bab 'renew' passport ni memang lah kalau bule nak dielakkan, tapi nasib baik imigresen ada sediakan KIPPAS - mesin 'renew' passport.
Untuk 'renew' passport menggunakan KIPPAS tidak perlu isi borang, cuma bawak passport YANG ADA CIP, gambor terbaru berukuran passport (bukan poskad) dan duit seratus atau tiga ratus (bergantung kepada tempoh lanjutan) dan salinan kad pengenalan (yang original jangan tinggal).
Nak MengKIPPAS ni pun sebenarnya kena beratur. Rakyat Malaysia memang tak suka beratur, tapi kalau nak potong que tu nampak la kurang ajor sangat, so kenala beratur, ada jaga dok tunggu.
Jika semuanya ok, mesin KIPPAS ni akan meng-update passport kita sekejap je. Tapi jika nasib tak baik, mesin KIPPAS tak boleh baca cip dalam passport berteknologi tinggi kita tu. Abis kalau tak boleh baca? Maka kena isi boranglah, kena amik no dan beratur la semula. Nombor semestinyalah yang tercorot.
Jadi kalau nak guna KIPPAS pastikan cip dalam passport kita tu ok, tapi macamana nak tahu ok ke tak ok? Kena beratur dulu sampai kat mesin KIPPAS tu baru tahu.
Satu lagi bab mesin KIPPAS ni, menatang ni tak terima duit soploh ringgit kaler merah tu, jadi tuan2 dan puan2 kena sediakan duit lima puluh ringgit yang secukupnya. Kenapa tak bagi tahu awal2...tak perlu kutu tukar duit dengan member belakang, nasib baik la rakyat Mesia ni baik, mana yang banyak duit tu buleh jadi money changer segera kalau keadaan terdesak.
Ingat tu, kalau nak berurusan dengan mesin berteknologi tinggi, kita kena bergantung kepada cip. Bergantung hati kepada Allah taala tu wajiblah tapi kena lalu la ikut cip tu - itu syarat kerajaan, tapi kalau nak lepas x yah passport pun ok macam PATI :-).
Cip ni bahan yang sensitip, cepat meruap. Jangan kena panas, jangan kena magnet. Oleh itu kalau buleh tuan2 jagalah passport dengan sebaik mungkin, macam jaga 'hardisk' le, begitu jugalah dengan kad pengenalan kita tu, kena jaga elok-elok, kalau tidak kena beratur jugak la jawabnya kat Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
Belakang passport baru tu ada peringatan bab cip ni...kalau bagi tahu awal-awal kan senang (sebab hat dulu takde)...tak perlu la kutu beratur 2 kali.
*bukan semua orang ada passport jadi yang dah terel bab passport ni abaikanlah cerita ringkas kat atas ni...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.