"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, Mei 08, 2008

Kongres Permuafakatan Melayu - Kenapa di Johor?

JOHOR BAHRU 1 Mei - Lebih 1,000 peserta yang mewakili 300 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu akan ‘berkampung’ selama dua hari di sini mulai esok untuk membincangkan pelbagai isu yang dijangka membawa kebangkitan baru kaum terbesar di Malaysia itu.

Kongres Permuafakatan Melayu itu merupakan antara pertemuan terbesar membabitkan orang Melayu pernah diadakan selepas perhimpunan yang membawa kepada penubuhan UMNO lebih 60 tahun lalu.

Perhimpunan esok bagi memperjuangkan hak dan kepentingan serta mempertahankan maruah Melayu ekoran semangat persepakatan yang dianggap kian ‘pudar’ berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Kongres itu dijadual disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar....

Kongres itu dijadual bermula pukul 3 petang esok.

Sesi pembentangan melibatkan empat kertas kerja yang berkaitan Kedaulatan Politik Melayu, Kedaulatan Perlembagaan Malaysia, Kedaulatan Ekonomi Melayu dan Kedaulatan Agama, Kebudayaan dan Pendidikan Melayu.

Utusan Malaysia adalah akhbar rasmi kepada kongres ini [lagi]

5 comments:

  1. Masalah umat Melayu selama ini berpunca dari tindakan kita meninggalkan kewajiban meletakkan Islam dilandas yang sebenar. Malah kedudukkan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pun tidak kita hargai.

    Fikirkan secara terbuka.. masalah umat Melayu berpunca dari sikap Umno yang telah meneruskan pembelengguan terhadap Islam yang diamalakan oleh penjajah British. Umno menerima kuasa dengan menambahkan lagi ikatan-ikatan yang sebenarnya telah menyekat taraf dan kedudukan Islam dan mengelirukan bangsa Melayu.

    Tindakan ini telah merosakkan pemikiran orang Melayu sehingga menjadikan mereka seolah bertuhankan Umno. Malah orang Melayu sehingga beranggapan yang Umno lah segala-galanya, yang memberikan rezeki dan memajukan mereka.

    Umnolah yang sesungguhnya telah menghakis beberapa ciri-ciri tamaddun Islam yang sedia terbentuk dalam masyarakat Melayu sebelum ini.

    Di antaranya ciri ilmu, di mana Umnolah yang bertanggungjawab menghapuskan penggunaan dan penagajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, mengawal pengajian agama di masjid-masijd termasuklah khutbah-khutbah Jumaat, semata-mata untuk kepentingan politik mereka yang telah mengakibatkan kefahaman agama orang Meayu semakin longgar dan lemah.

    Sebelum pilihanraya semasa umno hebat berkuasa adakah mereka memikirkan rakyat melayu marhean di Pulau Pinang..?

    BalasPadam
  2. Terima kasih saudara tanpa nama. Dalam hal ini, kita se-nada se-irama :-)

    Apa yang pasti, hari ini, umat melayu semakin sedar tentang perkara ini dan meminggirkan UMNO yang kononnya bertindak sebagai penyambung lidah bangsa mereka.

    Cubaan memomokkan atau menakut2kan melayu sudah tidak lagi berkesan. Iyalah budak2 pun kalau selalu ditakutkan lama2 bila dah besar dia tak takut dah.

    Jikalau kita kembali menyusuri sejarah, dan buka segala website atau bahan bacaan mengenai melayu, tiada satu pun 'scholar' yang dapat menegaskan asal usul bangsa melayu itu. Kalau adapun negrito-sakai-jakun! Ini theori evolutionist!

    Oleh itu, minta maaf, jika penulis katakan Melayu itu hanya satu rumpun bahasa, tetapi ianya diangkat menjadi satu bangsa melalui satu strategi licik dan amat halus sekali.

    (Pernah dengar Urdu, Mandarin? Ini contoh bahasa yang sangat meluas sekali penggunaannya tetapi ia bukan bangsa)

    Kononnya penyatuan Bangsa Melayu sahajalah akan menjadi satu wadah untut menuntut negara yang merdeka. Maka dengan itu lahirlah UMNO menuntut kemerdekaan atas dasar kebangsaan.

    Tetapi malangnya dengan kehendak British jugalah UMNO terpaksa berkompromi dengan bangsa lain - jika hendak cepat merdeka.

    Orang Melayu waktu itu sudah terikat dengan UMNO. UMNO pula terjerat dengan taktik British. Malayan Union sebagai umpan, Raja-raja Melayu sebagai bahan tebusan.

    Pengasasnya sedar, tetapi tidak dapat menekan brek, momentum 'cepat merdeka' sudah tidak dapat dibendung. Lalu terpaksa terjun membuka parti baru - malang tidak mendapat sambutan.

    Laungan 'Hidup Melayu' dan 'Merdeka' berjaya melenyapkan sentimen Islam. Umat melayu leka dengan semangat kebangsaan - seperti sekarang yang berlaku di Johor. British senyum lebar. Jarum sudah berjalan.

    Waktu itu, zaman itu - Benar, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.

    Hari ini belum tentu lagi Melayu itu Islam! Islam hak semua bangsa bukan hak Melayu per se.

    Lalu merdekalah 'Tanah Melayu', merdeka Pak Kaduk. UMNO jugalah yang bersetuju. Siapa kepala UMNO waktu itu? Pak Tunku Deraman - siapa dia?

    Samalah halnya semangat 'Hidup Arab' yang ditiupkan oleh British semasa menghalau keluar Khalifah Turki Islam dan mencabut akar Bani Hasyim daripada Tanah Haram dan Baitulmaqdis.

    Mereka tahu ikatan kebangsaan tidak kuat jika dibanding ikatan persaudaraan Islam. Mereka sudah lama mengkaji hal itu. Ribuan tahun.

    Jadi apa sebenar yang mereka lakukan. Pecahkan kesatuan yang sebenar iaitu Agama Islam dan jadikannya bersuku dan berpuak dalam semangat kebangsaan yang menebal. Itulah yang UMNO lakukan sekarang!

    Taktik yang sama berlaku di Turki - Kamal Attartuk membuang Islam, memakai Sekular dan Nationalism, Arab Saudi terang2 meletak nama suku mereka sebagai nama negara.

    Walau apapun yang berlaku sudah menjadi sejarah untuk kita jadikan pengajaran. Semua yang telah berlaku adalah betul dan tidak perlu dipertikaikan ketentuan Allah yang telah lepas.

    Sekian.

    BalasPadam
  3. Kalau mengikut kajian sejarah dari anak tempatan - bersumber dari Sejarahnagarakedah.blogspot. Pulau Pinang adalah 'gone case'.

    Raja Abdullah - raja daerah yang dilantik oleh Raja Maha Besar Benua Islam Siam untuk memerintah PPinang telah menggadainya kepada British.

    Dia memberontak kerana tidak puas hati dan inginkan kekuasaan yang lebih. Lalu menyembah British dan Thailand Buddha untuk mendapat pengiktirafan.

    Waktu itu kerajaan Siam Islam telah dihimpit dan ditekan oleh dua kuasa kafir ini.

    Kira khianat jugalah ni.

    BalasPadam
  4. Dia datang dengan senyum simpulnyaa...

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger